Sedekah Duit Raya Sunnah Nabi Gembirakan Kanak Kanak Tapi Jangan Ajar Anak Meminta


Bulan Syawal ini pastinya menjadi satu kegembiraan buat anak-anak kita. Mana tidaknya, bulan inilah anak-anak seronok mengumpul duit raya dan berpeluang membeli apa sahaja yang mereka idamkan. Jika ada yang tidak mahu memberikan duit raya, itu pilihan masing-masing.
Perkongsian Cikgu Fadli Salleh ini wajar kita selami. Perlu ke bagi duit raya? Ya perlu untuk kegembiraan anak-anak namun jangan biarkan mereka meminta. Jom ikuti perkongsian beliau.

Setiap kali raya, akan timbul balik isu duit raya. Ada orang siap pesan supaya jangan bagi kanak-kanak duit raya. Katanya nanti budak tu jadi materialistik.
Tepuk dahi juga aku baca cadangan dia. Tak nak bagi kanak-kanak duit raya, tiada masalah. Pilihan masing-masing. Dan mungkin juga masa tu kewangan mereka tengah sempit ke apa. Tak apalah tak nak bagi tu.
Cuma bila sampai hasut orang lain jangan bagi juga, tuduh bagi duit raya menjadikan budak-budak materialistik, pada aku tak kena sakan lah.

Kita pernah jadi budak. Kita dulu pernah terima duit raya. Seronok tak? Seronok sangat-sangat ada income/duit sendiri ni. Sangat-sangat seronok. Tak terbayang kata-kata.
Kalau boleh nak raya setiap bulan. Sebab seronoknya dapat duit. Adakah kerana kita pernah dapat duit raya masa kecil dulu kita sekarang menjadi materialistik? Tidak kan?
Gembirakan kanak-kanak ni, sunnah nabi saw. Buat budak seronok InsyaAllah dapat pahala.
Kenapa sampai nak sekat kegembiraan kanak-kanak? Bagi je mereka seronok nikmati zaman kanak-kanak mereka.

Cuma ajar dan didik anak-anak kita jangan meminta. Ni pergi rumah orang siap cakap “Pak cik, nak duit raya”. Haaa, hat tu aku setuju jika nak larang pun. Larang meminta-minta.
Lagi satu, didik anak adab terima angpau. Jangan buka depan tuan rumah. Jangan pula sampai cakap, “Alaa. Dapat dua ringgit je. Rumah sana dapat lima ringgit”.
Hat ni kita kena didik anak-anak. Tugas ibubapa sentiada didik anak-anak bersyukur dengan pemberian orang. Berterima kasih pada orang yang memberi hadiah (duit raya) walau berapa nilainya, walau apa hadiahnya.

Didiklah anak-anak kita begitu. InsyaAllah mereka akan faham dan jadi anak-anak yang berterima kasih dan bersyukur.
Dan InsyaAllah besar nanti mereka pun akan ulangi adat beri duit raya pada kanak-kanak lain pula. Sebab mereka pernah rasai keseronokan mendapat duit raya, dan mereka nak lihat budak-budak lain pula rasai kegembiraan dan keseronokan mendapat duit raya.
Apa salahnya begitu? Pada aku tak ada salah bagi duit raya kat kanak-kanak. Kita orang dewasa kalau orang bagi duit raya walau RM5 cuma pun rasa seronok wei.

Siapa tak seronok dapat hadiah walau cuma sebiji gula-gula yang harga seposen cuma? Dulu ada kawan aku tukar budaya bagi duit raya dengan buku. Anak-anak pergi beraya, dia bagi hadiah buku yang nilai sekitar RM2-RM5 senaskah. Buku kisah teladan, buku kisah kanak-kanak.
Yang ni aku sokong. Bagus juga budaya macam tu. Anak-anak dapat kelainan, boleh pupuk minat membaca mereka pula.
Tak ada masalah nak bagi duit raya ke, nak bagi buku ke, nak bagi hadiah apa-apa kat kanak-kanak.
Pada aku, aku lebih suka bagi duit raya sebab dulu aku ada banyak impian. Nak beli kereta kontrol lah. Nak beli basikal lah. Nak beli seluar jean Levi’s lah. Nak beli raket badminton lah.

Nak minta dengan abah dan ma, takut. Kami adik-beradik tak diajar meminta-minta nak itu nak ini sejak kecik. Ada apa-apa benda yang nak, cuba usaha sendiri.
So, nak capai impian aku kena tunggu hari raya. Kumpul duit raya yang orang bagi, beli apa jua impian kita. Seronok Ya Ampunnn dapat beli impian kita guna duit kita sendiri tanpa minta dengan ma abah ni.
Jadi kawan-kawan. Jika kita mampu, apa salahnya teruskan sahaja budaya beri duit raya pada kanak-kanak.
Pada aku, ini budaya yang bagus dan selari dengan sunnah nabi saw.
Begitulah.
Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Sedekah Duit Raya, Sunnah Nabi Gembirakan Kanak-Kanak, Tapi Jangan Ajar Anak Meminta! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sedekah-duit-raya-sunnah-nabi-gembirakan-kanak-kanak-tapi-jangan-ajar-anak-meminta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berapa Orang Tu Bagi Duit Raya Mak Ayah Tolong Ajar Anak Jangan Minta Duit Raya

Berapa Orang Tu Bagi Duit Raya Mak Ayah Tolong Ajar Anak Jangan Minta Duit Raya

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 194 hits
Berbaki lima hari lagi umat Islam di Malaysia akan menyambut kedatangan Aidil Fitri Selepas dua tahun tidak dapat meraikan hari raya bersama sanak saudara di kampung halaman akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sudah tentu tahun ...
Hiburan Mak Bapak Yang Bising Kecewa Anak Dapat Duit Raya Rm3 Netizen Kecam Parents Tak Reti Bersyukur

Hiburan Mak Bapak Yang Bising Kecewa Anak Dapat Duit Raya Rm3 Netizen Kecam Parents Tak Reti Bersyukur

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 399 hits
Budaya memberi wang ringgit kepada kanak kanak ketika tibanya hari raya Aidilfitri sudah menjadi satu kemestian buat kita Bukanlah satu kewajipan setiap pemberian itu dikira sebagai sedekah dan amal jariah selain memeriahkan perayaan yang d...
Duit Raya Anak Neelofa Rm14 020

Duit Raya Anak Neelofa Rm14 020

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 210 hits
Duit raya anak Neelofa RM14 020 Duit raya anak sulung pasangan selebriti Neelofa dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz iaitu Muhammad Bilal berjumlah RM14 020 Ia dikongsikan Neelofa menerusi hantaran video di aplikasi TikTok yang...
Bapa Kongsi Cara Betul Simpan Duit Raya Anak Berbaloi Tak Rugi

Bapa Kongsi Cara Betul Simpan Duit Raya Anak Berbaloi Tak Rugi

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 244 hits
Setiap kali Hari Raya Aidilfitri dah sinonim duit raya dengan anak anak Pemberian duit raya ini dianggap sebagai berkongsi rezeki untuk ahli keluarga sanak saudara anak anak rakan atau jiran tetangga Memandangkan anak anak yang menerima dui...
Nak Bagi Duit Raya Kat Kawan Kawan Sekelas Almy Nadia Fizz Fairuz Tunaikan Permintaan Anak

Nak Bagi Duit Raya Kat Kawan Kawan Sekelas Almy Nadia Fizz Fairuz Tunaikan Permintaan Anak

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 199 hits
Satu kelegaan pastinya bagi pelakon Datin Almy Nadia dan Dato Fizz Fairuz selepas dapat menunaikan hasrat anaknya yang ingin memberikan duit raya pada rakan sekelasnya Menerusi Instagramnya Almy berkongsi cerita kisah anaknya yang mahu berk...
Guna Duit Raya Beli Keperluan Anak Anak Cetus Perdebatan Ramai

Guna Duit Raya Beli Keperluan Anak Anak Cetus Perdebatan Ramai

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 243 hits
Bila tiba hari raya Kanak kanak lah insan yang paling gembira meraikanya kerana mereka tahu mereka bakal mendapat duit raya Tak kisahlah sikit atau banyak mereka tetap ternanti nantikan duit raya dari orang dewasa Kebiasaanya duit raya anak...
Bukalah Akaun Simpanan Untuk Anak Paling Lewat Umur 6 Bulan Buat Simpan Duit Raya Dia

Bukalah Akaun Simpanan Untuk Anak Paling Lewat Umur 6 Bulan Buat Simpan Duit Raya Dia

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 292 hits
Raya ni anak kita dapat banyak duit raya kan Jangan bazirkan macam tu je beli mainan atau kita nanti terpakai masukkan dalam bank banyak nak pakai nanti dia remaja Nak sambung belajar dan lain lain Menabung dari kanak kanak 1 Bukalah akaun ...
Jangan Keluar Rumah Kalau Bergejala Jangan Bandingkan Perkembangan Anak Orang Lain Ini Pesanan Dr Izzar Waktu Hari Raya

Jangan Keluar Rumah Kalau Bergejala Jangan Bandingkan Perkembangan Anak Orang Lain Ini Pesanan Dr Izzar Waktu Hari Raya

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 413 hits
Aura Aidilfitri semakin dirasai oleh semua umat Islam apabila sejak semalam lagi warga kota sudah pulang ke kampung halaman masing masing Seronok bila dapat berkumpul semula bersama adik beradik dan sanak saudara selepas dua tahun tidak mer...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization