Raya Aidilfitri 2022 Penuh Kejutan Tiba Tiba Je Raya


Raya Aidilfitri 2022 Penuh Kejutan, Tiba-Tiba Je Raya

Alhamdulillah Selamat Hari Raya korang. Tahu-tahu tiba-tiba je dah raya kan? Lagi seronok tahun ini Raya awal dari biasa. Memang bersilat kami adik beradik dekat dapur malam Raya tu.

Memang rare sebab jarang berlaku raya awal macam tahun ni. Ikut apa emak kata, memang pernah berlaku Raya awal dari jangkaan.

Maksudnya tak cukup 30 hari berpuasa kita dah raya. Berlaku beberapa puluh tahun yang sudah. Memang rezeki tahun ini setelah dua tahun Raya PKP, tak dapat beraya bersama kita akhirnya dapat berkumpul dan beraya sama-sama.

Ingat lagi Raya tahun 2020, raya pertama di perantauan memang sedih sangat. Lagi sedih semua persiapan kena buat sendiri.




Menu Hari Raya Aidilfitri 2022

Memandangkan keluarga kami besar dan tahun ni semua balik beraya di kampung jadi kami tetapkan pembahagian tugas berdasarkan menu yang dicadangkan oleh emak.

Sebelum tu kutipan tabung makan raya telah pun dibuat untuk menampung kos pembelian bahan mentah. Memang begitulah kalau keluarga besar.

Tahun ini emak teringin nak makan Nasi Arab, ketupat palas, rendang ayam daging dan menu pada hari raya kedua ialah mi kari, nasi Imipit kuah kacang dna malam tu kami buat BBQ.

Masing-masing secara sukarela pilih menu yang akan dimasak dan beli bahan-bahan yang diperlukan dan kami masak bersama-sama di kampung.

Ikut pengalaman memang kena beli bahan-bahan kering dari rumah masing-masing sebab tak mahu bersesak mencari barang di kampung.



 

Giliran Raya Pertama Di Pahang

Masih menggunakan konsep giliran raya, tahun ini adalah tahun beraya di Pahang iaitu kampung aku. Paling teruja semestinya anak-anak sebab tak sabar nak jumpa sepupu sepapat seramai 22 orang tu.

Tahun ni Raya pertama semua adik beradik seramai 10 orang balik rumah emak. Memang meriah dan penuh rumah.

Semua adik beradik aku dah berkahwin dan ada anak kecuali adik bongsu je. Tengah tunggu jodoh sampai katanya. Jom aminkan adik aku bertemu jodoh yang baik.

Tahun ini raya lebih santai sebab masing-masing dah buat persediaan awal. Tinggal nak masak sahaja. Lepas dengar pengumuman Raya kami sempat main bunga api dan lepas tu baru kami masak rendang dan rebus ketupat.






Hari terakhir puasa, kami tak masak untuk berbuka tetapi hanya beli juadah dari bazar Ramadan sahaja sebab tenaga nak masak memang tiada.

Subuh esoknya kami mula masak nasi Arab. Segala persiapan kami buat sama-sama jadi kerja tu jadi cepat dan mudah.

Raya pertama kami balik kampung sebelah arwah abah. Pakcik dan makcik masih ramai berada di kampung jadi kena la tunjuk muka. Bila tengok muka pakcik teringat arwah abah.

Raya kedua kami hantar wakil ke perjumpaan keluarga sebelah emak di Bahau. Malang tak berbau, aku cirit birit di petang Raya.

Kebetulan aku sibuk siapkan barang-barang untuk mini sukaneka Hari Keluarga Puan Samiah. Jadi aku berehat di rumah sahaja.  






Sambut Raya Ketiga Di Melaka

Pada hari Raya ketiga masing-masing dah mula bergerak menuju rumah mentua. Hari ketiga selepas terima kunjungan sanak saudara kami memulakan perjalanan ke Melaka.

Jalan raya agak sibuk dengan kenderaan dan syukur sangat anak-anak tidak meragam. Raya diteruskan lagi dengan ipar duai.

Seronok dapat makan ketupat, rendang dan masakan emak mentua. Maklumlah dekat rumah sendiri tak sempat merasa semua tu sebab sibuk memasak. Dah penat memang hilang selera nak makan.

Sayangnya dekat Melaka kami tak sempat ambil gambar. So tiada la gambar dengan keluarga sebelah suami. 
Kami ambil keputusan untuk balik ke KL pada Raya ke lima sebagai langkah untuk elak kesesakkan lalu lintas. Syukur walaupun kenderaan banyak tapi perjalanan sangat lancar.

Kami kembali ke dunia nyata setelah seminggu lebih cuti Raya. Segala perancangan cuti turut berubah disebabkan tarikh raya Aidilfitri berubah.

Macam tahun sebelumnya keadaan trafik amatlah teruk, malah ada yang kata tahun ni lebuhraya lebih sesak berbanding tahun sudah.

Almaklumlah semua lepas geram beraya setelah dua tahun tak dapat beraya dengan meriah.



Kesimpulan

Walaupun Raya tahun 2022 penuh dengan kejutan dan drama tapi kami bersyukur sangat sebab semua dapat balik beraya.

Dapat makan makanan sedap, pakai baju baru, dapat jumpa adik beradik dan sanak saudara. Paling penting dapat cium tangan emak dan mohon maaf di pagi raya. Itu paling utama.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2022/05/Raya-Aidilfitri-tiba-tiba-raya-penuh-kejutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raya Aidilfitri Tahun 2022 Bukannya Tiba Tiba Seperti Yang Digembar Gemburkan Netizen

Raya Aidilfitri Tahun 2022 Bukannya Tiba Tiba Seperti Yang Digembar Gemburkan Netizen

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 312 hits
Adakah korang termasuk golongan yang terkejut sebab Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah tak ikut kalendar Seandainya korang rasa terkejut rasa macam tiba tiba atau macam kena kejutan budaya atau culture shock maknanya korang tak pernah tengok ...
Khutbah Raya Aidilfitri 2022 1443h Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Dalam Tulisan Rumi Jawi

Khutbah Raya Aidilfitri 2022 1443h Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Dalam Tulisan Rumi Jawi

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 243 hits
Boleh dapatkan khutbah berkenaan di TELEGRAMSila KlikRumi Jawi Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via telegram dan untuk forum sila ke oo000oo MINDARAKYAT 1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk menga...
Aidilfitri 2022 Raya Yang Paling Kalut Selepas 2 Tahun Pandemik Covid 19

Aidilfitri 2022 Raya Yang Paling Kalut Selepas 2 Tahun Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 510 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Walaupun sudah masuk minggu kedua bulan Syawal masih belum terlambat untuk CCL ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Ampun Maaf dipinta dari segi percakapan dan juga dari segi penulisan yang menguris hati ...
Salam Aidilfitri 2022 Raya Terkejut

Salam Aidilfitri 2022 Raya Terkejut

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 268 hits
Selamat Hari Raya Aidilfitri korang Dah raya ke 10 baru nak wish k fiezz Ala chill chill Raya kan sebulan Masa raya pertama minggu lepas busy uolls Tak mengadap sangat handphone Eh ada je mengadap handphone tapi nak update blog memang ke la...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443 H Tahun 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443 H Tahun 2022

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 390 hits
Assalamualaikum Hai Pembaca semua Salam Aidilfitri Sudah tujuh hari kita semua menyambut This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
10 Lokasi Bazar Aidilfitri 2022 Sekitar Lembah Klang Untuk Beli Kelengkapan Hari Raya

10 Lokasi Bazar Aidilfitri 2022 Sekitar Lembah Klang Untuk Beli Kelengkapan Hari Raya

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 296 hits
Selain bazar ramadan pengoperasian Bazar Aidilfitri juga menjadi pilihan orang ramai berbelanja mencari kelengkapan menyambut perayaan hari raya Aidilfitri Pelbagai barangan keperluan untuk persiapan menyambut hari raya di Bazar Aidilfitri ...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 354 hits
Dah 2 Tahun Raya Cancelled Eh taklah cancel tapi Raya Tertangguh sebab PKP tak dibenarkan merentas negeri Akhirnya masuk fasa endemik dapatlah kita berpeluang rasa suasana raya sebenar walaupun masih lagi hidup dengan COVID 19 Hari Raya Aid...
Koleksi Raya Aeon 2022 Trend Fesyen Raya Penuh Makna

Koleksi Raya Aeon 2022 Trend Fesyen Raya Penuh Makna

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 237 hits
Koleksi Raya AEON 2022 Trend Fesyen Raya Penuh Makna Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidifitri yang tidak berapa lama lagi AEON turut mengambil kesempatan memperagakan Koleksi Raya AEON 2022 bertemakan trend fesyen untuk Raya Penuh Mak...
35 Ootd Gaya Raya Sedondon Artis Malaysia Menyambut Lebaran 2022

35 Ootd Gaya Raya Sedondon Artis Malaysia Menyambut Lebaran 2022

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 868 hits
Kembali lagi kita bersama gaya raya artis 2022 1 Syawal Potret selebriti bersama pasangan dan keluarga kecil mereka meraikan Hari Raya Aidilfitri Artis mana menjadi pilihan dan tertunggu tunggu kemunculan ootd raya Jom sama sama kita selong...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi