Raya Aidiladha Di Perantauan Kuala Lumpur
| Raya Aidiladha di Perantauan Kuala Lumpur | Dalam sejarah tahun ini sambut raya haji di Kuala Lumpur bersama housemate. Mujurlah kita hidup dalam dunia teknologi, at least dapat bersua muka dengan keluarga menerusi Whatsapp video. Nenek dan atuk modern sekarang kira lagi advanced okay. Nak mengaji bersama pun boleh menerusi video call.
Even tak dapat balik kampung, raya tetap kena diraikan. Tak bolehlah berselebung dalam selimut sehari suntuk. Bukan kita sorang je tak dapat balik kampung, ramai yang tak dapat balik. Ada tu dekat 2 tahun tak balik. Sumpah sedih! Apa-apa pun, marilah kita terus berdoa supaya Covic-19 ini cepat pergi. Siapa yang dah dapat tarikh vaksin silalah pergi. Selagi kita tak capai herd immunity selagi tulah kes akan naik. Bagilah kerjasama dekat KKM.
Bagi menghilangkan rasa sendu raya diperantauan aku buatlah nasi jagung dengan ayam masak merah, sementara housemate seorang lagi dah beli rendang dan juga lemang. Dalam rumah tak ramai orang pun, jadi masak cukup kami bertiga je. Pagi raya berdua je, seorang lagi outstation, tengahari baru balik kami repeat makan sekali lagi. Mujurlah dapat housemate yang sekepala, sorang rajin masak, sorang rajin berkemas, sorang rajin bercerita. Kiranya, duduk rumah tak adalah bosan sangat dari terperap mengadap kerja 24 jam.
Ayam masak merah, masak sendiri
Lemang sponsor by Oyah
Ini satay instant, saudara aku jual. Ada flavour ayam, daging dan juga lamb. Satu kotak ada 25 cucuk include kuah kacang. Nak bakar cukup mudah, keluarkan dalam peti ais, tunggu beku dia kurang. Ambil periuk tefal, then bubuh minyak dekat satay kemudian bakar dalam 15 hingga 20 minit sahaja. Siap
Pada mereka yang rindu nak makan satay during PKP ini, bolehlah beli satay instant ini, nak makan boleh bakar sendiri. Rasanya pun boleh tahan sedap cicah pula dengan kuah kacang. Lagi super duper sedap
Nasi jagung pembuka selera pagi raya AidilAdha
Sebelum makan, kami turun bawah jap bergambar. Selesai sesi syok sendiri dibawah, naik rumah barulah makan. Apa-apa pun Selamat Hari Raya Aidiladha semua! Moga raya tahun hadapan kita dapat beraya bersama keluarga kembali.
Thank you for reading
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2021/07/raya-aidiladha-di-perantauan-kuala.html