Rawatan Malaysia Terhebat







KUALITI perubatan bertaraf dunia, mampu milik dan cepat diakses terus menjadi buah mulut pelawat dunia untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi perubatan mereka.

Buktinya, Malaysia diangkat sebagai destinasi pelancongan perubatan dan penjagaan kesihatan terbaik dunia pada September lalu pada majlis Anugerah Pelancongan Perubatan 2020 anjuran International Medical Travel Journal (IMTJ).

Anugerah itu bukan kali pertama, tetapi sudah empat kali Malaysia meraih kejayaan itu, sekali gus menunjukkan negara ini lebih ke hadapan dalam bidang berkenaan! Hebat bukan?

Di sebalik kejayaan itu, selain daripada pemain industri sendiri, agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) adalah tulang belakang penting bagi memastikan Malaysia sentiasa berada pada mercu kejayaan dalam bidang itu di peringkat dunia.

Berpeluang menemu bual Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Sherene Azli yang memaklumkan kesan dari keutuhan Malaysia dalam bidang pelancongan kesihatan dunia bukan sekadar ingin mendapat pengiktirafan global, tetapi lebih penting ia turut mampu memberi kesan kepada ekonomi negara dan limpahan eknomi kepada rakyat setempat.

Katanya, industri pelancongan kesihatan Malaysia turut mencatatkan 17 peratus Kadar Pertumbuhan Kompaun Tahunan (CAGR) antara 2015 hingga tahun lalu dan membawa kesan kepada ekonomi sebanyak RM7 bilion pada tahun lalu.

Manakala, dalam tempoh 2010 hingga 2018, industri itu sudah mencipta 15,000 peluang pekerjaan.

"Walaupun pada tahun ini unjuran sumbangannya kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menurun kepada RM2 bilion berbanding RM7 bilion pada tahun lalu akibat kesan Covid-19 yang memaksa Malaysia lebih berhati-hati dalam prosedur kemasukan pelawat asing, namun ia bukan bererti kita perlu berdiam diri.

"MHTC sudah melaksanakan beberapa inisiatif antaranya pelaksanaan 'travel bubble' (gelembung perjalanan) kepada pesakit dari negara zon selamat untuk mendapatkan rawatan di negara ini," katanya.

Bagaimanapun, pelawat asing yang dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di Malaysia perlu melalui prosedur operasi standard (SOP) yang ketat antaranya dikuarantin selama 14 hari di hospital dan sudah menjalankan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) sebelum tiba ke Malaysia.

Tambahnya, pelbagai aktiviti pemasaran dan promosi masih dijalankan dalam negara untuk menggalakkan pelancongan kesihatan khusus untuk golongan ekspatriat yang masih menetap dalam negara.

"Contohnya seperti platform digital yang turut dimaksimakan menerusi kerjasama rapat dengan ahli hospital swasta MHTC untuk melaksanakan perkhidmatan 'telehealth' yang membolehkan perhubungan terus dengan pesakit bagi memberikan kesinambungan rawatan. Kemudahan seumpama ini dapat dimanfaatkan pelancong kesihatan asing dan pesakit domestik.

"Malaysia juga mempunyai banyak pusat kesejahteraan dan kesihatan seperti Golden Horses Health Sanctuary di Selangor yang bertaraf global dan sering kali menjadi tumpuan pelancong kesihatan. Pusat kesejahteraan dan kesihatan ini juga dibuka untuk kegunaan pelancong domestik, sekali gus menjadi penyumbang kepada ekonomi negara," katanya.

Antara yang menarik perhatian pelawat asing untuk mendapatkan rawatan di Malaysia iaitu rawatan kardiologi, kesuburan, pemeriksaan kesihatan, onkologi, neurologi, ortopedik, urologi, pergigian dan gastroenterologi.

Malah, jika anda sering mendengar rawatan pembedahan plastik terkenal di negara jiran seperti Korea dan Thailand, sebenarnya Malaysia juga antara destinasi pelawat kesihatan untuk mendapatkan rawatan itu!

Lebih menarik, Sherene turut berkongsi, Malaysia tidak hanya menjadi tarikan pelancong dari sekitar rantau Asean, malah turut menarik perhatian pelawat asing dari negara di luar rantau itu seperti Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom bersandarkan kemampuan negara kita memberikan rawatan yang bukan sahaja berkualiti senada dunia, malah lebih pantas.

"Apabila kita mampu menarik lebih ramai pelancong kesihatan dalam negara, ia turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia kerana kita dapat memberi peluang kepada pesakit tempatan mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan kadar lebih berpatutan.

"Ia kerana industri pelancongan kesihatan mewujudkan ekonomi skala untuk menjadikan perkhidmatan kesihatan swasta lebih mampu milik," katanya.

Disebabkan itu, MHTC memegang mandat untuk memberi fokus kepada kemasukan pelancong perubatan asing kerana ia memberi kesan domino positif yang bukan sahaja kepada ekonomi secara makro, malah rakyat turut dapat merasai kesannya.

Selain itu, MHTC sentiasa memperkasa kerjasama awam-swasta dalam kalangan pemain industri termasuk ejen pelancongan tempatan.

Jelas Sherene, MHTC bekerja rapat dengan ejen pelancongan yang sudah membantu dalam meningkatkan sektor pelancongan kesihatan di Malaysia.

"Antara agensi yang terbabit termasuk Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) dan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC).

"Kami akan sentiasa berganding bahu dan terus berusaha untuk mendorong sektor kesihatan Malaysia ke peringkat global supaya Malaysia dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara saingan yang lain," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/10/rawatan-malaysia-terhebat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malang Bagi Rakyat Malaysia Kerajaan Utamakan Ekonomi Dari Keselamatan

Malang Bagi Rakyat Malaysia Kerajaan Utamakan Ekonomi Dari Keselamatan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 395 hits
MELAKA 6 OKT Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tidak akan menguatkuasakan semula perintah kawalan pergerakan seluruh negara kerana dikhuatiri boleh meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara Ini walaupun jumlah kes Covid 1...
1126 Banduan Di Malaysia Ve Covid

1126 Banduan Di Malaysia Ve Covid

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 269 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 1 126 kes aktif Covid 19 melibatkan banduan dan kakitangan penjara dicatatkan di seluruh negara kata Ketua Pengarah Penjara Zulkifli Omar Beliau berkata penularan dalam kalangan banduan itu bermula di Penjara Tawau Sab...
Hasnul Hadi Menyandang Jawatan Baharu Di Sony Worldwide Studio Malaysia

Hasnul Hadi Menyandang Jawatan Baharu Di Sony Worldwide Studio Malaysia

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 313 hits
Bekas Naib Presiden Kandungan Kreatif Digital MDEC Hasnul Hadi menyertai Sony Worldwide Studios Malaysia yang baru sahaja dibuka penghujung tahun lepas Beliau menyandang jawatan baharu iaitu Ketua Studio syarikat tersebut Sebelum MDEC Belia...
Malaysia Dan Kepimpinan

Malaysia Dan Kepimpinan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 250 hits
ALI MANSOR Covid 19 Disebalik tembok batu dan jerigi besi Perkembangan covid 19 amat membimbangkan walaupun dianggap terkawal Ia dianggap terkawal kerana kebanyakan kes melibatkan tahanan penjara yg dijangkiti secara berskala besar Mungkin ...
Status Terkini Jangkitan Covid19 Malaysia 5 Oktober Membimbangkan

Status Terkini Jangkitan Covid19 Malaysia 5 Oktober Membimbangkan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 376 hits
Selama kita di Malaysia terkesan dengan wabak pandemik Covid 19 saya lebih terkesan dengan kenaikan mendadak kes baru Covid 19 sejak beberapa minggu yang lalu Semalam pihak Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan ada 432 Kes Baru Covid 1...
Ini Gaya Hidup Mewah Sc4mmer Terkaya Di Malaysia Rupanya Macam Ni Mereka Boleh Berjaya

Ini Gaya Hidup Mewah Sc4mmer Terkaya Di Malaysia Rupanya Macam Ni Mereka Boleh Berjaya

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 498 hits
Kini heb0h diperkatakan tentang pnahanan seorang lelaki berpngkat Datuk Seri dan Datuk oleh Suruhanjaya Pencgahan Rsuah Malaysia diprcayai terlibat dalam k3s penlpuan slndiket atau macau scamm Mesti ramai yang nak tahu siapakah individu ind...
Ada Kad Pengenalan Tapi Bahasa Malaysia Sepatah Pun Tak Tau Cakap

Ada Kad Pengenalan Tapi Bahasa Malaysia Sepatah Pun Tak Tau Cakap

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 264 hits
Semalam semasa saya berada di Unit Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim HSAH Sungai Petani Kedah saya lihat depan mata saya sendiri seorang perempuan cina berusia lingkungan 40 an berasal dari kulim kedah lansung tidak boleh bercakap atau ...
Cara Terbaik Dan Selamat Membeli Bitcoin Di Malaysia

Cara Terbaik Dan Selamat Membeli Bitcoin Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 326 hits
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera Ramai individu di dunia ini mendengar nama bitcoin namun tidak pernah tahu cara sebenar membelinya terutama di Malaysia Lebih dikesalkan lagi terbit pelbagai skim Bitcoin di Malaysia yang disasarkan ...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diy Creative Quiet Books For Child With Fine Motor Skills

Menu Berbuka Puasa Ke 4

Rendang Cili Padi Sedap

Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung