1126 Banduan Di Malaysia Ve Covid








KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,126 kes aktif Covid-19 melibatkan banduan dan kakitangan penjara dicatatkan di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Penjara Zulkifli Omar.

Beliau berkata penularan dalam kalangan banduan itu bermula di Penjara Tawau, Sabah apabila seorang banduan yang baharu diterima dari Lahad Datu disahkan positif Covid-19 pada 2 Okt lepas.

“Kluster seterusnya pula dikesan di Penjara Alor Setar pada 29 Sept lepas dan Jabatan Penjara mengambil serius jumlah peningkatan kes positif Covid-19 di penjara itu, yang kini melibatkan jumlah terbesar dalam kalangan banduan di sebuah penjara.

“Berikutan itu, Jabatan Penjara mengambil segala langkah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat, kuarantin dan mencegah penularan wabak itu dalam segala aspek penugasan kakitangan serta penjagaan banduan di seluruh negara,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, dalam sidang medianya petang semalam, berkata daripada 688 kes penularan dalam negara hari ini, sebanyak 394 kes dikesan daripada Kluster Tembok iaitu di Penjara Alor Setar. Negara hari ini mencatatkan 691 kes baharu Covid-19.

Zulkifli berkata bagi memperketat SOP di penjara, beberapa langkah turut dilaksanakan melalui Perintah Tetap Komisioner Jeneral Penjara.

“Bagi mengurangkan tahap kebolehjangkitan Covid-19 dalam kalangan banduan serta mengurangkan kesesakan, Jabatan Penjara mengambil langkah tambahan dan drastik seperti pesalah kes dadah Seksen 15(1) Akta Dadah Berbahaya dikeluarkan dari penjara dan ditempatkan di beberapa kem Program Latihan Khidmat Negara yang diwartakan sebagai penjara sementara.

”Jumlah keseluruhan yang dapat ditampung kem-kem PLKN adalah disasarkan seramai 2,300 hingga 2,800 banduan,” katanya.


Beliau berkata pihaknya menyeru orang awam di luar penjara agar bertenang kerana penularan Covid-19 dalam kalangan banduan adalah dalam kawasan larangan yang tertutup dan dikawal ketat.



“Orang awam diminta memberikan keyakinan penuh terhadap langkah-langkah segera yang diambil pihak Jabatan Penjara di bawah kawal selia ketat daripada pihak KKM dan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://denhanda.blogspot.com/2020/10/1126-banduan-di-malaysia-ve-covid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Covid 19 Dijangka Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

Vaksin Covid 19 Dijangka Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan berkemungkinan memuktamadkan pemilihan vaksin COVID 19 menjelang awal tahun depan Memetik laporan Bernama Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ujian klinikal vaksin Covid 19 dijangka ...
287 Kes Baharu Malaysia Masih Pkpp Abah Dijangka Pengerusi Mesyuarat Khas Covid 19 Hari Ini

287 Kes Baharu Malaysia Masih Pkpp Abah Dijangka Pengerusi Mesyuarat Khas Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 249 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia semalam memaklumkan sebanyak 287 kes baharu positif Covid 19 yang merupakan penularan tempatan Jumlah itu menjadikan jumlah kes positif Covid 19 di Malaysia adalah sebanyak 11 771 kes Negeri Kedah mencatatkan ...
287 Kes Covid 19 Malaysia Kes Tertinggi Malaysia

287 Kes Covid 19 Malaysia Kes Tertinggi Malaysia

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 332 hits
287 Kes Covid 19 Malaysia Kes Tertinggi Malaysia Seperti yang kita sedia maklum virus Covid 19 masih menular saban hari Namun ada segelintir yang tidak mengikuti SOP yang disarankan Seperti semalam kes Covid 19 memdadak naik dengan kadar 28...
Malaysia Dijangka Memasuki Gelombang Ketiga Covid 19 Kata Kp Kesihatan

Malaysia Dijangka Memasuki Gelombang Ketiga Covid 19 Kata Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 356 hits
355 total views 130 views today PUTRAJAYA Malaysia dijangka memasuki gelombang ketiga COVID 19 selari dengan trend peningkatan jumlah kes di seluruh dunia kebelakangan ini menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Sek...
Ini Cara Mudah Melihat Kawasan Panas Covid 19 Di Malaysia Menggunakan Selangkah

Ini Cara Mudah Melihat Kawasan Panas Covid 19 Di Malaysia Menggunakan Selangkah

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 226 hits
Tular di media sosial beberapa pusat membeli belah popular di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan yang menjalani proses sanitasi akibat dilawati pesakit Covid 19 Ramai merungut kepada akaun media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia k...
Covid 19 Menteri Kayangan Malaysia Punca Gelombang Ketiga Meletus

Covid 19 Menteri Kayangan Malaysia Punca Gelombang Ketiga Meletus

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 461 hits
Semasa saya menulis warkah ini terdapat 400 pesakit positif Covid 19 di Hospital Queen Elizabeth hospital rujukan tertiari Sabah di Kota Kinabalu termasuk merawat Ketua Menteri Sabah Semua pesakit bukan Covid 19 yang tidak mempunyai penyaki...
Kenapa Covid 19 Kembali Merebak Di Malaysia Ini Jawapannya

Kenapa Covid 19 Kembali Merebak Di Malaysia Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 481 hits
Kenapa Covid 19 Kembali Merebak di Malaysia Ini Jawapannya Aku memang geram nak tahu kenapa Covid 19 kembali merebak di Malaysia dari angka satu sekarang menjadi tiga angka dalam beberapa hari sahaja Malah terdapat banyak kluster baharu sek...
Health D G S Covid 19 War Cry To Frontliners Malaysia Is Counting On Us To Battle On And Flatten The Curve Again

Health D G S Covid 19 War Cry To Frontliners Malaysia Is Counting On Us To Battle On And Flatten The Curve Again

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 255 hits
Health Director General Tan Sri Dr Noor Hisham speaks during the Covid 19 press conference at the Ministry of Health October 1 2020 Picture by Miera ZulyanaKUALA LUMPUR Oct 4 Amid Malaysia recording its highest ever number of daily new Covi...
Kerajaan Pn Tidak Stabil Covid 19 Halang Pelaburan Ke Malaysia

Kerajaan Pn Tidak Stabil Covid 19 Halang Pelaburan Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 167 hits
Ketidakstabilan kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional dan terhadnya pergerakan rentas sempadan akibat wabak Covid 19 akan menjadi faktor penghalang pemulihan segera ekonomi negara Menurut mantan Timbalan Pengarah Jabatan Ekonomi Bank Negar...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan