Rawatan Kayap Guna Daun Sireh
Rawatan Kayap Guna Daun Sireh.
Rawatan Kayap Guna Daun Sireh
Semoden mana pun dunia perubatan kita, selepas mendapatkan rawatan dengan doktor, saya turut mencuba rawatan tradisional menggunakan alam semulajadi iaitu tumbuhan sireh.
Untuk yang tinggal di kawasan kampung mungkin tidak sukar nak dapatkan daun sireh ni. Kalau yang duduk kat bandar bandar besar tu, alternatif lain kalau nak dapatkan daun sireh segar boleh beli je dari shoppee. Lucu juga bila search pasal rawatan kayap, keluar lah iklan jual daun sireh fresh di shopee. Kadang tak terpikir dek akal dengan seller ni. Bijak korang ehh.
Berbalik kepada rawatan kayap menggunakan sireh, ni pun mak aku yang bagitau. Mak aku bagitau yang dia pernah kena kayap dan dirawat oleh seorang makcik dengan menggunakan daun sireh sahaja. Yang tradisional nya makcik tu kunyah-kunyah sireh tu dan pergi sembur sireh yang dah dikunyah pada kayap di badan mak aku. Alhamdulillah asbab berubat tu dengan izin Allah, kayap mak aku sembuh.
Sebab dengar review mak aku pasal sireh tu, aku suruh la ayah aku cari stok sireh ni. Kebetulan ada orang kampung yang ada tanam sireh ni dan mintak beli barang seringgit dua.
Semalam hari kedua kayap aku tu timbul, aku dah tenyeh sireh yang dah ditumbuk halus pada kayap kayap tu. Pedih jugaa oo. Tapi lama kelamaaan pedih tu hilang. Alhamdulillah kayap tu dah tak merebak sangat dan mula kecut. Korang yang tengah menghidap kayap sekarang ni, yeeee aku cakap tentang kamuu yang tengah melayari blog ni sekarang, cuba la buat pati sireh ni. Insyallah berkesan, tapi perkara paling utama, korang kena juga pergi klinik tau sebab kat doktor akan bagi juga ubat antiviral kat korang untuk mengurang atau melemahkan virus tu. Lagi-lagi kalau kayap tu attack kat muka macam yang aku kena sekarang. Dah la tumbuh area mata. Bahaya boleh buta tau kalau lambat rawatan.
Nak buat pati sireh tu, senang ja. Jap lagi aku bagi link youtube aku buat untuk rujukan korang.
Yang pasti sireh ditumbuk lumat dan letak dalam bekas, bagi air sikit, just sekadar untuk melembapkan sireh tu.
Sekian semoga bermanfaat untu korang dan cepat sembuh buat semua yang tengah menghidap kayap sekarang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://luarteko.blogspot.com/2022/08/rawatan-kayap-guna-daun-sireh.html