3 Resipi Terlajak Sedap Guna Ikan Air Tawar Wajib Cuba


Suka makan ikan air tawar? Kalau ada yang suka, boleh cuba tiga resipi yang boleh dikira autentik tapi sedapnya tak terkata.
Kalau nak makan di kedai memang jarang kita jumpa, jadinya jom kita belajar buat sendiri. Sesiapa yang nak mencuba silakan kerana resipi ada disertakan.
Pilihlah mana satu menu kegemaran anda dan keluarga. Ketiga-tiga resipi ini sangat sedap dan wajib cuba.
IKAN TILAPIA PAIS TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tilapia | buang sisik, cuci bersih dan tos
3 sudu makan tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit secukupnya | untuk membalut ikan
Aluminium foil secukupnya
BAHAN HIRISAN:
Daun kunyit secukupnya
Daun kesum secukupnya
Daun pegaga secukupnya
Daun limau purut secukupnya
4 batang serai
BAHAN KISAR HALUS:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Lapkan ikan yang telah dibersihkan dengan tisu dapur. Ketepikan.
2. Campurkan tempoyak, bahan kisar, garam dan gula secukupnya. Gaul rata dan sebati.
3. Kemudian campurkan dengan bahan hirisan, gaul rata sekali lagi.
4. Untuk membalutnya, bentangkan aluminium foil di atas meja, kemudian lapiskan dengan daun kunyit.
5. Ambil campuran tempoyak tadi ratakan di atas daun kunyit. Seterusnya letakkan ikan di atasnya.
6. Sapukan keseluruhan ikan termasuk di bahagian dalam perut dengan bahan tempoyak tadi.
7. Balutkan ikan dengan lapisan daun kunyit dan kemaskan dengan aluminium foil di luarnya.
8. Kukus ikan hingga masak. Setelah masak, pais ikan sedia dihidangkan panas-panas
IKAN LAMPAM GULAI LEMAK ATAS DAUN PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan lampam (lebih kurang 300gm)
250ml santan pekat
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit | mayang halus
Daun pisang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Ikan dibuang sisik, isi perut dan bersihkan dengan air limau nipis. Kemudian toskannya..
2. Sementara itu lapiskan kuali dengan dua atau tiga lapisan daun pisang.
3. Seterusnya tuangkan santan di atasnya dan campurkan di dalamnya dengan bahan kisar.
4. Kacau supaya bahan sebati, masukkan asam gelugur. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Masukkan ikan dan tabur daun kunyit yang telah dimayang halus di atasnya.
6. Tutup kuali kemudian masak ikan tadi menggunakan api perlahan.
7. Selepas lima minit balikkan ikan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan iakan masak sepenuhnya. Tutup api, ikan sedia dihidangkan.
KARI IKAN PATIN
BAHAN -BAHAN:
1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian
250ml susu rendah lemak
150gm yogurt
1 sudu makan pes asam jawa
2 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan halba campur
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
1 biji tomato | belah empat
1 biji terung bulat | belah empat
2 biji cili hijau | belah dua
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya
BAHAN HIRIS
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan patin dan toskan. Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili.
3. Kacau rata hingga pecah minyak. Masukkan pula yogurt bersama air asam jawa. Kacau lagi.
4. Biarkan seketika, kemudian masukkan susu. Biarkan kari mereneh seketika.
5. Masukkan ikan bersama terung selang beberapa minit masukkan pula tomato dan hirisan cili.
6. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
The post 3 Resipi Terlajak Sedap Guna Ikan Air Tawar, Wajib Cuba! appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/07/3-resipi-terlajak-sedap-guna-ikan-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wajib Cuba Resipi Beef Ginger Sedap Ala Restoran Cina Muslim

Wajib Cuba Resipi Beef Ginger Sedap Ala Restoran Cina Muslim

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 199 hits
Bagi yang biasa menikmati sajian Beef Ginger di restoran Chinese Muslim pasti tahu akan keenakan hidangan ini Harganya boleh tahan mahal kan Jika keluarga besar memang tak puas makan Saudara Wan LuQman ada kongsikan resipi yang boleh dicuba...
Resipi Ayam Cili Hijau Guna Air Fryer Sahaja Kurang Minyak Lebih Sedap

Resipi Ayam Cili Hijau Guna Air Fryer Sahaja Kurang Minyak Lebih Sedap

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 280 hits
Ramaikan yang dah ada dekat rumah dah masak resipi apa je tu guna Kalau admin memang suka guna air fryer kalau nak goreng ayam supaya jimat minyak maklumlah harga minyak dah naik ni bolehlah kurangkan guna minyak masak Mudah sangat resipi a...
Resipi Kek Chiffon Pandan Naik Elok Gebu Air Tangan Orang Lama Tak Guna Ovalette Pun

Resipi Kek Chiffon Pandan Naik Elok Gebu Air Tangan Orang Lama Tak Guna Ovalette Pun

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 250 hits
Sesekali hujung minggu anak anak mula minta buatkan kek homemade Ternanti nanti resipi kek sedap dari ibu apa kata ubah selera anak anak dengan kek chiffon panda ni pula Bukan sahaja tak susah bahkan paling lembut dan gebu Jom cuba perkongs...
Jangan Bazirkan Kentang Cuba Resipi Snek Mudah Sedap Ini

Jangan Bazirkan Kentang Cuba Resipi Snek Mudah Sedap Ini

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 201 hits
Kudapan pada petang hari untuk menonton tv Lagi seronok tengok drama dengan mulut asyik mengunyah saja kan Nah sambil berkira kira untuk buat kudapan apa jom kita cuba dengan hidangan berasaskan kentang daripada Nazrizam Ab Wahab Kentang di...
Resipi Kuih Dessert Berasaskan Pisang Yang Mudah Sedap

Resipi Kuih Dessert Berasaskan Pisang Yang Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 301 hits
Buah pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah juga boleh menghasilkan pelbagai jenis resipi yang menarik dan enak Tak kiralah resipi kuih atau pencuci mulut yang pasti rasanya sedap dan pasti anak anak suka Jom kita cuba resipi...
Polis Serahkan Perhilitan Siasat Isu Yb Guna Peledak Untuk Tangkap Ikan Di Sungai Sepia

Polis Serahkan Perhilitan Siasat Isu Yb Guna Peledak Untuk Tangkap Ikan Di Sungai Sepia

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 257 hits
JERANTUT Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan seorang Yang Berhormat menangkap ikan yang dipercayai menggunakan bahan peledak di Sungai Sepia Ulu Tembeling dekat sini yang tular di media sosial baru baru ini Bagaimanapun Ketua Polis...
Polis Perhilitan Siasat Kes Adun Pahang Disyaki Guna Bom Ikan

Polis Perhilitan Siasat Kes Adun Pahang Disyaki Guna Bom Ikan

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 232 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sedang menyiasat seorang ADUN Pahang yang didakwa menggunakan bahan letupan untuk menangkap ikan di Sungai Sepia Ulu Tembeling Jerantut baru baru ini ...
Memang Sedap Resipi Bengkang Tepung Beras Gula Merah

Memang Sedap Resipi Bengkang Tepung Beras Gula Merah

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 314 hits
Bagi penggemar hidangan kuih muih tradisional pastinya menyukai rasa Bengkang Tepung Beras Gula Merah Sangat sedap Rasanya yang lemak manis memang buat tak puas makan Nak cuba buat sendiri Saudara Shah Shatry ada kongsikan resipinya Jom lih...
Kebolehan Warga Emas Cipta Dapur Guna Air Ini Membuatkan Ramai Kagum

Kebolehan Warga Emas Cipta Dapur Guna Air Ini Membuatkan Ramai Kagum

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 252 hits
Selalunya apabila kita mahu memasak kita perlu ada api untuk memulakan proses memasak Secara tradisional kita boleh menggunakan kayu api bagi menghidupkan api Namun dengan perkembangan zaman menggunakan minyak atau gas adalah bahan yang leb...
Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Cbd Pouches Vs Traditional Nicotine Pouches Which One Is Right For You

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik

Pesanan Mudah Untuk Jadi Usahawanm Yes Or No Sahaja

Jkm Jaga 9 Kanak Kanak Dikait Gisbh Hingga 18 Tahun Kata Nancy

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Zamri Mocks Jakim

Di Masjid Tiada Kasta