Rawatan Akar Untuk Merawat Gigi Rosak Tanpa Perlu Di Cabut


Rawatan kanal akar (rawatan endodontik) merupakan rawatan alternatif bagi gigi yang telah rosak teruk di mana tisu pulpa telah dijangkiti atau telah mati, agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut.


Rawatan kanal akar telah terbukti keberkesanannya dan merupakan satu pilihan rawatan yang baik.

Menurut Brown et al. (2003), hampir 16 juta prosedur rawatan akar telah dijalankan pada tahun 1999 dengan kadar kejayaan antara 86% hingga 98% (Friedman et al., 2003).

Dengan rawatan yang sesuai dan tahap praktis yang tinggi, kemungkinan besar gigi yang telah melalui proses rawatan akar mampu bertahan untuk seumur hidup.

Walau bagaimanapun, ada kalanya gigi yang telah melalui rawatan akar tidak sembuh seperti yang diharapkan. Ia boleh menjadi sakit semula tidak lama selepas rawatan disempurnakan malah beberapa bulan atau tahun selepasnya.

Hampir 10% dari gigi-gigi yang telah menerima rawatan akar memerlukan rawatan semula atau pembedahan apeks akar.

Sebaik manapun usaha yang dilakukan, masih terdapat sejumlah kecil rawatan akar akan gagal dan gigi akhirnya perlu dicabut.

Apakah ciri-ciri gigi yang memerlukan rawatan akar?
Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.Gigi yang telah mati (non-vital).Gigi yang mempunyai tampalan besar dan diindikasikan untuk pembuatan korona kadang- kadang perlu rawatan kanal akar dilakukan terlebih dahulu untuk peletakan tiang dan teras.
Kenapa rawatan salur akar perlu dilakukan?

Rawatan salur akar dilakukan supaya gigi yang rosak dapat dibersihkan dan tidak perlu dicabut supaya gigitan dan fungsi gigi di dalam rahang dapat dikekalkan.

Apakah akibatnya jika rawatan salur akar tidak dilakukan?
Ketidakselesaan atau kesakitan akan bertambah teruk.Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut.Gigi mungkin terpaksa dicabut dan kebiasaannya kehilangan gigi memerlukan penggantian.
Prosedur Rawatan Salur Akar


Rawatan akar gigi mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temu janji bergantung kepada tahap kerumitannya.Radiograf periapikal gigi akan diambil sebelum rawatan bermula.Ini adalah untuk melihat bilangan dan keadaan akar gigi yang bermasalah tersebut (Gambar 1).Bahagian enamel dan dentin gigi akan dibersihkan dahulu di mana karies dibuang (Gambar 2), seterusnya tisu pulpa yang reput akan dibuang dari kanal akar dan kanal dibentuk (Gambar 3 & 4) dan dibersihkan dengan bahan disinfeksi (Gambar 5).Apabila selesai proses pembersihan, ubat dimasukkan ke dalam kanal akar dan kaviti pada bahagian korona gigi ditutup dengan tampalan sementara.Pada lawatan seterusnya, kanal akan dibersihkan semula dan ditampal menggunakan bahan tampalan akar (Gutta Percha) jika tiada sebarang tanda dan gejala (Gambar 6).Gigi akan ditampal tetap selepas rawatan kanal akar selesai.
Bagaimana penjagaan gigi yang telah mendapat rawatan salur akar?

Amalkan penjagaan kesihatan gigi seperti biasa, kita perlu:
Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan ubat gigi berflourida.Kurangkan kekerapan pengambilan makanan manis terutamanya di antara waktu makan.Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala.
Soalan yang kerap ditanya;

1. Adakah rawatan ini menyakitkan

Kebiasaannya rawatan ini tidaklah menyakitkan. Bius setempat akan diberikan terutama pada lawatan pertama jika pulpa masih hidup (vital).

2. Apakah komplikasi yang mungkin timbul?

Gigi anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan, sakit, bengkak, dan tak selesa.

Jangkitan kuman boleh juga terjadi, ini akan dirawat dengan pembersihan semula kanal akar dan preskripsi ubat tahan sakit dan antibiotik hanya akan diberikan jika ada tanda- tanda sistemik seperti demam.

3. Adakah saya memerlukan korona selepas rawatan salur akar?

Gigi yang telah diberi rawatan salur akar tidak semestinya memerlukan korona. Rawatan korona hanya perlu jika kehilangan struktur asal korona gigi sangat teruk.

4. Di mana saya boleh mendapatkan rawatan ini?

Anda boleh ke klinik pergigian kerajaan atau swasta yang berhampiran untuk mendapatkan nasihat, pemeriksaan dan maklumat lanjut mengenai rawatan ini.

MENGAPA RAWATAN AKAR BOLEH GAGAL?

Seperti yang dilihat dalam sejumlah penulisan perubatan, terdapat beberapa keadaan dimana rawatan menemui kegagalan walaupun ia telah dijalankan oleh mereka yang berkepakaran tinggi dengan tahap praktis yang terbaik.

Terdapat pelbagai sebab dimana rawatan akar boleh menjadi gagal:

1. Salur akar tertinggal/tidak dapat dikesan

Anatomi gigi adalah pelbagai dan sesetengah individu mempunyai gigi dengan bilangan akar yang melebihi dari kebiasaan. Ia mungkin tidak dapat dikesan terutama jika saiznya begitu kecil.

Kegagalan dalam mengenalpasti kewujudannya boleh menyebabkan rasa sakit atau ketidakselesaan yang berterusan.

2. Kanal akar yang bercabang

Sistem salur akar gigi adalah sangat kompleks. Rangkaian serta cabang pada saluran akar adalah sangat kecil dan mungkin tidak dapat dicapai langsung bagi tujuan pembersihan.

Oleh itu, kadangkala hanya salur akar utama sahaja dapat dibersihkan dengan baik tetapi tidak pada cabang-cabangnya.

3. Pembersihan yang tidak menyeluruh atau kurang efektif

Kegagalan untuk membersihkan kesemua tisu terinfeksi boleh berlaku jika salur akar telah terkalsifikasi, tersumbat atau jika bahan cecair nyahkuman yang kurang bersesuaian digunakan

4. Kelewatan dalam menempatkan bahan tampalan kekal

Jangkitan kuman ke dalam salur akar boleh berlaku semula apabila restorasi kekal tidak diletakkan dengan segera.

5. Restorasi yang tidak sempurna

Restorasi kekal yang tidak sempurna atau tidak memadai akan menyebabkan saluran akar dijangkiti semula oleh kuman

6. Gigi retak

Wujudnya keretakan pada gigi mungkin tidak disedari oleh perawat. Dalam kebanyakan kes, ia agak mustahil untuk dilihat dengan mata kasar.

Kadangkala, tahap keretakan gigi sebenarnya jauh lebih teruk dari apa yang dapat dilihat.

Ada ketika, keretakan hanya dapat dilihat jelas dengan menggunakan alat magnifikasi.

Perlu diingat bahawa keretakan gigi boleh berlaku bukan hanya sebelum, malah semasa dan selepas tamatnya rawatan kanal akar.

7. Kurang kepakaran klinikal

Kes-kes dengan anatomi yang kompleks atau mempunyai permasalahan sewaktu prosedur rawatan lebih baik dirujuk kepada pakar endodontik.

APAKAH TANDA DAN GEJALA RAWATAN AKAR GIGI ANDA BERMASALAH?

Antara tanda-tandanya ialah anda mula berasa sakit, sama seperti sebelum rawatan tersebut dibuat.

Anda akan berasa tidak selesa, gusi membengkak, gigi bergoyang, sakit apabila menggigit dan terdapatnya poket gusi yang dalam apabila diperiksa perawat.

Simptom-simptom tersebut tidak akan wujud jika rawatan akar telah disempurnakan dengan jayanya.

Adakah gigi anda masih boleh diselamatkan?

Pemeriksaan dan siasatan yang menyeluruh perlu dibuat sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.

Perawat akan mencuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan gigi anda selagi boleh dengan beberapa prosedur tertentu mungkin perlu dijalankan sebagai usaha pemulihan.

Walau bagaimanapun, gigi-gigi yang telah retak sehingga melibatkan akar tidak boleh lagi diselamatkan dan cabutan adalah satu-satunya pilihan rawatan yang ada.

Apakah pilihan yang anda ada?

1. Cabutan

Ini boleh diikuti dengan penggantian dengan gigi palsu, jambatan pergigian atau implan.

2. Rawatan semula akar

Jika gigi tersebut masih boleh diselamatkan, kesemua restorasi yang sedia ada pada gigi akan dibuang untuk mendapatkan akses pada salur akar semula.

Gigi anda akan diperiksa dengan teliti sebaik-baiknya dengan bantuan alat magnifikasi bertujuan mencari saluran akar yang tertinggal atau bilangan kanal yang melebihi dari biasa.

Pembersihan dan pembentukan salur akar akan dijalankan semula untuk memastikan pembasmian semua sisa kuman.

Setelah selesai, salur akar akan ditampal dan gigi akan diberikan restorasi sementara terlebih dahulu.

Apabila simptom mulai hilang, proses penyediaan restorasi kekal seperti korona (jika perlu) akan dibuat bertujuan untuk melindungi gigi.

3. Rawatan semula dengan pembedahan

Kadangkala pembedahan kecil bagi pembuangan bahagian apeks akar gigi perlu dibuat. Ia dibuat disamping rawatan akar semula apabila terdapatnya indikasi ataupun sebagai rawatan alternatif.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Maksud Mimpi Gigi Tercabut, Tanggal Atau PatahRahsia Kod Warna Pada Tiub Ubat Gigi?
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/06/rawatan-akar-untuk-merawat-gigi-rosak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Gigi Pertama Anak Tumbuh Segera Lakukan Perkara Ini Jangan Tangguh Elak Gigi Bayi Rosak

Bila Gigi Pertama Anak Tumbuh Segera Lakukan Perkara Ini Jangan Tangguh Elak Gigi Bayi Rosak

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 379 hits
Ibu bapa sering menganggap bahawa penjagaan gigi anak hanya bermula selepas gigi mereka tumbuh Salah tanggapan tersebut Penjagaan oral dan gigi bayi khususnya mesti bermula sejak awal iaitu daripada si manja lahir lagi Masalah kerosakan gig...
Anak Baru 5 Tahun Gigi Berlubang Kena Cabut Ke Tampal Ini Penjelasan Doktor

Anak Baru 5 Tahun Gigi Berlubang Kena Cabut Ke Tampal Ini Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 694 hits
Bila gigi anak anak bermasalah pasti ibu bapa kebuntuan Perlukah dicabut ataupun dibiarkan Persoalan ini selalu timbul Bagi ibu bapa yang tidak tahu apa harus dilakukan baca artikel penuh ini Doktor gigi anak saya berlubang baru 5 tahun ken...
Cuci Gigi Dan Cabut Gigi

Cuci Gigi Dan Cabut Gigi

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 264 hits
Saat yang paling mengerikan adalah waktu nak cabut gigi Seram uuiii kalau diingatkan jarum suntikan yang panjang tu Seram sesangat Masa nak kena cucuk memang pejam mata serapat rapatnya Doktor suruh relax ja Jangan banyak pikiaq Pikiaq bany...
Masa Bayi Lap Gusi Gigi Pakai Kain 14 Bulan Baru Guna Berus

Masa Bayi Lap Gusi Gigi Pakai Kain 14 Bulan Baru Guna Berus

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 453 hits
Penjagaan gigi bayi boleh dimulakan seawal bayi lagi Buka bila tumbuh gigi baru nak mula Doktor gigi kongsi 5 tips penjagaan gigi si bayi dan kanak kanak Bila nak mula guna berus gigi dan kuantiti ubat gigi juga diulas Menurut Pegawai Pergi...
2 Beradik Lemas Selepas Terperangkap Dalam Peti Sejuk Rosak Selama 5 Jam Ketika Bermain Sorok Sorok

2 Beradik Lemas Selepas Terperangkap Dalam Peti Sejuk Rosak Selama 5 Jam Ketika Bermain Sorok Sorok

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 326 hits
Dua beradik dilaporkan mati lemas selepas terperangkap dalam peti sejuk yang ditinggalkan berdekatan dengan kediaman mereka di Kyrgystan nbsp David 6 dan Nikita 4 terdahulu bermain sorok sorok di perkampungan mereka di Mikhaylovka nbsp Difa...
Ubat Gigi Cuka Dan Bedak Paling Mudah Hilangkan Kesan Conteng Anak Di Dinding

Ubat Gigi Cuka Dan Bedak Paling Mudah Hilangkan Kesan Conteng Anak Di Dinding

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 338 hits
Anak anak ni sangat berseni Makin di larang umpama tak ada apa apa pun baginya Kadang tu marah sekejap tak buat dah tapi cari port lain pula Disebabkan dah tak larat nak halang anak anak conteng dinding ibu ayah terpaksa biarkan sahaja Sebe...
Ciri Terbaru Ios 13 Ini Akan Dapat Mengelakkan Bateri Iphone Anda Daripada Cepat Rosak

Ciri Terbaru Ios 13 Ini Akan Dapat Mengelakkan Bateri Iphone Anda Daripada Cepat Rosak

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 330 hits
Reading Time 2 minutesCiri 8216 Optimized Battery Charging 8216 akan dapat membantu memanjangkan jangka hayat bateri iPhone Salah satu ciri terbaru yang ada pada iOS 13 ini pastinya akan disukai oleh pengguna iPhone Ini kerana ciri yang dik...
Berus Gigi Termahal Di Dunia

Berus Gigi Termahal Di Dunia

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 387 hits
Berus gigi sudah menjadi barang yang perlu ada dalam kehidupan sehari harian Sebabnya tanpa berus gigi kita mempunyai bau mulut Tidak boleh dibayangkan ketika semua orang di dunia ini tidak berus gigi Meskipun merupakan barang sehari harian...
Youtuber Terancam Bui Gara Gara Ngeprank Oreo Berselai Pasta Gigi Ke Tunawisma

Youtuber Terancam Bui Gara Gara Ngeprank Oreo Berselai Pasta Gigi Ke Tunawisma

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 200 hits
Ren juga diperintahkan untuk menutup akun berbagi videonya selama lima tahun tetapi pada Selasa dua salurannya yang masing masing memiliki lebih dari 1 2 juta dan 260 000 pengikut masih berstatus aktif
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport