Rasulullah Dan Para Sahabat Tidak Meninggalkan Solat Tahajjud Sepanjang Hayat Mereka 9690
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Solat Sunat Tahajjud.
Posted by Shafi-Q.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah ﷺ dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Firman Allah ﷻ:
17:79 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Surah Isra’; ayat 79)
Rasulullah ﷺ bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
Tujuan Solat Tahajjud.
1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah ﷻ.
2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya.
3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah ﷻ.
4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah ﷻ.
5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
Cara Mendirikan Solat Tahajjud.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
1. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut:
Doa Sebelum Tahajjud
Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau! aku memohon ampun pada-Mu bagi dosa-dosaku dan aku memohon pada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau berikan petunjuk. Dan berikanlah aku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Engkaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan pada-Nyalah tempatku kembali.
2. Niat Solat Tahajjud:
(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)Aku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
3. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:
Pilihan A:
Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau;
Pilihan B:
Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun.
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas.
Atau;
Pilihan C:
10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran. (Rasulullah ﷺ sering membaca ayat ini pada solat Tahajjud Baginda ﷺ.)
4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:
doa sujud akhir tahajud
5. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah ﷺ ini:
6. Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~
Doa Solat Sunat Tahajjud.
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Engkaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Engkau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Engkaulah yang benar (Al-Haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, Syurga itu benar dan Neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad ﷺ adalah benar dan adanya Hari Kiamat itu benar.
Ya Allah! Pada-Mulah aku menyerahkan diri, dengan-Mu aku beriman, pada-Mu aku bertawakal, pada-Mu aku kembali, dengan-Mu aku menghadapi musuh dan pada-Mu aku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang aku sembunyikan mahu pun yang aku nyatakan, di mana Engkau lebih mengetahuinya. Engkau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Engkau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari Azab Neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.!
KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD.
1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.2. Doa dimakbulkan Allah ﷻ.3. Memperolehi ketenangan jiwa.4. Merasai diri hampir kepada Allah ﷻ.5. Diberikan keistimewaan oleh Allah ﷻ.6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah ﷻ.7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.8. Mencegah dosa dan menghindari penyakit.9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas. 10. Allah Subhanahu Wa Ta'ala memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.13. Allah ﷻ memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah ﷻ.15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.16. Mendapat kemuliaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dunia dan akhirat.17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla (ﷻ).18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
Memudahkan Bangun Solat Malam.
Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُهBy; shafiqolbu
Sumber:
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahajjud/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://peceq.blogspot.com/2020/01/rasulullah-dan-para-sahabat-tidak.html