Rasuah Pemimpin Ph Perak Peguam Lapor Sprm


MyMetro
Mohd Azam Shah Yaacob
[email protected]

Mohd Khairul Azam menunjukkan laporan dan bukti rasuah selepas membuat laporan kepada SPRM Kuala Lumpur. FOTO Rosela Ismail
PEGUAM Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, hari ini membuat dua laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa wujudnya rasuah membabitkan tokoh perniagaan, Koon Yew Yin serta beberapa individu dalam Kerajaan Negeri Perak.

Beliau berkata, maklumat mengenai wujudnya unsur rasuah itu diperoleh berdasarkan artikel diterbitkan pada 2 November lalu dalam blog milik tokoh perniagaan itu yang bertajuk ‘Perak Sultan has no right to stop my appointment as economic adviser’ (Sultan Perak tidak mempunyai kuasa menghentikan perlantikan saya sebagai penasihat ekonomi).

Katanya, menerusi artikel yang kemudian dipadamkan sendiri oleh Koon, tokoh perniagaan itu mengaku menyumbang ratusan ribu ringgit kepada parti dalam Pakatan Harapan (PH) dan sebagai balasan, beliau dijanjikan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Perak.

“Pengakuan itu jelas membuktikan berlakunya amalan rasuah membabitkan Koon dan Kerajaan Negeri Perak selain beberapa parti yang menerima dana sumbangan politik darinya.

“Jadi, saya minta SPRM untuk menyiasat Koon atas jenayah rasuah yang diakui sendiri oleh beliau dalam artikel tulisannya sendiri,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di SPRM Kuala Lumpur, hari ini.

Mohd Khairul berkata, SPRM juga perlu menyiasat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Faizal Azumu berdasarkan janji bagi melantik tokoh perniagaan itu sebagai penasihat ekonomi.

Selain itu, Mohd Khairul berkata, SPRM juga perlu menyiasat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming yang menerima derma secara peribadi RM300,000 sebagaimana didedahkan tokoh perniagaan dalam artikel kedua ditulis dalam blog yang sama bertarikh 5 November lalu.

Katanya, menerusi artikel itu, Koon mengaku menderma RM200,000 secara peribadi kepada Nga berikutan Ahli Parlimen Teluk Intan itu tidak dapat menggunakan wang parti DAP secara bebas.

“Dalam artikel yang sama juga, Koon menyatakan beliau memberi tambahan RM100,000 selepas Nga mengetahui tidak terpilih menjadi menteri.

“Pemberian RM300,000 itu sebagai balasan kepada janji PH Perak untuk melantik tokoh perniagaan itu sebagai penasihat ekonomi sebelum memuat naik artikel berkenaan bagi meluahkan rasa kecewa apabila tidak dilantik ke jawatan itu,” katanya.

Menurut Mohd Khairul laporan kepada SPRM itu dibuat berikutan dua artikel berkenaan dengan jelas membuktikan Koon memberikan rasuah kepada Nga dan beberapa parti seperti dinyatakannya.

“Dua artikel berkenaan sempat saya tangkap layar (screen shot) sebelum ia dipadamkan dan boleh digunakan SPRM untuk siasatan rasuah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 November 2018 @ 6:53 PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/rasuah-pemimpin-ph-perak-peguam-lapor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Dap Terima Rasuah Rm300 000 Peguam

Ahli Parlimen Dap Terima Rasuah Rm300 000 Peguam

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 408 hits
Seorang peguam membuat laporan SPRM terhadap Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming seorang taikun perniagaan dan Pakatan Harapan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz membuat laporan itu berdasarkan tulisan di blog Koon yang telah pun dipadamka...
Calon Tewas Lapor Sprm Dakwa Jpp Sabotaj Kem Rafizi

Calon Tewas Lapor Sprm Dakwa Jpp Sabotaj Kem Rafizi

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 362 hits
Adam Abu Bakar Iswardy Murni berkata beliau turut membuat laporan polis dan menyerahkan surat bantahan kepada JPP PKR PUTRAJAYA Seorang calon yang tewas dalam pemilihan PKR baru baru ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...
Sprm Syor Rasuah Sebagai Subjek Wajib Di Sekolah

Sprm Syor Rasuah Sebagai Subjek Wajib Di Sekolah

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 312 hits
PUTRAJAYA 13 Nov Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan agar menjadikan rasuah sebagai subjek wajib di sekolah Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata sikap membenci rasuah per...
Lokman Adam Lapor Polis Farid Kamil Dedah Cuba Dirasuah Rm5 Juta Maafkan Najib Rosmah

Lokman Adam Lapor Polis Farid Kamil Dedah Cuba Dirasuah Rm5 Juta Maafkan Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 385 hits
Lokman Adam pembela Umno dan Najib Razak membuat laporan kepada polis ekoran dakwaan Farid terhadap amalan rasuah melibatkan kerajaan BN sebelum ini Foto CelotehSaje Blog Presiden Pemantau Malaysia Baharu Datuk Lokman Noor Adam membuat lapo...
Kempen Rafizi Guna Pembesar Suara Penyokong Azmin Lapor Jpp

Kempen Rafizi Guna Pembesar Suara Penyokong Azmin Lapor Jpp

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 370 hits
Mansor OthmanKOTA SAMARAHAN 10 Nov Satu laporan rasmi telah dibuat untuk perhatian Jawatankuasa Pemilihan Pusat berikutan penggunaan pembesar suara semasa proses pemilihan PKR Sarawak Cabang Kota Samarahan Seorang calon Majlis Pimpinan Pusa...
Istrinya Berduaan Di Kamar Kos Dengan Polisi Lain Ketika Ditinggal Berobat Brigpol Df Lapor Polres

Istrinya Berduaan Di Kamar Kos Dengan Polisi Lain Ketika Ditinggal Berobat Brigpol Df Lapor Polres

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 333 hits
Anggota kepolisian Rote Barat Daya Rote Ndao NTT berinisial Brigpol DF melaporkan Brigpol PP anggota polisi resor setempat Bukan tanpa alasan Brigpol DF melaporkan Brigpol PP yang telah digerebek sedang berduaan dengan istri Brigpol DF di k...
Cari Pemasang Bendera Isis Habib Rizieq Lapor Polisi Saudi

Cari Pemasang Bendera Isis Habib Rizieq Lapor Polisi Saudi

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 310 hits
Slamet mengklaim Rizieq selama ini mendapatkan perlakuan baik perlindungan dari Kerajaan Arab Saudi Karena itu dia curiga pihak yang membuat skenario penangkapan Rizieq itu bukan dari pemerintah Arab Saudi
Tertipu Rp 50 Juta Ratna Sarumpaet Belum Lapor Polisi

Tertipu Rp 50 Juta Ratna Sarumpaet Belum Lapor Polisi

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 304 hits
Argo menduga banyak korban penipuan dan penggelapan dengan mengaku pejabat Selain Ratna ada korban lainnya inisial TNA yang mengalami kerugian hingga Rp 940 juta
Peguam Tun M Ajak Rakyat Bantah Icerd

Peguam Tun M Ajak Rakyat Bantah Icerd

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 787 hits
Ini suara hati peguam Tun Mahathir Puan Ilyanie Isu ICERD ini bukan isu kepartian tetapi soal kedaulatan dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan ICERD adalah Malayan Union 2 0 Adakah kita masih mahu berdiam diri Patah kata omputeh the hottes...
Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Lempeng By Pak Zain Sarapan Pagi Ini

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tebar Roti Canai Demi Anak Anak Tular Video Pasangan Mangsa Tragedi Sungai Korok

Cara Lulus Temuduga Spa Tanpa Kabel Teknik Psikologi Yang Panel Cari

Isu Ketua Hakim

Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville