Rasuah Jpj Pulau Pinang Ramai Lagi Akan Didakwa



LEBIH ramai lagi akan didakwa dalam kes rasuah penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Pulau Pinang termasuk lelaki yang bekas isterinya jadi sebab 79 individu ditahan agensi anti rasuah secara berperingkat dalam operasi sejak pertengahan April lalu.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, agensi anti rasuah sedang melengkapkan kes sebelum tuduhan lanjutan boleh dikenakan ke atas tertuduh yang lain.

“Kes akan dibawa ke mahkamah awal bulan depan termasuk anggota penguat kuasa yang bekas isterinya membongkar skandal rasuah itu,” kata sumber yang maklum dengan proses siasatan dengan syarat tidak dinamakan.

Kelmarin, sembilan orang termasuk seorang bekas penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dituduh makan suap secara bulanan selama hampir tiga tahun antara Januari 2015 hingga Ogos 2018.

Mereka yang didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Butterworth dikenakan keseluruhan 164 tuduhan melibatkan sogokan antara RM11,000 hingga RM20,000 yang semuanya berjumlah RM135,810.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kes itu selepas bekas isteri salah seorang penguat kuasa JPJ membocorkan maklumat susulan krisis rumah tangga mereka.

SPRM menahan semua 79 penguat kuasa JPJ dan SPAD serta orang awam yang disyaki bersuhabat dalam jenayah rasuah supaya tindakan tidak dikenakan terhadap pemandu lori yang melanggar undang-undang jalan raya.

Sogokan makan bulan itu juga bagi memastikan maklumat operasi pihak berkuasa bocor kepada syarikat lori berkenaan.

The Malaysian Insight difahamkan antara yang ditahan termasuk tiga wanita yang berperanan sebagai orang tengah kepada penguat kuasa JPJ, tonto yang membocorkan maklumat operasi kepada syarikat lori serta pemilik syarikat.

Menurut sumber, JPJ ada rekod pernah menahan tonto wanita itu namun tidak dapat didakwa mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan SPRM mendapati kumpulan itu mempunyai struktur operasi yang tersusun merangkumi urusan pemindahan wang kepada penguat kuasa serta komunikasi antara penguat kuasa dan syarikat lori.

“Tanpa maklumat daripada orang dalam (bekas isteri suspek) skandal sebesar ini tidak mampu dibongkar agensi anti rasuah,” kata sumber.

Bekas isteri penguat kuasa itu yang juga pemilik salun kecantikan dikatakan berperanan sebagai penjaga akaun bank yang digunakan dalam urusan pembayaran sogokan oleh syarikat lori.

Bagaimanapun, selepas diceraikan bekas suaminya yang kahwin lain, wanita itu menyerahkan semua dokumen berkaitan dengan SPRM.

Siasatan setakat ini turut menunjukkan duit sogokan itu digunakan untuk membiayai perbelanjaan hiburan pegawai pengurusan tertinggi jabatan termasuk bermain golf.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/05/rasuah-jpj-pulau-pinang-ramai-lagi-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
70 Kertas Siasatan Berhubung Kes Rasuah Jpj Pulau Pinang Dibuka

70 Kertas Siasatan Berhubung Kes Rasuah Jpj Pulau Pinang Dibuka

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 473 hits
Datuk Seri Azam Baki berkata kertas pertuduhan akan disiapkan secepat mungkin Foto BernamaKUALA LUMPUR 21 Mei Sekurangnya kurangnya 70 kertas siasatan berhubung kes rasuah melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang telah dibuka kata...
Sprm Buka 70 Kertas Siasatan Rasuah Jpj Pulau Pinang

Sprm Buka 70 Kertas Siasatan Rasuah Jpj Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 460 hits
Sekurangnya kurangnya 70 kertas siasatan berhubung kes rasuah melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang telah dibuka kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Azam Baki Beliau berkata siasata...
Pegawai Jpj Pulau Pinang Hadapi Hukuman Penjara 660 Tahun

Pegawai Jpj Pulau Pinang Hadapi Hukuman Penjara 660 Tahun

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 483 hits
Seorang pegawai JPJ di Pulau Pinang bakal menerima hukuman penjara berjumlah 660 tahun sekiranya beliau didapati bersalah untuk 33 kes rasuah Pegawai Pembantu Penguatkuasa yang berusia 46 tahun itu telah dihadapkan ke mahkamah session di Bu...
Butterworth 265 Kontena Sisa Sampah Tersadai Di Pelabuhan Pulau Pinang

Butterworth 265 Kontena Sisa Sampah Tersadai Di Pelabuhan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 567 hits
Sebanyak 265 kontena mengandungi sisa sampah dibawa masuk ke Pulau Pinang dan dikesan masih tersadai di pelabuhan negeri ini sejak Januari lalu Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri mendedahkan kontena berkenaan tidak dituntut sehingga meny...
Jho Low Kecam Tindakan Pihak Berkuasa Lucut Hak Rumah Keluarganya Di Pulau Pinang

Jho Low Kecam Tindakan Pihak Berkuasa Lucut Hak Rumah Keluarganya Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 439 hits
Foto oleh The Star OnlineAhli perniagaan buruan polis Low Taek Jho mengecam tindakan pihak berkuasa negara ini melucut hak rumah keluarganya di Jalan Tanjong Bungah Pulau Pinang dan menegaskan hartanah itu diperolehi sebelum skandal 1MDB be...
Selamatkan Pulau Pinang Tolak Tambak 3 Pulau

Selamatkan Pulau Pinang Tolak Tambak 3 Pulau

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 418 hits
Salma KhooGeorge Town 31 5 2019 Malaysia18 MAY 2019 BM Kami membantah cadangan untuk menambak 3 pulau di selatan Pulau Pinang seperti mana yang diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Chow Kon Yeow Kurangnya rundingan awam dan makluma...
Maklumat Trafik Lokasi Panas Kemalangan Kesesakan Laluan Alternatif Di Pulau Pinang Sepanjang Aidilfitri

Maklumat Trafik Lokasi Panas Kemalangan Kesesakan Laluan Alternatif Di Pulau Pinang Sepanjang Aidilfitri

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 569 hits
Berikut adalah maklumat trafik lokasi panas kemalangan kesesakan dan laluan alternatif di P Pinang sepanjang musim perayaan Aidilfitri Daerah Seberang Perai Utara Lokasi panas kemalangan 1 Laluan sepanjang Jalan Chain Ferry ke Jambatan Merd...
Jadi Agen Cuckoo Pulau Pinang

Jadi Agen Cuckoo Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 1155 hits
Bagaimana Cara Nak Jadi Agen Cuckoo Pulau Pinang Jadi Ejen atau Agent Semua Jenis Produk Cuckoo Di Negeri Pulau Pinang ANDA berminat nak jadi agen Cuckoo Pulau Pinang ini Memang best kita agen produk Cuckoo ini tau tuan tuan Sebab apa Salah...
Kings Of The Road Joey Dunlop S Honda V4 Race Bikes Sell At Stafford

Pengiktirafan Amerika Syarikat Terhadap Kepimpinan Kuat Malaysia Dalam Menangani Cabaran Global

Free Entry For Nyonya Kebaya Clad Visitors A Masterstroke

Laut Yang Kita Lukai Dengan Tangan Sendiri

Bos Adakami Dan Tiga Pilar Yang Bikin Indonesia Jadi Magnet Investasi Dunia

Ujian Lesen Memandu Dan Perkhemahan Perdana

Alcohol In School Halls Cabinet Decides To Keep Existing Rules Practice

Report Malaysians Demonstrate Cautious Optimism Amid Economic Uncertainty


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Design Menarik Jualan Pun Meningkat Inilah Kuasa Visual Dalam Marketing

Tajuk Yang Sesuai Mungkin Ramalan Dbs Bank Kekuatan Dolar Singapura Di Pasaran Global

Mendefinisikan Semula Jam Tangan Boleh Pakai Lasak Kospet Lancar Jam Tangan Pintar Tank T4 Dan Tank M4

Penemuan Terbesar Petronas Dalam 20 Tahun

Lirik Lagu Semoga Ada Waktu Luang Feby Putri

Viral Video Shows What A Newspaper Delivery Boy Can Do With 17 Years Of Experience