Selamatkan Pulau Pinang Tolak Tambak 3 Pulau



Salma KhooGeorge Town, 31/5/2019, Malaysia18 MAY 2019 — BM / English / 中文 / தமிழ் / 日本語 / BIKami membantah cadangan untuk menambak 3 pulau di selatan Pulau Pinang seperti mana yang diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Chow Kon Yeow (The Star, 6 Mei 2019). Kurangnya rundingan awam dan maklumat lengkap mengenai projek ini amat mencemaskan, memandangkan skala besar cadangan penambakan itu yang melibatkan 4,500 ekar atau 7 batu persegi – sebesar Johor Forest City! Kami menggesa Tun selaku Pengerusi Majlis Perancangan Fizikal Negara untukmenolak Projek Mega ‘Tambak Selatan Pulau Pinang’ (Penang South Reclamation – PSR) atas sebab-sebab yang berikut:Projek penambakan ini akan memusnahkan kawasan yang terkaya dengan sumber perikanan di Pulau Pinang. Memandangkan ikan yang semakin pupus di seluruh dunia, sumber perikanan pantai ini merupakan jaminan keselamatan makanan kita. Ia membekalkan keperluan tempatan serta industri makanan dan pelancongan Pulau Pinang. Sekali dimusnahkan, harga makanan laut akan melambung naik, melangkaui apa yang penduduk Pulau Pinang mampu.Kehidupan 4,817 nelayan pantai dipertaruhkan. Nelayan-nelayan ini telah membantah berulang kali, bantahan yang terbesar diadakan oleh 1,500 nelayan mewakili 14 persatuan di Pantai Sungai Batu, Teluk Kumbar (Berita Harian, 13 Disember 2015), yang terkini pada awal 2019. Pengalaman nelayan dengan projek penambakan di pantai utara untuk projek STP2 menunjukkan mereka tidak dilindungi dengan baik oleh Kerajaan Pulau Pinang walaupun diberikan jaminan.Kesan perlombongan pasir juga akan turut dirasakan di Perak. Dasar laut (zon benthic zon) akan dikorek dan musnah. Seperti mana dalam projek tambak pantai utara, nelayan di Pulau Pinang dan 6,080 nelayan di Perak akan turut menjala lumpur dan batu-batan, serta mengalami kerosakan pada pukat ikan mereka. Pantai selatan Pulau Pinang akan habis musnah. Alam sekitar pantai Permatang Damar Laut, Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar akan menjadi rosak akibat penambakan dan pencemaran. Penduduk tempatan bukan sahaja kehilangan pemandangan saujana pantai tetapi juga pantai yang menjadi tempat rekreasi mereka. Reputasi ekopelancongan Pulau Pinang akan ternoda oleh projek yang tidak bertanggungjawab ini.Habitat pantai dan Hidupan Bawah Air (SDG 14) akan musnah. Tempat membiak Penyu Lipas (Olive Ridley Turtle) yang tersenarai oleh IUCN sebagai spesie terancam ("vulnerable") dan "taman permainan" ikan lumba-lumba Indo-Pacific Humpback Dolphin dan Indo-Pacific Finless Porpoise akan tergugat. Pengelodakan mungkin sampai ke Pulau Kendi yang kaya dengan karang laut. Biodiversiti marin di sekitarnya akan tertekan dan lenyap.Projek ini tidak menghiraukan alam sekitar dalam menghadapi krisis iklim. Sementara mengklaim untuk mensasarkan 40% pengurangan, projek tambak laut ini akan menjana tambahan 3.2 juta tan pelepasan karbon tahunan (Sumber, 18 Nasihat, 18 April 2019).Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion adalah alasan yang remeh bagi penambakan laut. Tambakan dan jualan tanah kononnya bertujuan untuk membiayai pelaksanaan PTMP bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Akan tetapi versi terkini PTMP pada asasnya tercela kerana terdiri daripada projek yang terlampau mahal dan bukannya penyelesaian bersepadu dan berdaya maju.Alasan tambahan bagi tebus guna tanah adalah meragukan. Cadangan untuk menaik taraf lapangan terbang Pulau Pinang telah luput, digantikan oleh rancangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim. Lokasi pusat pentadbiran dan ruang awam yang dicadangkan tidak sesuai bagi kebanyakan penduduk Pulau Pinang. Tambahan pula, pengembangan perbandaran masa depan adalah berdasarkan ramalan penduduk yang tidak realistik, iaitu 2.45 juta, dibandingkan dengan 1.98 juta yang ditaksirkan oleh Jabatan Perangkaan!Kekurangan tanah sekadar dalih untuk menambak laut, hakikatnya adalah kepincangan perancangan. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) memiliki 4,500 ekar tanah di Seberang Perai. Dalam Visi 2030, Ketua Menteri Pulau Pinang berjanji untuk membawa pembangunan yang amat diperlukan kepada penduduk Seberang Perai. Ini boleh dicapai dengan melabur dalam prasarana yang sempurna dan lingkaran pengangkutan awam yang sebaiknya, merentasi Jambatan Kedua Pulau Pinang – bukannya dengan penambakan laut di selatan pulau.Kerajaan Pulau Pinang tidak telus mengenai projek ini. Dari mula lagi, pameran 20 jilid cadangan SRS amat terhad, di mana pengunjung tidak boleh membuat salinan, membawa kamera ataupun telefon bimbit. Sampai ke hari ini, tiada rincian kos sebarang komponen PTMP, termasuk penambakan, yang boleh diperolehi.Pembangunan spekulatif ini berdasarkan kegelojohan, bukannya keperluan. Walaupun gejala bangunan kondominium kosong menjadi-jadi, masalah hartanah lebihan agak serius, dan projek penambakan pantai utara sedang berjalan (hampir 900 ekar), kerajaan negeri masih bertegas untuk tambak 3 pulau (4,500 ekar), yang sudah tentu akan mengawatkan lagi limpahan hartanah!Tambak pulau akan membebankan kerajaan negeri dengan kos penyelenggaraan. Pada hakikatnya, kami menentang penambakan pembuatan pulau bagi pembangunan jenis “resort”. Oleh kerana pemendapan selat antara pulau perlu senantiasa diselenggara, dengan bebannya ditanggung oleh pihak awam.Malaysia tidak perlukan lagi satu “Forest City”. Ramalan penduduk di 3 pulau itu ialah 446,300 orang (sumber: 18 nasihat), tetapi siapakah penghuninya? Dengan hanya 6–20% tanah perumahan dalam kategori “mampu milik”, adakah sebahagian besar hartanah disasarkan kepada pembeli warga asing? Adakah pembangunan ini akan meningkatkan jurang ketaksamaan sosial yang menonjol?Kerajaan negeri perlu menjaga penduduk setempat, bukan pembeli masa depan yang dibayangkan. Rakyat Pulau Pinang berulang kali membangkitkan masalah banjir yang menjejaskan mereka, di bahagian pulau dan Seberang Perai, dan cerun bukit yang terdedah di Tanjung Bungah, Bukit Relau, Paya Terubong dan Bukit Kukus yang menjadi kawasan tanah runtuh. Kenapa kerajaan negeri begitu beriya-iya mahu mewujudkan 3 pulau “Pintar dan Hijau” untuk pembeli yang dibayang-bayangkan, tetapi mengabaikan pelestarian alam sekitar bagi penduduk sedia ada?Kurangnya ketelusan dalam proses perancangan dan pengurusan tersirat sesuatu agenda. Mungkinkah objektif sebenar projek tebus guna tanah bersangkut dengan silapmata menutup jurang belanjawan negeri, kos tebus guna yang sengaja dibengkakkan dan perjudian hartanah di selatan pulau? Projek mega yang melangkaui penggal Ketua Menteri sekarang, dengan mudahnya boleh menjadi suatu platform bagi manipulasi nilai tanah, pengaliran keluar masuk wang antarabangsa dan pembiayaan politik yang tidak diisytiharkan.Projek berisiko ini mungkin menjebakkan kewangan negeri dalam bahaya. Dengan hasil tahunan sekitar RM1 bilion, kerajaan negeri sedang cuba mendapatkan pinjaman RM1 bilion untuk menjalankan tebus guna yang bernilai RM16 bilion. Walaupun mungkin bangkitnya kebarangkalian aliran tunai dan ketidaktepatan masa dalam pasaran hartanah yang tidak menentu. Kos pegangan dan pinjaman penyambung yang tidak pasti sudahnya akan ditanggung oleh kerajaan negeri, manakala konsortium pemaju (sebagai Rakan Penyampai Projek) terjamin bayaran 6%. Apakah kerajaan negeri menempa kancah malapetaka kewangan?Terlalu banyak dipertaruhkan bagi kemanfaatan awam yang sedikit. Projek tebus guna yang gagal akan membebankan negeri Pulau Pinang dengan hutang dan projek terbengkalai, manakala generasi sekarang dan mendatang akan kehilangan peluang berharga bagi adaptasi diri dengan perubahan iklim yang tepat pada waktunya dan pembangunan yang seimbang dan teguh.      Penyelesaian yang lebih baik, murah, cepat (lebih awal) boleh dikerjakan. Jika kerajaan negeri melabur dalam menambah baik perhubungan dan pengangkutan awam, dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam (mensasarkan 40% bahagian modal), jaringan jalanraya yang tersedia mencukupi sehingga 2030. Ke arah mobiliti pintar dan perkongsian!Penyelesaian perlu memanfaatkan majoriti penduduk Pulau Pinang. Analisa jajaran RM9.6 bilion Pan-Island Link, dan RM9 bilion LRT tidak sepadan dengan taburan penduduk, dan sudahnya melayani 3 pulau semata-mata. Sedangkan warga Pulau Pinang terpaksa menderita jahanam kepada alam sekitar.Penyelesaian mestilah membawa keadilan sosial. Jika tujuannya adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, kenapa perlu kerajaan negeri mengutamakan pengguna kereta dan membelakangkan yang lain? Kenapa nelayan dan komuniti luar bandar perlu beralah dan tinggalkan gaya hidup lestari, lantaran sesetengah pemandu terlalu mementingkan diri untuk memberikan ruang jalan bagi lorong bas?Pulau Pinang dirahmati dengan bukit-bukau, laut dan kota George Town yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan UNESCO, tetapi kita kini di persimpangan jalan. Apakah wawasan yang kita mahu untuk Pulau Pinang?Pengembangan dominasi kereta, perbandaran konkrit yang berselerak sehingga melahap bukit dan laut kita? Atau Pulau Pinang yang pintar, hijau, kurang kereta, terhubung dan layak dihuni bagi semua warganya
Strategi pembangunan lestari yang berhemah kewangan dan inklusi sosial akan membawa pertumbuhan ekonomi yang mantap. Kita mempunyai tanggungjawab untuk mewariskan bumi yang lebih baik untuk generasi masa kini dan mendatang
Selamatkan Nelayan Kita! Selamatkan Alam Sekitar Persisiran Pantai Kita! Tolak Tambak Laut!#PenangTolakTambak   #SavePenang  https://www.change.org/p/prime-minister-of-malaysia-save-penang-reject-the-3-islands-reclamation


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/05/selamatkan-pulau-pinang-tolak-tambak-3.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agihbantuanzakat Elak Tindakan Boleh Timbulkan Kontroversi Mufti Pulau Pinang

Agihbantuanzakat Elak Tindakan Boleh Timbulkan Kontroversi Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 416 hits
Elak apa jua tindakan yang boleh menimbulkan kontroversi dan presepsi yang salah demikian reaksi Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengenai tindakan pihak tertentu yang menganjurkan majlis berbuka puasa di rumah ibada...
Butterworth 265 Kontena Sisa Sampah Tersadai Di Pelabuhan Pulau Pinang

Butterworth 265 Kontena Sisa Sampah Tersadai Di Pelabuhan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 450 hits
Sebanyak 265 kontena mengandungi sisa sampah dibawa masuk ke Pulau Pinang dan dikesan masih tersadai di pelabuhan negeri ini sejak Januari lalu Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri mendedahkan kontena berkenaan tidak dituntut sehingga meny...
Pegawai Jpj Pulau Pinang Hadapi Hukuman Penjara 660 Tahun

Pegawai Jpj Pulau Pinang Hadapi Hukuman Penjara 660 Tahun

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 384 hits
Seorang pegawai JPJ di Pulau Pinang bakal menerima hukuman penjara berjumlah 660 tahun sekiranya beliau didapati bersalah untuk 33 kes rasuah Pegawai Pembantu Penguatkuasa yang berusia 46 tahun itu telah dihadapkan ke mahkamah session di Bu...
Jho Low Kecam Tindakan Pihak Berkuasa Lucut Hak Rumah Keluarganya Di Pulau Pinang

Jho Low Kecam Tindakan Pihak Berkuasa Lucut Hak Rumah Keluarganya Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 319 hits
Foto oleh The Star OnlineAhli perniagaan buruan polis Low Taek Jho mengecam tindakan pihak berkuasa negara ini melucut hak rumah keluarganya di Jalan Tanjong Bungah Pulau Pinang dan menegaskan hartanah itu diperolehi sebelum skandal 1MDB be...
Jadi Agen Cuckoo Pulau Pinang

Jadi Agen Cuckoo Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 708 hits
Bagaimana Cara Nak Jadi Agen Cuckoo Pulau Pinang Jadi Ejen atau Agent Semua Jenis Produk Cuckoo Di Negeri Pulau Pinang ANDA berminat nak jadi agen Cuckoo Pulau Pinang ini Memang best kita agen produk Cuckoo ini tau tuan tuan Sebab apa Salah...
70 Kertas Siasatan Berhubung Kes Rasuah Jpj Pulau Pinang Dibuka

70 Kertas Siasatan Berhubung Kes Rasuah Jpj Pulau Pinang Dibuka

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 337 hits
Datuk Seri Azam Baki berkata kertas pertuduhan akan disiapkan secepat mungkin Foto BernamaKUALA LUMPUR 21 Mei Sekurangnya kurangnya 70 kertas siasatan berhubung kes rasuah melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang telah dibuka kata...
Rugi Kalau Tak Cuba 2 Murtabak Terbaik Dan Sedap Di Pulau Pinang

Rugi Kalau Tak Cuba 2 Murtabak Terbaik Dan Sedap Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 876 hits
2 Murtabak Terbaik dan Sedap Di Pulau PinangAssalamualaikum Macam mana boleh tiba tiba nak tulis mengenai Murtabak ni Saja nak kongsi memandangkan artikel ini ditulis pada Bulan Puasa Pulau Pinang memang tidak asing dengan murtabak dan dima...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization