Rasuah Dan Kepemimpinan Politik Melayu Islam


 

Setiap kali kegiatan rasuah berlaku di Malaysia secara langsung atau tidak nama baik Islam akan tercemar. Ini kerana Islam dinobatkan sebagai agama rasmi persekutuan.
Justeru Islam sewajarnya dipertanggungjawab dengan proses pendidikan warga Malaysia supaya beramanah, jujur, dan ikhlas dalam menguruskan harta dan nikmat rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Malangnya, kini nama Malaysia dibariskan dengan negara-negara yang mempunyai rekod paling buruk dalam kes kejadian dan amalan rasuahnya di dunia. Sewajarnya nama Islam terpalit sama.
Awam mungkin menganggap kenyataan itu satu tuduhan melulu. Tidak adil Islam dipersalahkan setiap kali ada umatnya mengamalkan rasuah. Apatah lagi menurut kepercayaan, Islam agama yang sempurna.
Memang Islam itu sempurna. Namun nampaknya di Malaysia ramai penganutnya tidak sedemikian. Maknanya yang cacat ialah penganutnya. Maka hukumlah mereka yang culas dan tidak beramanah.
Islam telah memperlembagakan soal halal haram dan menyediakan katalog lengkap hukuman ke atas umat yang ingkar – sesiapa yang melanggar hukum adalah berdosa dan boleh meletakkan dirinya menjadi kafir atau fasiq dan mungkin juga munafik.
Bagaimanapun persepsi bahawa Islam yang menjadi punca amalan rasuah agak sukar ditepis dalam konteks Malaysia. Ini kerana soal Islam sudah menjadi piagam program pembentukan karakter luhur muslimin bawah pelbagai konsep yang dilakar oleh pemimpin Melayu-Islam.
Kira-kira 40 tahun lalu kerajaan yang dipimpin Umno melancarkan program “Penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan”. Diterajui oleh Badan Perunding Islam, semua aspek kehidupan diperkenalkan pada nilai-nilai Islam.
Yang menjadi sasaran ialah menyuntik nilai Islam dalam aspek pentadbiran awam, pengurusan ekonomi, dan pendidikan.
Seluruh institusi dan golongan cendekiawan Islam disapa untuk menyertai program ini. Hasilnya menakjubkan juga. Dari situ nampak pembangunan fizikal bercirikan Islam seperti Halal Hub, Institut Kefahaman Islam (IKIM), dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Bank Islam, Takaful Islam, dan Universiti Islam Antarabangsa dibangunkan. Namun paling ketara ialah perubahan pada penampilan wanita Islam. Tudung kepala, jubah, dan juga institusi sokongan seperti berpuluh maahad tahfiz tumbuh bak cendawan selepas hujan.
Begitu juga politik Islam. Apabila kerajaan pimpinan Umno meramahi program Islamisasi ini, Parti Islam seMalaysia (PAS) yang menjadi pesaing rapat Umno tiada banyak pilihan kecuali memperkemaskini penampilan politik Islamnya.
Presiden PAS hari ini, Abdul Hadi Awang mewasiatkan “Amanat Hadi” untuk membezakan pendekatan dan pemahaman politik Islam PAS dengan pendekatan Umno hingga mencetuskan isu takfir dalam kalangan orang Melayu-Islam.
Program penerapan nilai Islam ini terhenti agak mendadak apabila berlaku konflik politik dalaman Umno pada penghujung abad kedua puluh. Abdullah Ahmad Badawi kemudian menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Abdullah juga cuba menggilap Islam mewarnai pembangunan negara melalui konsep Islam Hadhari bertujuan memacu nilai Islam dalam segenap aspek kehidupan. Usaha ini juga mengendur apabila beliau bersara dan jawatan Perdana Menteri diambil alih oleh Najib Razak.
Tidak mahu ketinggalan dalam usaha menyulam sokongan total daripada orang Melayu-Islam, pentadbiran Najib juga mempunyai konsep pentadbiran Islamnya sendiri. Maka pemikir-pemikir kem Najib memilih pendekatan Islam secara wasatiyyah (jalan tengah) pula.
Konsep ini diperkukuhkan dengan pemikiran kontemporari seperti konsep maqasid syariah yang meletakkan prioriti dalam kerja-kerja dakwah.
Namun pembangunan Islam wasatiyyah ini juga nampaknya terkubur secara mendadak apabila Umno kecundang dalam pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018.
Imej Islam lebih tercalar apabila istilah kleptokrasi dikalungkan pada leher Najib. Skandal 1MDB masih dalam perbicaraan. Namun imej Umno hingga kini menderita teruk.
Umno pun melahirkan parti serpihan Bersatu yang juga mengumumkan bahawa ia pembela Islam. Dengan tiada kemenangan yang kukuh, baik Umno, PAS, dan Bersatu tidak mampu menubuhkan kerajaan persekutuan sendirian.
Maka lahir Muafakat Nasional (MN) gabungan di antara PAS dan Umno. Ini dituruti dengan penubuhan Perikatan Nasional yang menggabungkan kerjasama politik PAS dan Bersatu pula.
Melalui strategi Langkah Sheraton, Umno, PAS, Bersatu, dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berhasil menumbangkan Pakatan Harapan yang menggantikan Barisan Nasional (BN) 22 bulan sebelum itu.
Kestabilan kerajaan PN tidak kekal apabila Umno menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN pimpinan Mahiaddin Yassin. Umno pula ambil alih kerajaan PN.
Setakat ini, masih belum jelas program Islamisasi apa yang hendak ditawarkan kepada pengundi Melayu-Islam yang menyokong kerajaan hari ini. Yang nyata, rasuah menjadi virus dalam pandemik politik Malaysia hari ini dan parti-parti Melayu-Islam yang paling terpalit.
Yang pasti, PAS walaupun sudah bergabung dengan musuh tradisinya Umno dan Bersatu demi mewujudkan kerajaan Melayu-Islam, nampaknya agak sukar memperkenalkan jenama pembangunan Islam baru yang mahu diperjuangkan. Cinta tiga segi parti itu masih rapuh, agaknya.
Yang jelas juga ialah, statistik politik Melayu-Islam Malaysia kini berserpihan dalam kalangan Umno, PAS, Bersatu, dan Pejuang, menonjolkan perpaduan yang terlalu banyak retaknya. Tanpa ideologi pembangunan Islam tuntas, dakwah Islam yang mahu dipikul oleh parti-parti ini semakin suram.
Seiring itu kompromi dan tipu helah politik dalam kalangan ahli-ahli politik Melayu-Islam akan terus menjunam menjadi hipokrasi. Perkara ini diperhatikan dengan teliti oleh pemikir Islam tersohor, Prof Emeritus Kamal Hassan.
Dalam buku terbaharunya “Corruption and hypocrisy in Malay Muslim Politics”, beliau menegaskan mengenai betapa perlunya transformasi moral dan etika dalam politik Melayu-Islam dilakukan.
Hiruk pikuk kes pemilikan jutaan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, yang sedang membingitkan Malaysia hari ini seolah melaungkan bahawa program pembangunan negara berpaksikan Islam selama ini, gagal.
Mufti Perlis, Mohamad Asri berpandangan metodologi dakwah yang digunakan sejak 40 tahun lalu gagal kerana para asatizah lebih menumpukan kepada soal dosa pahala maksiat peribadi tetapi penekanan terhadap jenayah membabitkan hak ummah kurang diberi perhatian.
Katanya, dosa peribadi seperti zina, meninggalkan solat, dan zakat boleh ditebus melalui taubat tetapi jenayah rasuah yang membabitkan hak dan kepentingan rakyat tiada ampun.
Sebab itu Prof Kamal mahu ahli politik mengutamakan soal pembinaan insan politik Malaysia yang mentauhidkan kepemimpinan mereka yang akan menjadikan mereka lebih beramanah, tidak rasuah, dan bukan hipokrit. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/rasuah-dan-kepemimpinan-politik-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Kanan Sc Ahli Politik Dilapor Terlibat Rasuah Rm28 2 Juta

Pegawai Kanan Sc Ahli Politik Dilapor Terlibat Rasuah Rm28 2 Juta

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 182 hits
MALAYSIA NOW Menurut laporan NGO itu anak pegawai SC turut terlibat dalam salah laku dan rasuah tersebut Seorang lelaki berjalan di hadapan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Jalan Chocrane Cheras Suruhanjaya Pencegahan Rasu...
Kalau Rasuah Tapi Melayu Takpa Kurang Kurang Melayu Juga

Kalau Rasuah Tapi Melayu Takpa Kurang Kurang Melayu Juga

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 157 hits
Dato Seri Anwar Ibrahim bersama anak anak muda di PD mendengar dan bertukar pandangan di dalam program Bersama Anak Muda PD Anak anak muda mesti di depan dalam menyikapi isu isu besar demi masa depan negara Anwar Ibrahim
Melayu Liberal Adalah Musuh Islam

Melayu Liberal Adalah Musuh Islam

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 162 hits
Sebenarnya Melayu liberal ni bukan bebas perkauman Mereka bersungguh sungguh pertahankan cina non muslim yang biadap dengan Islam tetapi mereka tidak pernah nak defend cina muslim yang mengamalkan Islam Pendek kata melayu liberal ni memang ...
Seni Bina Rumah Melayu Tradisional Penyelesaian Kepada Banjir

Seni Bina Rumah Melayu Tradisional Penyelesaian Kepada Banjir

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 226 hits
Walaupun mendirikan rumah panggung Melayu seperti di kawasan kampung mungkin boleh mengurangkan kerugian akibat banjir namun ia bukan penyelesaian jangka masa panjang Seorang wanita meredah genangan air di kawasan perumahan Taman Sri Muda S...
Hiburan Comel Betul Akak Ni Netizen Terhibur Tengok Gadis Dari China Belajar Mengira Dalam Bahasa Melayu

Hiburan Comel Betul Akak Ni Netizen Terhibur Tengok Gadis Dari China Belajar Mengira Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 414 hits
Baru baru ini tular di aplikasi video seorang gadis warganegara China yang cuba belajar mengira nombor dalam bahasa melayu telah mencuit hati ramai netizen Menerusi video yang dikongsikan pengguna bernama Mohamed Hyypia itu gadis itu merupa...
Mujur Ada Hero Hero Di Hari Thaipusam Wanita Melayu Bersalin Dalam Kereta

Mujur Ada Hero Hero Di Hari Thaipusam Wanita Melayu Bersalin Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 181 hits
Bagi ibu yang menunggu masa nak bersalin mesti teruja untuk buat persiapan menyambut orang baru Bukan saja persiapan membeli barangan bayi semata mata tetapi mental dan fizikal juga harus bersedia Maklumlah proses kelahiran setiap anak tak ...
Dap Dakwa Bersatu Anggap Bukan Melayu Kelas Kedua

Dap Dakwa Bersatu Anggap Bukan Melayu Kelas Kedua

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 164 hits
Naib Pengerusi DAP Johor Dr S Ramakrishnan mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah parti politik yang meletakkan kaum bukan Melayu sebagai kelas kedua Ahli Dewan Undangan Negeri Bekok itu membuat dakwaan tersebut ketika mempersoal ti...
Masak Spageti Aglio Olio Sedap Versi Melayu Guna Chilli Flakes Dominos

Masak Spageti Aglio Olio Sedap Versi Melayu Guna Chilli Flakes Dominos

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 247 hits
Spageti Aglio Olio tentunya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia Sajian dari Eropah ini sangat ringkas dan mudah disediakan Namun ada juga yang kurang gemar kerana rasanya yang tidak pedas Nah Jangan risau ada resipi Spageti Aglio Olio cit...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti