Rasuah Berlaku Zaman Saya Tapi Saya Tak Curi Satu Sen Pun Mahathir



RASUAH tetap berlaku ketika pentadbiran siapapun yang menjadi Perdana Menteri di negara ini cuma ia dilaporkan ataupun tidak.
Hal berkenaan tidak boleh dinafikan, malah jika dilaporkan pun sama ada diambil tindakan ataupun tidak itu pun menjadi satu isu.
Soalnya individu tersebut perlu bersikap jujur ataupun tidak terhadap integriti dirinya sendiri tanpa perlu menuding atau dituding jari.
Walaupun angkanya sedikit, kesilapannya kecil, rasuah tetap rasuah tidak ada istilah sedemikian kerana ia tetap akan menyebabkan barah kepada negara.
“Ya, rasuah berlaku, tetapi tidaklah sampai perdana menteri (sendiri) yang korup.
“Saya tidak mencuri satu sen pun. Bahkan saya memulangkan wang. Ketika saya menjadi perdana menteri, saya bertegas memotong gaji Kabinet sebanyak 10 peratus.”
Kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu temubual bersama Radio Business FM (BFM) dalam segmen Breakfast Grilled yang dipetik laporan portal Free Malaysia Today hari ini.
Beliau berkata demikian seperti menafikan bahawa segala kekayaan dan harta yang dimilikinya adalah tidak datang daripada sumber rasuah seperti sangkaan kebanyakan pihak.
Namun, beliau turut menjelaskan tidak kisah jika dikritik atau dikecam oleh orang ramai walaupun sudah meninggal dunia nanti.
Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, beliau juga mengaku segala warisan terhadap negara yang ditinggalkannya pun nanti pasti akan dikecam.
“Saya tidak peduli dengan warisan saya. Saya cukup yakin apabila saya mati, orang akan mengecam saya. Ia tidak penting, saya dah mati pun (waktu itu),” luahnya.
Bercakap mengenai bekas anak didiknya, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr. Mahathir akui Ketua Pembangkang itu boleh menjadi Perdana Menteri.
Kata-kata beliau juga dilihat seperti tidak menolak sekiranya Anwar berkemungkinan menjadi Perdana Menteri pada suatu hari nanti.
Namun, menurutnya, Anwar perlu membuktikan sokongan kepadanya melalui Parlimen terlebih dahulu.
“Buat masa ini, hanya Parlimen yang dapat membuat keputusan.
“Sekalipun Agong melantik perdana menteri, (keputusan itu) akan melalui Parlimen dan jika Parlimen menolaknya, dia tidak akan menjadi perdana menteri.
“Kerana, seseorang tidak boleh membentuk kerajaan tanpa majoriti. Setiap kali anda ingin meluluskan undang-undang, ia akan ditolak oleh majoriti.
“Kerajaan minoriti tidak mungkin wujud,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan perubahan landskap politik negara yang mana tiada satu parti akan memperoleh majoriti pada masa akan datang.
Justeru, pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang belum didaftar itu membayangkan kumpulannya akan muncul sebagai Ahli Parlimen penting untuk membentuk kerajaan.
Namun, menegaskan tetap tidak akan bekerjasama dengan parti yang masih memiliki individu didaka di mahkamah atas tuduhan jenayah sama ada bersalah ataupun tidak.
“Parti utama harus bekerjasama dengan kami untuk membentuk kerajaan.
“Saya tidak akan bekerjasama dengan mereka yang didakwa di mahkamah atas tuduhan jenayah, sama ada mereka didapati bersalah atau tidak,” tegasnya.
Malah dalam laporan sama, beliau turut mengkritik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menuduh pemimpin itu tidak melakukan banyak perkara untuk menyelamatkan rakyat dan ekonomi negara.
Katanya, Proklamasi Darurat yang dimaklum Muhyiddin juga memberikan beliau kuasa besar, namun gagal menunjukkan kemampuannya menyelesaikan isu semasa. SM

The post Rasuah berlaku zaman saya tapi saya tak curi satu sen pun – Mahathir appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/15/rasuah-berlaku-zaman-saya-tapi-saya-tak-curi-satu-sen-pun-mahathir/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rasuah-berlaku-zaman-saya-tapi-saya-tak-curi-satu-se

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Anak Ibu Ditahan Curi Ubat Makanan Polis Datang Tak Tangkap Tapi Bawa Makanan

Demi Anak Ibu Ditahan Curi Ubat Makanan Polis Datang Tak Tangkap Tapi Bawa Makanan

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 421 hits
Betullah orang kata demi anak ibu sanggup berkorban apa sahaja Susah senang hidup kita ni tak sama Begitu juga masalah orang lain kita tak tahu sejauh mana kesusahan mereka Seperti kisah ibu ini di Petaling Jaya yang didapati mengambil bara...
Kembali Kepada Bersatu Satu Satunya Pilihan Paling Sesuai Buat Mahathir

Kembali Kepada Bersatu Satu Satunya Pilihan Paling Sesuai Buat Mahathir

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 355 hits
Shahbudin HusinHasrat pihak tertentu untuk membawa Tun Mahathir Mohamad kembali menyertai PH sebagaimana yang masih diusahakan sehingga sekarang diyakini akan terus menemui jalan buntu Sementara Anwar Ibrahim telah menunjukkan keterbukaanny...
Shorts Jijik Lihat Rasuah Tapi Kita Buat Apa

Shorts Jijik Lihat Rasuah Tapi Kita Buat Apa

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 265 hits
SHORTS SINAR LIVE 20 JANUARI 2021 Ikuti petikan Sinar Live yang bertajuk Jijik Lihat Rasuah Tapi Kita Buat Apa bersama Bekas Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Datuk Abdul Samat Kasah UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI Muzik www bensou...
150 Eksperimen Sains Untuk Anak Tadika Dalam Satu Kotak

150 Eksperimen Sains Untuk Anak Tadika Dalam Satu Kotak

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 624 hits
Sebelum ini saya asyik tertanya tanya sesuai tak kalau saya buat eksperimen ini untuk Auni bahan yang digunakan selamat tak untuk eksperimen di rumah perlu langkah berjaga jaga yang ketat atau tak untuk jalankannya Tapi sekarang saya dah ta...
Relawan Muda Isma Kerjasama Paip Bantu Hantar Satu Juta Liter Bekalan Air Bersih

Relawan Muda Isma Kerjasama Paip Bantu Hantar Satu Juta Liter Bekalan Air Bersih

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 315 hits
KUALA LUMPUR Relawan Muda Ikatan Muslimin Malaysia bekerjasama dengan Pengurusan Air Pahang Berhad membantu membekalkan satu juta liter bekalan air bersih kepada mangsa banjir yang terjejas di Pahang Ketua Koordinator Bencana Relawan Muda I...
Ketagihan Mengunyah Ais Betul Ke Ia Salah Satu Simptom Anemia

Ketagihan Mengunyah Ais Betul Ke Ia Salah Satu Simptom Anemia

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 336 hits
Fuh Sebenarnya lebih dua bulan kakak bergelut dengan aktiviti mengunyah ais dan ketagihan ini semakin menjadi jadi Kalau tak dapat mengunyah airliur bertakung dalam mulut macam ibu yang tengah hamil mengidam nak makan sesuatu Aduh Sebenarny...
Disebabkan Perkara Ini Akhirnya Satu Kampung Terpaksa Jalani Sw4b Test

Disebabkan Perkara Ini Akhirnya Satu Kampung Terpaksa Jalani Sw4b Test

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 243 hits
Seluruh penduduk Kampung Chedok Bukit Bunga Tanah Merah disarankan supaya menjalani ujian saringan c0v1d 19 hari ini kerana dikhuatiri mempunyai risiko selepas beberapa penduduk di kampung berkenaan didapati positif
Satu Dua Orang Tidak Menyukaimu Itu Biasa Bukan Berarti Kamu Gagal Jadi Makhluk Sosial

Satu Dua Orang Tidak Menyukaimu Itu Biasa Bukan Berarti Kamu Gagal Jadi Makhluk Sosial

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 178 hits
Please jangan terjerembap dalam kesedihan karena hal ini Kamu memang nggak perlu jadi teman semua orang kok
Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025