Rasisme Normalisasi Hipokrasi Dan Keperluan Perubahan




Isu penggunaan papan tanda berunsur rasis yang baru-baru ini tular di media sosial telah mencetuskan kemarahan dan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat.  
Walaupun telah memohon maaf setelah dikritik oleh orang ramai dan ahli politik, termasuk menteri perpaduan, individu terbabit ditahan polis dan dikenakan denda RM400 oleh mahkamah.  
Pemimpin Madani menegaskan bahawa tindakan undang-undang harus diambil kerana permohonan maaf sahaja tidak mencukupi.  
Tetapi, seorang pemimpin Pakatan Harapan, Najwan Halimi pula diberi peluang untuk bertanding dalam pilihan raya, dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan dilantik sebagai salah seorang anggota exco negeri Selangor meskipun pernah mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman.  
ADSAdakah ini bermaksud permintaan maaf memadai jika status sosioekonomi dan politik seseorang itu lebih berpengaruh daripada rakyat biasa?  
Ironinya, ini berlaku dalam sebuah parti yang mengangkat nama "keadilan" sebagai teras perjuangannya.  
Yang lebih membimbangkan ialah bagaimana rasisme dinormalisasikan dalam kalangan masyarakat.
Sedangkan pemimpin politik yang sepatutnya lebih bertanggungjawab sebagai wakil setiap lapisan masyarakat tidak mempunyai mekanisme akauntabiliti yang jelas untuk dipertanggungjawabkan.  
Walaupun Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kesamarataan, malangnya diskriminasi kaum dan insiden berunsur rasis masih berleluasa dan bukanlah sesuatu yang luar biasa di Malaysia.  
Kadangkala, kesilapan jujur atau isu yang tidak berkaitan sekalipun dikaitkan dengan naratif perkauman dan keagamaan oleh pihak tertentu.  
Realitinya, masyarakat Malaysia hari ini terpisah mengikut kaum dan agama.  
Maka, perasaan ketidakadilan dilihat sebagai sesuatu yang boleh mengancam keharmonian negara.  
Jelas bahawa langkah tegas dan bermakna perlu diambil.  
Menariknya, Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang, dalam ciapannya menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab menjaga keharmonian negara dengan menghormati satu sama lain.  
Aaron Ago DagangWalaupun berniat baik, kenyataan ini adalah sekadar retorik kosong tanpa tindakan konkrit.  
Sebagai sebahagian daripada kerajaan, lebih banyak usaha diperlukan, terutama dalam Perpaduan Negara.  
ADSMentaliti yang sekadar tidak bersikap rasis adalah tidak mencukupi kerana pendekatan pasif ini mengabaikan suasana sosiopolitik semasa.  
Sebaliknya, perlu ada naratif jelas dan langkah proaktif untuk membanteras diskriminasi.  
Oleh itu, adalah penting untuk melaksanakan perubahan mendalam dalam sikap dan pemikiran masyarakat melalui dua pendekatan utama.  
Ubah hati, minda masyarakat 
Pertama, institusi sosial seperti pendidikan, keagamaan dan media massa perlu memainkan peranan aktif dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan menghormati perbezaan.  
Pendidikan yang menyeluruh tentang nilai-nilai toleransi dan kemanusiaan adalah kunci untuk membentuk generasi yang lebih inklusif.  
Ini bermaksud ruang untuk menggambarkan dan membincangkan idea-idea dan pandangan-pandangan berbeza patut berlangsung secara berhemah tanpa halangan pihak penguasa.  
Kerajaan perlu menggunakan ruang-ruang seperti sekolah untuk membawa bersama pelajar berlainan bangsa supaya perasaan perpaduan dalam perbezaan dapat disemai dalam diri mereka.  
Ini perlu melangkaui langkah-langkah dangkal seperti minggu perpaduan atau kempen yang tidak berkesan.  
Sebaliknya harus dijadikan sebahagian daripada kurikulum secara bermakna dan tidak sekadar hafalan.  
Kerajaan perlu menilai semula dasar yang berpotensi bersifat diskriminasi dan memastikan program yang dilaksanakan benar-benar membantu golongan memerlukan.  
Perspektif kelas juga harus diambil kira bagi memastikan dasar kerajaan mencapai sasaran yang tepat.  
Rasa keterasingan dalam masyarakat wujud akibat fokus kerajaan yang tidak menyeluruh.  
Oleh itu, keperluan rakyat harus dinilai secara jujur tanpa pengaruh kepentingan politik.  
Sebagai contoh, Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan tidak mengiktiraf orang kurang upaya sebagai kumpulan yang dilindungi, dan terdapat rujukan terhadap individu “tidak siuman” yang mengehadkan penyertaan mereka dalam masyarakat.  
Perkara ini perlu dipinda.  
Sebagai langkah asas yang mudah dilaksanakan, kerajaan mesti memastikan ahlinya sendiri tidak terlibat dalam amalan diskriminasi.  
Contohnya adalah kes Najwan Halimi, yang disebut di atas.  
Ataupun tindakan mikroagresi seperti gelengan kepala mengejek oleh perdana menteri adalah contoh perkara mudah yang perlu dielakkan.  
Namun, ini hanyalah isu kecil.  
Sehingga langkah lebih besar diambil seperti yang dinyatakan sebelum ini, lebih baik jika diskriminasi yang wujud didedahkan dengan jelas daripada terus disembunyikan.  
Perlunya undang-undang anti diskriminasi 
Kedua, kerajaan perlu merangka dan melaksanakan undang-undang yang lebih tegas untuk memastikan keadilan ditegakkan kepada mangsa diskriminasi dan penghinaan berunsur rasis.  
Sebagai contoh, diskriminasi kaum dalam penyewaan rumah dan pengambilan pekerja di Malaysia begitu ketara.  
Menurut sebuah kajian “Racial Discrimination in the Malaysian Rental Market: A Study of Prevalence, Causes and Solutions” oleh Architects of Diversity (2024), kebanyakan individu tidak dapat menyewa sebuah tempat penginapan selaras dengan kemampuan ekonomi mereka kerana segelintir pemilik rumah hanya memberi keutamaan kepada sesebuah kaum.  
Lebih menarik, kajian ini mendedahkan bahawa keutamaan berdasarkan kaum penyewa ditentukan oleh pemilik.  
Ini bermaksud, diskriminasi berlaku terhadap semua etnik, tanpa mengira majoriti atau minoriti.  
Dalam konteks ini, kelas ini, iaitu pemilik unit, memegang kuasa utama.  
Ini juga dapat dilihat dalam iklan hartanah dalam laman web seperti iBilik yang secara terang-terangan menolak penyewa India.  
Disebabkan Malaysia pada masa ini tidak mempunyai undang-undang menyeluruh untuk mengawal selia pasaran sewa atau menangani isu diskriminasi kaum, kes diskriminasi kaum dalam penyewaan rumah tidak dapat dilaporkan dan tidak disiasat, menyebabkan individu terjejas tanpa sebarang jalan penyelesaian (Architects of Diversity, 2024).  
Maka, secara asasnya, diskriminasi ini mempunyai persilangan antara kaum dan juga kedudukan sosioekonomi seseorang.  
Maka, Malaysia memerlukan akta antidiskriminasi untuk menangani isu-isu yang bersifat struktural dan memastikan keadilan.  
Akta ini juga harus meliputi diskriminasi berdasarkan jantina, umur, kewarganegaraan, kecacatan, penyakit, dan orientasi seksual.  
Akses kepada pekerjaan, pendidikan, kemudahan awam, dan penjagaan kesihatan harus terbuka kepada semua.  
Ucapan kebencian juga perlu ditangani secara tegas bagi menghalang individu berpengaruh daripada menyebarkan kebencian terhadap mana-mana komuniti.  
Dalam merangka undang-undang ini, sumbangan daripada organisasi masyarakat sivil seperti Article 19, Pusat Komas, dan Suaram adalah penting.  
Kita tidak setuju dengan pendirian parti PAS dan yang menyatakan bahawa undang-undang antidiskriminasi boleh merenggangkan hubungan antara kaum atau secara fundamentalnya bersifat anti-Melayu/Islam.  
Hujah ini disertai dengan usaha menakut-nakutkan rakyat menggunakan insiden 13 Mei, yang kita anggap tidak relevan, tidak wajar, dan tidak bertanggungjawab—semata-mata untuk meraih keuntungan politik demi kepentingan sendiri.  
Malaysia boleh mengambil iktibar daripada sejarah lampaunya sendiri.  
Antara gabungan politik antara kaum terawal, Putera-AMCJA, telah mencadangkan penubuhan Majlis Perhubungan Kaum melalui Perlembagaan Rakyat bagi menangani isu diskriminasi berasaskan kaum.  
Peranan Majlis ini termasuk meneliti setiap rang undang-undang yang diluluskan untuk menentukan sama ada akta tersebut, sama ada secara keseluruhan atau dalam mana-mana peruntukan tertentu, bersifat diskriminasi atas dasar kaum atau agama.  
Selain itu, mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk merujuk kembali kepada Akta Keterangkuman Sosial sepertimana yang dicadangkan oleh Saya Anak Bangsa Malaysia bagi melaksanakan pelan tindakan bersepadu dalam menangani penyisihan dalam masyarakat Malaysia.  
Penubuhan suruhanjaya antidiskriminasi kaum juga boleh dipertimbangkan sebagai langkah proaktif untuk memastikan usaha-usaha menangani masalah rasisme dapat dijalankan.  
Jika tidak, kerajaan Madani boleh menghidupkan semula tiga cadangan akta iaitu: Racial and Religious Hate Crimes Bill, National Harmony and Reconciliation Bill, dan National Harmony and Reconciliation Commission Bill yang dibawa semasa pemerintahan Pakatan Harapan 1.0 (2018 - 2022).  
Hujah-hujah yang mendakwa bahawa undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 sudah memadai adalah tidak dapat diterima.  
Kami berpendirian bahawa undang-undang yang melanggar hak asasi manusia perlu dimansuhkan.  
Terdapat banyak contoh yang boleh digunakan untuk membangunkan mekanisme yang disesuaikan dengan konteks Malaysia, dan ini hanyalah sebahagian kecil daripadanya.  
Walaupun matlamat utama adalah untuk menghapuskan rasisme sepenuhnya, pelaksanaan undang-undang yang tegas dapat sekurang-kurangnya mengurangkan insiden sebegini secara signifikan.  
Bina Malaysia yang inklusif 
Kebencian terhadap seseorang hanya berdasarkan perbezaan luaran atau latar belakang adalah punca utama lahirnya sikap rasis, fasisme, dan ekstremisme.  
Sejarah membuktikan betapa bahayanya sikap prejudis dan diskriminasi.  
Tragedi Holocaust oleh rejim Nazi semasa Perang Dunia Kedua dan keganasan genosid Israel terhadap rakyat Palestin adalah contoh terbaik bagaimana ideologi rasis dan zionis boleh membawa kepada kehancuran dan penderitaan manusia.  
Kedua-dua pihak ini mewajarkan tindakan kejam mereka dengan naratif yang diputar belit, walaupun beratus-ratus ribu nyawa telah terkorban.  
Individu yang tidak menyesal dan terus mewajarkan sikap rasis adalah racun dalam masyarakat, dan "antidot" perlu segera diberikan.  
Persoalan besar yang perlu dijawab oleh kerajaan hari ini adalah: Adakah setiap rakyat Malaysia benar-benar dilindungi daripada ancaman rasisme?  
Perubahan sikap dan pemikiran masyarakat adalah langkah penting yang perlu diterajui oleh Malaysia.  
Sejarah kemanusiaan di seluruh dunia membuktikan bahawa kepelbagaian adalah anugerah yang harus dihargai, bukan dijadikan alasan untuk menindas atau meminggirkan orang lain.  
Kewujudan pelbagai bangsa, agama, dan budaya adalah peluang untuk kita belajar dan berkembang bersama, bukan untuk memecahbelahkan.  
Dengan komitmen yang jitu daripada semua pihak, Malaysia berpotensi menjadi contoh terbaik dalam menguruskan kepelbagaian dan membina masyarakat yang lebih adil dan harmoni.  - Mkini
ILAIYA BARATHI PANNEERSELVAM ialah anggota jawatankuasa cawangan Petaling Jaya, Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/rasisme-normalisasi-hipokrasi-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Hadapi Perubahan Emosi Anak Remaja Tanpa Stress

Cara Hadapi Perubahan Emosi Anak Remaja Tanpa Stress

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 158 hits
Alhamdullilah cikla ada 2 anak remaja Macam tak caya je rasa menua dah diri ini Haha Anak remaja ni sebenarnya memang penuh dengan kejutan Kadang kadang senyum kadang kadang tiba tiba buat muka ketat dan tiba tiba je rasa macam wah siapa ni...
Emas Ai Dan Mata Wang Kripto Pemacu Utama Di Sebalik Perubahan Ekonomi Global 2025

Emas Ai Dan Mata Wang Kripto Pemacu Utama Di Sebalik Perubahan Ekonomi Global 2025

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 242 hits
Dalam era kemajuan teknologi dan ketidakpastian ekonomi pemain utama pasaran menunjukkan pelbagai strategi untuk penyesuaian dan pertumbuhan Microsoft secara aktif memperluaskan kedudukannya dalam teknologi awan dan AI Meta terus memanfaatk...
Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 325 hits
Susulan insiden warga emas meninggal dunia di sebuah Bazar Ramadan semalam Kementerian Kesihatan Malaysia menegaskan bahawa tiada keperluan untuk menubuhkan unit kesihatan khas di setiap bazar Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad...
Jangan Normalisasi Budaya Songsang Ke Dalam Negara

Jangan Normalisasi Budaya Songsang Ke Dalam Negara

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 121 hits
harakahdaily netFebruary 20 2025Fesyen di karpet merah AJL39KUALA LUMPUR Dewan Pemuda PAS Malaysia memandang serius terhadap isu lelaki yang berpakaian seperti wanita dalam acara Karpet Merah Anugerah Juara Lagu ke 39 sehingga menimbulkan k...
Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Building With Purpose Sustainable Approaches To Construction

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

It Is All About Designing Dreams At Colonial Infinite Edumetro

Traffic Reported Smooth On Major Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Aktivis Dedah Pasaraya 96 Tipu Warga Kuantan Bukan Milik Penuh Bumiputera Tapi Premis Warga Asing Bangladesh

Makan Makan Di Hari Raya Aidiladha

Mee Sup Favourite Arwah Mak Pah Sarapan Pagi Ini

Dari Dulu Kena Pulau Isu Dibuli Kembali Disebut Hanya Suzy Ahli Miss A Tiada Di Majlis Kahwin Min

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan