Rasanya Ismail Sabri Akan Menerima Nasib Yang Lebih Buruk Dari Mahiaddin Yassin




 Setakat ini belum ternampak lagi ada mana-mana suara yang memuji kabinet yang dibentuk semalam oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Rata-rata melontarkan kritikan dan kecaman yang menampakkan ketidakyakinan dan rasa kecewa mereka kerana tiada pembaharuan yang ditampilkan dalam sususan kabinet itu.
Sementara UMNO dan Najib Razak sendiri dilihat agak berhati-hati dalam memberi reaksi, mereka yang biasa mengampu Perdana Menteri pun nampaknya takut mengeluarkan suara puji-pujian.
Di dunia nyata dan di alam maya, semuanya sarat dengan kritikan daripada pelbagai aspek yang menggambarkan Ismail Sabri sebenarnya adalah Perdana Menteri paling buruk buat negara.
Kalau dulu disangkakan Mahiaddin Md Yasin yang paling teruk, kini rupa-rupanya Ismail Sabri jauh lebih memperlihatkan ketidakmampuan dan tiada wibawa dalam dirinya.
Sepatutnya beliau mengekalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri serta berani melantik mereka yang sesuai untuk jawatan itu kalau pun kiranya enggan bersetuju dengan calon yang dicadangkan Bersatu.
Bukankah kuasa melantik itu merupakan prerogatif Perdana Menteri?
Selain mengekalkan menteri kanan yang menjadi pertikaian, mengekalkan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan dan Dr Radzi Jidin sebagai Menteri Pendidikan turut merupakan sesuatu yang mengecewakan.
Tidakkah Ismail Sabri sedar bagaimana rakyat banyak mengeluh tentang Tengku Zafrul yang lebih menampakkan dirinya sebagai wakil bank berbanding wakil rakyat?
Begitu juga dengan Dr Radzi yang dipertikai oleh hampir semua guru dan ibu bapa berkenaan keberadaannya yang dilihat tidak berfungsi sebagai Menteri Pendidikan selama ini?
Apakah Ismail Sabri tidak sedar suara-suara rakyat bawahan yang sebahagiannya turut diluahkan di media sosial?
Hakikatnya sukar memahami untuk apa dikekalkan kedua-dua menteri yang menjadi pertikaian ramai itu.
Begitu juga dengan Dr Adham Baba yang masih dikekalkan lagi sebagai menteri dengan hanya bertukar kementerian dengan Khairy Jamaluddin, tindakan ini turut sukar difahami logik dan keperluannya.
Apakah Ismail Sabri selama ini tidak pernah mendengar bagaimana Dr Adham dikritik, dipertikai, disindir, dipersenda, dihentam dan dibenci oleh rakyat?
Apakah Ismail Sabri sebenarnya tidak pernah membaca luahan-luahan rakyat di media sosial?
Paling mengecewakan dalam susunan kabinet ini ialah kerana Ismail Sabri membawa masuk muka-muka lama yang sedia dibenci rakyat atas pelbagai isu ketika mereka menjadi menteri di era BN dahulu.
Mambawa masuk Shahidan Kassim, Noh Omar dan Mahadzir Khalid misalnya adalah liabiliti yang akan mendedahkan lagi Ismail Sabri kepada balunan ramai.
Mereka itu adalah besi-besi buruk yang sudah berkarat yang jika digunakan untuk membuat bangunan hanya lebih mungkin membawa keruntuhan berbanding memastikan bangunan tersebut dapat tahan lebih lama.
Mereka itu seharusnya ditunjukkan jalan persaraan, bukan terus diberikan talian hayat yang menyebabkan mereka gila-gila mahu bertanding lagi dalam PRU akan datang.
Dengan Ismail Sabri baru berusia awal 60an, beliau sepatutnya menggunakan kesempatan ini untuk mengangkat ramai muka-muka baru atau menaikkan pangkat beberapa timbalan menteri sebelum ini untuk menjadi menteri, bukan menampilkan wajah-wajah pencen untuk terus diberikan jawatan.
Selain itu mengekalkan saiz kabinet yang dikira masih besar dalam suasana pandemik, kerajaan tidak banyak wang dan ramai rakyat hilang pendapatan adalah cerminan jiwa Ismail Sabri tidak berjiwa prihatin.
Susunan kabinet yang langsung tidak menampakkan pembaharuan ini, selain lebih mungkin menjuruskan Ismail Sabri ke lembah kegagalan yang lebih dalam, bahkan hampir tidak memberi sebab untuk rakyat yang waras dan matang untuk mengekalkan lagi mereka dalam pengundian PRU akan datang. – ShahbudinHusin 27/08/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/rasanya-ismail-sabri-akan-menerima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara Ismail Sabri Anwar Dan Shafie Siapa Lebih Berpeluang Jadi Pm

Antara Ismail Sabri Anwar Dan Shafie Siapa Lebih Berpeluang Jadi Pm

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 331 hits
rwan Muhammad ZainOgos 16 2021 KUALA LUMPUR Setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan Perdana Menteri siapa yang akan mengisi jawatan tersebut dan membentuk kerajaan terus menjadi tanda tanya Antara nama yang disebut sebut Presiden P...
Kabinet Besi Buruk Ismail Sabri Gagal Fahami Kebencian Rakyat

Kabinet Besi Buruk Ismail Sabri Gagal Fahami Kebencian Rakyat

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 317 hits
Melihat senarai menteri dan timbalan menteri yang diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pagi tadi kesimpulan paling jelas ia langsung tidak menampakkan sebarang perubahan dan pembaharuan Seolah olah kabinet yang dibentuknya ini tida...
Adakah Ismail Sabri Perdana Menteri Proksi Kepada Mahiaddin

Adakah Ismail Sabri Perdana Menteri Proksi Kepada Mahiaddin

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 253 hits
Belum pun Ismail Sabri Yaakob dilantik lagi sebagai Perdana Menteri yang baru Pengerusi PN Mahiaddin Md Yasin sudah pun mengeluarkan kenyataan medianya petang tadi Antara intipatinya kenyatan media beliau ialah 50 Ahli Parlimen PN sebulat s...
Ismail Sabri Warisan Langkah Sheraton Selepas Rebahnya Mahiaddin

Ismail Sabri Warisan Langkah Sheraton Selepas Rebahnya Mahiaddin

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 208 hits
Oleh DR KAMARUDIN MUSA August 27 2021Calon Majlis Kerja Tertinggi Umno yang dikatakan sebagai mendapat persetujuan sebulat suara Ismail Sabri Yaakob telah pun disahihkan sebagai Perdana Menteri kesembilan tentunya juga beliau merupakan calo...
Jika Tidak Mahu Kedudukannya Dipertikai Berpanjangan Ismail Sabri Jangan Ikut Perangai Mahiaddin

Jika Tidak Mahu Kedudukannya Dipertikai Berpanjangan Ismail Sabri Jangan Ikut Perangai Mahiaddin

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 231 hits
Di sebalik sidang Parlimen yang sepatutnya bermula 6 September telah ditangguhkan kepada 13 September berikutan Ismail Sabri Yaakob perlu menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat dengan seseorang yang positif Covid19 keduduka...
Selepas Berjasa Bolehkan Ziarah Pusara Lebih Terpuji Jika Ismail Sabri Dapat Benarkan Rentas Negeri Dengan Segera

Selepas Berjasa Bolehkan Ziarah Pusara Lebih Terpuji Jika Ismail Sabri Dapat Benarkan Rentas Negeri Dengan Segera

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 238 hits
Satu satunya jasa Ismail Sabri Yaakob yang ada yang dapat dirasai rakyat setakat seminggu memegang jawatan Perdana ini ialah mendedahkan bahawa menziarahi kubur bukan lagi perkara yang melanggar SOP Selama ini tiada siapa tahu atau dimaklum...
Dato Zaharin Apa Nasib Ismail Sabri Pm9

Dato Zaharin Apa Nasib Ismail Sabri Pm9

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 253 hits
1 UMNO AKAN KALAH TERUK JIKA PRU 152 JANGAN LAGI AMBIL H2O3 JIKA LANTIK MENTERI GAGAL AKAN GAGAL DALAM SISTEM KERAJAAN4 KING MAKER PPBM AKAN MENIMBULKAN MASAALAH5 15 TEAM ZAHID AKAN MENJADI ISU KEKALKAN PEGUAM NEGARA YANG TIDAK CERDIK 6 KER...
Kalau Tidak Peja Ismail Sabri Pujuklah Mahiaddin Jadi Tpm

Kalau Tidak Peja Ismail Sabri Pujuklah Mahiaddin Jadi Tpm

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 224 hits
SHAHBUDIN HUSINSelain mungkin sedang sibuk mencalonkan nama menteri menteri gabungan Perikatan Nasional yang mempunyai jumlah Ahli Parlimen terbesar iaitu 50 dalam kerajaan baru pimpinan Ismail Sabri Yaakob juga pastinya begitu mengidamkan ...
Kek Lapis Penganan Pilah

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Flood Situation In Sabah Worsens

Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terima Dua Parcel

Gigi Susu

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh

Video Gelagat Sheila Rusly Sharifah Shahora Maria Tunku Sabri Cetus Reaksi Netizen Cute La Bertiga Ni

Wanita Dakwa Dipukul Pemandu E Hailing Marah Kerana Book Ride Untuk Pekerja Warga Asing Dia Rampas Phone Saya