Rasai Kenikmatan Asam Pedas Melaka Di Restoran Berkat Salam


Hai semua, kalau korang nak tahu, cuti sekolah bulan 12 tahun lepas, Juju sekeluarga telah membuat keputusan untuk bercuti di Melaka. Memandangkan Juju dan Firash terlepas family trip ke Perak, jadi Juju plan nak bawa si Firash mandi kolam di Bayou Lagoon Resort, Melaka. Yes, ini kali kedua kami ke sini. Tapi apa yang Juju nak share dekat sini bukan pasal Bayou Lagoon. Tapi pasal restoran yang Juju dan keluarga singgah untuk makan malam.
Restoran Berkat Salam, Melaka
Okeh, malam tu Juju terdengar abah call kawan dia bertanyakan mengenai tempat asam pedas yang diorang makan masa event motor diorang haritu. Lepas abah google tempatnya, tak jauh pun dari Bayou Lagoon. Tak sampai 1 kilometer pun. Huh, giler senang nak makan lagi kalau stay dekat Bayou Lagoon.

Berkat Salam, MelakaIni juga merupakan kali pertama Juju ke Restoran Berkat Salam ni. Tertanya-tanya juga apa yang sedap sangat dekat sini sampai abah nak ke kedai ni lagi. Sedap sangat ke asam pedas dekat sini? Hurmmm.. Jom kita cuba.

Penuh rakyat jelata :pSo untuk malam tu, Juju order asam pedas telur ikan mayong dan asam pedas ikan ape tah ni. Lupe dah. Kembung ke selar ek? Muehehehehe. Plating dia pun kreatif. Setiap lauk tu dia hidangkan dalam kuali kecil dan ada periuk kecil pula yang akan jadi alas kuali tu. Kreatif sangat. Nampak macam makan dalam kuali pulak kan. Haha.

Asam pedas telur ikan mayongAsam pedas ikan
Asam pedas telur ikan mayongDisebabkan kami sekeluarga makan malam disini, jadi kami pilih nasi mengikut set-set yang ada dalam menu. Setiap hidangan asam pedas ni datang sekali dengan nasi putih, ulam dan sambal belacan. So kira complete set dah ni.

Korang tengok gambar telur ikan tu. Berebut-rebut kitorang nak habiskan dalam kuali masing-masing. Ini kali pertama Juju makan asam pedas telur ikan mayong ni. Sedap sangat-sangat. Macam terigau-igau dah dengan asam pedas telur ikan mayong ni. Aduh, mak jom pegi sini lagi jommmmm. Haha.

Aneka asam pedas

Selain daripada asam pedas, ada juga menu lain untuk korang cuba. Antaranya masak lemak cili api, masakan bergoreng dan masakan thai juga ada disediakan disini. So kalau kata korang tak nak makan asam pedas, boleh juga cuba lauk-lauk yang lain.

Aneka  masak lemak cili api

Aneka lauk (Picture source: https://www.facebook.com/Foodhuntermelaka89). Tomyan, kailan ikan masin, kerang sambal dan kerabu sotong.

Ikan siakap masak stim (Picture source: https://www.facebook.com/Foodhuntermelaka89/)Sotong goreng tepung. (Picture source: https://www.facebook.com/Foodhuntermelaka89/)Siakap masak stim ni memang recommended sangat-sangat. Ramai pelanggan yang memuji-muji keenakan dan kesedapan ikan siakap masak stim ni. Aduh, macam rugi pula masa Juju berkunjung ke sini tak order sekali ikan ni. Kan dah menyesal. Haha.. Tak pe tak pe. Melaka dengan Johor ni bukan jauh mana pun.

Lempeng untuk minum petang
Okeh, ini untuk sampingan pula. Korang pernah makan tak lempeng gula melaka? Masa kecik-kecik dulu mak Juju selalu buatkan minum petang lempeng gula melaka. Setiap kali nampak mak buat lempeng gula melaka tu mesti kami adik beradik akan tunggu tepi kuali. Tak sempat letak dalam pinggan kami dah ngap dulu. Sampai kena marah sebab abah tak sempat nak makan. Huhu rindu betul dengan lempeng gula melaka.

Tak sangka pula bila dekat restoran Berkat Salam ni ada sediakan lempeng gula melaka. Aduh, terus terimbau kenangan lama.

Lempeng gula melakaSelain daripada lempeng gula melaka, ada juga lempeng pisang dan lempeng kelapa. Sedap di makan bersama kuah asam pedas. Sesuai juga untuk di makan pada waktu petang sambil santai-santai bersama keluarga.

Picture source: https://www.facebook.com/Foodhuntermelaka89/
Picture source: https://www.facebook.com/Foodhuntermelaka89/
Air bungaLaici kangHa ni baru gambar je tau. Korang kena pergi dan rasa sendiri keenakan asam pedas dekat kedai ni. Memang lain daripada yang lain. Kawan abah Juju kalau nak balik kampung di Johor akan keluar dulu di Melaka semata-mata nak makan asam pedas dekat kedai ni.

Juju yang baru makan sekali dekat sini pun dah angau inikan pula kawan abah tu. Bezanya dia lalu situ tiap-tiap bulan. Juju pulak sebulan tak sekali ke Melaka tu. Tapi Juju ada makcik dekat sana. Hah! Boleh jadikan alasan ni. Muehehehehe.

So kalau korang nakkan maklumat lanjut atau nak contact owner kedai ni boleh ke:

Facebook rasmi: https://www.facebook.com/berkatsalam/Insatgram rasmi: https://www.instagram.com/berkatsalamrestaurant/
Waktu operasi:4.00 petang - 1.30 pagi
Sabtu, Ahad, Public Holiday dan Cuti Sekolah: 11.30 pagi - 1.30 pagi
Alamat:Jalan Tun Hamzah,Bukit Katil, Melaka

Messenger: m.me/berkatsalam
Waze / Google maps: Berkat Salam Restaurant



 Picture source: FB Berkat Salam & IG Berkat Salam Restaurant dan Facebook Melaka Food Hunter

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.kasihjuju.com/2019/01/rasai-kenikmatan-asam-pedas-melaka-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asam Pedas Selera Kampung Di Bandar Melaka

Asam Pedas Selera Kampung Di Bandar Melaka

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 673 hits
Asam Pedas Selera Kampung MelakaDalam restoran Asam Pedas Selera KampungMelaka memang terkenal dengan asam pedas So kalau dah sampai melaka jangan hairan pulak bila hampir semua restoran ada asam pedas macam korang pergi Kedah la mana ada a...
Nostalgia Makan Dalam Rumah Kampung Di Restoran Kantin Asam Pedas

Nostalgia Makan Dalam Rumah Kampung Di Restoran Kantin Asam Pedas

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 1347 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Jangan kata kat Kuala Lumpur ni korang tak boleh nak makan dalam suasana rumah kampung lama sebab memang ada tempat tu Kali ni Maha nak bawa korang...
Asam Pedas Untuk Dia Novel Untuk Di Jual

Asam Pedas Untuk Dia Novel Untuk Di Jual

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 340 hits
Assalamualaikum Okay kak nad nak clear kan barang sikit Kak nad beli buku novel ni masa cerita ni femes Konon masa tu semangat nak baca Kak nad tengok keadaannya elok sangat sangat Kak nad beli buku ni RM21 Kak nad nak jual RM15 Penghantara...
Kantin Asam Pedas Kalau Hari Hari Makan Pun Tak Per Sebab Sedap

Kantin Asam Pedas Kalau Hari Hari Makan Pun Tak Per Sebab Sedap

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 541 hits
Hi Korang Ini semua kes sabtu lepas hehehhe Kebetulan kak lily tak de apa nak buat dan kak lily malas nak masak so merayap rayaplah cari kedai makan sedap kan tup tup Marcus introduce kak lily kedai Kantin Asam Pedas ni Apa lagi keluar awal...
Ayam Tandoori Dan Roti Nan Di Restoran Pak Putra Melaka

Ayam Tandoori Dan Roti Nan Di Restoran Pak Putra Melaka

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 1323 hits
Restoran Pak Putra MelakaRestoran Pak Putra ni terletak di Jalan Kota Laksamana Melaka Tak jauh dari pusat bandar Melaka Dekat restoran ni orang datang nak makan roti nan ayam tandoori Restoran ni ala ala North Indian Pakistan Cuisine Antar...
Pemilik Restoran Mamak Bismillah Nafi Mesej Tular Dia Beragama Hindu

Pemilik Restoran Mamak Bismillah Nafi Mesej Tular Dia Beragama Hindu

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 594 hits
PEMILIK Restoran Mamak Bismillah yang terletak di Kampung Air Kota Kinabalu Sabah menafikan mesej tular menuduhnya beragama Hindu Osman bin Abdul Majid dalam satu kiriman menerusi akaun Facebook menegaskan bahawa dia adalah pemilik Restoran...
Sabah Kuatkuasa Larangan Merokok Di Restoran 1 Feb 2019

Sabah Kuatkuasa Larangan Merokok Di Restoran 1 Feb 2019

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 400 hits
Kerajaan Negeri Sabah memutuskan pelaksanaan Peraturan peraturan Kawalan Hasil Tembakau pindaan 2018 yang melibatkan larangan merokok di tempat makan akan dilaksanakan bermula 1 Februari 2019 Sabah laksana larangan merokok di restoran 1 Feb...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator