Rasa Tidak Mahu Makan Bila Scaling



Rasa tidak mahu makan bila dapat cuci gigi a.k.a scaling. Rasa bersihnya tu, best. Tak nak makan, nanti dah tak bersih. Rasa selesa je bersihnya tu.
Dentist pernah bagitau, kalau nak tau gigi tu bersih, rasa licin. Kalau rasa kesat tu, maknanya gigi belum bersih lagi.

Dah jadi rutin Sha akan scaling gigi setahun sekali. Tu at least dah tu. Hahaha. Sebab pada Sha agak mahal kosnya. Ye la, RM90 berbanding RM1 di klinik kesihatan kerajaan. Jauh berbeza. Maka, setahun sekali pun jadilah, buat syarat.
Pengalaman Sha mencuci gigi. Tahun 2009 ke 2010 kot, itu first time ever. Itu pun adik yang bawakan. Ikutkan kakaknya ni, takkan pi cuci seumur hidup. Hahaha.
Sebab apa, malu sebab dah berkerak banyak rasanya. Ye la, tak pernah cuci. Dah berkerang banyak. Caries gigi. Gusi pun dah turun bawah gigi yang bawah

Lepas dah cuci, seminggu macam tu, dah okay. Gusi dah pegang gigi balik. Alhamdulillah.

Biasanya gigi akan cantik seminggu selepas scaling. Lebih putih. Gusi pun dah ok balik

Next scaling gigi tahun 2014 kalau tak salah. Wei, lama.. Itulah seingat Sha. Bulan 5 2014 Sha buat scaling kat UTC Alor Setar, Kedah.
Ikutkan dah lama Sha nak p kat Klinik Pergigian kat UTC tu tapi bila pi, asyik ditutup sebabdah penuh je. Banyak kali Sha pergi, no ditutup. Tak ada harapan. Kena p awai sungguh. Pukul 9 lebih dah tutup no. Dulu la, masa circa 2013-2014. Time cuti sekolah lagi awal dia tutup.
Masa tu, Sha dapat doktor gigi lelaki berbangsa cina. Dia tulis kat kertas, suruh Sha cari google.
Periodantal. Itu penyakit gigi Sha. Sedih juga masa tu. Takut hilang gigi a.k.a gigi cabut, tinggal tunggul atau ronggak tak ada gigi. Kena pakai gigi palsu. Oh no

Bulan 9 Sha pi scaling kat UTC Pudu, Kuala Lumpur pula. Jadi, sikit je la nak buang karang tu

Lepas tu, rasanya langsung tak buat scaling. Sampailah bulan 12 2018. Buat scaling kst UTC Dato' Keramat, Kuala Lumpur

Bulan 2 2020 pun Sha p scaling kat situ. Redah je walaupun seorang diri. Sebelum-sebelum ini pergi dengan suami. Dia pun sama-sama buat scaling gigi kecuali kat UTC Alor Setar

Lepas tu, nak p scaling tapi kan PKP COVID-19. Bab scaling ni kat klinik kesihatan kerajaan sekejap buka, sekejap tutup. Sebab ada contact kan, bahaya. Mulut pula tu.. Masa tu, kena buat appointment temu janji. Tu pun asyik penuh

Kebetulan ada klinik gigi swasta ada buka dekat dengan rumah Sha. Sha try hubungi. Harganya promo untuk dua orang. Jadi, Sha ajak suami sekali. Anak-anak minta jiran jaga sekejap. Masa tu bulan 9 2021

Pengalamannya berbeza dengan klinik gigi kerajaan. Klinik gigi swasta ada spek, tak la silau. Ada nurse tolong pegangkan mesin penyedut air dalam mulut. Taklah kita nak kena sedut sendiri

Gigi Sha ok semua. Dalam istilah dentist "song". Kecuali ada 1 gigi berpalam hitam, sejak dari darjah 2 kalau tak silap. Ada 1 lagi gigi goyang sikit sebab gigi tu berubah tempat. Dia beranjak ke dalam dan naik atas sedikit. Jadi tak sama 1 gigi Sha. Dah tak sama 😭
Next, 10.10.2022 ingat sebab birthday adik, pengumuman kabinet bubar dan 1 lagi tak ingat. Cuti bab keagamaan

Tahun 2023 tak ingat. Tak pergi kot. Sebab duk tangguh-tangguh, banyak kerja

Tahun 2024, bulan 4 sebelum balik kampung beraya. Terlambat dah time tu. Hari ini juga, 20.10.2024 buat scaling lagi selepas 6 bulan. Sebab promo. Murah sikit la. Lagipun best cuci gigi ni. Rasa bersih. Selesa

Doktor nasihat cuci gigi selalu. Kena rajin cuci kat rumah, tengok cermin.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sha-myheart.blogspot.com/2024/10/rasa-tidak-mahu-makan-bila-scaling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Berdebar Debar Selepas Makan

Rasa Berdebar Debar Selepas Makan

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 209 hits
Assalamualaikum doktor Saya ingin bertanya kenapa setiap kali selepas berbuka puasa jantung saya menjadi laju dan berdebar debar Kenapa ya doktor Terima kasih Waalaikumussalam Jantung berdebar debar selepas makan boleh disebabkan oleh beber...
Makan Nasi Kandar Beratur 786

Makan Nasi Kandar Beratur 786

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 190 hits
Assalamualaikum WBT BILA baca komen yang ditinggalkan Puan Hazel dalam post Menginap 3H2M di Sunway Hotel Butterworth baru perasan dan teringat bahawa nama tempat sebenarnya adalah Seberang Jaya Jika ikut alamat hotel daerah Perai Maaflah S...
Buat Hal Lagi Nonny Makan Sambil Belanja Paha

Buat Hal Lagi Nonny Makan Sambil Belanja Paha

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 146 hits
PETALING JAYA Selebriti sensasi Nonny Nadirah kembali mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik video makan sambil berdiri dalam keadaan berkemban Menerusi video yang dikongsikan Nonny atau nama lengkapnya Nonny Nadirah Zainuddin 34 dilih...
Fazley Yaakob Azrene Soraya Walaupun Sudah Berpisah Tetap Kekalkan Makan Rutin Makan Bersama Anak Anak

Fazley Yaakob Azrene Soraya Walaupun Sudah Berpisah Tetap Kekalkan Makan Rutin Makan Bersama Anak Anak

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 159 hits
Fazley Yaakob dan Azrene Soraya kekal rutin makan bersama anak anak walaupun sudah berpisah Perceraian adalah isu yang sensitif dan melibatkan pelbagai aspek emosi sosial serta undang undang Ia bukan sahaja memberi kesan kepada pasangan sua...
Video Gelagat Anak Zahirah Macwilson Isaac Raees Baca Doa Untuk Makan Sarapan Raih Perhatian Ramai

Video Gelagat Anak Zahirah Macwilson Isaac Raees Baca Doa Untuk Makan Sarapan Raih Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 229 hits
Nur Zahirah Macwilson binti Zainol Macwilson atau lebih dikenali dengan nama Zahirah Macwilson merupakan seorang pelakon dan model dari Malaysia Zahirah menjayakan beberapa drama televisyen yang melonjakkan namanya diperingkat yang lebih ti...
Makan Di Restoran Ikan Bakar Din

Makan Di Restoran Ikan Bakar Din

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 198 hits
Assalamualaikum WBT INI entah kali ke berapa Sk ke yang terletak di6735 Jalan Butterworth Kampung Permatang Manggis 13200 Kepala Batas Pulau PinangSusun atur dalam restoran dah berubah nampak lebih luas dan lebih teratur Disebabkan orang ra...
10 Rekomendasi Tempat Makan Halal Di Singapura Yang Wajib Diketahui

10 Rekomendasi Tempat Makan Halal Di Singapura Yang Wajib Diketahui

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 334 hits
BloggerBorneo com Mencari tempat makan halal di Singapura bukanlah tugas yang sulit mengingat kota ini memiliki beragam pilihan kuliner dari berbagai penjuru dunia Sebagai negara dengan penduduk multikultural Singapura menawarkan berbagai r...
Lelaki Didakwa Tak Beri Arnab Makan Hingga Mati

Lelaki Didakwa Tak Beri Arnab Makan Hingga Mati

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 123 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan tidak memberi makan arnab peliharaannya sehingga mati kebuluran pada tahun lalu Tertuduh Shairazi Jamal Hatun 43 membuat pengakuan itu se...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi