Fazley Yaakob Azrene Soraya Walaupun Sudah Berpisah Tetap Kekalkan Makan Rutin Makan Bersama Anak Anak


Fazley Yaakob dan Azrene Soraya kekal rutin makan bersama anak-anak walaupun sudah berpisah. Perceraian adalah isu yang sensitif dan melibatkan pelbagai aspek emosi, sosial, serta undang-undang. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada pasangan suami isteri tetapi juga anak-anak.
Fazley Yaakob & Azrene Soraya Walaupun Sudah Berpisah  Dalam sesebuah perkahwinan, perceraian dianggap sebagai jalan terakhir apabila segala usaha untuk memperbaiki hubungan gagal. Bagaimanapun perceraian bukan alasan untuk hubungan kekeluargaan terjejas hingga anak-anak menderita.

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, berkata biarpun dia dan Azrene Soraya Abdul Aziz tidak lagi bergelar suami isteri, hubungan mereka harmoni seperti keluarga.
“SAYA PERCAYA PERCERAIAN ITU TIDAK BERMAKNA BERAKHIR SEBUAH KASIH SAYANG. IA JUGA BUKAN BERERTI BERAKHIR HUBUNGAN KEKELUARGAAN. PERCERAIAN JUGA BUKAN BERMAKNA ANAK-ANAK PERLU MENDERITA DISEBABKAN PERPISAHAN.
“Ungkapan yang kami pegang adalah tidak semuanya pahit itu racun dan tidak semua yang manis itu madu.
“Kehidupan perlu diteruskan dan anak-anak faham serta hormat keputusan kami,” katanya menerusi rakaman suara yang dikongsi kepada media.

Tetap Kekalkan Makan Rutin Makan Bersama Anak-anak Fazley atau nama sebenar, Ahmad Fazley Yaakob, 46, menambah sejak bercerai, tiada yang berubah.
“SAYA, AZRENE DAN ANAK-ANAK KELUAR PERGI MAKAN BERSAMA. SAYA ZIARAH AZRENE DAN KAMI TENGOK WAYANG BERSAMA.
“Walaupun kami berpisah dalam akad dan tiada lagi perkataan yang melambangkan kami adalah suami isteri, tetapi hubungan kekeluargaan itu masih utuh seperti 18 tahun lalu ketika kami bersama.

“Anak-anak juga tidak berasa apa-apa kekangan mengenai hubungan antara saya dengan Azrene. Semuanya masih sama, kumpulan Whatsapp kami masih sama. Hendak jumpa pun masih bersama dan tempat makan pun serupa.
“APA YANG MEMBEZAKAN KAMI ADALAH PERHUBUNGAN YANG BUKAN LAGI BERLANDASKAN SUAMI ISTERI,” KATANYA.
Sementara itu, penyanyi Cerita Asmara itu mengucapkan terima kasih kepada media kerana memahami perasaan mereka sekeluarga dengan tidak menulis laporan yang boleh mencetuskan spekulasi.
“Terima kasih kerana melaporkan seadil-adilnya kisah dan kebenaran mengenai perpisahan kami ini,” katanya.
Perkahwinan yang dibina hanya mampu bertahan selama 18 tahun. Fazley membuat kejutan apabila mengumumkan sudah pun bercerai dengan Azrene beberapa bulan lalu dengan tempoh edah sudah pun berakhir menerusi kenyataan media.
Bagaimanapun, butiran terperinci termasuk tarikh dan punca perceraian tidak didedahkan.
Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak, Ahmad Fariedz Shah, 15; Ahmad Fieradz Shah, 14; Ahmad Fierudz Shah, 13, dan Alayna Selma, 7.
Sumber: Berita Harian Online
Baca artikel lain juga: Rotan Perlu Bagi Saya, Lembut Je Tak Boleh.” Dato’ Fazley Kongsi Tip Didik Anak
13 Kali Keguguran, Bacakan Yassin 40 Hari Lepas Nikah Dato Fazley Kongsi Suka Duka 15 Tahun Kahwin!
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
 
 
The post Fazley Yaakob & Azrene Soraya Walaupun Sudah Berpisah Tetap Kekalkan Makan Rutin Makan Bersama Anak-anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/fazley-yaakob-azrene-soraya-walaupun-sudah-berpisah-tetap-kekalkan-makan-rutin-makan-bersama-anak-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fazley Yaakob Azrene Ahmad Sudah Bercerai

Fazley Yaakob Azrene Ahmad Sudah Bercerai

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 246 hits
PENYANYI yang juga chef selebriti Datuk Fazley Yaakob mendedahkan mahligai perkahwinan yang dibina selama 18 tahun sudah runtuh sejak beberapa bulan lalu Jelas Fazley beliau dan Azrena Soraya Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Azrene Ah...
Video Gelagat Anak Zahirah Macwilson Isaac Raees Baca Doa Untuk Makan Sarapan Raih Perhatian Ramai

Video Gelagat Anak Zahirah Macwilson Isaac Raees Baca Doa Untuk Makan Sarapan Raih Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 406 hits
Nur Zahirah Macwilson binti Zainol Macwilson atau lebih dikenali dengan nama Zahirah Macwilson merupakan seorang pelakon dan model dari Malaysia Zahirah menjayakan beberapa drama televisyen yang melonjakkan namanya diperingkat yang lebih ti...
Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama Bersalin Januari Depan Selera Makan Makin Bertambah

Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama Bersalin Januari Depan Selera Makan Makin Bertambah

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 339 hits
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon terkenal Nabila Razali yang berkongsi khabar gembira apabila sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan Menerusi kenyataan rasmi yang diberikan pemilik nama Nur Nabila...
Gelagat Faliq Anak Puteri Aisyah Kali Pertama Makan Solid Food Buat Warga Maya Geram

Gelagat Faliq Anak Puteri Aisyah Kali Pertama Makan Solid Food Buat Warga Maya Geram

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 393 hits
Gelagat Faliq anak Puteri Aisyah kali pertama makan solid food buat warga maya geram Memperkenalkan makanan pejal kepada bayi adalah satu milestone yang besar dalam perkembangan mereka Gelagat Faliq Anak Puteri Aisyah Kali Pertama Makan Sol...
Fazley Yaakob Sah Bercerai Selepas 18 Tahun Berkahwin

Fazley Yaakob Sah Bercerai Selepas 18 Tahun Berkahwin

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 438 hits
Penyanyi dan juga cef selebriti Fazley Yaakob sah bercerai selepas 18 tahun berkahwin dengan Azrene Soraya Abdul Aziz beberapa bulan lalu Memetik laporan daripada Kosmo Fazley atau nama sebenarnya Dato Ahmad nbsp Fazley Yaakob 46 memaklumka...
Emma Maembong Sudah Berpisah Demi Emosi Anak Tetap Muat Naik Foto Keluarga

Emma Maembong Sudah Berpisah Demi Emosi Anak Tetap Muat Naik Foto Keluarga

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 343 hits
Ya kami sudah bercerai dan saya sudah tamat tempoh idah Pelakon jelita Emma Maembong mendedahkan dia dan bekas suaminya Muhammad Shazli Azhar sudah bercerai secara baik Memetik laporan Harian Metro Emma tetap mengambil keputusan untuk berdi...
Standing Onder Cina Di Kelantan Dapat Tanah Sampai Anak Cucu Ko Tak Kisah Piun

Standing Onder Cina Di Kelantan Dapat Tanah Sampai Anak Cucu Ko Tak Kisah Piun

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 502 hits
Che IbrahimKapal China masuk dikatakan mencurigakan padahal bukan sampai berbulan bulan pun tapi pelabur pemodal China dapat tanah lombong balak dan macam macam lagi yang boleh diwarisi ke anak cucu takde pula bising bising bangga ada la
Tiba Dari Jeddah Ibu Bapa Ku Adib Tatap Jenazah Anak Sulung Buat Kali Terakhir

Tiba Dari Jeddah Ibu Bapa Ku Adib Tatap Jenazah Anak Sulung Buat Kali Terakhir

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 357 hits
Ibu bapa Ku Adib tatap jenazah anak sulug mereka buat kali terakhir sebaik sahaja tiba dari Jeddah lewat petang tadi Sebaik sahaja tiba di perkarang rumah ibu kepada Allahyarham Ku Adib Ku Azmi 20 yang juga Penolong Pengarang Berita BH Hafi...
Bapa Jual Anak Sendiri Tanpa Pengetahuan Isteri

Bapa Jual Anak Sendiri Tanpa Pengetahuan Isteri

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 232 hits
KOSMOIsteri suspek menangis selepas anaknya yang dijual baru baru ini dikembalikan di Balai Polis Tangerang Tribunnews nbsp JAKARTA Seorang lelaki di Tangerang wilayah Banten ditahan selepas menjual bayinya yang berusia 11 bulan dengan harg...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion