Rasa Tak Sedap Hati Ketika Memasak Ibu Temui Bayinya Lemas Dalam Bilik Air


Hancur hati seorang ibu apabila melihat anak yang menjadi penemannya ketika di rumah pergi dalam keadaan menyayat hati setelah lemas dalam bilik air. Pemergian anak kecil ini langsung tak disangka kerana pada awalnya arwah sedang seronok bermain.
Namun tiba-tiba, ketika si ibu sedang memasak di dapur, terdetik rasa tidak sedap hati setelah tidak nampak kelibat anak dan suara si kecil juga tidak kedengaran. Atas sebab itulah, ibu mendapati anaknya sudah lemas dalam bilik air.
Menerusi laporan Metro, bayi setahun sembilan bulan itu yang juga anak kepada seorang Lans Koperal polis ditemukan lemas dalam bilik air di kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Seri Kembangan di sini pada Khamis (19 November).

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, bayi itu dikatakan berada di rumah bersama ibunya ketika kejadian pada 2 petang itu.
“Bayi berkenaan dikatakan sedang bermain, manakala ibunya sedang memasak di dapur.
“Selepas melihat tiada kelibat dan bunyi mangsa, ibunya mencari bayi berkenaan.
“Wanita itu kemudian menemui anak tunggalnnya itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik air rumah terbabit,” katanya.
Razali berkata, wanita berkenaan yang panik meminta bantuan jiran sebelum membawa mangsa ke balai polis.
“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Serdang, namun pihak hospital mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.
“Mayatnya sudah dibedah siasat dan dikebumikan di kampung halaman ibu bapanya di Tumpat, Kelantan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
—————————————————————————————————
15 Tip Keselamatan  Di Rumah 
Berikut 15 tip keselamatan di rumah yang perlu ibu bapa titikberatkan untuk keselamatan anak dan seisi keluarga yang dikongsikan oleh Dr Che Puteh Osman.
1. Elakkan tingkap di rumah di grill mati. Pasang grill yang boleh dibuka untuk memudahkan jalan keluar jika berlaku kebakaran.
2. Jika menggunakan dapur gas, pastikan pengudaraan dapur dalam keadaan baik. Periksa paip gas anda setiap bulan dan kepala gas bagi mengelakkan kebocoran gas memasak. Jika terbau gas, buka tingkap dan pintu dan jangan menghidupkan dapur gas sehingga punca bau gas dikenalpasti.
3. Jika ada anak-anak kecil, pastikan bucu-bucu tajam perabot ditutup dengan guard bagi mengelakkan kecederaan ketika kanak-kanak berlari.
4. Pastikan perabot di’anchor’ ke dinding bagi mengelakkan ia jatuh terkena anak kecil yang suka memanjat. Kaedah anchor adalah memasang sendi yang di drill ke dinding. Perabot berat yang menghempap anak kecil boleh menyebabkan kecederaan serius atau kematian.
5. Pastikan televisyen anda di pasang ke dinding jika ada anak kecil. Ini bagi mengelakkan TV LED anda menimpa anak kecil yang suka menyentuh dan memanjat televisyen.
6. Pastikan skirting tile di lantai rumah anda tidak tajam. Jika anak-anak berlari dan terjatuh pada tile boleh sebabkan kecederaan. Anak saya kena 3 jahitan akibat terjatuh kena tile skirting masa berumur setahun.
7. Pastikan frame pintu di bilik tidak tajam. Anak-anak berlari berisiko tercedera terkena frame pintu yang tajam. Ya anak saya kena jahit lagi akibat terlanggar frame pintu dibuat dari jenis kayu ketika berumur 3 tahun.
8. Pastikan pisau dan gunting memasak dan alatan menjahit di letak di tempat yang selamat dan tidak dicapai oleh kanak-kanak. Namun jangan letak di kabinet dapur atas kepala anda. Bimbang jatuh atas kepala anda pula.

9. Pastikan pintu bilik air sentiasa ditutup. Pastika tiada air bertakung dalam baldi bagi mengelakkan kanak-kanak bermain. Jika ada pastikan pintu dikunci dari luar bagi mengelakkan kanak-kanak masuk dari bermain.
10. Sembunyikan racun perosak, sabun pencuci dan bahan kimia di tempat yang tidak dicapai oleh kanak-kanak
11. Selain itu, sila periksa mesin basuh anda sebelum mula mencuci. Kedengaran luar biasa tetapi terdapat kes kanak-kanak ada di dalam mesin basuh ketika ibunya menghidupkan mesin basuh.
12. Pastikan anda tidak menggunakan alas meja jika anda ada anak kecil. Mereka cenderung menarik alas meja dan bimbang makanan dan minuman atas mena jatuh dan menimpa mereka.
13. Pastikan bilik air sentiasa bersih dan tidak licin. Ia berbahaya dan boleh menyebabkan anda atau ibu bapa atau anak-anak kecil terjatuh. Selain itu, pertumbuhan mould atau kulat merembeskan toksin tertentu yang mungkin berbahaya.
14. Pastikan pengudaraan rumah anda dalam keadaan yang baik. Habuk bukan sahaja bahaya pada yang mempunyai resdung atau asma, ia tidak baik untuk kesihatan jangka masa panjang.
15. Ketika memasak pastikan jarak anak-anak anda terutama apabila menggunakn minyak yang banyak atau air panas.
Sumber: Metro & Dr Che Puteh
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Rasa Tak Sedap Hati Ketika Memasak, Ibu Temui Bayinya Lemas Dalam Bilik Air  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/rasa-tak-sedap-hati-ketika-memasak-ibu-temui-bayinya-lemas-dalam-bilik-air/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Anggota Polis Mati Lemas Dalam Bilik Air

Anak Anggota Polis Mati Lemas Dalam Bilik Air

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 298 hits
Gambar Hiasan SERDANG Anak kepada seorang anggota polis ditemui mati lemas dalam bilik air di kuarters polis di Seri Kembangan semalam Dalam kejadian pukul 2 petang kanak kanak berusia 21 bulan itu dikatakan berada di kediaman tersebut bers...
10 Amalan Ketika Haid Dan Nifas Agar Hati Tak Rasa Kosong

10 Amalan Ketika Haid Dan Nifas Agar Hati Tak Rasa Kosong

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 347 hits
10 Amalan Ketika Haid Dan Nifas Agar Hati Tak Rasa Kosong Assalamualaikum sahabat pembaca blog KakYa Alhamdulillah masih lagi diberi ruang juga peluang untuk mencoretkan kata di ruangan bisu ini Sahabat semua sihat KakYa doakan semua sihat ...
Ibu Biarkan Anak Mati Dalam Bilik Air Dakwa Banyak Syaitan Dalam Rumah

Ibu Biarkan Anak Mati Dalam Bilik Air Dakwa Banyak Syaitan Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 404 hits
Seorang wanita warga emas ditahan polis pada Khamis lalu kerana dipercayai telah membiarkan anak lelakinya yang juga Orang Kurang Upaya mati di bilik air setelah dibiarkan selama beberapa hari lapor Daily Star Cheryl Christensen 60 didakwa ...
Tolong Doktor Anak Saya Lemas Air Sedalam 2 Inci Mampu Buatkan Bayi Lemas Hati Hati

Tolong Doktor Anak Saya Lemas Air Sedalam 2 Inci Mampu Buatkan Bayi Lemas Hati Hati

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 326 hits
Air yang terdapat di dalam baldi di bilik air yang kita rasakan selamat itu sebenarnya cukup berbahaya buat anak anak kita apa lagi bagi seorang bayi yang baru pandai merangkak atau berjalan Ketika di rumah bukan hanya di dapur bahkan selur...
Pelajar Sekolah Rendah Lemas Ketika Mandi Di Tali Air Di Tanjung Piandang

Pelajar Sekolah Rendah Lemas Ketika Mandi Di Tali Air Di Tanjung Piandang

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 259 hits
PARIT BUNTAR Seorang pelajar perempuan sekolah rendah di sini ditemui lemas ketika mandi di dalam parit tali air Sungai Betul Bawah Tanjung Piandang dekat sini petang semalam Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat berkata mangsa Nur Fara...
Senangnya Nak Masak Campak Seketul Dua Dah Sedap Ibu Ni Kongsikan 5 Penambah Rasa Superb

Senangnya Nak Masak Campak Seketul Dua Dah Sedap Ibu Ni Kongsikan 5 Penambah Rasa Superb

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 353 hits
Penambahan garam dan gula sememangnya dilarang dalam sajian menu anak anak kita Pun begitu anak kecil pun sama hendak merasa makanan sama macam kita yang mempunyai rasa manis masam dan sebagainya Barulah bayi makin berselera hendak makan Pe...
Kelas Masakan Online Maggi Rasa Meriah Chef Sharifah Kongsi 3 Menu Sedap Pasti Jadi Untuk Dicuba

Kelas Masakan Online Maggi Rasa Meriah Chef Sharifah Kongsi 3 Menu Sedap Pasti Jadi Untuk Dicuba

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 356 hits
Kelas Masakan Online Bersama Maggi RASA yang berlangsung semalam memang sangat meriah Walaupun dilakukan secara atas talian disebabkan pandemik Covid 19 yang membataskan penganjuran secara fizikal namun ia tidak menghalang para peserta untu...
Kuat Merajuk Suka Berbohong Rupanya Tu Cara Anak Tunjuk Rasa Kurang Secure Yakin Diri Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

Kuat Merajuk Suka Berbohong Rupanya Tu Cara Anak Tunjuk Rasa Kurang Secure Yakin Diri Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 556 hits
Bila di rumah dialah paling nakal paling kuat menyakat tapi bila dikalangan kawan kawan guru dan orang luar anak jadi pendiam menyendiri dan takut untuk bersuara Apakah ada antara anak anak kita yang bersikap begini Apa yang dinyatakan di a...
Amalan Zikir Dan Doa Ketika Memasak

Amalan Zikir Dan Doa Ketika Memasak

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 367 hits
AMALAN ZIKIR DAN DOA KETIKA MEMASAK Nak menjaga anak dan memberikan yang terbaik untuk anak anak di zaman sekarang ni sangatlah mencabar Sebagai ibu tak terkecuali umi sering dan sangat perlu untuk belajar untuk menjadi ibu bapa yang terbai...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik