Rasa Menyesal Sumpah Aku Takkan Lalu Jalan Ini Lagi Sepanjang Perjalanan Ternampak Makhluk Halus


'Rasa menyesal, sumpah aku takkan lalu jalan ini lagi' - Sepanjang perjalanan ternampak makhluk halus


Kisah laluan menakutkan sepanjang perjalanan di Felda Aring hari Jumaat lepas pada waktu malam. Post ini bukan untuk menakutkan sesiapa, tetapi berhati-hatilah. Fikir dulu sebelum membuat keputusan.

Selepas turun dari Cameron Highlands, ingat nak singgah ke Kota Bharu untuk makan Nasi Khou Mok. Tapi last minute, isteri batalkan dan buat keputusan untuk balik terus ke rumah.

Buka aplikasi maps, masukkan alamat rumah. Selepas itu jalanlah dengan hati yang gembira. Rasanya turun dari Cameron jam lima petang lebih kurang. Kemudian di sepanjang jalan itu kami melalui pemandangan bukit dan hutan.

Sampai di Gua Musang pada jam lapan malam, berhenti sekejap untuk mengisi perut. Perjalanan kemudian diteruskan tanpa mengetahui selok belok jalan yang maps tunjuk itu sebab ini pertama kali melalui jalan tersebut. Nampaklah papan tanda jalan ke Stasik Kenyir dan Kuala Berang.

Masuk saja ke jalan itu pada mulanya okey lagi. Bila suku perjalanan dah mula rasa pelik. Gelap! Memang gelap wei! Aku sendiri tak tahu apa yang ada di sebelah kanan dan kiri. Cuma tengok depan saja. Nak jumpa kereta lalu lalang memang tak ada langsung.

Malam itu, memang kabus tebal sangat. Selepas itu ada nampak lori treler dengan Toyota Hilux, hati jadi lega sedikit. Bila Hilux potong, aku terus follow. Gila apa nak ikut lori bawa dengan kelajuan 40 km/j. Tak semena-mena Hilux itu memecut. Adoi!

Jadi, aku perlahankan kereta sebab gelap. Aku berpandukan garisan putih di tengah-tengah jalan itu. Ada juga jalan yang tak ada garisan itu. Aku fokus dengan laluan sambil mendapkan muka di cermin. Hahaha!

Masa itu, Amirul Mukminin belum tidur. Bayangkan dia beritahu "Biey Fani main nge atu".. ""Fani atu".. berdiri bulu roma aku. Aku harap isteri aku tak dengar. Yes! Memang dia tak dengar sebab mungkin dia tengah berdoa agaknya pada masa itu. Jadi, aku suruh Mukminin cepat-cepat tidur.

Ada juga aku nak tengok ke belakang (tengok Fani) tapi aku memang tak berani nak tengok sebab terlalu gelap dan hilang fokus dan ketika inilah detik-detik menyeramkan berlaku. Aku ternampak biasan muka orang di cermin pandang belakang. Mengucap panjang aku!

Tengah-tengah drive aku fikir, takkan Mirul? Sebab dia dah tidur. Cahaya apa yang membuatkan aku nampak bayangan itu? Tak ada kereta yang lalu, bulan memang tak ada.


Jadi, aku tengok isteri, dia hanya diam membisu. Masa ini aku dah tahu dia takut. Jadi aku cuba menyapa dia. Fuh! Nasib baik dia okey lagi. Kalau salah jeling, memang aku bagi penampar la. Hahaha! Jadi, aku cuba ajak dia bersembang.

Sampai di satu tempat itu, kabus semakin tebal. Beberapa kali aku nampak bayangan seperti 'orang'. Aku tak tahu nak gambarkan macam mana. Jadi aku kuatkan diri aku dengan zikir dan surah kursi. Sepanjang perjalanan aku 'ternampak'.

Bayangkan dalam gelap aku masih lagi nampak bayangan hitam setinggi pokok kelapa. Bulu roma aku sentiasa menegak. Memang aku betul-betul nampak. Jadi aku tahu itu 'hantu raya'. Aku berdoa agar kereta aku tidak diikuti walaupun aku tahu ada yang terus mengekori.

Selepas itu aku perasan, aku tiba di laluan pokok sawit kot. Sekali lagi di sini aku ternampak sesuatu di atas pokok yang seakan ingin terbang. Sumpah aku tak menipu! Jadi, aku tersentak menekan brek tetapi aku cover lubang, takut isteri aku tahu.

Di satu selekoh itu, aku hampir terbabas kerana laluan seakan di sebelah kanan tetapi sebenarnya di sebelah kiri. Allahu. Allah melindungi kami sekeluarga. Masa ini jantung aku berdegup kencang, tetapi isteri masih belum perasan.

Dalam masa yang sama, aku fikir aku perlu kuat demi isteri dan anak-anak. Kalau aku tahu, memang sumpah aku tak lalu jalan ini. Sampai di satu tempat itu aku ternampak pondok pengawal. Ingat nak berhenti, nak suruh temankan tetapi aku tak berani sebab kawasan itu sunyi dan gelap, bimbang perkara lain pula yang berlaku.

Selepas itu, aku perasan di maps tepi jalan itu macam ada kawasan berair. Aku rasa pelik, takkan air kot? Aku cuba dekatkan muka dengan cermin, rupanya kawasan berbukit. Adoi! Masa ini memang aku memandu di tengah-tengah jalan berpandukan garisan putih. Menakutkan!

Laluan berlubang menambahkan lagi ketakutan dalam diri aku. Memang besar lubang itu. Memang jahanamlah setiap kali terlanggar aku tersentak. Mujur tayar semuanya okey.

Isteri aku pula ternampak ada sesuatu yang bertengek di tepi jalan dari jauh. Tapi bila lalu, isteri aku langsung tak pandang. Sepanjang jalan seperti diperhatikan. Bayangan pokok seperti orang, garisan putih ternampak seperti sosok tubuh seorang perempuan berambut panjang.

Kau agak-agak apa perasaan aku pada malam itu? Rasa menyesal seumur hidup, sumpah aku tak akan lalu lagi jalan ini.

Ni isteri tiba-tiba demam bila bercakap mengenai kejadian pada malam itu. Alhamdulillah kami semua selamat dengan izin Allah. Kereta pun tak meragam sepanjang laluan yang menakutkan itu. Kalaulah kereta buat hal, aku tak tahulah.

Keesokannya, aku bertanya pada kawan-kawan mengenai jalan itu. Mereka kata, "Berani kau lalu jalan itu di waktu malam. Dah la ada gajah,". Allahu, sekali lagi aku bersyukur pada Allah.

Perjalanan dua jam lebih yang menakutkan itu akan aku ingati sepanjang hayat aku hidup. Semua yang diceritakan berdasarkan apa yang aku dan isteri nampak. Tiada satu pun ayat ditokok tambah. Jadi berhati-hatilah semua. Kalau dapat target masa situ sampai malam, elok berehat saja di Gua Musang.

Sumber: Ossasuke Hikaru

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2018/12/rasa-menyesal-sumpah-aku-takkan-lalu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Aktiviti Sepanjang Di Buyong Houseboat Tasik Kenyir

Aktiviti Aktiviti Sepanjang Di Buyong Houseboat Tasik Kenyir

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 1065 hits
Assalammualaikum Dunia Sambungan dari entri Disebabkan pihak Organizer tempah full pakej 2 hari 1 malam di Buyong Houseboat Tasik Kenyir so pelbagai aktiviti riadah yang kitorang boleh buat AKTIVITI AKTIVITI SEPANJANG DI BUYONG HOUSEBOAT TA...
Popular Post Sepanjang November Di Inilah Realiti Bukan Fantasi Dot Blogspot

Popular Post Sepanjang November Di Inilah Realiti Bukan Fantasi Dot Blogspot

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 565 hits
POPULAR POST SEPANJANG NOVEMBER DI INILAH REALITI BUKAN FANTASI DOT BLOGSPOT Assalamualaikum Bercerita mengenai popular post ni memang akan buat Cik Rose rasa teruja Satu perasaan yang tak dapat para blogger gambarkan bila entry mereka dapa...
10 Filem Korea Dengan Kutipan Tertinggi Sepanjang 2018

10 Filem Korea Dengan Kutipan Tertinggi Sepanjang 2018

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 503 hits
Apa saja yang dihasilkan oleh industri hiburan Korea pasti mendapat sambutan yang luar biasa bukan hanya di negara mereka malah di Malaysia juga Kalau anda peminat cerita dari korea atau anda yang tak tahu nak tengok filem apa lagi di luar ...
Mortir Sepanjang 27 Sentimeter Ditemukan Di Depok

Mortir Sepanjang 27 Sentimeter Ditemukan Di Depok

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 230 hits
Penemuan bermula saat saksi Nur Holis menerima barang rongsokan dari seorang tak dikenal pada Kamis 29 November pukul 13 00 Wib Saat karung berisi barang rongsokan itu dibuka ternyata pegawainya menemukan mortir
Neymar Ronaldo Antara 20 Pemain Terbaik Brazil Sepanjang Zaman Siapa Di Tangga Pertama

Neymar Ronaldo Antara 20 Pemain Terbaik Brazil Sepanjang Zaman Siapa Di Tangga Pertama

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 313 hits
Neymar tersenarai antar 20 pemain terbaik BrazilDINOABATKAN sebagai juara Piala Dunia FIFA sebanyak lima kali Brazil bukanlah calang calang pasukan Baca Juga Malah Brazil sendiri sudah menghasilkan ramai pemain hebat bertaraf antarabangsa y...
Program Berbayar Sepanjang Cuti Sekolah Sekitar Negeri Johor 2018

Program Berbayar Sepanjang Cuti Sekolah Sekitar Negeri Johor 2018

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 620 hits
Assalamualaikum Ok Ummi listkan beberapa program program menarik berbayar sepanjang musim cuti sekolah ini Program tertumpu sekitar negeri Johor Insha Allah kalau ada kelapangan Ummi nak selit juga untuk Abang Ilham Kalau ibu ayah berminat ...
Rasai Pengalaman Menarik Di Dinosaur Kingdom Sepanjang Musim Cuti Sekolah

Rasai Pengalaman Menarik Di Dinosaur Kingdom Sepanjang Musim Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 489 hits
Assalamualaikum Sempena cuti sekolah yang bakal menjelma jom bawa anak anak ke Dinosaur The Prehistoric Harbour yang dibawakan oleh Thempaktu Dinosaur Kingdom adalah pemenang anugerah laman hiburan bergerak yang pertama di Malaysia Bertemak...
Pebret Sepanjang Masa

Pebret Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 276 hits
sagu gula melaka yang sedappp dan suker dengan kaler birunya
Mengutamakan Perintah Dan Larangan Allah Dalam Keseluruhan Aktiviti Kehidupan Sepanjang Hayat 8700

Mengutamakan Perintah Dan Larangan Allah Dalam Keseluruhan Aktiviti Kehidupan Sepanjang Hayat 8700

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 301 hits
Khutbah Jumat Mempersembahkan Ketundukan Total Kepada Allah Kamis 22 November 2018 17 49 Foto Khutbah JumatKhutbah Pertama Jamaah Jumat rahimakumullahDalam sebuah riwayat dari Imam An Nasai tersebutlah sebuah kisah tentang Arab badui yang b...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik