Rasa Menyesal Cabar Diri Naik Bukit H Di Sungai Petani Kedah


Rasa Menyesal Cabar Diri Naik Bukit Hash (H) Di Sungai Petani Kedah Tetapi Jika Tidak Turun Hingga Ke Garis Penamat.Mendaki kaki bukit bukan mudah. Lebih baik berjalan kaki santai-santai di taman permainan yang memang ramai orang melakukan aktiviti riadah. Tetapi sebab nak cabar diri untuk tengok kemampuan dan yang penting nak kekalkan kesihatan diri, pejam mata dan paksa diri untuk ikut sekali kawan-kawan. Kata orang tak cuba tak tahu. Nak buat sesuatu yang lain memang kena ada yang terpaksa di korbankan iaitu duduk selesa di rumah tanpa berbuat apa-apa.

Cabaran pertama pada tahun 2020 untuk naik bukit adalah Bukit Hash (H).Bukit Hash sebenarnya lebih dikenali sebagai Bukit H oleh penduduk setempat di Sungai Petani dan juga meliputi kawasan sekitar Tikam Batu. Bukit H tersebut dianggarkan mempunyai ketinggian hampir 200 meter dari paras laut. Ada 2 laluan yang boleh di pilih samada naik daripada Taman Seri Jenaris, Tikam Batu yang mana tempat kedua menjadi pilihan jika tidak mahu ke Taman Semarak Sungai Petani.


Kata mereka yang turut mendaki di Bukit H, laluan dari Taman Seri Jenaris, Tikam Batu agak kurang mencabar. Untuk sampai kepuncak, laluan tidak menegak tetapi mengikut menyusur  dengan kecuraman yang tidak  terlalu curam. Ramai di antara mereka lebih gemar memilih untuk memulakan pendakian dari Taman Semarak, Sungai Petani di mana treknya mencabar. Terdapat juga laluan yang luas dan selelsa untuk mereka yang gemar untuk melakukan aktivit berjogging ( sambal mendaki ) yang mana jaraknya lebih kurang 5km dari bandar Sungai Petani. Anda boleh pilih samada nak naik waktu pagi mahupun petang.






Benar kata orang, Rasa Menyesal Cabar Diri Naik Bukit Hash (H) Di Sungai Petani Kedah Tetapi Jika Tidak Turun Hingga Ke Garis Penamat. Sebenarnya memang banyak duka yang terjadi ketika pertama kali naik Bukit H. Dengan badan tak fit, kurang senaman, tiba-tiba naik bukit. Boleh kejang kaki tau. Air kurang juga boleh menyebabkan bdan cepat letih dan pening. 

Ini memang betul-betul letih sebab masa starting p guna gear tinggi. ambik kauuuu

pondok tu la tempat khaty berehat 10 minit. kena gigit nyamuk sakit woooo.
Khaty yang teruja terus naik dengan kelajuan yang agak tinggi. Maklum lah seronok. Apabila dan naik baru 20%, mula rasa nafas tak cukup. Bermula lah episod nak pitam, nak rehat, nak buang air besar dan air kecil, peluh membasahi muka dan perut terasa memulas. Semua ada. Nak nangis tau sebab macam tak mampu nak naik bagi habis. Khaty ambil jalan rehat sebentar sebab memang tak terdaya. Mujur ada pondok yang boleh rehatkan badan sekejap. Hampir 10 minit berfikir nak turun atau nak habiskan. Setiap kali ada pendaki yang melintas khaty mesti cakap, tak pa, perlahan-lahan, nanti boleh naik. Ramai yang bagi semangat. Jadi khaty kumpulkan tenaga dan tetapkan di fikiran nak habiskan pendakian ini.
Berjaya atau tidak khaty habiskan???tengok gambar di bawah.



Dah sampai rasa hilang semua letih. Biasalah kan.

Benar bagai di kata. Dah sampai di kemuncak Bukit Hash ( H), perkara yang boleh buat anda lupa penat adalah ambik gambar dengan pemandangan yang indah. Terpulang kepada anda sudut mana yang anda mahu. Tapi yang penting cari icon atau papan yang menunjukkan anda berada di sana. Permulaan sahaja, rasanya kalau dah banyak kali macam dah biasakan kan.









Boleh di lihat kawasan sekitar puncak Bukit H, ada yang berkemah dan tidur di kaki Bukit H semalaman. Ramai-ramai tak mengapa, jangan berkemah sorang-sorang ya. Seram. Kanak-kanak juga seronok dapat sampai ke puncak bukit, maknanya, kalau kanak-kanak boleh sampai tak mungkin orang dewasa kena mengalah kan.










Hampir 20 minit berhenti rehat sambil bergambar, khaty meneruskan perjalanan untuk turun ke bawah. Nak turun pun satu cabaran sebab keadaan jalan yang curam dan kering, jika tersalah langkah mungkin boleh terjatuh. Masa ini lah kekuatan kaki dan lutut sangat di perlukan untuk bergabung agar perjalanan untuk turun lancar.


Curam weiii nak turun. lutut ketaq habihhh. mujoq ada tongkat ajaib.

habiskan misi sebelum balik. lega perut .kat bahagian bawah berdekatan parking ada lori jual buah dengan air. 
Sesudah sampai di bawah, perasaan puas dan lega sangat sebab akhirnya berjaya lawan diri yang lemah tadi. Penat memang penat tapi berbaloi sangat. Pengalaman mendaki bukit bergantung kepada landskap laulan tersebut. Masih ada banyak lagi laluan yang sangat mencabar. Tetapi cukup untuk Bukit Hash ( H) ini sebagai titik permulaan. Parking jangan risau, memang banyak.Nanti kita sambung lagi ok. Ada lagi bukit yang sedang menanti untuk di terokai.
10 Tips untuk persedian pendakian.1. Cuaca
Sila tengok ramalan cuaca terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Jika semalam hujan lebat, dan plan untuk hiking hari ini seawal pagi, perlu di ingat trail besar kemungkinan becak, berlumpur dan sedikit merbahaya.


2. Kasut
Guna kasut hiking yang sesuai untuk kaki. Selalunya ini yang paling diabaikan oleh pendaki sepanjang pemerhatian saya mendaki gunung atau bukit. Alasan seperti takde bajet atau kasut murah pun takpe tidak boleh dipandang ringan. Tahukah kalian, kaki anda merupakan anggota badan yang paling penting untuk meneruskan pendakian?
3. Pakaian

Sekiranya mendaki di tempat yang beraltitude tinggi, pakaian seperti cotton sahaja tidak sesuai sebab tidak menyerap peluh. Pakaian dari jenama Adidas, Nike, Under Armour yang menggunakan material Compression sangat bagus sebab dapat menyerap peluh dan membolehkan pendakian bertambah selesa.
4. Stamina
Sebelum memulakan pendakian, adalah dinasihatkan supaya membuat sedikit senaman ringan sekurang kurangnya 10-15 minit. Ini adalah untuk mengelakkan otot menjadi kejang sejurus selepas memulakan pendakian.


5. Makanan / Minuman
Adalah digalakkan mengambil makanan ringan seperti cereal sebelum memulakan pendakian. Jangan makan makanan seperti nasi lemak yang boleh mengakibatkan anda pancit dan tiada tenaga untuk mendaki.
Sediakan makanan ringan seperti coklat atau energy bar dan air 100 plus untuk dijadikan jajan sepanjang pendakian. Air 100 plus bagus untuk menggantikan garam dalam badan yang keluar semasa berpeluh dan boleh mengelakkan dari kejang bergelumang.
6. Masa
Perlu diingat, kita pergi mendaki bukan untuk mencatat rekod dunia tetapi untuk merasai pengalaman melalui satu tempat baharu.
7. Sesi bergambar
Saat yang paling dinantikan oleh para pendaki khususnya apabila berjaya mendaki puncak. Tapi jangan diabaikan aspek keselamatan hanya kerana nak mencipta SHOOT paling GRAND.
8. Percakapan dan adab
Bila memulakan perjalanan, bacalah Bismillahirahmanirahim dan berdoalah supaya dipermudahkan perjalanan. Jangan takbur dan riak dalam hutan. Jika terhidu sesuatu, mulut jangan celupar.
Tunggu sehingga selesai pendakian, barulah boleh bercerita pasal benda2 ghaib yang berlaku sebelum itu.


9. Semangat setiakawan
Selalunya ramai yang pergi dalam satu kumpulan. Adalah penting setiap anggota mengambil berat keadaan teman2 lain sepanjang pergi dan balik dari pendakian, dan bukannya hanya mementingkan diri sendiri untuk kepuasan peribadi.
10. Mental
Digalakkan pendaki untuk sentiasa berfikiran positif sepanjang perjalanan. Jangan terlalu mementingkan bila masa nak sampai puncak dan balik dengan segera tetapi mengabaikan aspek mental samada mampu atau tidak melakukannya.



Semoga bermanfaat buat anda semua. Ini sekadar perkongsian pengalaman khaty yang baru hendak berjinak merpati dengan aktiviti mendaki bukit. Angan-angan nak pergi Gunung Kinabalu. Tetapi dah tahu lambat lagi la harapan nak tercapai.  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.khatyaiman.com/2020/02/rasa-menyesal-cabar-diri-naik-bukit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Rasa Nak Naik Angin Cepat Cepat Jamah 5 Makanan Ini

Kalau Rasa Nak Naik Angin Cepat Cepat Jamah 5 Makanan Ini

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 419 hits
Setuju tak kalau nak datang period mesti rasa semacam jer Mood pun berubah Mesti rasa nak naik angin atau nak marah jer Apabila keadaan macam tu biasanya apa yang akan korang buat Kalau sis sis akan cepat cepat makan atau jamah makanan yang...
Rakyat China Rasa Tidak Cukup Pakai Topeng Muka Guna Plastik Untuk Lindungi Diri Dari Coronavirus

Rakyat China Rasa Tidak Cukup Pakai Topeng Muka Guna Plastik Untuk Lindungi Diri Dari Coronavirus

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 613 hits
Sepertimana yang korang tahu penyakit Coronavirus telah merebak di beberapa buah negara dan pada hari Selasa yang lalu World Health Organization sudahpun melakukan mesyuarat tergempar yang akhirnya menisytiharkan darurat global Coronavirus ...
Mendaki Bukit Mok Cun Kodiang Kedah

Mendaki Bukit Mok Cun Kodiang Kedah

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 1782 hits
Bongkah batu yang berdiri kukuh dikelilingi sawah padi ini mengamit saya dan teman teman pada pertengahan bulan January 2020 untuk mendaki ke sini Dulu nama aslinya adalah Bukit Kodiang namun setelah pengambaran Drama Mok Cun dilakukan di s...
Hiking Petang Di Bukit Sim Sim Sandakan

Hiking Petang Di Bukit Sim Sim Sandakan

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 1718 hits
Hiking Petang di Bukit Sim Sim Sandakan Assalamualaikum salam sejahtera Hi korang Murni nak share lagi mengenai aktiviti membukit di Bukit Sim Sim Sandakan pada 08 02 2020 Bukit Sim Sim atau dikenali sebagai Elopura Recreation Park antara t...
Walk In Interview Assistant Supervisor Supervisor Aeon Bukit Tinggi

Walk In Interview Assistant Supervisor Supervisor Aeon Bukit Tinggi

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 280 hits
To maintain a professional standard of customer care in promoting company products managing an effective team Assist store manager in hiring managing staffs duty roster leave welfare disciplinary issues Motivate train staffs on company s po...
Bappenas Hutan Konservasi Bukit Soeharto Masuk Ibu Kota Baru

Bappenas Hutan Konservasi Bukit Soeharto Masuk Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 356 hits
Badan Perencanaan Pembangunan Nasional memasukkan seluruh kawasan hutan konservasi Bukit Soeharto Kalimantan Timur ke dalam kawasan Ibu Kota Baru Langkah tersebut ditujukan untuk mengembalikan fungsi Bukit Soeharto sebagai kawasan konservas...
Supervisor Tesco Bukit Indah

Supervisor Tesco Bukit Indah

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 314 hits
Ensure that a professional standard of Customer Care Merchandising and Display Stock Control and Administration is developed and maintained so that Sales Targets are achieved Ensure that subordinates are effectively supervised and well trai...
Ex Dpm S Son Summoned To Bukit Aman Over Blog Post On Tmj

Ex Dpm S Son Summoned To Bukit Aman Over Blog Post On Tmj

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 297 hits
Tamrin Abdul Ghafar the son of former Deputy Prime Minister Abdul Ghafar Baba has been summoned to appear at Bukit Aman tomorrow for questioning This is over comments he had made about Johor Regent Tunku Ismail Sultan Ibrahim I have been ca...
Apa Yang Menarik Di Bukit Fraser Pahang

Apa Yang Menarik Di Bukit Fraser Pahang

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 822 hits
Nak kata percutian pun bukanlah sangat memang tak di rancang sama sekali Pagi Ahad tu lepas Subuh borak borak dengan suami nak pii mana hari ini memandangkan anak anak baru habis final exam nak bagi depa release sat dari stress study kan Na...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah