Mendaki Bukit Mok Cun Kodiang Kedah



Bongkah batu yang berdiri kukuh dikelilingi sawah padi ini mengamit saya dan teman-teman pada pertengahan bulan January 2020 untuk mendaki ke sini. Dulu nama aslinya adalah Bukit Kodiang, namun setelah pengambaran Drama Mok Cun dilakukan di sini, tempias populari drama tersebut turut menukar namanya menjadi lebih "glamor" sebagai Bukit Mok Cun. Pemandangan Kampung Kandis amat damai, tidak hairanlah ia terpilih sebagai lokasi pengambaran drama. Kami memakir kenderaan di kaki Bukit Mok Cun sekitar jam 09:00 pagi dan mula mendaki secara berjemaah perlahan-lahan.


Keseluruhan trek ke puncak bukit boleh dikatakan menegak 90 darjah, di setengah bahagian trek, disediakan tangga besi dan tali bagi memudahkan proses pendakian. Walaupun tiada jaminan keselamatan ketika mendaki, sekurang-kurangnya tangga besi yang disediakan boleh mengurangkan bahaya ketika memanjat batu-batu yang berbentuk dan berpemukaan tajam. Terdapat juga pendaki yang lebih suka mencabar kekuatan tenaga dengan mendaki batu-batu tersebut dari menggunakan tangga. Apapun alasan pendaki, tindakan mendaki adalah tanggungjawap sendiri dan para pendaki harus yakin semasa membuat pilihan ketika mendaki.



Setelah mendaki sekitar 20 minit, kami sampai di satu bahagian trek separuh terbuka yang di panggil "varendah" oleh segelintir pendaki. Kami berehat sambil bergambar agak lama di sini. Kami menyaksikan sawah padi yang hijau kekuningan terbentang luas di bawah sana. Kemudian kami bergilir-gilir menggunakan tangga untuk meneruskan pendakian ke puncak.







Ketinggian Bukit Mok Cun adalah 140 mdpl namun proses pendakian ke puncak agak mencabar. Kekuatan otot tangan dan kaki memainkan peranan semasa melonjakkan badan ketika mendaki. Tambahan pula bukit ini tegak berdiri dan terbina dari batu-batu tajam, kiri dan kanan trek adalah curam. Kami sampai di puncak Bukit Mok Cun sekitar jam 10:00 pagi. Puncak Bukit Mok Cun redup dinaungi pokok-pokok hutan. Kami berehat sambil merakam gambar dari beberapa sudut yang dicadangkan oleh teman yang telah beberapa kali mendaki bukit glamor ini.




Jam 11:00 pagi kami bergerak turun. Saya sampai di tapak pakir di bawah sekitar jam 11:25 pagi. Bayaran pakir bagi sebuah motosikal adalah Rm1 manakala sebuah kereta pula Rm 2. Tapak pakir selamat, bersih dan luas. Tidak terdapat tandas di Bukit Mok Cun ini. Jika anda memerlukan tandas, anda boleh menggunakan tandas tuan rumah yang membersihkan kawasan pakir dan terletak sekitar seratus meter dari kaki bukit. Tandas bersih dan buat masa sekarang tiada bayaran dikenakan untuk menggunakannya.



Semasa menunggu teman yang lain sampai di bawah, saya bertegur sapa dengan beberapa anak muda tempatan yang juga mendaki pada pagi itu. Mereka adalah orang yang pembaca boleh hubungi jika perlukan guide untuk mendaki Bukit Mok Cun. Selain Bukit Kodiang atau Mok Cun, mereka juga boleh memandu untuk mendaki ke beberapa bukit di sana seperti Bukit Gua Kerbau, Bukit Hantu, Bukit Keriang, Bukit Chabang, Gua Sami, Bukit Jernih dan Pintu Wang Gunung.
1- Pijan - 017 5625253
2- Hamzah - 017 4781379.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2020/01/mendaki-bukit-mok-cun-kodiang-kedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaga Kebersihan Sepanjang Hiking Mendaki Bukit

Jaga Kebersihan Sepanjang Hiking Mendaki Bukit

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 321 hits
Mendaki bukit atau hiking memang memerlukan kekuatan fizikal dan mental Mereka yang berjaya mendaki sesuatu puncak bukit atau gunung memang layak diucapkan tahniah kerana berjaya melakukan sesuatu yang memberi kebaikan kepada diri sendiri D...
Kedah Kesuntukan Masa

Kedah Kesuntukan Masa

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 259 hits
KEDAH hanya memiliki tempoh dua hari di Seoul bagi melakukan persiapan untuk pasukan serta menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk sebelum bermulanya aksi kelayakan Liga Juara Juara Asia menentang FC Seoul di Stadium Seoul World Cup Selasa ini...
Apa Sedang Terjadi Di Sada Bawah Ph Kedah

Apa Sedang Terjadi Di Sada Bawah Ph Kedah

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 225 hits
MUHAMMAD SANUSI MD NOR SAYA difahamkan keuntungan tahun 2018 hanya RM30 ribu dan kini sedang mengalami defisit RM19 juta Kereta dan tanker SADA tidak dapat dibayar cukai jalan dan insurans serta dibebani hutang yang semakin bertambah Kutipa...
Kedah Terima Pelaburan Terbaharu 1 6 Bilion

Kedah Terima Pelaburan Terbaharu 1 6 Bilion

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 471 hits
ALOR SETAR Kedah terus mengukuhkan kedudukan dalam pembangunan industri kelas berteknologi hijau dengan temeterainya perjanjian persefahaman pelaburan berjumlah RM1 6 bilion antara pelabur dari China Zhejiang Element Holding Co Ltd dengan s...
8 Tips Ke Maldives Bawah Rm 1 500 Untuk 4h3m Termasuk Tiket Penerbangan Cun Sangat

8 Tips Ke Maldives Bawah Rm 1 500 Untuk 4h3m Termasuk Tiket Penerbangan Cun Sangat

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 370 hits
Bila sebut sahaja tentang Maldives terus terbayangkan pulaunya yang cantik dengan kejernihan air bak kristal Siap boleh nampak hidupan laut di dalamnya Cantik Buat pencinta pulau Maldives adalah tempat paling sesuai untuk anda Namun ramai y...
Novel Zombi Vampire Karya Penulis Usa Ini Jadikan Malaysia Sebagai Backdrop Cun Gila

Novel Zombi Vampire Karya Penulis Usa Ini Jadikan Malaysia Sebagai Backdrop Cun Gila

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 589 hits
Sangat terperinci macam betul betul jadi kat Malaysia small Cover image via Comic Book Realm small ZOMBI APOCALYPSE DI MALAYSIA Sesiapa yang pernah menonton filem World War Z tahun 2013 lakonan Brad Pitt tentang penyebaran virus zombi ke se...
Kedah Selangkah Ke Afc Champion League Kipre Tchetche Melakar Hatrik Pertama

Kedah Selangkah Ke Afc Champion League Kipre Tchetche Melakar Hatrik Pertama

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 892 hits
Kedah layak ke pusingan ketiga kelayakan AFC Champion League selepas menewaskan Juara Liga Hong Kong Wofoo Tai Po FC dengan keputusan 5 1 di Stadium Darul Aman semalam Beraksi di hadapan 19 ribu penyokong sendiri memberi kelebihan buat keda...
Hang Kedah Tang Mana

Hang Kedah Tang Mana

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 274 hits
Malam itu Master sertai permainan badminton dengan kawan kawan barunya Tiba tiba sahaja ramai yang menegurnya Teguran itu pula dalam loghat utara loghat Kedah Hang Kedah tang mana Jeles aku dengan jersi hang ni Master jawab Aku asal Negeri ...
Kedah Benam Tai Po

Kedah Benam Tai Po

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 259 hits
KEDAH menewaskan kelab Hong Kong Tai Po FC 5 1 pada pusingan kedua kelayakan Liga Juara Juara Asia di Stadium Darul Aman Alor Setar sebentar tadi Kemenangan ini jelas menyuntik semangat berganda buat skuad Lang Merah yang beraksi buat perta...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner