Rasa Empati Menjadi Benteng
RASA EMPATI MENJADI BENTENG | بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain itu tidak mudah. Tidak juga semua orang mahu melakukannya dengan hati yang betul-betul jernih. Tapi PC yakin ada sahaja di muka bumi Allah swt ini insan-insan yang baik hatinya. Baik juga akhlaknya. Mungkin kalau kita belum jumpa itu belum rezekilah. Kalau dah jumpa insan yang baik itu satu rezeki dan nikmat daripadaNYA. Baik bermakna, atau memang betul-betul baik kerana akhlaknya juga begitu, ingat ya ada bezanya. Kena hati-hati.
Agama pun benteng. Sabar itu benteng. Ilmu juga benteng. Sebenarnya kalau ada rasa empati dalam diri itu juga sebenarnya menjadi benteng. Benteng kukuh untuk kesejahteraan sejagat. Banyak perkara tidak baik boleh dielakkan. Banyak permusushan, pergaduhan bahkan peperangan boleh diselesaiakan dan ditepis juga. Syaratnya ada rasa empati.
Terjadinya perkelahian, pembunuhan, peperangan sana sini itu kerana tiada rasa empati dalam diri melainkan berasa besar dan berkuasa. Berasa berhak dan mampu lakukan apa sahaja. Bila ada rasa empati dalam diri akan menapis banyak keputusan dan tindakkan selanjutnya yang bakal dilakukan. Tidaklah membabi buta atau melulu sahaja ikut suka.
Gambar Hiasan
PC percaya, selagi manusia itu tidak kiralah siapapun kita, dia atau mereka selagi dalam dirinya ada rasa empati yang tebal in shaa Allah kita, dia atau mereka boleh dan mampu menjadi manusia yang baik. baik hatinya. baik juga fikirannya juga molek lisannya. Tak mustahil juga banyak perkara tidak baik dibanteras dengan cara yang paling tertib dan disantuni dalam keadaan manusia dengan manusia tidak menyakiti atau menzalimi tanpa ada rasa.
SekianTinta Perdu Cinta ❤Rasa Empati Menjadi Benteng
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2021/06/rasa-empati-menjadi-benteng.html