Rasa Ayam Green Chili Crunch Kfc Malaysia
Sekarang ni orang dok sibuk dengan Ayam Goreng McD 3x pedas, tapi memandangkan saya masih tak berani nak makan makanan yang pedas kerana pembedahan yang aku lakukan tempohari maka saya abaikan je semua tu. Lagipon perut saya ni bukan yang jenis boleh tahan pedas sangat pun
Tapi dalam dok sibuk dengan Ayam Goreng McD 3x pedas tu, saya tertarik dengan produk terbaru KFC iaitu Ayam Green Chili Crunch. Memang betul betul hijau dia bagi. Sekali tengok macam ayam tumbuh lumut pun ada kan. hahaha
Memandangkan saya sangat yakin bahawa Ayam Green Chili Crunch dari KFC ni tidak terlalu pedas, jadi saya berani untuk cubanya. Oleh kerana nak cuba saya ambil set two (2) pieces Combo. Memang sengaja kosongkan perut seharian supaya saya dapat nikmati ayam ni betul betul. Maklum la saya ni jenis cepat kenyang dan muak kalau makan banyak-banyak
RASA AYAM GREEN CHILI CRUNCH
Rasa Ayam Green Chili Crunch ni not bad, tidak terlalu pedas rasa dia sebab mulut ni masih boleh terima dan habiskan dua (2) ketul ayam tanpa cedera pun. Mungkin bagi setengah orang agak kurang senang dengan rupa paras dan texture ayam tu sebab ianya seolah ayam yang dilumurkan lumut macam tu. Keseluruhan rasa dia bagi saya seakan rasa jajan atau cikedis macam tu atau mungkin rasa tu dari serbuk perasa yang kuat kot. Satu lagi rasa yang saya dapat taste masa makan ayam ni adalam rasa masam seolah ada perisa limau macam tu. Ala-ala rasa tomyam pun ada. Apa yang saya boleh katakan, untuk next time saya lebih prefer makan set Ayam KFC biasa je.
Set yang saya beli ni hadir dengan 2 ketul ayam (Green Chili Crunch), Coleslaw, Kentang putar dan Minuman bikarbonat Pepsi (tukar dengan lemon tea) yang berharga RM14.90. Selain dari set 2 pieces Combo ni diorang juga ada menawarkan set lai seperti three (3) pieces combo yang berharga RM18.90 dan Box meal set yang berharga RM19.90
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2019/08/rasa-ayam-green-chili-crunch-kfc.html