Idme Guru Cara Isi Kehadiran Pengurusan Mata Pelajaran
idMe Guru – Cara Isi Kehadiran & Pengurusan Mata Pelajaran
idMe Guru (idme.moe.gov.my/) ialah akaun digital utama yang digunakan oleh para pendidik untuk akses ke pelbagai sistem rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Contohnya seperti SPLKPM, e-Operasi, e-GTukar, sistem pendaftaran Tahun 1 dan banyak lagi aplikasi rasmi berkaitan pendidikan.
Ketahui secara terperinci apa itu idMe KPM, fungsi-fungsi utama, serta panduan mudah untuk guru mendaftar akaun idMe, mengemaskini maklumat peribadi, dan menyelesaikan isu-isu biasa seperti lupa kata laluan atau emel berdaftar melalui perkongsian di bawah.
BACA JUGA: idMe KPM (idme.moe.gov.my) – Login, Pendaftaran Sistem Pengurusan Identiti MOEIS
Apa itu idMe KPM?
Sistem idMe KPM atau Sistem Pengurusan IDentiti merupakan platform rasmi yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan guru, ibu bapa, pelajar, dan penjaga mengakses pelbagai aplikasi di bawah Sistem Bersepadu KPM (MOEIS).
Bagi guru-guru, idMe KPM menjadi medium penting untuk pengurusan data peribadi serta akses ke sistem-sistem sokongan profesional.

Apa itu idMe Guru & Apa yang Boleh Diakses
Sistem Apa yang Boleh Diakses Melalui idMe?
Pengurusan Awam
Pengurusan Murid
Pengurusan Institusi
Pengurusan Pentaksiran
Pengurusan Guru
Penubuhan dan Pendaftaran Institusi
Sejak awal tahun 2023, semua warga pendidik terutama guru diwajibkan mendaftar akaun idMe sebagai langkah penting untuk mengakses pelbagai sistem rasmi KPM secara bersepadu.
Pendaftaran ini memastikan pengurusan data peribadi dan profesional guru dilakukan secara digital dan efisien, selaras dengan inisiatif transformasi digital KPM.
Fungsi idMe Guru
Guru merupakan pengguna utama idMe KPM kerana hampir semua urusan berkaitan data peribadi dan profesional dilakukan melalui platform ini.
Fungsi utama idMe guru adalah untuk memudahkan guru mendapatkan akses ke sistem KPM tanpa perlu mengurus pelbagai ID dan kata laluan berbeza.
Dengan idMe, pengguna hanya perlu log masuk sekali untuk mendapat capaian kepada semua aplikasi berasaskan KPM yang berkaitan dengan tugas mereka.
Beberapa fungsi utama idMe KPM yang penting termasuk:
Mengemaskini maklumat peribadi dan profesional seperti alamat, nombor telefon, dan kelayakan akademik.
Mengisi markah PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) dan UASA untuk pelaporan prestasi murid.
Akses ke sistem SPLKPM (Sistem Pengurusan Laporan Kehadiran dan Prestasi Guru) untuk pelaporan kehadiran dan prestasi guru secara online.
Akses ke e-Prestasi bagi memantau dan melapor penilaian prestasi guru secara berkala.
Pengurusan pertukaran guru melalui e-GTukar, memudahkan permohonan dan kelulusan pertukaran secara digital.
Mencetak rekod dan laporan rasmi berkaitan latihan, prestasi, serta maklumat perkhidmatan.
Pendaftaran murid Tahun 1 secara dalam talian melalui sistem pendaftaran yang disediakan oleh KPM.
Akses kepada pelbagai aplikasi lain seperti sistem pengurusan pentaksiran, modul latihan, dan aplikasi sokongan pengajaran dan pembelajaran.
Kelebihan & Kepentingan idMe

Sistem Pengurusan Identiti (idMe) MOEIS
idMe Guru bukan sahaja memudah cara urusan guru, malah meningkatkan keselamatan data, menyelaraskan pentadbiran sekolah, sekali gus menyokong kesejahteraan serta profesionalisme para pendidik seluruh Malaysia.
Antara kelebihan sistem idMe untuk guru ialah:
1. Akses Satu Akaun Untuk Semua Sistem KPM (Single Sign-On)
Dengan idMe, guru hanya perlu mengingati satu ID dan kata laluan untuk mengakses pelbagai aplikasi rasmi KPM seperti SPLKPM, e-Operasi, e-GTukar, pendaftaran murid Tahun 1, dan sistem pentaksiran terkini. Ini mengurangkan kekeliruan serta masalah lupa kata laluan pelbagai akaun.
2. Memudahkan Kerja Pentadbiran dan Pengajaran
Guru boleh mengisi markah pelajar, merekod kehadiran, membuat pendaftaran murid, serta mengemaskini data peribadi dan profesional dengan lebih cepat secara atas talian tanpa perlu log masuk ke sistem berbeza.
3. Keselamatan Data Lebih Terjamin
idMe menampilkan sistem keselamatan moden dengan teknologi enkripsi terkini, melindungi maklumat guru dan pelajar daripada ancaman siber atau pencerobohan data tidak sah.
4. Penyelarasan Data Lebih Tepat dan Efisien
Semua maklumat dan rekod berkaitan guru, murid, institusi, dan pentaksiran kini boleh dikemas kini dalam satu platform, mengelakkan duplikasi rekod dan memastikan data sentiasa dikemas kini serta mudah diaudit.
5. Menyokong Transformasi Digital Pendidikan
Sistem ini memenuhi keperluan pendidikan masa kini dan membawa Malaysia ke hadapan dalam pelaksanaan pendigitalan operasi pendidikan, selaras dengan Pelan Transformasi ICT KPM serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
6. Menjimatkan Masa dan Tenaga
Semua urusan kini dapat dilakukan secara dalam talian, menjimatkan masa guru daripada proses manual yang memakan masa serta mengurangkan beban kerja rutin yang berulang.
7. Akses Berpusat untuk Guru Luar Bandar
Guru di kawasan luar bandar turut mendapat manfaat kerana boleh mengakses sistem ini dengan satu log masuk, asalkan ada capaian internet yang stabil, tanpa perlu berulang kali memproses pendaftaran manual berasingan untuk setiap sistem.
Kategori Pengguna idMe KPM
Pengguna idMe KPM terbahagi kepada beberapa kategori utama yang mempunyai peranan khusus dalam sistem pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia:
Guru: Pengguna utama idMe yang mengurus data peribadi dan profesional, kehadiran, penilaian, permohonan pertukaran dan tugasan berkaitan pengajaran melalui sistem bersepadu MOEIS.
Pentadbir Sekolah: Mengurus operasi, pentadbiran sekolah dan akses data murid serta guru.
Pelajar: Untuk akses maklumat pembelajaran, pentaksiran dan modul yang dibenarkan.
Ibu bapa dan Penjaga: Akses maklumat murid, pendaftaran Tahun 1, keputusan serta maklumat berkaitan melalui portal yang dibenarkan.
Kakitangan KPM dan Agensi Berkaitan: Termasuk pentadbir daerah, pejabat pendidikan negeri serta pegawai yang memerlukan akses sistem khusus sektor pendidikan.
Pengusaha Institusi Pendidikan Swasta dan Orang Awam: Dalam konteks tertentu bagi tujuan pengurusan pendidikan dan e-Perkhidmatan KPM.
Cara Daftar idMe KPM
Untuk mendaftar akaun ke sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Layari laman rasmi idMe KPM di https://idme.moe.gov.my/login
Cari dan pilih butang “Daftar Baru” untuk memulakan pendaftaran akaun baharu.
Isikan semua maklumat penting yang disediakan. Maklumat yang bertanda * wajib diisi. Pastikan anda mengisi nombor telefon dan alamat emel yang masih sah dan aktif.
Klik checkbox dan masukkan captcha bertulis di ruang yang disediakan.
Klik butang “Daftar” untuk menghantar maklumat atau klik butang “Reset” untuk mengisi semula.
Setelah pengisian lengkap, sistem akan menghantar emel pengesahan yang mengandungi pautan verifikasi. Pengguna perlu klik pautan tersebut untuk mengesahkan alamat emel.
Gunakan kata laluan sementara untuk log masuk kali pertama ke akaun idMe anda. Selepas itu, anda wajib tukar kata laluan idMe sementara dengan kata laluan yang baru untuk mengaktifkan akaun secara penuh.

Cara Daftar idMe KPM
Cara Login idMe KPM
Untuk log masuk sistem idMe KPM, anda boleh rujuk cara-caranya di bawah:
Layari laman rasmi idMe KPM di https://idme.moe.gov.my/login
Masukkan ID Pengguna dan kata Laluan.
Klik butang “Daftar Masuk”
Klik checkbox dan masukkan captcha bertulis di ruang yang disediakan.
Klik butang “Daftar Masuk”.
Setelah berjaya log masuk, anda boleh mengakses modul-modul yang berkaitan seperti pendaftaran Tahun 1, pengurusan data guru, e-GTukar, SPLKPM, dan lain-lain dalam ekosistem KPM.

Cara Login idMe KPM
NOTA: Jika anda tidak ingat kata laluan, klik “Lupa Kata Laluan” pada halaman log masuk dan ikuti proses reset yang melibatkan pengesahan melalui emel atau nombor telefon. Pastikan jangan berkongsi ID dan kata laluan anda untuk menjaga keselamatan akaun.
BACA JUGA: Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 KPM (idme.moe.gov.my)
Pendaftaran Akaun idMe Guru & Cara Login
Bagi guru-guru, proses pendaftaran akaun idMe Guru adalah WAJIB dan perlu dilakukan sebaik sahaja mendapat penempatan (untuk guru baru).
Rujuk cara-caranya di bawah:
Layari laman rasmi idMe KPM di https://idme.moe.gov.my/login
Klik pada butang “Daftar Baru” untuk mendaftar akaun kali pertama.
Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Maklumat yang bertanda * wajib diisi, antaranya:
Nama penuh
Jenis pengenalan (contoh: No. Kad Pengenalan)
Nombor pengenalan
Emel yang sah dan aktif
Nombor telefon yang boleh dihubungi
Lengkapkan captcha sebagai pengesahan bukan robot.
Setelah lengkap, klik Daftar untuk menghantar permohonan pendaftaran.
Anda akan menerima emel pengesahan yang mengandungi pautan dan kata laluan sementara. Klik pautan tersebut untuk mengaktifkan akaun.
Seterusnya, log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan sementara yang diberikan.
Setelah berjaya log masuk, anda disarankan untuk menukar kata laluan sementara kepada kata laluan yang lebih selamat.
Setelah itu, anda boleh mengemaskini maklumat peribadi dan profesional melalui menu yang disediakan di dashboard idMe.
Rujuk Video Manual Pendaftaran Akaun Baharu idMe KPM di bawah:
NOTA:
Pastikan menggunakan emel rasmi yang aktif kerana pautan pengesahan akan dihantar ke emel tersebut.
Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan sahih untuk kelancaran akses ke semua sistem KPM seperti e-GTukar, SPLKPM, e-Prestasi, pendaftaran murid Tahun 1, dan lain-lain aplikasi rasmi.
Jangan berkongsi ID pengguna dan kata laluan anda kepada orang lain bagi menjaga keselamatan akaun.
Jika menghadapi kesulitan, rujuk video tutorial pendaftaran idMe di laman YouTube rasmi (YouTube Playlist Rasmi KPM) atau hubungi pusat bantuan ICT sekolah untuk bantuan teknikal.
Peranan Guru Kelas – Modul Pengurusan Institusi
Peranan Guru Kelas dalam Modul Pengurusan Institusi idMe:
1. Login dan Akses Modul Pengurusan Institusi
Guru kelas mula-mula perlu log masuk ke akaun idMe dan memilih modul Pengurusan Institusi. Di sini, peranan guru kelas akan dipaparkan jelas bersama nama kelas yang diuruskan.
2. Pengurusan Kelas
Guru kelas bertanggungjawab untuk mengurus senarai pelajar dalam kelas tersebut. Ini termasuk memeriksa dan memastikan semua murid yang sepatutnya berada dalam kelas disenaraikan dengan betul.
3. Penetapan Mata Pelajaran untuk Kelas
Guru kelas akan menetapkan semua mata pelajaran yang diajar dalam kelas tersebut. Ini adalah langkah penting sebelum guru mata pelajaran lain boleh mengisi markah atau melaporkan pentaksiran. Mata pelajaran yang dipilih mestilah lengkap bagi kelas itu.
4. Penetapan Guru Mata Pelajaran (MP)
Guru kelas juga perlu menetapkan guru-guru mata pelajaran yang mengajar setiap subjek dalam kelas mereka. Ini memastikan guru MP bertanggungjawab kepada kelas/mata pelajaran masing-masing dalam sistem.
6. Tagging atau Penyelarasan Murid dengan Mata Pelajaran
Guru kelas mengurus penetapan murid-murid yang mengambil setiap mata pelajaran tersebut. Ini membantu dalam pengurusan data pentaksiran dan pengajaran supaya setiap murid direkodkan dengan tepat mengikut mata pelajaran yang diambil.
6. Mengemaskini Senarai Murid
Jika ada murid baru masuk atau berpindah keluar kelas, guru kelas perlu mengemaskini data murid dalam kelas tersebut melalui sistem. Ini termasuk fungsi tambah atau pindah murid dalam kelas.
7. Penyelarasan dengan Guru Mata Pelajaran
Setelah penetapan selesai, guru MP boleh melaksanakan tugas pengisian markah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan pentaksiran lain berdasarkan pengurusan data yang telah disediakan oleh guru kelas.
8. Melaporkan dan Memastikan Data Terkini
Sebagai pengurus utama kelas dalam sistem idMe, guru kelas perlu memastikan semua data murid dan mata pelajaran adalah tepat dan sentiasa dikemas kini agar pentaksiran dan pengurusan akademik berjalan lancar.
Cara Key-In Kehadiran Murid Dalam idMe

Peranan Guru Kelas Key-In Kehadiran Dalam idMe
Langkah 1: Log Masuk idMe
Guru kelas boleh login idMe seperti di https://idme.moe.gov.my/login. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
Langkah 2: Akses Modul Pengurusan Murid
Setelah masuk, pada bahagian sebelah kiri halaman dashboard, cari dan klik pada menu APLIKASI atau Pengurusan Murid.
Langkah 3: Pilih Peranan Sebagai Guru Kelas
Di bahagian atas, berdekatan tulis Log Keluar, klik anak panah kecil dan pilih submenu Guru Kelas (kerana key-in kehadiran biasanya dilakukan oleh guru kelas) bukan pelapor sahsiah.
Langkah 4: Pilih Menu “Pengurusan Sahsiah” > “Pengurusan Kehadiran”
Dalam modul Guru Kelas, cari menu Pengurusan Sahsiah atau terus ke Pengurusan Kehadiran.
Klik pada Kehadiran Harian untuk memasukkan rekod kehadiran murid bagi hari tertentu.
Langkah 5: Pastikan Hari dan Tarikh Betul
Sahkan tarikh dan hari yang ingin direkod kehadiran. Biasanya sistem akan menunjukkan tarikh hari ini secara automatik.
Jika perlu, pilih tarikh lain yang ingin diisi kehadirannya.
Langkah 6: Masukkan Data Kehadiran Murid
Secara default, senarai murid kelas akan dipaparkan dengan status kehadiran Hadir telah ditandakan.
Sekiranya semua murid hadir, anda hanya perlu klik Kemaskini dan kemudian Simpan serta Sahkan untuk merekod kehadiran tersebut.
Jika ada murid yang tidak hadir, untick (buang tanda semak) pada murid tersebut dan pilih kategori ketidakhadiran seperti:
Tidak hadir bersebab (sakit, cuti, hal peribadi)
Tidak hadir tanpa sebab (ponteng)
Kategori lain yang disediakan oleh sistem.
Pilih juga sebab ketidakhadiran jika diperlukan.
Langkah 7: Simpan dan Sahkan Rekod Kehadiran
Selepas semua maklumat kehadiran diisi dengan lengkap dan tepat, klik butang Simpan.
Kemudian klik Sahkan untuk mengesahkan rekod kehadiran supaya ia disimpan secara rasmi dalam sistem.
Jika hanya simpan tanpa sahkan, rekod kehadiran belum dianggap rasmi dan anda masih boleh buat pengubahsuaian.
Langkah 8: Cetak atau Semak Rekod Kehadiran (jika perlu)
Sesetengah sistem membenarkan guru mencetak laporan kehadiran murid sebagai rekod sekolah atau bagi keperluan audit.
TUTORIAL BERGAMBAR KEY-IN KEHADIRAN MURID OLEH GURU KELAS
Rujuk tutorial bergambar di bawah:

Cara Key-In Kehadiran Murid Dalam idMe

Cara Key-In Kehadiran Murid Dalam idMe

Cara Key-In Kehadiran Murid Dalam idMe

Cara Key-In Kehadiran Murid Dalam idMe

Cara Key-In Kehadiran Murid Dalam idMe

Cara Key-In Kehadiran Murid Dalam idMe
Cara Kemaskini Nama Murid Dalam idMe
Langkah 1: Log Masuk idMe
Guru kelas boleh login idMe seperti di https://idme.moe.gov.my/login. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
Langkah 2: Akses Modul Pengurusan Institusi
Kemudian, klik “Aplikasi” dan pilih “Pengurusan Institusi”
Pastikan nama guru betul dan peranan sebagai guru kelas.
Langkah 3: Klik “Pengurusan Mata Pelajaran” > “Kelas Saya”
Klik “Kurikulum, Kokurikulm dan Ekstra Kurikulum” dan pilih “Pengurusan Kelas”.
Klik “Kelas Saya”.
Pastikan kelas dan bilangan murid betul.
Langkah 4: Klik Nombor Bilangan Murid
Klik bilangan murid (di bawah tulisan nama kelas).
Tukar bilangan paparan untuk melihat lebih banyak nama murid dengan mudah.
Langkah 5: Jika nama murid tiada dalam senarai idMe..
Jika nama murid tiada dalam senarai, klik “Pindah Masuk Kelas”.
Guru kelas akan dibawa ke paparan Daftar Murid.
Langkah 6: Cari Nama Murid
Isikan nombor kad pengenalan dan nama murid.
Klik “Cari”
Langkah 7: Pilih nama Murid dan Simpan
Klik nama murid yang dicari, tandakan kotak di bahagian tepi nama dan klik “Simpan”
Sekiranya masih ada nama murid yang lain yang sudah berpindah sekolah, tandakan nama murid tersebut dan klik “Apung Murid”.
Selesai proses kemaskini nama murid dalam sistem idMe.
Cara Kemaskini Guru Mata Pelajaran Kelas
Langkah 1: Log Masuk idMe
Guru kelas boleh login idMe seperti di https://idme.moe.gov.my/login. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
Langkah 2: Akses Modul Pengurusan Institusi
Kemudian, klik “Aplikasi” dan pilih “Pengurusan Institusi”
Pastikan nama guru betul dan peranan sebagai guru kelas.
Langkah 3: Klik “Pengurusan Mata Pelajaran”
Klik “Kurikulum, Kokurikulm dan Ekstra Kurikulum” dan pilih “Pengurusan Kelas”, dan klik pilihan “Pengurusan Mata Pelajaran”. Sebelum itu, pastikan kelas dan bilangan murid betul di bahagian Kelas Saya.
Langkah 4: Klik “Tetapan Mata Pelajaran Kelas”
Di bawah menu “Pengurusan Mata Pelajaran”, klik “Tetapan Mata Pelajaran Kelas”. Paparan Senarai Guru Mata Pelajaran Mengikut Kelas akan dipaparkan.
Langkah 5: Klik “Pilih Kurikulum” dan “Cari”
Klik tulisan nama kelas (bukan nombor bilangan), dan klik “Pilih Kurikulum” dan buat carian. Contohnya: Kurikulum Tahap 1 sesi 2024.
Seterusnya, klik “Tambah Mata Pelajaran”
Langkah 6: Tandakan Semua Mata Pelajaran yang Diambil
Klik semua mata pelajaran yang diambil. Tahap 1, 9 mata pelajaran, Tahap 2, 11 mata pelajaran.
Setelah selesai tandakan mata pelajaran yang perlu, klik “Tambah”.
Langkah 7: Pilih Guru Mata Pelajaran yang Mengajar
Guru kelas akan dibawa ke paparan maklumat guru mata pelajaran. Pilih nama guru mata pelajaran yang akan mengajar mata pelajaran yang sudah dipilih tadi.
Setelah selesai memilih nama guru mata pelajaran, tanda semua kotak di bahagian tepi, klik “Kemaskini”.
Cara Kemaskini Nama Murid Dalam Mata Pelajaran Kelas
Langkah 1: Klik Bilangan Nombor Pelajar
Setelah selesai melakukan semua langkah di atas, pergi ke paparan Senarai Guru Mata Pelajaran Mengikut Kelas di bawah menu “Pengurusan Mata Pelajaran” > “Tetapan Mata Pelajaran Kelas”.
Klik bilangan murid (di bawah tulisan nama kelas).
Guru kelas akan dibawa ke paparan Tetapan Guru dan Mata Pelajaran Murid.
Langkah 2: Tambah Murid Mengikut Mata Pelajaran dan Guru Mata Pelajaran
Dalam paparan Tetapan Guru dan Mata Pelajaran Murid, pilih kurikulum, nama mata pelajaran dan nama guru.
Setelah itu, klik “Cari”. Tapi muncul tulisan “Tiada Data” sebab belum tambah nama murid. Jadi, kena tambah nama murid.
Untuk tambah nama murid, klik “Tambah Murid”.
Tukar bilangan paparan untuk melihat lebih banyak nama murid dengan mudah.
Tandakan semua kotak di bahagian tepi nama murid. Pastikan bilangan murid betul.
Klik “Tambah”.
Paparan “Berjaya Ditambah” akan keluar pop-out menandakan anda berjaya menambah murid mengikut mata pelajaran dan guru. Klik “OK”.
Ulang semula langkah ini untuk semua mata pelajaran yang lain sehingga selesai.
NOTA: Pastikan hanya nama murid yang mengambil mata pelajaran tersebut sahaja berada dalam senarai terutamanya untuk mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Bahasa Tamil, Mata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 & 5.
VIDEO TUTORIAL PENGURUSAN MATA PELAJARAN
Sumber: mhairil channel
Cara Rekod dan Kemaskini PBD Murid dalam idMe KPM
Sebelum membuat pengisian pentaksiran PBD mata pelajaran masing-masing, guru setiap mata pelajaran hendaklah memastikan guru kelas sudah selesai:
Kemaskini Jumlah Bilangan Murid
Nama Murid Terkini
Kemaskini Guru Mata Pelajaran Kelas
Cara Kemaskini Nama Murid Dalam Mata Pelajaran Kelas
Untuk membuat pengisian pentaksiran PBD, guru mata pelajaran boleh merujuk langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Log Masuk idMe
Guru kelas boleh login idMe seperti di https://idme.moe.gov.my/login. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
Langkah 2: Akses Modul Pengurusan Pentaksiran
Setelah masuk ke dashboard, klik pada aplikasi Pengurusan Pentaksiran.
Pastikan guru telah ditaging sebagai guru mata pelajaran (MP). Jika tidak, guru perlu semak dengan guru kelas untuk pengesahan taging tersebut.
Langkah 3: Klik Menu “Keputusan” > “Pentaksiran Bilik Darjah”
Klik menu “Keputusan” dan kemudian pilih “Pentaksiran Bilik Darjah”.
Senarai pentaksiran bilik darjah akan dipaparkan. Sekiranya senarai kelas yang guru ajar tidak dipaparkan, guru perlu membuat carian.
Cara membuat carian: Pilih Sesi Akademik, Aktiviti, Tahun/Tingkatan, Kelas, Mata Pelajaran diajar. Kemudian klik, cari.
Langkah 4: Isikan Markah dan Ulusan PBD
Klik ikon “pensil” di ruangan tindakan untuk mula rekod markah PBD bagi murid.
Senarai murid kelas akan dipaparkan. Anda boleh isikan tahap penguasaan bagi setiap murid bagi kompetensi yang dinilai.
Klik pada ruang ulasan guru untuk memilih ulasan yang sesuai dari kategori yang disediakan.
Isi juga ruang intervensi dan usaha murid jika perlu.
Langkah 5: Simpan dan Hantar Rekod
Simpan rekod secara berkala selepas mengisi bagi beberapa murid bagi mengelakkan kehilangan data.
Setelah semua murid diisi, klik butang Hantar untuk mengesahkan rekod pentaksiran secara rasmi.
Langkah 6: Semak Status dan Sambung Rekod
Dalam dashboard, anda boleh lihat status rekod bagi setiap kelas dan mata pelajaran.
Jika masih belum lengkap, anda boleh menyambung pengisian pada masa lain.
Status murid akan berubah menjadi hijau sekiranya sudah ditaksir.
NOTA:
Rekod dan kemaskini PBD boleh dilakukan secara berperingkat (contohnya mengisi untuk beberapa murid dahulu) bagi memastikan semua data disimpan dalam sistem.
Pastikan anda isikan semua data dengan tepat mengikut dokumen dan pengamatan sebagai guru.
VIDEO TUTORIAL GURU MATAPELAJARAN MENGISI PBD DALAM SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN IDME
Sumber: mhairil channel
Contoh Ulasan Guru Kelas Untuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Contoh Ulasan Positif:
Murid aktif dan bersemangat dalam pembelajaran, sentiasa menyiapkan tugasan dengan penuh dedikasi.
Memiliki kemahiran asas yang baik dan cepat memahami konsep yang diajar.
Berdisiplin tinggi dan sentiasa menunjukkan sikap sopan santun terhadap guru dan rakan sebaya.
Berkemahiran berkomunikasi dengan baik, mudah bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan.
Meningkatkan prestasi akademik secara konsisten sepanjang tahun.
Contoh Ulasan Untuk Peningkatan:
Perlu meningkatkan fokus ketika di dalam kelas supaya dapat mengikuti pelajaran dengan lebih efektif.
Sikap kurang yakin diri perlu dipupuk dengan lebih banyak dorongan dan galakan.
Perlu lebih berusaha dalam menyiapkan tugasan tepat pada masa yang ditetapkan.
Kemahiran membaca dan menulis perlu diperkukuh melalui latihan berterusan di rumah dan sekolah.
Perlu mengurangkan gangguan ketika sesi pembelajaran supaya tidak mengganggu rakan sebaya.
Contoh Ulasan Untuk Aspek Sahsiah dan Disiplin:
Sentiasa menunjukkan sikap hormat dan bertanggungjawab dalam semua aktiviti kelas.
Menepati waktu hadir ke sekolah dan menunjukkan kematangan dalam menguruskan tugasan.
Perlu belajar mengawal emosi dengan lebih baik ketika menghadapi tekanan atau konflik.
Meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi yang lebih positif dalam kalangan rakan sebaya.
Tips Menulis Ulasan PBD yang Berkesan
Gunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami.
Fokuskan kepada aspek perkembangan murid yang spesifik dan nyata.
Elakkan ulasan yang terlalu umum dan tidak menerangkan keadaan sebenar.
Berikan cadangan atau dorongan untuk penambahbaikan jika perlu.
Pastikan ulasan bersifat membina dan objektif.
Cara Mencetak Laporan PBD idMe
Cetakan laporan PBD setelah guru kelas menghantar semua keputusan PBD yang telah disiapkan oleh guru-guru mata pelajaran dan disahkan oleh penyelaras PBD.
Terdapat tiga kategori laporan yang boleh dicetak, iaitu:
Individu
Kelas
Mata Pelajaran
Langkah 1: Log Masuk idMe
Sebelum membuat cetakan, pastikan guru sudah login idMe di https://idme.moe.gov.my/login. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
Langkah 2: Akses modul Pengurusan Pentaksiran.
Kemudian, setelah masuk ke dashboard, klik Aplikasi dan pilih modul Pengurusan Pentaksiran.
Langka 3: Cetak Laporan
Klik Laporan > Pentaksiran Bilik Darjah > Individu.
Senarai kelas untuk laporan PBD akan dipaparkan. Klik ikon pensel untuk tindakan.
Senarai murid akan dipaparkan.
Untuk mencetak laporan PBD murid secara individu, klik ikon “Cetak” berwarna hijau di hujung nama murid yang inginkan.
Untuk mencetak laporan PBD semua murid dalam kelas, , klik ikon “Cetak” berwarna hijau di bahagian atas.
Untuk mencetak laporan kemahiran Bahasa Melau dan Bahasa Inggeris , klik ikon “Cetak” berwarna hijau di bahagian atas (untuk seisi kelas) atau di hujung nama murid yang inginkan (individu).
Selesai.
Cara Mencetak Laporan Dan PAJSK idMe
Langkah 1: Log Masuk idMe
Sebelum membuat cetakan, pastikan guru sudah login idMe di https://idme.moe.gov.my/login. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
Langkah 2: Akses modul Pengurusan Pentaksiran.
Kemudian, setelah masuk ke dashboard, klik Aplikasi dan pilih modul Pengurusan Pentaksiran.
Langkah 3: Cetak Laporan
Klik Laporan > PAJSK > Individu.
Klik ikon printer untuk mencetak.
Lupa Kata Laluan idMe Guru– Cara Tukar Password
1. Layari Laman Rasmi idMe KPM
Layari laman web rasmi idMe KPM untuk log masuk idMe rasmi di pautan berikut:
https://idme.moe.gov.my/login.
2. Klik pada Link “Lupa Kata Laluan”
Pada halaman log masuk Sistem idMe KPM, cari dan klik pautan bertulis “Lupa Kata Laluan” untuk menetapkan semula kata laluan idMe anda.
3. Masukkan Alamat Emel yang Berdaftar
Isikan alamat emel yang anda gunakan ketika mendaftar akaun idMe anda. Pastikan emel ini betul dan masih aktif.
4. Selesaikan Captcha
Anda perlu melengkapkan pengesahan keselamatan captcha (seperti memilih gambar atau memasukkan teks) bagi mengesahkan anda bukan robot.
5. Hantar Permohonan Reset
Selepas isi emel dan selesai captcha, klik butang untuk menghantar permohonan reset kata laluan.
6. Semak Emel untuk Pautan Tetapkan Semula Kata Laluan idMe KPM
Pergi ke peti masuk emel anda dan cari emel daripada idMe KPM yang mengandungi pautan untuk tetapkan semula kata laluan. Emel mungkin mengambil masa sehingga 10 minit dan boleh juga periksa folder spam/junk.
7. Klik Pautan Tetapkan Semula Kata Laluan idMe KPM Dalam Emel
Klik atau salin pautan yang diberikan dalam emel untuk membuka halaman tetapkan semula kata laluan idMe.
8. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Emel Semula
Pada halaman tetapkan semula kata laluan, masukkan nombor kad pengenalan (atau nombor pasport jika bukan warganegara) dan alamat emel yang sama untuk pengesahan.
9. Cipta Kata Laluan Baru
Anda perlu membuat kata laluan baru apabila lupa kata laluan idMe yang lama. Kata laluan yang baru hendaklah memenuhi syarat keselamatan seperti berikut:
Minimum 12 aksara
Mengandungi gabungan huruf besar dan kecil
Termasuk nombor dan simbol
Elakkan kata laluan yang mudah diteka (contoh: tarikh lahir)
10. Sahkan Dengan Captcha dan Simpan
Isikan captcha sekali lagi untuk pengesahan dan klik butang simpan atau hantar untuk lengkapkan proses reset.
12. Log Masuk Dengan Kata Laluan Baru
Kembali ke halaman log masuk idMe KPM, masukkan emel dan kata laluan baru untuk akses akaun idMe KPM anda.
13. Jika Ada Masalah, Hubungi Sokongan
Sekiranya tidak menerima emel reset atau menghadapi masalah lain (contohnya pautan reset tidak berfungsi atau anda terlupa emel daftar), anda boleh menghubungi pentadbir sekolah atau talian sokongan KPM di:
Tel: 03-88843501
Emel:
[email protected]
Tutorial Tukar Kata Laluan Jika Lupa Kata Laluan idMe (video)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, info terkini dan sebarang pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), sila kemukakan ke:
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya
Email :
[email protected]
No. Tel : 03-88843501
No. Fax : 03-88895244
MUAT TURUN Manual Pengguna idMe:
Soalan Lazim IdMe Guru
1. Apa itu idMe? idMe adalah sistem identiti tunggal (Single Sign-On) yang membolehkan guru mengakses pelbagai aplikasi rasmi KPM dengan menggunakan satu akaun sahaja.
2. Siapa perlu mendaftar akaun idMe? Semua warga pendidik terutamanya guru diwajibkan mendaftar akaun idMe untuk memudahkan akses ke sistem digital KPM dan pengurusan data peribadi serta profesional secara digital.
3. Apa fungsi utama idMe untuk guru? Memudahkan kemaskini maklumat peribadi dan profesional, pengurusan kehadiran dan prestasi guru (SPLKPM, e-Prestasi), permohonan pertukaran (e-GTukar), pendaftaran murid Tahun 1 secara dalam talian, pengurusan pentaksiran berterusan seperti PBD, dan akses ke pelbagai aplikasi sokongan pengajaran.
4. Bolehkah guru kelas menguruskan data murid dalam idMe? Ya, guru kelas boleh mengurus senarai murid, menetapkan mata pelajaran, dan menguruskan rekod pentaksiran murid melalui modul Pengurusan Institusi dalam idMe.
5. Bagaimana cara key-in kehadiran murid? Guru kelas log masuk > modul Pengurusan Murid > Pengurusan Kehadiran > pilih tarikh > tandakan kehadiran atau ketidakhadiran murid > simpan dan sahkan.
6. Apa yang perlu dilakukan jika menghadapi masalah teknikal dengan idMe? Buat aduan melalui sistem portal aduan KPM (https://isd.moe.gov.my/), hubungi pentadbir sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berkaitan, atau hubungi talian sokongan yang disenaraikan dalam dashboard idMe.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/idme-guru/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=idme-guru