Rare Footage Raja Permaisuri Agong Mengalirkan Air Mata Sebak Menjelang Istiadat Tanpa Orang Tersayang
Tanggal 30 Julai ini, bakal menjadi hari bersejarah buat rakyat Malaysia apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bakal ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Nostalgia indah
Memetik kenyataan daripada Bernama, acara ini diharapakan menjadi detik indah yang akan dikenang oleh Seri Paduka berdua kerana ianya mempunyai nilai yang berkait dengan nostalgia istiadat pertabalan paduka ayahanda Seri Paduka berdua.
Difahamkan, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mempunyai pengalaman berangkat menghadiri Istiadat Pertabalan kedua-dua ayahanda dan ayahanda mentua iaitu Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Oleh itu, harapan dan impian Sultan Abdullah dan Tunku Azizah pada acara ini ialah agar pihak Istana Negara dapat membawa semula takhta singgahsana yang pernah menjadi tempat bersemayam kedua-dua paduka ayahanda ketika ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan kelapan.
Tunku Azizah menangis
Tetapi, apa yang menyentuh hati apabila sebentar tadi Pereka Fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim telah berkongsi satu video eksklusif di instagram miliknya yang memaparkan Tunku Azizah mengalirkan air mata.
Soalan Dato’ Rizalman kepada Tunku Azizah mengenai perasaan Tunku yang akan ditabalkan menjadi Raja Permaisuri Agong dalam tempoh beberapa hari lagi ternyata mengundang hiba Tunku dan rakyat yang melihat.
Hiba sungguh mak bapa tak ada
”Kerana ayahnda saya tak ada, bonda saya tak ada, Tuanku tak ada.. jadi sedihla ye..
”Tapi yang sedih sekalinya agaknya sebak dada kerana saya dan Tuanku akan duduk atas singgahsana yang ayahnda dan bonda kita berdua menggunakan takhta semasa mereka menjadi Agung.. dan Tuanku dan saya akan menggunakan singgahsana tu juga..
”Itu yang saya.. hiba sungguh kerana yela.. mak bapak kita tak ada.. doakan saya dan Tuanku selamat ya..’‘ kata Tunku.
View this post on Instagram
ekslusif, hanya di @rizalman71 IG. Awani ka Bernama ka pon x dapat footage ni. Daulat Tuanku
A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on Jul 19, 2019 at 2:35am PDT
Sementara itu, rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen di video berkenaan dengan mengakui tersentuh dengan luahan Tunku.
Malah, video berkenaan dianggap sebagai ‘rare footage’ kerana bersifat peribadi dan membuatkan rakyat merasa dekat dengan keluarga diraja. Moga Allah merahmati Permaisuri Agung kesayangan rakyat jelata ini!
Such a rare footage
Baginda sangat humble dan cantik
Permaisuri Agung yang pertama yang sangat saya kagumi
Sebak, amat tersentuh
Sumber : rizalman71
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/07/20/video-rare-footage-tunku-azizah-mengalirkan-air-mata-sebak-menjelang-istiadat-tanpa-orang-tersayang/