Rantai Tangan Design Simpul Zarra Yang Trendy
Rantai Tangan Design Simpul Zarra Yang Trendy. Rantai tangan, bangle atau bracelet antara barangan kemas yang digemari oleh wanita berbanding gelang kaki, subang atau rantai leher. Kerana, kedudukannya di pergelangan tangan mudah dijaga, tidak mengganggu kerja harian kita berbanding cincin dan sebagainya. Rantai tangan boleh dipakai sepanjang masa sebaliknya cincin kerap dibuka terutamanya ketika kita memasak. So, tidak hairanlah jika ramai yang suka membeli rantai tangan berbanding barang kemas yang lain.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Rantai Tangan Design Simpul Zarra Yang Trendy
Untuk menambahkan koleksi barangan kemas saya, saya telah membeli rantai tangan yang dipanggil rantai tangan simpul zarra. Ia rantai tangan yang plain, cuma tersimpul antara satu sama lain
Jika suka, boleh tambah aksesori sendiri seperti charm, bead atau pendant (loket comel) pada rantai tangan design simpul zarra. Oleh kerana lebar rantai tangan agak besar, lebih kurang 0.6 cm, jadi bead atau charm tak boleh masuk. Anda kena tambah ring chain yang boleh digantung pada bahagian extension rantai tangan tersebut.
Jika dilihat dari gambar atas, rantai tangan ni seberat 11.65 gram. Bila telah dicampur upah semua, jadi lah harganya RM3,210. Masa beli rantai tangan simpul zarra hari tu, emas segram dijual pada harga RM235 sebelum upah.
Oh ya, lagi leceh pembuatan sesuatu barang kemas, makin tinggi upahnya. Kalau ada seller yang baik hati, dia akan kurangkan kos upah untuk menurunkan harga barangan kemas. Kena pandai pujuk lah ya..
Namun, barang kemas trendy dan moden sikit, agak sukar dijaga kerana ia mudah menyimpan kotoran di bahagian yang tersimpul tersebut. Jadi, kenalah rajin cuci barang kemas anda agar sentiasa kelihatan bersinar sentiasa
Macam biasa, barang kemas rantai tangan simpul zarra saya beli secara online dari trusted kedai emas di Malaysia
Semoga info di atas berguna buat pencinta barang kemas terutamanya emas 916.
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2021/11/rantai-tangan-design-simpul-zarra-yang.html