Rekaan Dalaman Interior Design Yang Popular Dari Idw Design


Salam. Memiliki sebuah rumah dengan Rekaan Dalaman atau Interior Design yang cantik, selesa dan berfungsi dengan baik merupakan impian dan angan-angan yang indah. Nova percaya setiap orang mesti ada angan-angan untuk memiliki rumah impian mereka. Berangan itu percuma kan, 😊 namun ia tidak mustahil ya. Yang penting kita terus berusaha untuk memiliki apa yang diimpikan kerana tiada perkara yang mustahil dilakukan jika anda terus berusaha dan mencuba. Kekalkan positivity dan momentum yang baik, anda pasti akan memilikinya. Yang paling penting, kita terus berdoa dan memohon agar dipermudahkan urusan-urusan kita. Bercakap mengenai impian, Nova juga sedang berusaha dan berharap rumah impian Nova akan dapat dimiliki dalam hujung tahun 2021 ini. InsyaAllah. Dalam pada itu, Nova dah buat survey and research untuk reka bentuk dalaman atau hiasan dalam yang menjadi impian Nova. Ha.. ni nak kongsi ni. Benda yang baik kan elok dikongsi bersama....



200 Koleksi Rekaan Dalaman dari IDW Design

Di Awal Penubuhan IDW Design & BuildDengan kata-kata "Interior Design Can Now Be Owned by All Malaysian", IDW Design & Build (IDW) merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai sebuah syarikat rekaan dalaman dan pengubahsuaian oleh dua orang anak muda yang berusia 21 tahun. Mereka ialah IDr Lokman Hakim dan IDr Rabiatul Adawiyah. Kata orang, setiap rekaan dalaman perlukan ilmu untuk mendapatkan hasil yang "impressive"  dan "wow". Kedua-dua mereka mempunyai Diploma Pengajian Interior Designer dan Ijazah Interior Architecture serta Master of Science Facilities Management. Pada usia yang muda; 23 tahun, mereka telah menerima tawaran untuk merancang dan mengubahsuai sebuah banglo yang berharga RM1.1 juta dan sebuah lagi projek besar untuk merancang sebuah kolej yang berharga RM17 juta. Melalui pelbagai dugaan, jatuh dan bangun di dalam bidang ini, mereka terus bangkit untuk menggapai impian bersama. Seterusnya, mereka meneruskan tekad dan iltizam dengan melanjutkan pelajaran lagi di dalam Sarjana Pengurusan Fasiliti Sains, disamping menguruskan syarikat IDW. Pada tahun 2012 mereka telah memutuskan untuk menjalinkan ikatan yang sah dan mengambil keputusan untuk berkahwin. Bersama-sama bangkit menempuh cabaran yang dihadapi, mereka tetap kuat dalam membina empayar IDW. Ha.. itulah serba sedikit pengalaman yang dikongsi oleh kedua-dua pengasas IDW Design & Build.


"Syarikat kami memberi tumpuan kepada kecemerlangan reka bentuk yang membawa makna & inovasi teknologi. Asas kemahiran yang unik membolehkan syarikat mencapai kejayaan dalam pelbagai cabang." Lokman Hakim, CEO IDW Design

Tragedi Kebakaran Menjadikan Mereka Lebih Kuat Perkongsian mereka mengenai tragedi kebakaran, yang hampir meragut nyawa keluarga ini sewaktu mereka tinggal di rumah percutian mereka di New Zealand sekitar tahun 2017, memberi impak yang sangat besar kepada mereka berdua. Kemalangan ini membuka mata Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mencipta versi legasi IDW yang lebih kuat dan menjadi ‘faktor pendorong’ untuk mendidik dan mengembangkan pasukan mereka menjadi lebih kuat. Mereka bertekad untuk membantu 1 juta pemilik hartanah untuk mendapatkan rumah impian mereka yang cantik dan sempurna. Tiada impian yang mustahil dengan usaha yang gigih. tekad dan iltizam. Semoga kejayaan terus mengiringi IDW. 

 
New Normal Ketika Pandemik COVID-19 MelandaPandemik COVID-19 yang melanda tahun 2020 merupakan satu kejutan besar kepada dunia. IDW perlu mempelbagaikan solusi untuk terus maju di kala menghadapi pandemik ini. Dengan minda dan mentaliti yang teguh, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan pasukan IDW telah bersiap siaga dalam menghadapi cabaran futuristik ini. Fokus utama mereka kini, adalah menganalisis setiap kemungkinan yang mendatang dan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada setiap pelanggan yang mempercayai IDW. Kebaikan dari musibah yang melanda, dengan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), banyak pemilik rumah merasakan mereka memerlukan rumah yang lebih baik dan kondusif. IDW telah menerima permintaan yang cukup tinggi sehingga menjadi pelopor terutamanya dalam merancang tempat yang selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga. IDW 'New Normal' ini mengilhami koleksi buku pertama mereka yang berjudul IDW Design Collection dalam membantu lebih banyak pemilik rumah mendapatkan rumah impian mereka

Nova tidak ketinggalan untuk mendapatkan buku sulung dari IDW Design untuk keselesaan dan kehidupan yang lebih baik bagi kami sekeluarga

200 Rekaan Dalaman Yang Ekslusif dari IDW DesignIDW merupakan sebuah syarikat rekaan dalaman yang dipercayai dan terkenal dengan perkhidmatan  ekslusif  yang diberikan kepada setiap pelanggannya. IDW berjaya merancang dan membina setiap projek naik taraf rumah menjadikannya kelihatan mewah, dengan susun atur yang baik, cekap tenaga, reka bentuk yang mampan, segar, praktikal, ergonomik, harmoni dan seimbang. Semua eleman ini termasuk di dalam setiap projek yang dilaksanakan. Ia semestinya adalah satu pelaburan yang bernilai dengan hasil yang memuaskan bagi setiap pelanggan IDW. Bukan sahaja itu, malah IDW berusaha sebaik mungkin dalam memberi kesedaran kepada setiap pemilik rumah untuk memahami gaya dan pilihan dengan reka bentuk yang berkualiti bersesuaian dengan gaya hidup pelanggan. 
"Banglo berkeluasan 6000 kaki persegi mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Perancangan reka bentuk ruang diilhamkan dengan mengambil kira bilangan penghuni, gaya hidup dan pengurusan ruang yang tepat dan ideal."
Sebelum - Penampilan ruang bersebelahan pintu masuk yang diberi suntikan menarik dengan perubahan struktur dinding bersebelahan binaan tangga.
Selepas Persembahan ruang ditata hias menarik menyaksikan dominasi gaya moden klasik.
Sebelum - Major structure renovation melibatkan pecahan lantai untuk membentuk double volume ceiling yang menghubungkan terus pandangan aras atas dan aras bawah
Perancangan ruang direka rapi untuk memastikan pengaliran udara dan cahaya menembusi segenap ruang kediaman

Sungguh berbeza sekali hasil sentuhan magis IDW menjadikan rumah ini kelihatan mewah, cantik, tersusun rapi, segar dan paling penting ianya begitu mempesonakan. Memang berbeza sangat jika menggunakan kepakaran professional dengan idea sendiri yang banyak kekurangan ni. Namun semua ini tidak mustahil sekarang tau. 💖 Dengan pelancaran Buku Koleksi Reka Bentuk IDW pada tahun 2021, impian anda akan menjadi kenyataan! IDW menawarkan buku ini dengan harga yang sangat sangat sangat berpatutan dan mampu milik oleh sesiapa sahaja. Kalau nak tahu, terdapat 200 rekaan dalaman yang eksklusif dengan elemen dan gaya menawan untuk setiap kawasan yang terdapat di dalam rumah, lengkap dengan lukisan terperinci, reka bentuk 3D dan rujukan konsep sebagai sumber inspirasi anda dalam membina rumah impian.  Koleksi Rekaan Dalaman ini akan membantu anda mendapatkan idea untuk membina rumah idaman
Sebagai contoh, berikut adalah sample rekaan dalaman bagi Ruang Tamu dengan lukisan terperinci oleh pakar yang anda boleh tiru. 😜Kenapa anda perlu dapatkan buku ini? Jika anda nak ubah suai rumah, sebaik-baiknya anda dapatkan nasihat dari mereka yang pakar. Namun dengan buku ini, ia boleh menjadi rujukan dan buah fikiran, konsep yang anda mahukan. Buku ini mengandungi reka bentuk dalaman bagi Ruang Tamu, Ruang Makan, Dapur, Ruang Laundry, Bilik Tidur, Ruang Istirehat Keluarga, Walk-in Wardrobe, Ofis, Foyer dan Ruang Solat. See banyak sangat kan, bayangkan ada 200 rekaan dalaman yang boleh dirujuk. Nak masuk rumah baru memanglah teruja sangat! Sudah semestinya! Banyak yang perlu difikirkan dan diambil kira terlebih dahulu contohnya, Skala Ruang, Susun Atur, Warna dan Fungsi Ruang tersebut. Jika anda boleh dapatkan khidmat rundingan secara terus bersama pakar dekorasi adalah sangat baik sebelum memulakan sesuatu projek. Proses ini adalah penting agar rumah anda tidaklah menjadi caca marba, membazir masa, pembaziran penggunaan ruang dan akhirnya hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Jadi dengan adanya buku ini, anda boleh tunjukkan reka bentuk dalaman yang anda suka dan serahkan pada mereka yang pakar untuk menghasilkannya. Banyak tau design dalam buku ni.. semua up to date, trending dan in sangat! 💕

Jadi apa tunggu lagi jomlah dapatkan buku ini dengan harga yang sangat berpatutan. Anda boleh ke pautan di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan buku ini tau. Jangan tunggu lama-lama sementara ada promosi ni cepat-cepat grab tau! Nova sudah, anda bila lagi?... 
https://idw.design/idw-collection-design/

Kalau anda nak baca lebih lanjut dan dengar tips-tips yang dikongsi oleh Team IDW anda boleh ke pautan berikut (Banyak sangat tips rekaan dalaman di media sosial IDW! Follow tau!):
Laman Web : https://idw.design/
IG : https://www.instagram.com/idw.design/
FB : https://www.facebook.com/idwdesigns
Twitter : https://twitter.com/idwdesign
Youtube :  IDW
Alamat:
IDW Design Sdn Bhd
Seksyen U12, 40170 Shah Alam
No Tel : 03-33459536
Emel : [email protected]


Sekian, terima kasih semua singgah di sini. Semua yang dipaparkan di posting ini adalah Hak Cipta dari IDW Design. 

http://feeds.feedburner.com/NovaLeezaMyDiary

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://novaleeza.blogspot.com/2021/05/rekaan-dalamaninterior-design-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Servis Reka Bentuk Dalaman Rumah Mampu Milik Dengan Idw Design Collection

Servis Reka Bentuk Dalaman Rumah Mampu Milik Dengan Idw Design Collection

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 150 hits
IDW Design Collection Buku Rujukan Reka Bentuk Dalaman Mudah GunaRumah dengan reka bentuk dan susun atur dalaman yang kemas serta cantik menjadi idaman setiap orang Barulah selesa dan ceria setiap hari kan Tapi kerja mereka bentuk dalaman r...
Rekaan Dan Hiasan Dalaman Menarik Dan Cantik Untuk Ruang Rumah Kediaman Yang Kompak Dan Terhad

Rekaan Dan Hiasan Dalaman Menarik Dan Cantik Untuk Ruang Rumah Kediaman Yang Kompak Dan Terhad

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 207 hits
REKAAN DAN HIASAN DALAMAN MENARIK DAN CANTIK UNTUK RUANG RUMAH KEDIAMAN YANG KOMPAK DAN TERHADSetiap yang mempunyai rumah kediaman semestinya mengimpikan sebuah rumah kediaman yang terbaik dan cantik bagi keselesaan dalam menjalani aktiviti...
Janna Nick Bintang Paling Popular Berita Harian Dan Ini Senarai Penuh Pemenang Abpbh 34

Janna Nick Bintang Paling Popular Berita Harian Dan Ini Senarai Penuh Pemenang Abpbh 34

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 299 hits
Tahniah kepada Janna Nick apabila telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 34 sekali gus membawa pulang sebuah trofi kereta dan telefon daripada Xiaomi Malam kumuncak ABPBH telah diad...
Anugerah Bintang Popular Bh 34 Abpbh34 Senarai Keputusan Pemenang

Anugerah Bintang Popular Bh 34 Abpbh34 Senarai Keputusan Pemenang

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 267 hits
Kehangatan Anugerah Bintang Popular BH ke 34 yang akan berlangsung pada hari Sabtu 13 November 2021 jam 9 00 malam di tempat yang akan dikemaskini kian dirasai apabila pemenang yang terdiri daripada calon lima teratas bagi 13 kategori utama...
Senarai Harga Buah Durian Popular Dari Pulau Pinang

Senarai Harga Buah Durian Popular Dari Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 291 hits
Musim durian kembali lagi di tahun 2021 Desas desus mengatakan disebakan oleh Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 harga jualan buah durian jatuh merudum disebabkan kesukaran untuk menjual selain berlaku lambakan bekalan Tetapi daripada peneliti...
Hiburan Janna Nick Dinobat Bintang Paling Popular Abpbh34

Hiburan Janna Nick Dinobat Bintang Paling Popular Abpbh34

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 345 hits
Bagi 2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke 34 dengan tema KITABERSAMA sudah pun melabuhkan tirainya 1 jam laluDinobat Penyanyi Lelaki Popular Di ABPBH34 Haqiem Rusli Umum Bakal Bernikah 19 November IniAdvertisementIanya berlan...
Biodata Sarah Suhairi Popular Lagu Nyawa Raga

Biodata Sarah Suhairi Popular Lagu Nyawa Raga

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 315 hits
Biodata Sarah Suhairi Popular Lagu Nyawa Raga Anda kenali penyanyi bernama Sarah Suhairi Sebenarnya Sarah Suhairi adalah merupakan penyanyi baru dari Rawang yang popular dengan lagu berjudul Nyawa dan Raga Sarah Suhairi juga merupakan final...
Biodata Isma Sane Popular Lagu Derita

Biodata Isma Sane Popular Lagu Derita

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 189 hits
Biodata Isma Sane Popular Lagu Derita Anda kenal penyanyi bernama Isma Sane Sebenarnya Isma Sane adalah merupakan penyanyi baru dari Sabak Bernam yang popular dengan lagu berjudul Derita Lagu Derita hasil ciptaan Isma Sane adalah single per...
Selepas Menang Artis Komedi Popular Asif Bakal Muncul Dalam Filem Terbaru Bertajuk 35mm

Selepas Menang Artis Komedi Popular Asif Bakal Muncul Dalam Filem Terbaru Bertajuk 35mm

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 291 hits
Selepas merangkul kemenangan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian dalam kategori Artis Komedi Popular Asif Suhaimi bakal muncul dalam filem ketiganya yang diberi tajuk 35MM Kejayaan Asif dalam dunia lakonan tidak pernah disangka san...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Apa Yang Telah Berlaku

Enhance Your Look With Special Occasion Makeup

Lirik Lagu Perih Jerih Masdo

Rumah Terbuka Anisya And The Geng

Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners