Ransomware Norvas Serangan Virus Terbaru Yang Bisa Melumpuhkan Dan Meranapkan Data
Ransomware Norvas ( Vengisto ) Serangan
Virus Terbaru Yang Bisa Melumpuhkan
dan Meranapkan Data!!!!!
Tak tau nak kata apa dah.. Sebenarnya TB mengharapkan masalah ni dapat diselesaikan malam tadi.. TB mengharapkan PC yang terkena Virus tu dapat dihentikan penyebaran virus tu agar ada file-file yang dapat diselamatkan. Pada mulanya TB tak sedih sangat pun bila petang semalam hubby TB beritahu yang PC terkena virus, sebab sebelum ni pun dah pernah kena juga dan file-file masih sempat diselamatkan. Itu adalah kerana virusnya tak lah sekuat mana dan boleh dipatahkan terus dari menular ke bahagian lain.. hanya sedikit sahaja data yang hilang dan yang bakinya masih dapat diselamatkan.
Namun, kali ni TB rasa kecewa dan sedih sebab rupanya Virus kali ni memang luarbiasa hebatnya hingga berjaya melumpuhkan dan meranapkan data-data dalam PC kami.. Apa yang TB paling sedih ialah.. gambar dan video koleksi harraz masa baby pun hilang macam tu je.. Ya Allah.. bab yang ni lah yang buat TB rasa sedih yang amat sangat.
Ada banyak video dan gambar Harraz masa baby yang TB simpan dalam PC tu.. dan hubby memang khas kan satu bahagian ( HDD 1 TB ) khas untuk kerja-kerja blog TB dan juga apa-apa video atau gambar yang TB save supaya tersusun dan tak bercampur dengan gambar-gambar lain..
Korang tau.. dalam PC tu ada satu video yang sangat-sangat TB sayangg.. Video Harraz masa umur 7 bulan, harraz pegang lengan TB sambil bersandar kepala, sambil manja2 dan senyum dengar lagu Teddy Bear Jangan Menangis (Didi N Friend) .. Video tu sebenarnya dari sehari ke sehari TB nak edit dan upload kat Youtube.. tapi asyik tertangguh-tangguh aje.. lastly jadi macam ni.. Ya Allah.. sayunya hati.. Kecewa sangat-sangat.
Masa mula-mula kena tu, Hubby beritahu TB yangl PC tu macam dah kena Virus Je, sebab asyik keluar popup apa entah.. Tapi masa tu hubby tak terfikir lah Virus apa.. Lagi pun dia tengah sibuk siapkan kerja design untuk office dia masa tu.
dan hubby syak Virus tu datang dari site-site yang share FREE SOFTWARE tu.. Sebab hubby kata dia sedang mencari SOFTWARE DESIGN. Bila download.. seems okay. But time nak install. Dia OVERTAKE software tu.. dan nasib tak baik.. dia install semua sendiri. serang semua drive.. PC pulak ada WINDOWS DEFENDER aje. Tak mampu nak stop cepat sebab dia MEREBAK LAJU dan ANTIVIRUS dok sibuk scanning kat C aje . Yang lain tak sempat.
Lepas tu try install Malwarebytes and manually delete banyak self create files dalam 1 hour. Tapi dalam tak sampai 15 minit dia installed tadi, semua drive dah infected kecuali C Drive .
Ransomware Norvas ni nama lain dia Vengisto. Baru tahu virus ni salah satu virus jenis crypto. Latest news, even dah format pc dan sebagainya, masih ada dalam memory. Ada yang cadang pakai Spy Hunter Antimalware
Buat kawan-kawan semua.. berhati-hatilah yea masa tengah melayari internet tu.. kalau download software pun.. pandang-pandang sikit.. Ni Virus jahat yang betul-betul nak buat duit ni.. Ramai dah terkena termasuk kami , berhati hati, sekali korang kena virus ni nampaknya FORMAT aja la jalan penyelesaiannya, sebab dah takde gunanya lagi.. habis semua file dia serang tak kira Gambar, Lagu, Program, Ai , Photoshop ,Movie semua habis rosak tak ada yang selamat
ATAU melainkan kalau korang memang perlukan sangat file-file yang hilang tu, contohnya kalau data tersebut merupakan data syarikat di tempat korang bekerja, dan ia sangat penting untuk syarikat korang, dan palign penting korang punya wang yang mencukupi, korang boleh guna cara kedua ini (selain format pc) membayar sejumlah wang tebusan sekiranya ingin mendapatkan semula data tersebut.
Bagi PC mereka yang telah dijangkiti Virus XGDXHXX satu alert akan keluar seperti gambar dibawah ni.. dan mereka yang mencipta Virus ni akan menawarkan penyelesaian dengan cara, menuntut sejumlah bayaran daripada untuk mendapatkan kembali file-file yang hilang tu..
Masalahnya kalau ringgit-ringgit ke, pulur ringgit ke, atau kurang dari 100 ke ok lagi.. ni tidak.. cuba korang zoom sikit berapa jumlah yang dia nak.. Gilerrr!!!
Kalau ikutkan dari popup alert dalam gambar atas ni.. Virus dari india , tak tahu pasal apa kena , tiba tiba banyak file berubah, ia rosakkan semua file tak kira office, gambar, video , install , adobe file semua dia sapu . Benda camni lah buat kita takut kehilangan data..kena jaga-jaga . PC ada antivirus pun leh kena juga ye.
Apa korang rasa bila data yang korang simpan selama bertahun-tahun di komputer tiba-tiba tidak boleh dibuka? Pulak tu data penting sangat-sangat.. untuk kerja, kenangan dan memori.. software dan program? macam-macam lagi yang penting yang korang perlukan sangat-sangat dah hilang sekelip mata.. Mungkin ada yang sanggup berkorban wang ringgit untuk dapatkan kembalikan file-file tu.. TB pun snaggup.. tapi untuk jumlah yang tinggi macam tu.. memang tak mampu lah kan.. sedangkan kita pun bukan lah semewah mana..
Si penggodam ni pulak pandai cari rezeki cara ni.. kau makan lah duit haram ni even kau bukan islam sekalipun.. aku doakan setiap duit yang kau dapat dari virus yang kau buat ni.. akan beri kau penyakit yang kau tak dapat nak ubati walau dengan duit hasil tipu dan kenakan orang ni.. haaa.. geram dah aku..
Hemm.. Sorry ter emo sikit.. apa-apa pun dalam rasa nak marah ni TB telah sedar sangat-sangat sekarang yang zaman teknologi ni memang menyenangkan tetapi sebenarnya tak semua yang menyenangkan sentiasa memberi kebaikan.. Maksud TB contohnya memang senang simpan gambar-gambar PC atau Fon, tapi.. kalau dua2 jammed.. hancur lebur semua kan!
So, langkah terbaik.. baiklah kau cuci gambar-gambar tu semeua sebelum terjadi benda ni lagi.. TB la salah bab ni.. dari hari tu nak cuci gambar dalam file-file tu semua.. tapi tangguh-tangguh.. last2 terus hilang dibawa angin semuanya.. adoii.. bertambah malang lagi bila TB takde buat salinan kedua ke pen drive atau portable hard disk ke apa.. Konon nak beli External Hard Disk khas untuk gambar-gambar dan video TB, bertangguh-tangguh jugak beli.. haaa. sekarang.. menyesal pun dha tak guna..
Sekarang ni hanya mampu melihat paparan skrin komputer yang meminta sejumlah wang tebusan untuk dapatkan kembali file-file yang hilang tu..
Kenapa Korang perlu ambil tahu tentang Ransomware? Korang harus mengambil berat tentang perkara ini kerana ia menyerang secara senyap. Ransomware adalah sejenis perisian berniat jahat (malware) dari cryptovirology yang mengancam untuk mendedahkan data mangsa atau menghalang akses komputer
Ini termasuklah mengunci peranti atau menyulitkan (encrypt) fail mangsa. Selepas menjangkiti komputer, cryptor menyulitkan (encrypt) data yang berharga termasuk dokumen, gambar, saved game, pangkalan data dan sebagainya. Kita boleh melihat fail kita tetapi ia tidak boleh dibuka atau diakses
Umumnya ia terbahagi kepada:CryptorsBlockers
Penjenayah di sebalik serangan itu kemudian menuntut wang tebusan sebagai pertukaran untuk kekunci penyulitan untuk memulihkan akses kepada fail
Habis dah musnah semua file dalam pc kami, mujurlah file hypergrafix hubby memang backup siap-siap asing dalam external hard disk dia, kalau tak.. masakkk...
Sayangnya semua file dalam semua hard disk tak leh selamatkan, virus paling kuat dan paling baru, semalam.ramai kena, ransomware paling latest release dalam 2 hari ini so tiada antivirus yg dapat tangkap dan repair file yg rosak, kalau kena format aja, dia bukan effect dekat ç sahaja tapi effect kesemua hdd yg ada dalam pc, virus dari india
Tengok ni antara mereka yang kena virus ni.. hemm.. TB masih berharap snagat yang file-file dalam HDD TB tu boleh diselamatkan lagi.. Ya Allah.. hope give me a miracle ...
UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT TENTANG RANSOMWARE NI SILA BACA ENTRI DIBAWAH NI .. SHARING IS CARING!
https://aftechcomputersolutions.com/ransomware/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.tengkubutang.com/2019/04/ransomware-norvas-vengisto-serangan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SharingMyCeritera+%28Sharing+My+Ceritera%29