Rangkuman Terapi Sukan Sepanjang 2019



Tahun 2019 semakin hampir untuk melabuhkan tirainya. Sememangnya tahun 2019 adalah tahun yang bermakna bagi kami warga Terapi Sukan. Banyak jalinan kerjasama yang termeterai antara Team Terapi Sukan dengan beberapa agensi dalam menjayakan program-program sukan di Malaysia. Kami di Terapi Sukan mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada agensi kerajaan mahupun swasta tidak lupa juga kepada NGO yang menyakini kami dalam memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan sukan sepanjang tahun 2019. Ucapan terima kasih kepada Zara Solution, Recuperer Sports Rehab Centre, Pro MMR, Armels, Dynamique Sports Rehab Center yang banyak memberikan peluang kepada kami dalam perkongsian ilmu, kemahiran dan juga pengalaman dalam industri sukan di Malaysia. 
Terima kasih juga kepada agensi-agensi lain yang bekerjasama dengan kami dalam menyebarkan kepentingan dan keperluan urutan sukan kepada masyarakat dengan penganjuran-penganjuran kursus urutan sukan sepanjang tahun 2019. Antara agensi yang dekat dengan kami adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universti Malaysia Sabah (UMS), Physiocare, Universiti Utara Malaysia serta Institut Sukan Negara (ISN).
Sepertimana yang anda sedia maklum, kami adalah Team Terapi Sukan, satu pasukan dibawah Bahagian Terapi Sukan, Jabatan Perkhidmatan Sukan di ILKBS Kuala Langat, Selangor dimana ILKBS Kuala Langat adalah satu institut dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Segala pergerakan dan kerjasama yang dijalankan sudah semestinya berkait rapat dengan pihak kementerian. 
Disini, kami berbesar hati untuk berkongsi dengan anda semua rangkuman perjalanan Team Terapi Sukan sepanjang tahun 2019. 
INOVASI DAN REKA CIPTA
Warga Jabatan Perkhidmatan Sukan sentiasa memandang ke hadapan dalam menyertai program-program inovasi yang dijalankan di peringkat institut malah ada juga penyertaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di peringkat jabatan, pelajar-pelajar dibimbing oleh semua pengajar telah menyertai pertandingan inovasi I-Intech yang julung kali dijalankan di IKBN Kuala Langat. Sebanyak 8 projek yang telah disertai oleh Jabatan Perkhidmatan Sukan. Daripada 8 projek tersebut, 2 daripadanya telah terpilih untuk bertandaing di peringkat daerah Kuala Langat dan juga turut bertanding di Karnival Career Fest ILKBN Zon Tengah 2019 yang dijalankan di IKBN Kuala Langat. Selain itu, salah satu projek tersebut telah dipilih untuk menyertai pertandingan inovasi peringkat antarabangsa iaitu International Learning Innovation Competetion 2019 yang dijalankan di Universiti Utara Malaysia(UUM). 



LATIHAN DAN KURSUS
Kursus Pembangunan Kepakaran PengajarKursus ini dijalankan sebagai inisiatif berterusan untuk memastikan jurang yang minima terhadap kompetensi tenaga pengajar bidang Terapi Sukan. Kursus-kursus yang dijalankan sepanjang tahun 2019 merangkumi aspek meningkatkan kepakaran pengajar dalam beberapa elemen pengajaran dan kemahiran yang dilihat semakin berubah sejajar dengan kehendak industri dan juga bagi menyaingi perubahan teknologi semasa dalam bidang terapi sukan. Sistem TVET Instructor eprofiling System (TiPS) digunakan bagi mengenal pasti keperluan latihan tenaga pengajar agar latihan yang betul diberikan kepada pengajar yang dikenal pasti. Berikut adalah senarai kursus yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2019.


Bil.
Kursus
Tarikh
Bil. Peserta
Lokasi Kursus
1.
Kursus Certified Fitness Instructor
6–9 Ogos 2019
5 orang
FITM Malaysia Centre, Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Latihan Sangkutan Industri
Seorang pengajar Jabatan Perkhidmatan Sukan telah menjalani Latihan Sangkutan Industri anjuran CIAST bagi mendapatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman baru dalam industri. Syarikat Recuperer Sports Rehab Centre telah menjadi pilihan pengajar bagi tahun ini. Syarikat tersebut merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan terapi sukan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan merupakan syarikat yang diasaskan oleh salah seorang bekas pelajar bidang terapi sukan di IKBN Kuala Langat. Banyak ilmu dan perkembangan teknologi dapat diadaptasikan sepanjang latihan sangkutan industri tersebut.

LATIHAN AMALI DI LUAR KAMPUS DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Bagi usaha untuk meningkatkan minat pelajar-pelajar dalam bidang Terapi Sukan, jabatan juga telah mengadakan satu program lawatan sambil belajar ke Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI. Usaha ini dilihat sangat berbaloi di mana pelajar-pelajar dapat memahami bidang terapi sukan dengan lebih meluas dan arah tuju selepas menamatkan latihan di institut.

Jabatan Perkhidmatan Sukan sering dijemput bagi memberikan perkhidmatan urutan sukan daripada penganjur-penganjur acara sukan di Malaysia. Perkara ini sangat baik di mana pelajar-pelajar diberi peluang untuk menjalankan latihan amali di luar institut bagi mendapatkan pengalaman sebenar dalam industri terapi sukan. Selain menjadi medan untuk pelajar menjalani latihan amali, program seperti ini juga menjadi salah satu sumbangan berbentuk community services yang mampu diberikan Jabatan kepada masyarakat luar. Antara acara-acara sukan yang ditawarkan perkhidmatan sukan ialah seperti:


Bil.
Acara Sukan
Tarikh
Bil. Pelajar terlibat
Lokasi Acara Sukan
1.
Malawati Run 2019
6 Jan 2019
6 orang
Malawati Mall, Kuala Lumpur.
2.
Diva Run 2019
16 Feb 2019
10 orang
Cyberjaya, Selangor
2.
Doctor Run 2019
24 Mac 2019
10 orang
Dataran Merdeka Kuala Lumpur
3.
Melaka Marathon 2019
27-28 Julai 2019
15 orang
Dataran 1 Malaysia, Melaka
4.
Putrajaya Open Day 2019
4-6 Oktober 2019
6 orang
Gallery KBS Putrajaya
5.
Bulan Sukan Negara
16 Oktober 2019
20 orang
Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur
6.
Langkawi International Ironman 2019
24-27 Oktober 2019
12 orang
Langkawi, Kedah
7.
Lawatan Ke Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI
20 Ogos 2019
81 pelajar
Universiti Perguruan Sultan Idris



PROGRAM ANJURAN JABATANJabatan Perkhidmatan Sukan juga ada menganjurkan beberapa program dalaman yang bertujuan untuk menerapkan penjagaan kesihatan di kalangan warga IKBN Kuala Langat. Penganjuran program seperti ini dilihat penting dan berkesan dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan dalam kalangan warga IKBN Kuala Langat. Antara program yang dijayakan sepanjang tahun 2019 ialah:






Bil.
Program
Tarikh
Bil. Peserta
Lokasi Kursus
1.
Health & Nutrition
Promotion - Food Exchange
10 Oktober 2019
Semua warga IKBN Kuala Langat
Dewan Ibn Sina IKBN Kuala Langat
2.
Inspire Session With Firdaus Maasar
26 Oktober 2019
Semua warga IKBN Kuala Langat
Dewan Ibn Sina IKBN Kuala Langat
3.
Terapi Sukan Trail Run 2019 (TSTR 2019)
22 Sept 2019
500 orang peserta larian
Sekitar kawasan IKBN Kuala Langat


KURSUS ANJURAN JABATANSelain pelajar sepenuh masa, jabatan juga menjalankan kursus-kursus pendek di bawah program Tabung Amanah dan telah mencatatkan 50 orang peserta sepanjang tahun 2019. Jabatan juga terlibat dalam dua sesi kursus khas kepada penghuni-penghuni Cure & Care Vocational Center (CCVC) yang dijalankan di Kota Warisan, Sepang. Selain itu, kursus pendek lain yang dijalankan ialah satu program STAR@U bagi memberikan kemahiran kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada golongan belia di Malaysia.


Tahun 2020 sudah semestinya menjanjikan satu cabaran yang agak menarik dengan penganjuran SUKMA 2020 di negeri Johor. Diharapkan tahun 2020 akan menjadi tahun yang lebih baik bagi kami di Terapi Sukan dengan kerjasama-kerjasama dari rakan-rakan industri yang baharu serta memperkukuhkan ikatan dengan rakan-rakan yang sediaada.

Team Terapi Sukan 2019.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.terapisukan.com/2019/12/rangkuman-terapi-sukan-sepanjang-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Angkasa Pura Ii Ungkap Penyebab Penurunan Jumlah Penumpang Pesawat Sepanjang 2019

Angkasa Pura Ii Ungkap Penyebab Penurunan Jumlah Penumpang Pesawat Sepanjang 2019

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 190 hits
Direktur Teknik Angkasa Pura II Djoko Murjatmodjo mengatakan penurunan traffic penumpang sebetulnya tidak hanya terjadi di Indonesia saja melainkan juga di seluruh dunia Kondisi ini diperparah dengan adanya isu isu sepanjang 2019 yang mengh...
Sepanjang 2019 Bnn Rehabilitasi 13 320 Orang

Sepanjang 2019 Bnn Rehabilitasi 13 320 Orang

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 305 hits
Dia merinci dari 13 320 orang yang memperoleh layanan rehabilitasi sebanyak 11 370 orang di antaranya mengikuti layanan rehabilitasi rawat jalan Sementara 1 950 orang sisanya menjalani rehabilitasi rawat inap
Filem Tamil Terbaik Sepanjang Tahun 2019

Filem Tamil Terbaik Sepanjang Tahun 2019

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 1598 hits
10 Filem Tamil 2019 yang mendapat undian tertinggi dari FIUBSERS 1 Bigil 2 Ratchaasi 3 Kaithi 4 Viswasam 5 Thadam 6 Kaappan 7 Asuran 8 Saaho 9 Kanchana 3 10 Nerkonda Paarvai Tahniah kepada Thalapathy Vijay kerana filem beliau Bigil berada d...
Sepanjang 2019 Ma Putuskan 20 021 Perkara

Sepanjang 2019 Ma Putuskan 20 021 Perkara

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 258 hits
Ketua MA Hatta Ali menyebutkan sepanjang 2019 ada 19 370 perkara yang diregister lembaga peradilan
Sepanjang 2019 Komnas Ham Papua Terima 154 Pengaduan

Sepanjang 2019 Komnas Ham Papua Terima 154 Pengaduan

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 229 hits
Komnas HAM Papua Terima 154 Pengaduan Sepanjang 2019Jakarta CNN Indonesia Kepala Komnas HAM Perwakilan Papua Frits B Ramandey mencatat total 154 pengaduan telah masuk ke pihaknya sepanjang 2019 Tahun 2019 pengaduan yang masuk sebanyak 154 a...
Biodata Haiqal Hanafi Raja Pecut Sukan Sea 2019 Filipina

Biodata Haiqal Hanafi Raja Pecut Sukan Sea 2019 Filipina

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 1078 hits
Biodata Haiqal Hanafi Raja Pecut Sukan SEA 2019 Filipina SIAPAKAH sebenarnya pelari pecut muda Malaysia ini yang dikenali sebagai Haiqal Hanafi Nama Haiqal Hanafi yang masih berusia 20 tahun mula disebut orang ramai apabila muncul sebagai p...
11 573 Kali Aktivitas Gempa Di Indonesia Sepanjang 2019 17 Guncangan Yang Parah

11 573 Kali Aktivitas Gempa Di Indonesia Sepanjang 2019 17 Guncangan Yang Parah

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 198 hits
Berdasarkan peta aktivitas gempa bumi selama tahun 2019 tampak bahwa kluster aktivitas gempa bumi paling aktif terjadi di daerah Nias Lombok Sumba Laut Maluku Utara Ambon Laut Banda dan Sarmi Mamberamo kata Daryono
33 371 Kasus Narkoba Diungkap Sepanjang 2019 42 649 Pelaku Diamankan

33 371 Kasus Narkoba Diungkap Sepanjang 2019 42 649 Pelaku Diamankan

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 192 hits
Pada 2019 BNN juga berhasil memetakan 98 jaringan sindikat narkotika Di mana sebanyak 84 jaringan sindikat narkotika di antaranya telah berhasil diungkap
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding