Rangkuman Kes Zahid Rekod Kad Kredit Cukai Jalan Dan Siapa Mazlina


M Fakhrull HalimDiterbitkan Hari ini 11:19 tengahari 
BERITA

Pada 12 Disember lalu merupakan hari terakhir perbicaraan kes Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bagi tahun 2019.

Ahmad Zahid berhadapan dengan 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah (CBT) melibatkan dana Yayasan Akalbudi, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

Sepanjang 12 hari perbicaraan (sejak 18 November), 26 saksi hadir memberikan keterangan di mahkamah, dan perbicaraan banyak berkisar tentang dakwaan pecah amanah terhadap dana Yayasan Akalbudi.

Dalam pertuduhan pecah amanah (CBT), Ahmad Zahid dituduh menyeleweng RM31 juta dana Yayasan Akalbudi- yang mana beliau merupakan pengasas, pemegang amanah, dan penandatangan tunggal.

Melalui jejak aliran tunai yang dibentangkan kepada mahkamah, pihak pendakwaan cuba membuktikan bahawa satu amaun besar milik yayasan digunakan untuk, antara lain, membayar bil kad kredit peribadi, membeli polisi insurans kenderaan-bermotor dan membeli cukai jalan untuk kenderaan milik peribadi.

Laporan mengenai rekod cukai jalan bagi kenderaan Ahmad Zahid merupakan antara perkara yang paling memancing perhatian ramai dalam perbicaraan setakat ini.

Sebanyak 20 kenderaan, yang hampir kesemuanya kereta dan motosikal mewah, dan hampir semuanya didaftarkan atas nama beliau, mempunyai cukai jalan berjumlah RM35,726.80.

Sementara nilai polisi insurans kenderaan Ahmad Zahid dan keluarganya mencecah RM72,209.57 untuk 20 kenderaan yang dimiliki mereka. Semua kenderaan ini sama dengan rekod kenderaan yang disenaraikan saksi bagi cukai jalan, kecuali dua kenderaan kerana berlaku pertukaran nombor plat.
Salah seorang saksi yang merupakan ejen insurans memberitahu mahkamah, dia menerima tiga cek bernilai RM107,509.55 untuk pembayaran polisi insurans dan cukai jalan bagi 20 kenderaan.

Laporan rekod kad kredit Ahmad Zahid juga menarik perhatian banyak pihak, apabila saksi mendedahkan perbelanjaan yang dibuat Ahmad Zahid dan keluarganya, termasuk di butik-butik mewah luar negara.

Rekod kad kredit Ambank yang dibentangkan saksi menunjukkan penggunaan kad kredit Ahmad Zahid dan isterinya, Hamidah Khamis mencecah lebih RM1.4 juta dalam tempoh dua tahun dua bulan (antara Disember 2013 hingga Januari 2016), termasuk di luar negara.

Ini termasuklah perbelanjaan di pusat beli-belah, fesyen dan butik mewah seperti Burberry, Louis Vuitton, Swarovski, Harrods, Max Mara, Myer, Zilli Hermes, Stefano Ricci, Marks & Spencer, Escada dan Giorgio Armani; pusat mainan seperti Toys R Us dan DC Super Heroes, pusat barang kemas seperti Poh Kong Jewellers, Habib Jewels dan Swarovski; pusat farmasi, bil hospital, serta perbelanjaan lain.

Pembayaran yang direkodkan terhadap kad kredit itu pula mencecah RM1,296,715.98 (dari Januari 2014 hingga Januari 2016) melalui 37 transaksi cek (dua dipulangkan semula).

Bagi kad kredit Maybank pula, sebanyak RM 45,951.36 perbelanjaan direkodkan- termasuk di Kiev, Ukraine dan Seoul, Korea Selatan- manakala pembayarannya pula ialah sebanyak RM65,251.83, dibuat menerusi sembilan transaksi cek (satu dipulangkan semula).

Menurut salah seorang saksi, Ahmad Zahid juga mengarahkan penebusan semua akaun simpanan tetap milik Yayasan Akalbudi dan mengeluarkan cek bank (banker’s cheque) atas nama Messrs Lewis & Co berjumlah RM17,953,185.21, bagi tujuan “membina bangunan Yayasan Akalbudi”.

Siapa Mejar Mazlina?

Walaupun perbelanjaan kad kredit dan nilai polisi insurans menjadi perhatian rakyat, pasukan pendakwaan- seperti yang dinyatakan dalam pernyataan pembukaan- perlu membuktikan penyelewengan Yayasan Akalbudi oleh Ahmad Zahid berlaku menerusi pembayaran-pembayaran yang dibuat.

Dengan itu, pasukan pembelaan mendakwa, pembayaran untuk kad kredit dan insurans yang dibuat melalui cek Yayasan Akalbudi itu, dibuat tanpa pengetahuan Ahmad Zahid oleh pembantunya ketika itu yang bernama Mejar Mazlina.

Nama Mejar Mazlina boleh dikatakan nama yang paling banyak ditimbulkan oleh pasukan pembelaan, khususnya ketika pemeriksaan balas terhadap keterangan tentang transaksi melibatkan cek.
Menurut peguam bela, pihaknya telah menghantar sejumlah cek ke Jabatan Kimia Malaysia untuk pengesahan, dan hasilnya, daripada semua cek itu, sebanyak 32 cek didapati bukan dihasilkan menggunakan tulisan tangan, sebaliknya menggunakan cap tandatangan.

Ini termasuklah 25 cek kepada Ambank dan enam cek kepada Maybank untuk pembayaran kad kredit. Dakwa peguam bela, cek-cek tersebut dicap oleh Mejar Mazlina tanpa pengetahuan Ahmad Zahid.

Penggunaan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat pembayaran kad kredit, kata mereka, juga disebabkan kesalahan Mejar Mazlina yang sepatutnya menggunakan wang dari akaun peribadi Ahmad Zahid.

Malah, mereka turut mendakwa Mejar Mazlina sememangnya diketahui sering melakukan kesilapan seperti menghantar cek kosong (tanpa tandatangan) kepada bank sehingga menyebabkan cek tersebut dipulangkan semula.

Mejar Mazlina dijangka akan dipanggil sebagai salah seorang saksi tahun hadapan.

Selain pembayaran kad kredit dan insurans, Ahmad Zahid turut dituduh memberikan wang Yayasan Akalbudi kepada syarikat TS Consultancy & Resources (RM360,000); Pasukan Persatuan Bola Sepak PDRM (RM 1.3 juta), dan Armada Holdings (RM10 juta).

Bagi peruntukan tersebut, peguam bela mendakwa ia sebenarnya untuk mencetak al-Quran (untuk TS), “kebajikan pemain” (untuk pasukan bola sepak), dan sebagai pelaburan yang menguntungkan yayasan (untuk Armada Holdings).

Tak tahu aktiviti yayasan

Ahmad Zahid merupakan salah seorang daripada ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Akalbudi yang ditubuhkan sejak 1997 (ketika itu Yayasan Budi), sebelum memohon menjadi penandatangan tunggal bagi badan tersebut pada 2013.

Bagaimanapun, berdasarkan keterangan ahli lembaga pemegang amanah yayasan lain yang menjadi saksi perbicaraan, kebanyakan mereka tidak tahu menahu mengenai apa-apa perjalanan dan aktiviti yayasan.

Ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Akalbudi (mantan atau penyandang) yang memberi keterangan sebagai saksi ialah Mohd Samsuri Tun, Prof Dr Zulkifli Senteri, Muhammad Nabil Saleh dan Khairuddin Tarmizi.

Hampir semua mendakwa tidak tahu sumber kewangan yayasan, tidak pernah berbincang mengenai aktiviti dan perbelanjaan yayasan dengan Ahmad Zahid (kecuali Khairuddin), tidak pernah dirujuk dengan penyata akuan atau penyata kewangan yayasan, serta tidak tahu yayasan mempunyai dana berjumlah jutaan ringgit.

Malah, mereka semua mengaku tidak pernah menandatangani sebarang dokumen kewangan seperti cek milik yayasan, kecuali Samsuri (pernah tandatangan cek) dan Nabil (tidak menyebut langsung mengenai cek dalam pernyataan saksinya).

Mereka juga akur apabila diminta melepaskan jawatan oleh Ahmad Zahid.

Khairuddin juga membuat pengakuan mengejutkan, iaitu akuan bersumpah (SD) yang ditandatanganinya pada 2017 bahawa terdapat pembayaran balik dana Yayasan Akalbudi sebanyak lebih RM800,000 oleh Ahmad Zahid Hamidi, adalah sebenarnya tidak benar.

SD itu tidak disediakan olehnya, sebaliknya hanya ditandanganinya sahaja setelah diminta berbuat demikian oleh seorang peguam.

Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Yayasan Akalbudi, Zulkifli dan Samsuri masih lagi pengarah yayasan, biarpun kedua-duanya telah menandatangani surat peletakan jawatan pada 2012.

Dalam pemeriksaan balas terhadap beberapa saksi, peguam bela mencadangkan bahawa Yayasan Akalbudi adalah “sebenarnya kepunyaan Ahmad Zahid”, dan wang peribadi Ahmad Zahid bercampur aduk dengan dana yayasan memandangkan sebahagian besar pendapatannya dimasukkan ke dalam akaun yayasan sejak awal penubuhannya lagi.

Peguam bela juga beberapa kali membangkitkan apa yang disebut sebagai “sumbangan dan projek” oleh Yayasan Akalbudi. Antaranya, sumbangan kepada surau dan masjid berjumlah lebih RM 46 juta, melibatkan pembinaan, penambahbaikan, sumbangan karpet, pendingin hawa, pengecatan dan atap.

Selain itu, turut disenaraikan sumbangan kepada golongan memerlukan, sumbangan pelajaran, pembinaan sekolah, serta sumbangan lain seperti sumbangan hari perayaan dan bulan Ramadan, baik pulih bangunan awam, serta sumbangan tahunan kepada warga Bagan Datuk.

Rasuah

Hari ke-12 turut menyaksikan perbicaraan mula masuk dalam kes rasuah.

Bagi pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima RM17 juta antara 2016 hingga 2018, sebagai imbuhan buat dirinya untuk menganugerahkan tiga kontrak kepada beberapa syarikat. Beliau ketika itu Menteri Pertahanan dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa Ahmad Zahid “memainkan peranan penting” (instrumental) dalam penganugerahan kontrak-kontrak tersebut.

Pada atau sekitar waktu sama, Ahmad Zahid dituduh menerima rasuah RM4.25 juta daripada “seseorang” sebagai imbuhan terhadap projek MyEG bawah bidang kuasa kementeriannya ketika itu.

Pada hari ke-12, pasukan pendakwaan memanggil saksi-saksi formal dari beberapa bank untuk mengesahkan berlakunya transaksi cek dari lima syarikat kepada Lewis & Co antara 2016 hingga 2018.

Lima syarikat itu ialah Syarikat Jogabonito Jewellery and Diamonds (sekeping cek RM250,000), Berani & Jujur Trading (RM5 juta dalam 10 transaksi cek), Mastoro Kenny IT Consultant & Services (RM8 juta dalam 13 transaksi cek), Sarana Kencana Sdn Bhd (RM6 juta dalam dua transaksi cek), dan Profound Radiance Sdn Bhd (RM2 juta dalam tiga transaksi cek).

Messrs Lewis & Co juga nama yang sering timbul dalam perbicaraan Ahmad Zahid. Pihak pembelaan konsisten mencadangkan bahawa Lewis & Co ialah pemegang amanah kepada Yayasan Akalbudi.

Peguam bela juga mencadangkan bahawa saksi-saksi yang dipanggil setakat hari ke-12, “tidak boleh menafikan” sekiranya dikatakan bayaran yang dibuat adalah untuk tujuan kebajikan, infak atau sedekah, selain untuk tujuan “dana politik kepada TPM” (political fund to TPM).

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram pula, Ahmad Zahid dituduh menerima cek berjumlah RM65 juta menerusi peguam dari Messrs Lewis & Co, dengan sebahagian besar daripada amaun itu kemudiannya digunakan untuk penempatan deposit tetap bawah nama firma tersebut.

Selain itu, dua unit banglo berjumlah RM5.9 juta didakwa dibeli tertuduh menggunakan duit tersebut.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada timbalan pendakwa raya Raja Rozela Raja Toran, Ahmad Sazilee Abdul Khairi, Lee Keng Fatt, Gan Peng Kun, Harris Ong Mohd Jeffery Ong, Nur Aishah Maulat Ahmad Zakiuddin dan Mohd Afif Ali.

Manakala pasukan pembelaan diwakili peguam bela Hisyam Teh Poh Teik, Ahmad Zaidi Zainal, Hamidi Mohd Noh, Rosal Azimin Ahmad, Haziq Dhiyauddin Razali, dan Aiman Abdul Rahman.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Perbicaraan akan bersambung semula, Februari tahun hadapan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/12/rangkuman-kes-zahid-rekod-kad-kredit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nombor Telefon Scam Penipuan Kad Kredit Dan Spam

Nombor Telefon Scam Penipuan Kad Kredit Dan Spam

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 425 hits
Hari ini saya mendapat satu missed call dari unknown number Kerana ingin tahu saya membuat carian senarai nombor telefon scam penipuan kad kredit spam dan sebagainya Dan hasilnya ternyata mengejutkan kerana nombor tersebut berada dalam list...
Revo Menawarkan Ganjaran Pulangan Tunai Untuk Pengguna Kad Kredit Mastercard

Revo Menawarkan Ganjaran Pulangan Tunai Untuk Pengguna Kad Kredit Mastercard

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 280 hits
https ift tt 2PTtJdV Pada hari ini terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan ganjaran pulangan tunai kembali untuk perbelanjaan di beberapa perkhidmatan Turut menyertai arena sama adalah Revo Revo merupakan salah satu perkhidmatan baru...
Maszlee Tampil Menteri Pertama Bentang Kad Laporan Kementerian

Maszlee Tampil Menteri Pertama Bentang Kad Laporan Kementerian

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 294 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi yang pertama membentangkan kad laporan pencapaian kementerian bagi tahun 2019 Dalam satu taklimat dan sidang media khas hari ini Menteri berkenaan Dr Maszlee Malik mem...
Memori Kad Hadphone Penuh Dengan Gambar

Memori Kad Hadphone Penuh Dengan Gambar

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 476 hits
Memori Kad Handphone Penuh Dengan Gambar Assalamualaikum Pernah korang terjadi perkara tertiba telefon kita guna ada keluar tanda amaran mengatakan memori kad penuh Memikirkan makan masa nak buang satu persatu gambar itu Memori Kad Hadphone...
Prk Kimanis Spr Hantar 29 663 Kad Pengundi

Prk Kimanis Spr Hantar 29 663 Kad Pengundi

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 279 hits
THE MALAYSIAN TIMES KOTA KINABALU Suruhanjaya Pilihan Raya meneruskan inisiatif penghantaran kad pengundi kepada 29 663 pengundi yang meliputi 29 654 pengundi biasa dan sembilan pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis Pengeru...
Epl Liverpool Menang Lagi Mo Salah Atasi Rekod Suarez Amp Torres

Epl Liverpool Menang Lagi Mo Salah Atasi Rekod Suarez Amp Torres

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 301 hits
Liverpool meneruskan kecemerlangan mereka dalam EPL musim ini Mengekalkan jurang yang jauh dengan Leicester dan Manchester City Liverpool meraikan Jurgen Klopp yang setuju untuk kekal di Anfield untuk 5 tahun lagi sehingga 2024 Liverpool do...
Cimb Memperkenalkan Cimb Tap N Pay Menerima Bayaran Dari Kad Debit Menggunakan Peranti Android

Cimb Memperkenalkan Cimb Tap N Pay Menerima Bayaran Dari Kad Debit Menggunakan Peranti Android

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 277 hits
https ift tt 34tGbWX CIMB sebelum ini sedia hadir dengan beberapa penyelesaian pembayaran memfokuskan para peniaga dalam usaha memudahkan mereka menerima pembayaran daripada kad kredit atau debit Terbaru menambah kepada penawaran mereka ada...
Lewat Video Pbnu Tagih Janji Sri Mulyani Beri Kredit Murah Rp1 5 Triliun

Lewat Video Pbnu Tagih Janji Sri Mulyani Beri Kredit Murah Rp1 5 Triliun

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 236 hits
Ketua Umum Pengurus Besar Nahdlatul Ulama Said Aqil Siradj menyindir Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati mengenai pemberian kredit murah sebesar Rp 1 5 triliun Sebab hingga saat ini pihaknya belum menerima uang tersebut
Billplz Memberikan Kredit Percuma Sempena 2020

Billplz Memberikan Kredit Percuma Sempena 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 567 hits
Sempena tahun 2020 Billplz memberikan kredit percuma kepada pengguna mereka dengan tempoh masa yang terhad Untuk mana mana pengguna Billplz boleh mendapatkan kredit percuma ini dengan menggunakan Promo Code wawasan2020 dan RM10 kredit akan ...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation