Maszlee Tampil Menteri Pertama Bentang Kad Laporan Kementerian


THE MALAYSIAN TIMES


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadi yang pertama membentangkan ‘kad laporan’ pencapaian kementerian bagi tahun 2019.

Dalam satu taklimat dan sidang media khas hari ini, Menteri berkenaan Dr Maszlee Malik membentangkan pencapaian kementerian bertema “Pendidikan Untuk Semua”, yang menyaksikan KPM menutup jendela 2019 dengan lima fokus perubahan besar yang terkandung di dalamnya 53 inisiatif pembaharuan dalam sistem pendidikan negara.

“Tahun 2019 merupakan tahun permulaan kepada semua perubahan dan kita sasarkan tahun ini sebagai tahun penetapan asas yang kukuh untuk memastikan negara boleh bergerak ke arah sistem pendidikan yang inklusif dan berkualiti tinggi,” katanya. 

Selaku penerima peruntukan terbesar belanjawan bagi 2019, lima fokus tersebut adalah ‘Mengembalikan Cinta ke Dalam Pendidikan; Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran; Autonomi dan Akauntabiliti; Malaysia Membaca; dan Manifesto.

Dalam kad laporan pencapaian setebal 40 muka surat itu, Maszlee memperincikan butiran pencapaian yang menyentuh segenap aspek pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan negara merangkumi pelajar, guru, infrastruktur, reformasi sistem, reformasi digital, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pengajian tinggi dan siswazah, serta menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca 2030.

Turut dbentangkan adalah pencapaian KPM dalam menunaikan janji yang terkandung dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung isu pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

“Masih banyak yang perlu kita lakukan (pembaharuan), dan ini hanyalah permulaan. Apa yang kita lakukan hari ini adalah untuk anak-anak kita di sekolah dan universiti,” katanya pada sesi taklimat yang dihadiri ramai petugas media.

Menyentuh Fokus Pertama iaitu Mengembalikan Cinta ke Dalam Bidang Pendidikan, empat kelompok teras yang diberi perhatian adalah Murid Berkeperluan Khas (MBK) yangmerujuk kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), B40, Murid dan Guru.

Maszlee berkata 10,200 kelas MBK berjaya diwujudkan di seluruh negara dengan jumlahnya meningkat 526 buah kelas berbanding 9,674 kelas pada 2018. Jumlah MBK secara keseluruhan tahun ini adalah 88,419 orang.

Bagi memastikan kesamarataan peluang pendidikan, kuota 60 peratus diberikan bagi anak-anak B40 belajar di Sekolah Berasrama Penuh. Sebanyak 52.8 peratus kuota ini berjaya diisi.

Laluan khas bagi anak-anak B40 ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Latihan Khas (ILKA) membolehkan 51,191 pelajar melanjutkan pengajian, selain 62 peratus enrolmen Program Matrikulasi dan peruntukan biasiswa khas RM68.1 juta membantu 31,614 anak-anak B40.

Selain daripada memansuhkan peperiksaan bagi semua murid Tahap 1 (merangkumi Darjah 1, 2 dan 3), KPM berjaya memanggil 4,369 murid cicir kembali ke sekolah melalui Program Sifar Murid Cicir manakala 2,636 anak-anak tanpa dokumen berjaya belajar di sekolah-sekolah menerusi ‘dasar sifar penolakan’ KPM.

Tahun 2019 juga menyaksikan KPM berjaya menangani isu berkaitan guru apabila sekurang-kurangnya, 50 peratus beban guru dikurangkan melalui penghapusan sistem Buku Kehadiran Manual dan Linus manakala berkaitan isu guru duka lara, seramai 15,565 guru berjaya bertukar berdasarkan kepada sistem merit yang adil dan saksama.

Bagi Fokus Kedua iaitu Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran, KPM berjaya menyempurnakan lima teras perubahan yang disasarkan iaitu Reformasi Sistem, Reformasi Digital, Peningkatan Pencapaian, Sekolah Daif dan TVET.

Menerusi Reformasi Sistem, Maszlee menjelaskan terdapat enam reformasi dilakukan iaitu menubuhkan Jawatankuasa Kajian Dasar untuk mengesyorkan pembaharuan dalam sistem pendidikan sedia ada dan menyediakan laporan akhir Program Pemantapan Sistem Tadbir Urus dan Pengharmonian Akta Pendidikan Tinggi.

Laporan tersebut akan memastikan segala undang-undang yang menyekat kebebasan pelajar dan para akademia dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang yang lebih adil. KPM juga menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk meneliti isu OKU dan Garis Panduan Pendidikan Inklusif di IPTA.

Katanya satu jawatankuasa khas ditubuhkan bertujuan meneliti semula pendidikan Orang Asli manakala bagi Jawatankuasa Kabinet Pemerkasaan TVET yang melibatkan lima kementerian diwujudkan bagi memastikan penyelarasan dan reformasi TVET dilaksanakan secara menyeluruh.—Bernama 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/maszlee-tampil-menteri-pertama-bentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baca Kad Laporan Kementerian Pendidikan Malaysia

Baca Kad Laporan Kementerian Pendidikan Malaysia

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 334 hits
Pada 13 Disember 2019 baru baru ini buat kali pertama pada 2019 ini sebuah kementerian telah membentangkan kad laporan kepada umum dan kementerian tersebut adalah Kementerian Pendidikan Malaysia Ianya pembentangan prestasi kementerian terse...
Budak Tulis Surat Lps Dihalau Dari Saf Pertama Dibalas Padu Dari Mufti Ibu Tampil Perjelas Hal Sebenar

Budak Tulis Surat Lps Dihalau Dari Saf Pertama Dibalas Padu Dari Mufti Ibu Tampil Perjelas Hal Sebenar

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 1065 hits
Tular di laman sosial akan sepucuk surat terbuka dari seorang kanak kanak yang berasa kecewa apabila disuruh ke saf belakang hanya kerana dikatakan belum lagi berkhatan Surat itu ternyata telah mendapat perhatian dari Mufti Wilayah Persekut...
Hadiah 1 Juta Saudi Anjur Golf Wanita Profesional Pertama Pula

Hadiah 1 Juta Saudi Anjur Golf Wanita Profesional Pertama Pula

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 494 hits
SUKANIHKL ARAB Saudi bakal menganjurkan kejohanan golf profesional wanita pertama pada 2020 dengan nilai hadiah 1 juta menurut jurucakap Jelajah Wanita Eropah hari ini Kelab Golf Diraja Jeddah menjadi venue kejohanan berlangsung pada 19 22 ...
Luncurkan Ceria Bri Jadi Bank Bumn Pertama Yang Memiliki Aplikasi Pinjaman Online

Luncurkan Ceria Bri Jadi Bank Bumn Pertama Yang Memiliki Aplikasi Pinjaman Online

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 183 hits
Direktur Konsumer Bank BRI Handayani menyebutkan bahwa pinjaman online CERIA ini diluncurkan untuk menyasar generasi milenial yang saat ini tengah tumbuh dengan pesat
10 Langkah Pertama Yang Bisa Kamu Lakukan Ketika Terpapar Air Keras

10 Langkah Pertama Yang Bisa Kamu Lakukan Ketika Terpapar Air Keras

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 228 hits
Terdapat beberapa cairan yang bisa digolongkan sebagai air keras Biasanya isttilah ini digunakan untuk asam sulfat yang dipakai untuk aki asam klorida untuk membersihkan permukaan logam sebelum disoldir asam nitrat untuk menguji logam mulia...
Pertama Kali Join Fun Run Auranya Tu Masyaallah

Pertama Kali Join Fun Run Auranya Tu Masyaallah

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 553 hits
PERTAMA KALI JOIN FUN RUN Assalamualaikum dan salam sejahtera Ehem saja jer tu tajuk entri ada tambahan hujungnya Ehehe Bebaru ni KG join event Fun Run bertemakan UNICORN di daerah Ranau Tarikh dia sebenarnya pada 8 Disember 2019 baru baru ...
Ubat Gigi Premium Mismis Pudina Koko Yang Pertama Di Malaysia

Ubat Gigi Premium Mismis Pudina Koko Yang Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 444 hits
Hi Korang Ubat gigi MISMIS berperisa pudina koko Mesti kali pertama korang dengar kan ermm kak lily pun sama gak Tup tup terjadi jakun plak heehhe MISMIS Comey nau bunyinya kan Menurut Puan Wanie perkataan MISMIS adalah kata singkatan darip...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation