Random Post Tempat Makan Viral Tak Selalu Indah


RANDOM POST : TEMPAT MAKAN VIRAL TAK SELALU INDAH | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Al-kisah saya ingin berkongsi tentang cerita random dan aktiviti hari Ahad lalu.. Sekadar berkongsi cerita santai.

Sebelum itu nak cerita apa yang berlaku pagi ini.. Saya hantar Arief ke sekolah, banyak kereta sepanjang perjalanan padahal masih dalam kawasan perumahan yang sama.. Mungkin disebabkan awal pagi tadi hujan lebat so kebanyakkan parents hanta anak ke sekolah dengan menaiki kereta.. Bila kereta banyak di atas jalanraya maka macam-macamlah kerenah.. Ada yang masuk simpang tak bagi signal, ada yang bawa kereta macam ular kena palu, belum lagi menukar lorong tanpa signal.. Awal pagi dah kena istighfar banyak-banyak, terkadang ada juga spontan terkeluar ayat makian (sambil tekup mulut).. Ampunnn saya hanya manusia biasa tak lari dari dosa.. 
Pagi yang sibuk
Okay itu cerita pagi tadi.. Kita sambung pula cerita hari Ahad (16 Julai 2023) lalu.. Saya bawa si Kenzo ke klinik veterinar. Appointment pukul 11.30 pagi.. Si Kenzo ni ada masalah bulu gugur melampau.. Bulu si Kenzo gugur teruk di bahagian belakang telinga dan badan.. Hampir tak berbulu, risau bertukar dari domestic short hair breed ke kucing Sphynx, hehehe.  So saya dapatkan rawatan segera bimbang semakin teruk. Siapa tak tahu rupa kucing sphynx boleh tanya pakcik Google.

Klinik veterinar

Hasil pemeriksaan, doktor beritahu, jika kucing mengalami keguguran bulu yang teruk disebabkan beberapa sebab utama antaranya:
1. Bertukar diet pemakanan secara drastik2. Parasit dari persekitaran 3. Kemurungan mungkin disebabkan stress ada kucing baru
Si Kenzo
Dari semua punca di atas saya syak si Kenzo ni tak happy sejak kehadiran Tommy dan Moschino. Si Tommy dan Moschino ni agak diva dan kurang mesra.. Bila campur dengan yang lain mulalah dia hissing seperti ingin bergaduh.. Jadi mungkin si Kenzo ni stress.. Nak kata diet sebab tukar kibbles, saya rasa bukan itu puncanya. Si Kenzo ni bukan cerewet dari segi pemakanan.. Selama ni apa sahaja kibbles dialah si bulus pertama yang akan makan.. 
Sekiranya berpunca dari parasit memang tidaklah sebab saya sangat menjaga kebersihan persekitaran memandangkan semua kucing saya indoor, so saya sangat mengutamakan hygiene supaya rumah tidak berbau. On top of that, selain Kenzo, si bulus lain takde masalah bulu gugur itu yang menjadi kemusykilan saya unless si Kenzo sejenis kulit sensitif. Doctor bagi pil untuk boost antibody dia dan tetapkan appointment seterusnya selepas 14 hari.

Selepas selesai temujanji veterinar, saya hantar Kenzo balik rumah sebelum keluar semula ke Happy Garden Nursery di Lotus Seremban 2. Sesekali healing dengan pokok-pokok pula..  
Happy Garden Nursery
Kali ini banyak stock pokok-pokok hiasan baru.. Rambang mata dibuatnya.. Ronda pusing-pusing sekitar nursery satu kepuasan seperti mengelilingi taman bunga.
 Caladium
Pembaca ingat tak ada satu masa ramai orang mencari pokok keladi caladium ni.. Sekarang berjenis-jenis pokok calidium ada kat sini, harga mungkin tak semahal sebelum ini.

Bougainvillea
Saya pula teruja dengan bougainvillea yang berwarna-warni.. Mana tak teruja, pokok rendang tapi dah berbunga lebat. Berbeza sungguh dengan pokok bougainvillea yang saya tanam di rumah, boleh harap tinggi melampai tapi masih belum berbunga.. Tak tahu mana silapnya, mungkin saya tak reti jaga kot.. 
Pokok herba
Puas pusing satu nursery akhirnya saya beli beberapa pokok herba antaranya parsley, rosemary, thyme, pokok daun kesum, pokok daun sup, pokok tomato cherry, pokok pudina manakala pokok bunga salvia hispanica dan pokok halau nyamuk, jeremin. Tak pasti jangka hayatnya berapa lama, tunggulah saya update dari semasa ke semasa.

Salvia hispanica dan parsley
Bila dapat semua pokok yang dihajati, hati pun riang barulah mula terasa lapar.. Jam pula menunjukkan pukul 2.15 petang. Kebetulan saya teringin pergi satu tempat makan ni.. Tempat makan ni viral di TikTok.. Menu pun pelbagai ada western food, snack dan sup. Semua nampak sedap dan influencer dalam video berkenaan bagi rate 8 - 9/10 setiap menu.. Lokasi pun tak jauh dari Seremban 2..  Alang-alang dekat, why not saya cuba walaupun saya bukanlah sejenis mudah terpengaruh dengan benda viral. 
Malangnya indah khabar dari rupa.. Konsep tempat makan ni open air.. Ketika itu pukul 3.00 petang dan cuaca agak panas. Pelanggan dikehendaki membuat pesanan dan bayar di kaunter ala food court. Selepas membuat pesanan, pelanggan perlu tunggu nombor dipanggil.. Waktu itu agak ramai customer, al-maklum tempat viral. Saya ingat waktu menunggu tak lama, rupa-rupanya 1 jam 15 minit belum tentu dapat makan.. Saya tengok ramai orang berulang-alik ke kaunter bertanya tentang 'status' pesanan mereka.. 
Walaupun sudah hampir 1 jam menunggu di bawah panas matahari, saya tetap setia di situ hingga nombor pesanan saya dipanggil. Sebelum tiba giliran pesanan saya disediakan, saya minta supaya makanan saya dibungkus. Tak sanggup menunggu lebih lama di situ. Bila dapat makanan saya pun terus masuk kereta dan berlalu, pergi.. Dalam sejarah hidup, tempat makan paling lama saya tunggu pesanan.. Repeat? Memang tak laaa.. Itulah sebab utama mengapa saya elak ke tempat makan viral.. Selalu saya terkena tempat makan viral tak selalu indah.. Biasanya indah khabar dari cerita sebenar. Saya bercerita dari pengalaman sendiri, mungkin pengalaman anda berbeza dari pengalaman saya.. Bagaimana pula anda? 
Begitulah secara ringkas random post hari Ahad lalu.. Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone



Regards,





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ladyinredplanner.blogspot.com/2023/07/random-post-tempat-makan-viral-tak-selalu-indah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Merasa Juga Makan Donut Peach Buah Kayangan Yang Tengah Viral

Merasa Juga Makan Donut Peach Buah Kayangan Yang Tengah Viral

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 181 hits
Selaku pemakan buah buahan haruslah mencuba donut peach flat peach yang sedang viral tu Walaupun lambat terjebak dengan fenomena donut peach tetap nak into the scene juga Hari Sabtu encik suami cuti jadi kita ambil peluang lah minta encik s...
Tempat Makan Menarik Di Tanjung Bungah Penang Restaurant Lebanon The Garden

Tempat Makan Menarik Di Tanjung Bungah Penang Restaurant Lebanon The Garden

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 337 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dinner tadi di Restaurant Lebanon The Garden di Tanjung Bungah Penang Restoran yang menyajikan makanan autentik Timur Tengah yang terletak di sepanjang jalan Tanjung Bungah berhadapan dengan Hotel Flaming...
Makan Malam Di Mf Kitchen Tempat Makan Sedap Di Sekinchan

Makan Malam Di Mf Kitchen Tempat Makan Sedap Di Sekinchan

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 201 hits
Selesai je urusan kakak kata nak makan di MF Kitchen Sekinchan Sedap katanya sebab dorang satu family pernah makan kat sini sebelum ni Orang dah suggest kita pun ikutkan je lah Elok jugalah dorang datang Sekinchan tak perlu nak ke Sabak Ber...
Shine Muscat Buah Anggur Kayangan Viral

Shine Muscat Buah Anggur Kayangan Viral

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 225 hits
Selain buah shine muscat ni juga viral Tak pasti dah viral lama atau baru viral Tertarik dengan rupa parasnya yang berbentuk hampir bentuk bulat Sekali imbas nampak macam buah kundang muda je Kebetulan kedai yang sama jual donut peach ada j...
13 Resipi Kuih Kaswi Gedik Viral Pelbagai Perisa Sukatan Cawan Yang Mudah

13 Resipi Kuih Kaswi Gedik Viral Pelbagai Perisa Sukatan Cawan Yang Mudah

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 493 hits
Tak sangka kuih kaswi tiba tiba jadi viral Yang viral tiba tiba tu pula kuih kaswi pandan yang diberi nama kaswi pandan gedik Gedik tu sebab kuih kaswi tu kenyal dan lembut Goyang sikit je dah bergedik kuih kaswinya pun Selain itu ada pelba...
Reronda Cari Makan Simple Lunch Kome Thai

Reronda Cari Makan Simple Lunch Kome Thai

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 143 hits
Reronda Cari Makan Simple Lunch Kome Thai Punya la susah nak cari makan sehari lepas Raya Haji itu hari Sib baik Kome Thai buka Singgah jap untuk simple lunch Order Mee Goreng Mamak sama Mee Ladna Memang best baq ang https youtube com short...
Nstviral Alleged Assault Of Football Fan By Jmf Personnel Goes Viral

Nstviral Alleged Assault Of Football Fan By Jmf Personnel Goes Viral

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 239 hits
Pic screen captured from TwitterKUALA LUMPUR Footages of KL City FC fans allegedly being assaulted by Johor Military Force personnel and several men dressed in civilian clothing has gone viral on social media today The footage was recorded ...
Buah Peach Donat Yang Viral Dan Manis Rasanya

Buah Peach Donat Yang Viral Dan Manis Rasanya

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 334 hits
Buah Peach Donat Yang Viral Dan Manis Rasanya Ada yang tak bernasib baik dapat yang masam Semasa nak order buah peach donat ni saya tanya dulu tentang buah tersebut Kalau masam saya tak mahu beli Tapi bila ramai yang kata buah peach ni mani...
Kuih Kasui Pandan Viral

Kuih Kasui Pandan Viral

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 202 hits
Ada beberapa kali dah kak ana tengok orang duk share masak atau makan kuih kasui pandan bunga cantik nih Teringin sangat nak rasa sama ke dengan hat yang sebelum ni Nak buat tu macam tak lah kut sebab kat rumah ni kuih kuih gini tak dapat s...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba