Rancangan Resepi Berani Maggi Kembali Untuk Musim Kedua
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua. Haa.. pada korang yang suka memasak dan yang berminat nak berniaga harus kena tengok Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Musim Kedua nie sebab ia menampilkan 12 peserta wanita yang terplih dan mentor selebriti yang hebat-hebat belaka. Jom kita tengok apa yang menarik jom..
Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim KeduaRancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim KeduaUntuk Rancangan Resepi Berani Maggi® Musim Kedua nie, daripada sejumlah 2,000 orang peserta hanya seramai 12 wanita sahaja yang terpilih meneruskan rancangan siri kulinari dan keusahawanan bagi merebut gelaran sebagai Juara untuk kali ini
Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua
Rncangan Resepi Berani Maggi® Musim Kedua ini juga menjanjikan lebih banyak kejutan menarik dan akan berkongsi kecekalan dan perjalanan peserta dalam menempuh cabaran dan kriteria yang telah ditetapkan. Termasuk lah beberapa cabaran dalam bidang Pembangunan Peribadi, Kemahiran Berniaga dan Kemahiran Memasak
Antara cabaran utama yang dilalui peserta kali ini termasuk lah penyediaan hidangan istimewa masing-masing dan penciptaan semula masakan asli Malaysia dengan menggunakan ramuan yang unik. Haa.. menarik sangat tu kan korang. Selain cabaran kulinari, para peserta juga perlu memberi tumpuan kepada elemen seperti kemapanan makanan, daya maju perniagaan serta memanfaatkan penghasilan kandungan untuk platform media sosial
Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua
Seterusnya, rancangan realiti ini membawa kembali tiga orang Mentor Maggi® CukupRas iaitu Datin Paduka Eina Azman, Pengarah, Penerbit, Aktress dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly, dan juga Ikon Ushawan dan Pemilik My Mum's Bakery, Anne Idris yang akan membimbing 12 peserta sepanjang realiti ini melalui Sesi Maklum Balas Mentor. Dan untuk Musim Kedua ini Maggi juga akan menampilkan juri jemputan antaranya Stacy Anam, Betty Rahmad, Aisya J dan Chef Sherson Lian
Menurut kata Geetha Balakrishna, Pegawai Eksklusif Perniagaan Maggi®, Nestle Malaysia Berhad tentang Resepi Berani Maggi® Musim Kedua nie, " Kami teruja mempersembahkan musim kedua rancangan realiti ini untuk meningkatkan lagi kemahiran perniagaan dan memperkasakan lebih ramai wanita disamping menyediakan platform untuk mereka mencapai impian masing-masing. Saksikan bagaimana para peserta keluar dari zon selesa mereka, menempuh cabaran, membina keyakinan diri dan berkembang melalui bimbingan para Mentor Maggi yang berpengalaman dengan barisan juri jemputan yang baru"
Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua
Geetha Balakrishna
Kata Geetha lagi, "Matlamat rancangan realiti Maggi adalah untuk menampilkan perjalanan para peserta dalam memajukan perniagaan makanan mereka. Kami berharap rancangan ini dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk memulakan sesuatu yang baru bagi membawa perubahan positif dan menaiktaraf kehidupan mereka. Kami telah menyaksikan perubahan ketara pada para pemenang musim pertama, dan bagaimana mereka mampu memberi inspirasi serta impak kepada kehidupan orang lain"
Turut berkongsi dan mengulas penyertaan beliau dalam kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi® sejak pelancarannya pada tahun 2020, Datin Paduka Eina Azman berkata, "Saya telah menyaksikan sendiri perubahan hidup serta kisah-kisah kejayaan menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi® dan saya turut berbesar hati menjadi Duta Jenama untuk Maggi® CukupRasa. Saya gembira kerana program ini menyokong ramai wanita terutamanya sepanjang pandemik ini, dan akan terus memainkan peranannya dalam memperkasakan lebih ramai wanita untuk menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya menerusi bimbingan, panduan dan latihan kemahiran yang efektif"
Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua
Senarai 12 peserta yang berjaya memasuki peringkat akhir ramcanagn ini terdiri daripada pemilik perniagaan makanan yang berpangkalan dari rumah.
1. Anatasia Maigi - Sabah
2. Kalarani A/P Subramaniam - Putrajaya3. Mellony Anak Stephen - Sarawak4. Nazrina binti Zamani - Selangor5. Noraslibda Rusli - Selangor6. Norli Mohd Azmi - Selangor7. Kemtila A/P Veerayah - Selangor8. Nur Dyahidah Aimullah Abdul Rahim - Kedah9. Nurul 'Syaza Shahirah A. Samsudfin - Melaka10. Nurul Hajar Ismail - Johor11. Rozana Sari Roslan - Pahang12. Suzaimi binti Zahari - Terengganu
Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua
Juara Resepi Berani Maggi® untuk musim kedua ini akan menerima modal benih sebanyak RM8,000 dan akan menjalani program bimbingan peribadi selama 8 minggu bersana ikon usahawan, Anne Idris yang memfokuskan pada peningkatan makanan, mengurus kecekapan kos dan strategi penjenamaan. Dan untuk pemenang tempat kudia dan ketiga masing-masing akan menerima modal benih sebanyak RM5,000
Bagus sangat kan bila ada rancangan dan program Resepi Berani Maggi® macam nie sebab dapat membantu peserta, dan juga mereka dapat belajar mengembangkan lagi perniagaa mereka dengan cara yang betul dan lebih sistematik
Rancangan Resepi Berani Maggi® Kembali Untuk Musim Kedua
Kak Sue pun teruja sangat nak tonton semua episod lepas nie sebab best sangat tau rancangan Resepi Berani Maggi® dengan hos rancangan yang cantik dan petah Nana Mahazan. Rancangan ini dah mula disiarkan dah semalam, iaitu pada setiap Jumaat pada pukul 5 petang setiap minggu. Pada korang yang terlepas tonton pada hari Jumaat, jangan ghisau.. korang boleh ulang tonton pada hari Sabtu pukul 11.30 pagi di TV3.
Selain tu korang boleh juga tonton di Youtube Maggi Malaysia pada hari Jumaat yang sama pada pukul 5 petang. Selamat menonton korang..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shuhaidakabdy.com/2022/07/Rancangan-Resepi-Berani-Maggi-Kembali-Untuk-Musim-Kedua.html