Program Bersiri Resipi Berani Maggi Musim Kedua Kini Kembali
Program Bersiri Resipi Berani MAGGI® Musim Kedua Kini Kembali Ingat lagi tak dengan program bersiri Resipi Berani MAGGI® yang menobatkan Hidayah sebagai pemenang musim pertama?
Kini program Resepi Berani MAGGI Musim Kedua telah pun kembali yang akan menampilkan sebanyak 6 episod dan akan disiarkan di kaca televisyen melalui siaran TV3.
Istimewanya program Resipi Berani MAGGI® Musim Kedua kali ini menampilkan mentor selebriti dan juri jemputan - Stacy Anam, Betty Rahmad, Aisya J dan Chef Sherson Lian serta menjanjikan lebih banyak kejutan menarik untuk penonton.
Daripada sejumlah 2,000 orang peserta, seramai 12 wanita telah dipilih untuk meneruskan cabaran siri kulinari dan keusahawanan bagi merebut gelaran sebagai juara.
Pencarian Juara Program Bersiri Resipi Berani MAGGI® Musim Kedua Juara Resipi Berani MAGGI ® Musim Ke-2 akan menerima modal benih sebanyak RM8,000, dan akan turut menjalani program bimbingan peribadi selama 8 minggu bersama ikon usahawan, Anne Idris.
Mentor akan memfokuskan pada peningkatan perniagaan makanan, mengurus kecekapan kos dan strategi penjenamaan. Manakala pemenang tempat Kedua dan Ketiga masing- masing akan menerima modal benih sebanyak RM5,000.
Rasa bertuah sangat dapat memenuhi jemputan dan berkesempatan menghadiri majlis preview Program Bersiri Resipi Berani MAGGI® semalam.
Antara adegan menarik yang boleh aku kongsikan adalah aksi spontan dan debaran peserta semasa Sesi Maklum Balas Mentor. Memang mencuit hati dan menghiburkan.
Semestinya peserta pilihan aku untuk musim kedua ialah Puan Suzaimi binti Zahari dari Terengganu dan Puan Nurul Hajar Ismail dari Johor.
Tak sabar nak tengok episod penuh esok. Rancangan bersiri Resipi Berani MAGGI® akan disiarkan pada 4.30 petang setiap hari Jumaat di TV3 selama 6 minggu mulai 8 Julai, dengan siaran ulangan pada 11.30 pagi setiap hari Sabtu.
Senarai 12 peserta yang berjaya memasuki peringkat akhir rancangan Resipi Berani MAGGI ® Musim Ke-2 yang terdiri daripada para pemilik perniagaan makanan yang berpangkalan dari rumah:
Anastasia Maigi (Sabah)Kalarani A/P Subramaniam (Putrajaya)Mellony Anak Stephen (Sarawak)Nazrina binti Zamani (Selangor) Noraslinda binti Rusli (Selangor)Norli binti Mohd Azmi (Selangor)Kentila A/P Veerayah (Selangor)Nur Syahidah Aimullah binti Abdul Rahim (Kedah)Nurul ‘Syaza Shahirah binti A. Samsuddin (Melaka)Nurul Hajar Ismail (Johor)Rozana Sari binti Roslan (Pahang)Suzaimi binti Zahari (Terengganu)
Rancangan realiti ini membawa kembali tiga orang Mentor MAGGI ® yang terkenal - Penggemar Makanan dan Duta Jenama bagi MAGGI ® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; serta Ikon Usahawan dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris.
“Kami teruja mempersembahkan musim kedua rancangan realiti ini untuk meningkatkan lagi kemahiran perniagaan dan memperkasakan lebih ramai wanita disamping menyediakan platform untuk mereka mencapai impian masing-masing.” - Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI ®, Nestlé (Malaysia).
Geetha juga mengulas perjalanan para peserta keluar dari zon selesa mereka, menempuh cabaran, membina keyakinan diri dan berkembang melalui bimbingan para Mentor MAGGI yang berpengalaman beserta barisan juri jemputan yang baharu!”
“Matlamat rancangan realiti MAGGI adalah untuk menampilkan perjalanan para peserta dalam memajukan perniagaan makanan mereka.
Kami berharap rancangan ini dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk memulakan sesuatu yang baharu bagi membawa perubahan positif dan menaiktaraf kehidupan mereka.
Kami telah menyaksikan perubahan ketara pada para pemenang musim pertama, dan bagaimana mereka mampu memberi inspirasi serta impak kepada kehidupan orang lain,”
Turut berkongsi dan mengulas penyertaan beliau dalam kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI ® sejakpelancarannya pada tahun 2020, Duta Jenama untuk MAGGI ® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman berkata:
“Saya telah menyaksikan sendiri perubahan hidup serta kisah-kisah kejayaan menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI ® dan saya turut berbesar hati menjadi Duta Jenama untuk MAGGI ® CukupRasa.
Saya gembira kerana program ini telah menyokong ramai wanita terutamanya sepanjang pandemik ini, dan akan terus memainkan peranannya dalam memperkasakan lebih ramai wanita untuk menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya menerusi bimbingan, panduan dan latihan kemahiran yang efektif.”
Jangan lupa untuk saksikan Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI ® Musim Ke-2 akan disiarkan pada 4.30 petang setiap hari Jumaat di TV3 selama 6 minggu mulai 8 Julai, dengan siaran ulangan pada 11.30 pagi setiap hari Sabtu.
Setiap episod juga boleh ditonton menerusi saluran YouTube MAGGI ® dari 5.00 petang setiap hari Jumaat, mulai 8 Julai.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2022/07/program-bersiri-resipi-berani-maggi.html