Rancangan Peralihan Kuasa Goyah Akibat Kebuntuan Antara Dr M Anwar


Pasukan Malaysiakini
Usaha melakukan 'serangan balas' terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat goyah ketika Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya cuba memecahkan kebuntuan antara pengerusi Bersatu yang dipertikaikan, Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Di tengah pergeseran itu, Mahathir menawarkan Anwar jawatan timbalan perdana menteri, sementara beliau mengambil alih jawatan perdana menteri selama enam bulan sebelum melakukan peralihan kuasa - sesuatu yang tidak dapat dipersetujui oleh PKR.
"Sebilangan besar anggota parlimen PKR tidak mahukannya," kata sumber parti itu kepada Malaysiakini.
Sumber lain yang bercakap kepada Malaysiakini menjelaskan kurangnya keyakinan bahawa Mahathir akan mengakhiri tawar-menawarnya.
Kecurigaan terhadap Mahathir bermaksud PKR hanya bersedia memberikan sokongan untuk mengambil alih semula kerajaan sekiranya Anwar menjadi perdana menteri.
Kecurigaan itu dikatakan berasas kerana ketika mesyurat dalaman Bersatu yang bocor, Mahathir bersedia menepati janjinya untuk mengundurkan diri sebagai perdana menteri namun tidak kelihatan bersedia mengumpulkan sokongan anggota parlimen Bersatu terhadap Anwar.
Menerusi rakaman audio yang bocor itu, Mahathir bahkan mencadangkan agar beliau kembali menjadi perdana menteri setelah mengundurkan diri sekiranya Anwar tidak mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat dan meminta para pemimpin Bersatu tidak menekannya menyingkirkan PH sehingga tiba waktunya.
Bersatu, di bawah presidennya Muhyiddin Yassin, enggan menunggu dan memutuskan untuk membentuk kerajaan baru dengan BN, PAS, bekas pemimpin PKR, GPS, PBS dan STAR di bawah Perikatan Nasional.
Apabila dibantah Mahathir, beliau dan sekutunya disingkirkan daripada Bersatu.
Pemimpin PKR tidak mahu berhadapan dengan situasi serupa yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PH.
Di pihak satu lagi, kumpulan Mahathir dalam Bersatu bertegas bahawa beliau  harus menjadi perdana menteri.
Di tengah-tengah konflik berkenaan, beberapa pemimpin Bersatu secara terbuka menyatakan PH hanya boleh menarik sokongan dari blok Malaysia Timur, yang berperanan untuk memastikan kerajaan stabil, jika Mahathir mengetuai kerajaan.
Malaysiakini difahamkan bahawa PH berusaha mendekati Presiden Warisan, Shafie Apdal agar menyokong Anwar untuk faedah tertentu.
Shafie sebelum ini antara pemimpin yang dikaitkan dengan langkah penubuhan PN. 
Bagaimanapun, ketua menteri Sabah itu dan partinya terperangkap apabila Mahathir tidak menyokong penjajaran semula politik baru itu.
Atas sebab ini, Malaysiakini difahamkan DAP dan Amanah berusaha meyakinkan PKR untuk menerima perjanjian dengan Mahathir, dengan alasan bahawa peralihan akan berlaku dalam tempoh enam bulan.
Ini belum cukup baik baik bagi PKR.
Seorang pemimpin dari kem Mahathir berkata Anwar boleh diketepikan jika tidak menerima perjanjian itu.
"Terserah kepada Anwar untuk menerima perjanjian itu atau Mahathir atau timbalan perdana menteri yang lain akan dipertimbangkan.
"DAP dan Amanah berada di belakang Mahathir sepenuhnya".
Isyarat diberikan bahawa kem Mahathir mungkin akan mencari pilihan lain sekiranya Anwar tidak menerima tawaran mereka, termasuk memilih perdana menteri yang berbeza.
Sumber-sumber PKR mengatakan sentimen umum ialah parti itu bersedia untuk mempertahankan pendiriannya walaupun bersendirian.
Anwar, dalam wawancara dengan Malaysiakini berkata beliau tidak akan berkompromi dengan prinsip demi mencapai angka yang diperlukan.
Pemimpin PKR yang lain juga dilihat mengambil pendirian ini.
Namun, di sebalik kekecewaan dalaman, seorang pemimpin PKR menolak kemungkinan perpecahan dalam PH.
Realitinya adalah sama ada Anwar atau Mahathir tidak akan dapat mengambil alih kerajaan jika mereka tidak bekerjasama, tidak kira di pihak mana sokongan diberikan oleh DAP, Amanah atau Warisan.
PH dan sekutunya semalam mengadakan mesyuarat semula di Kuala Lumpur  tetapi gagal memecah kebuntuan, menurut beberapa pemimpin PH yang bercakap dengan Malaysiakini.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayob juga mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini.
"Kami belum mencapai keputusan," katanya.
Walaupun rundingan dilakukan sukar, Salahuddin mengulangi bahawa PKR, Amanah dan DAP tetap utuh sebagai sebuah gabungan.
Namun dalam dua minggu usaha mengambil alih semula kerajaan menjadi goyah selepas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang mengumumkan keluar PKR sekali gus meningkatkan majoriti PH di Dewan Rakyat kepada tiga kerusi.
Pengarah strategik Amanah, Dzulkefly Ahmad juga mengakui  PH berlumba-lumba dengan masa sekiranya memiliki harapan untuk mengambil alih semula kerajaan dalam penggal ini.
PH perlu membuat keputusan setelah Mahathir dan pemimpin Warisan hadir ke ibu pejabat PKR Selasa lalu bagi mengadakan pertemuan, yang berakhir tanpa sebarang keputusan.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata keputusan harus diumumkan selewat-lewatnya Selasa ini, dan kegagalan untuk berbuat demikian akan memberikan gambaran buruk terhadap PH.
Malaysiakini difahamkan mesyuarat baru masih belum ditetapkan walaupun tarikh akhir keputusan hanya dua hari lagi.
Dilaporkan oleh Alyaa Alhadjri, Ng Xiang Yi, Zikri Kamarulzaman


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/rancangan-peralihan-kuasa-goyah-akibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemaskini Peralihan Kuasa Dr M Anwar Akan Dijanji Secara Bertulis Kata Guan Eng Mat Sabu

Kemaskini Peralihan Kuasa Dr M Anwar Akan Dijanji Secara Bertulis Kata Guan Eng Mat Sabu

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 370 hits
June 22 2020 12 02 PMSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamd Sabu berkata mereka konsisten menyokong Anwar sebagai perdana menteri tetapi pilihan realistik adalah menggabungkan kekuatan PH kelompok penyokong Mahathir da...
Antara Jawapan Yg Menarik Dari Ds Anwar Ibrahim Semasa Diwawancara Malaysiakini

Antara Jawapan Yg Menarik Dari Ds Anwar Ibrahim Semasa Diwawancara Malaysiakini

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 319 hits
Malaysiakini Terdapat juga orang muda yang merasakan masa untuk Anwar dan Mahathir sudah tamat dan sekarang masanya untuk orang muda ambil alih dan perdana menteri seterusnya sepatutnya muka baru bukan seseorang yang sudah cuba nak jadi PM ...
Kenyataan Terbuka 11 Jun 2020 Fatamorgana Peralihan Kuasa

Kenyataan Terbuka 11 Jun 2020 Fatamorgana Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 286 hits
Kenyataan Terbuka11 Jun 2020Fatamorgana Peralihan Kuasa1 Selasa lalu sekitar jam 3 petang satu mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Harapan Tambahan telah berlangsung di Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat 2 Mesyuarat yang berdurasi 3 jam itu te...
Rancangan Pkr Calonkan Anwar Sebagai Pm Gagal Amanah Dap Namakan Tun M

Rancangan Pkr Calonkan Anwar Sebagai Pm Gagal Amanah Dap Namakan Tun M

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 376 hits
Baru sahaja sebentar tadi PKR mengumumkan nama calon Perdana Menteri mereka iaitu Anwar Ibrahim dengan menolak Tun Mahathir tetapi lain pula yang jadi selepas rakan sekutu PKR iaitu AMANAH dan DAP dikatakan kekal menyokong Tun Dr Mahathir M...
Apakah Tulisan Dr Mazlee Suatu Petunjuk Awal Janji Serah Kuasa Kepada Anwar Bakal Dimungkiri Sekali Lagi

Apakah Tulisan Dr Mazlee Suatu Petunjuk Awal Janji Serah Kuasa Kepada Anwar Bakal Dimungkiri Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 254 hits
Membaca dan meneliti tulisan bekas Menteri Pendidikan Dr Mazlee Malek bertajuk Galah Sejengkal Tun Dr Mahathir sekurang kurangnya dua persoalan timbul daripadanya Pertama sementara beliau mengatakan jawatan Perdana Menteri ke 9 tidak seharu...
Hentikan Bicara Soal Kekuatan Antara Anwar Dan Tun

Hentikan Bicara Soal Kekuatan Antara Anwar Dan Tun

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 346 hits
MALAYSIA DATELINE Dalam tempoh rundingan yang masih berjalan tidak wajar jika penyokong Tun Mahathir mahupun penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim saling beradu kekuatan masing masing di media sosial dengan harapan usaha itu mampu mempengaruhi...
Antara Anwar Dan Mahathir Siapakah Yang Paling Terdesak Untuk Singkirkan Muhyiddin

Antara Anwar Dan Mahathir Siapakah Yang Paling Terdesak Untuk Singkirkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 399 hits
Siapakah di antara Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Mohamad yang paling terdesak untuk kembali berkuasa dan ingin sekali menjatuhkan Muhyiddin Yassin Mari kita memahaminya dalam bahasa dan erti kata yang paling mudah sekali Bagi Anwar keingin...
The Anwar Azmin Breakup Is More Than Just Politics It S A Love Affair Gone Wrong

The Anwar Azmin Breakup Is More Than Just Politics It S A Love Affair Gone Wrong

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 407 hits
And that is why PKR is today split into the Anwar camp and the Azmin camp It is not really a power struggle as many may think It is not even about ideological differences It is mainly because of matters of the heart That is all THE CORRIDOR...
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Mobile Social Support Centres Proposed In Sabah To Aid Women Facing Domestic Violence

Saya Pernah Dilabel Pemberontak Lawan Ayah Dalam Pkr Nurul Izzah Bongkar Kisah Lama

Good Morning

Why Electronic Manufacturing Services In Malaysia Are Gaining Global Attention

How Is Home Made Mango Juice Prepared


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mau Urus Sertifikat Tanah Ini Dia Cara Daftar Sertifikat Elektronik

Dua Pemimpin Utama Pas Perak Didakwa Ingkar Arahan Sultan Ceramah Di Masjid Tanpa Tauliah

Kalau Ada Dua Tempat Timbalan Presiden Pkr Dua Dua Saya Sokong Anwar Puji Calon Layak

Kisah Sedih Si Gajah Di Hukum Gantung Kerana Membunuh

Singgah Bamboo Cafe Kat Simpang Lima Parit Sulong Batu Pahat

Anak Demam Berulang