Kenyataan Terbuka 11 Jun 2020 Fatamorgana Peralihan Kuasa


Kenyataan Terbuka11 Jun 2020Fatamorgana Peralihan Kuasa
1. Selasa lalu sekitar jam 3 petang, satu mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Harapan Tambahan (PH Plus) telah berlangsung di Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat.2. Mesyuarat yang berdurasi 3 jam itu telah dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan panel utama terdiri daripada YB Tun Dr Mahathir Mohamad, YB Lim Guan Eng, YB Mat Sabu dan YAB DS Shafie Apdal, selain kepimpinan tertinggi setiap parti.3. Perbincangan secara menyeluruh tentang pendirian setiap parti dalam soal mendapatkan semula Mandat Rakyat menjadi agenda utama. Dilaporkan perbincangan tersebut menampakkan kemajuan yang amat positif.4. Namun tiada kata putus yang diumumkan setelah tamatnya mesyuarat. Segala keputusan hanya akan dimuktamadkan dalam masa seminggu. Samada pengumuman yang tiada keputusan ini satu strategi atau satu kebuntuan, ia subjektif kepada siapa yang menafsirnya.5. Secara jujurnya ada dua perkiraan dalam dua situasi. Perkiraan siapakah yang akan menjadi PM, samada Anwar Ibrahim atau masih Tun Mahathir, dan situasi apakah perlu kebangkitan semula Kerajaan PH secara segera dengan majoriti yang mungkin setara kerajaan sedia ada, atau memilih untuk terus menjadi pembangkang sehingga PRU-15 dengan memantapkan gerakan.6. Ada pro dan kontra dari setiap perkiraan dan situasi, yang dipercayai kalau terus dibahaskan mungkin akhirnya akan menemui jalan buntu.7. Peralihan kuasa adalah antara soal pokok untuk memecah kebuntuan. Tetapi bagaimana hendak menamakan Tun Mahathir sebagai PM ke-9 sedangkan ketika berkuasa, Tun telah gagal melaksanakan janji serah kuasa sehingga kuasanya terbubar dengan perletakan jawatan tanpa perbincangan bersama.8. Malah apabila dicadangkan Anwar ke dalam kabinet, ditolak mentah. Pelan Peralihan Kuasa juga tidak mahu dibincangkan dan tarikh serah kuasa pula tidak mampu ditetapkan. Terimalah hakikat, menyaksikan peralihan kuasa dari Tun Mahathir kepada Anwar adalah umpama mengejar fatamorgana.9. Janganlah dirosakkan buku sejarah anak-anak kita dengan ketandusan politik apabila meletakkan Tun Mahathir PM ke 9. Apa justifikasi kita untuk menceritakan kisah sejarah Perdana Menteri tiga kali? 10. Kononnya semua pihak mahukan Tun sebagai PM-9 menjadi umpan yang begitu laris, padahal menamakan Tun sebagai PM-9 adalah satu keputusan yang lemau dan lapuk, sepertimana lemaunya idea 'revival' PPSMI dan sebagaimana lapuknya idea perusahaan otomobil ketiga.11. Mengapa tidak diumumkan sahaja Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seterusnya? Ia mungkin satu keputusan yang agak skeptikal jika sekadar khabar angin, tetapi jika Anwar benar-benar diumumkan oleh PH Plus sebagai PM kali ini, seluruh negara akan terasa auranya, seantero dunia akan merasa bahangnya.12. Menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu adalah sangat bugar dan segar di perdu jiwa masyarakat. Percayalah, di saat Anwar Ibrahim diumum sebagai Perdana Menteri, ia mampu mencetus motivasi lebih ramai ahli parlimen untuk bersama Pakatan Harapan. Ketika itu, nombor bukan lagi satu perkiraan.Edy Noor ReduanAktivis Blogger

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/kenyataan-terbuka-11-jun-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media Rabu 10 Jun 2020

Kenyataan Media Rabu 10 Jun 2020

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 561 hits
PEMUDA PH SABAH SOKONG DATUK PETER ANTHONY SPRM PERLU MENDAKWA MENGIKUT PROSEDUR YANG ADIL TANPA TERLIBAT DENGAN POLITIK Saya mengambil maklum berkenaan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony yang akan dituduh di Mahkam...
Kenyataan Media Oleh Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah Yb Datuk Loretto Padua 9 Jun 2020

Kenyataan Media Oleh Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah Yb Datuk Loretto Padua 9 Jun 2020

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 401 hits
Warisan hari ini menyangkal laporan berita oleh Harian Metro yang mengatakan bahawa terdapat 4 Ahli Parlimen yang keluar dan menyokong Perikatan Nasional Perkara ini tidak benar sama sekali Ini hanyalah permainan persepsi oleh PN kerana mer...
Kenyataan Media 6 Jun 2020

Kenyataan Media 6 Jun 2020

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 386 hits
PRK DUN CHINI Umum sedia maklum masalah wabak Covid 19 masih belum ditangani sepenuhnya dalam negara kita Usaha gigih Kementerian Kesihatan dan petugas barisan hadapan telah berupaya mengekang penularan yang lebih meluas Pada masa yang sama...
Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 16 Jun 2020 Kenyataan Fed Terkini Telah Menyokong Pasaran Kemas Kini

Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 16 Jun 2020 Kenyataan Fed Terkini Telah Menyokong Pasaran Kemas Kini

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 451 hits
Ekonomi global sudah muncul dari krisis tetapi wabak itu masih belum dapat dihentikan Menurut data rakyat di Amerika Syarikat kecuali New York City yang telah terselamat dari wabak masih berisiko tinggi kerana tingginya kadar jangkitan di n...
Kenyataan Media Oleh Isnaraissah Munirah Majilis Ahli Parlimen P 169 Kota Belud 9hb Jun 2020

Kenyataan Media Oleh Isnaraissah Munirah Majilis Ahli Parlimen P 169 Kota Belud 9hb Jun 2020

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 421 hits
Saya terkejut bila ada portal yang menyebut 4 orang ahli parlimen Warisan bakal keluar parti termasuk seorang wanita yang viral bermula petang tadi Saya adalah satu satunya ahli parlimen wanita daripada Warisan dengan ini menafikan bahawa s...
Pkpp Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 10 Jun 2020

Pkpp Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 10 Jun 2020

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 929 hits
Alhamdulillah dan tahniah rakyat Malaysia Kita hampir menang YAB Perdana Menteri mengumumkan petang tadi bahawa PKPB akan ditamatkan pada 10 Jun ini dan digantikan dengan PKPP sehingga 31 Ogos 2020 di mana hampir semua aktiviti yang dilaran...
Universiti Teknologi Mara 12 Jun 2020

Universiti Teknologi Mara 12 Jun 2020

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 480 hits
Portal ini menyediakan informasi jawatan kosong Sektor Kerajaan Swasta dan Latihan Industri di seluruh Malaysia Universiti Teknologi MARA Perlis mempelawa pada yang berkelayakan dan berminat bagi jawatan Kerani Profesor Profesor Madya Pensy...
Intipati Perutusan Khas Pm 7 Jun 2020

Intipati Perutusan Khas Pm 7 Jun 2020

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 581 hits
Intipati Perutusan Khas PM 7 Jun 2020 YAB Perdana Menteri sebentar tadi mengumumkan bahawa PKPB digantikan kepada PKPP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 Intipati Perutusan Khas PM 7 Jun 2020 Uca...
Aliran Trafik Plus Lebih 1 Juta Bermula 10 Jun 2020

Aliran Trafik Plus Lebih 1 Juta Bermula 10 Jun 2020

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 379 hits
Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Di antara kelonggaran yang telah diber...
Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Gunung Rinjani Sejarah Harga Tiket Laluan Pendaki

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Mayat Ibu Anak Perempuan Ditemui Reput Jiran Tercium Bau Busuk

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Monolog Jiwa Disebalik Senyum 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Packaging Lipmatte Dengan Insert Custom Kemas Selamat Eksklusif

Bersiaran Dari Thailand

Jpj Lanjutkan Tempoh Bayaran Saman Kadar Rata Rm150

222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun

Siri Oppo Reno14 Rasmi Mediatek Dimensity 8450 Bateri 6 200mah Harga Dari Rm1 399

Lori Mini Terbalik Menyebabkan Ikan Keli Berterabur Tengah Jalan