Rancangan Analisis Mudarat Atau Manfaat


Oleh : Fahmi Hassan

Rancangan Analisis - Mudarat atau Manfaat?

Seminggu-dua ini popular sungguh rancangan TV ANALISIS bersama FINAZ YUNUS terbitan TVAlhijrah. Mungkin kerana isu yang dibincangkan adalah isu tular yang sentiasa mencuri perhatian warga internet.



Namun begitu, ada juga yang mengkritik rancangan perdebatan seperti itu secara am dan secara khusus rancangan Analisis. Ada dua isu yang menjadi tumpuan iaitu:-

1. Rancangan tersebut mempopularkan golongan/pendirian antivaksin/anti perubatan moden/anti hospital dan sebagainya. 

2. Hos bersikap berat sebelah dan tidak adil kepada panel.

Sepanjang aktif menulis di media sosial ada satu perkara penting yang saya belajar. Pertambahan 'follower' tidak sama sekali bermaksud pertambahan penyokong. Saya percaya ramai sahabat-sahabat akan setuju dengan pernyataan ini.

Menulis tentang isu kontroversi memang cara mudah untuk menaikkan bilangan 'follower'. Tetapi selepas itu, terima sajalah komen dan makian dari mereka. Jika anda buka profile ahli-ahli panel yang dijemput beberapa minggu ini, jelas kebanyakan komen adalah tidak bersetuju dengan mereka (melainkan rakan-rakan peribadi ahli panel).

WHO baru-baru ini telah menerbitkan satu dokumen bertajuk "Best practice guidance - How to respond to vocal vaccine deniers in public". Ia disediakan berlandaskan bukti saintifik kajian bidang psikologi, kesihatan awam, komunikasi dan komunikasi berisiko. Walaupun ia disediakan untuk topik Vaksin, namun kandungannya sesuai untuk menyanggah sebarang bentuk ideologi pseudosains.

Apabila bercakap di media, target audien bukanlah mereka yang menolak vaksin/sains. Objektif yang penting adalah menjadikan khalayak awam faham kepincangan ideologi mereka dan mendorong golongan atas pagar ke arah ideologi yang betul.

Dari pengamatan saya, rancangan analisis berjaya mencapai objektif tersebut. Hujah golongan antivaksin/sains disanggah dengan baik oleh panel-panel yang berkualiti. Masyarakat jelas di mana kepincangan ideologi mereka.

Jurnalis Liz Spayd menulis pada tahun 2016:

“False balance, sometimes called “false equivalency,” refers disparagingly to the practice of journalists who, in their zeal to be fair, present each side of a debate as equally credible, even when the factual evidence is stacked heavily on one side.”

Menurut beliau, seorang jurnalis perlu adil dalam mempersembahkan fakta. Namun begitu, adil tidak bermaksud mempersembahkan hujah kedua-dua pihak dengan seimbang.

Maksud keadilan di sini adalah memberi lebih kredibiliti kepada hujah yang mempunyai sokongan bukti saintifik yang lebih kuat. Jurnalis yang baik tidak boleh menampakkan pandangan yang lemah sebagai pandangan yang kuat.

Ini berjaya dilakukan oleh hos rancangan analisis Finaz Yunus dengan baik sekali. Tahniah kepada beliau yang menjalankan kajian dengan baik dan bijak melontarkan soalan-soalan kritikal kepada ahli panel.

Rancangan Analisis bagi saya adalah sebuah rancangan yang baik dan kena dengan selera generasi kini. Perbincangan di media sosial dapat diangkat dan diperjelaskan di ruangan media primer untuk memberikan impak yang lebih tinggi dan meluas.

Tahniah!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/02/rancangan-analisis-mudarat-atau-manfaat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Bagi Masa 3 Jam Dari Sekarang Atau Laporan Polis Akan Dibuat Suhaimi Saad Bagi Warning Kepada Hakimi Mohamad

Saya Bagi Masa 3 Jam Dari Sekarang Atau Laporan Polis Akan Dibuat Suhaimi Saad Bagi Warning Kepada Hakimi Mohamad

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 1755 hits
Penyanyi nasyid dab bekas ahli Inteam iaitu Suhaimi Saad sedang menjadi topik hangat di laman sosial sejak minggu lepas ekoran perdebatan tentang bentuk bumi yang disifatkannya sebagai rata Malah Suhaimi Saad juga ada mencabar Angkasawan Ne...
Sapa Berbohong Atok Atau Tok Lebai

Sapa Berbohong Atok Atau Tok Lebai

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 762 hits
1 Pengerusi Pakatan Harapan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataannya hari ini mendakwa Presiden Parti Islam Se Malaysia Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri itu telah menyatakan ba...
Bumi Flat Atau Spera Ini Penjelasan Mantap Dr Zakir Naik Beserta Dalil

Bumi Flat Atau Spera Ini Penjelasan Mantap Dr Zakir Naik Beserta Dalil

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 1022 hits
Sebelum ini heboh dengan polemik melibatkan seorang artis tanah air Suhaimi Saad yang dengan jelas percaya dan tegas bahawa bentuk muka bumi adalah mendatar atau istilah Inggerisnya adalah Flat Earth Beliau yang sebelum ini pernah menjadi p...
Vote Apa Kata Mak Bijak Dalam Akademik Atau Bijak Dengan Nilai Murni

Vote Apa Kata Mak Bijak Dalam Akademik Atau Bijak Dengan Nilai Murni

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 293 hits
Seorang ibu tentu mahukan anaknya menjadi bijak Apakah definisi kebijaksaan bagi anda The post appeared first on
Ph Jika Kami Gagal Atau Mungkir Janji Tolaklah Kami

Ph Jika Kami Gagal Atau Mungkir Janji Tolaklah Kami

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 318 hits
Oleh SYAHIR SULAIMAN PERDANA Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bahawa rakyat akan menjatuhkan kerajaan sekiranya Pakatan Harapan gagal menunaikan janji pilihan raya Menurut Tun Sekarang rakyat sedang memerhati kerajaan Pa...
Soal Maraknya Konten Horor Di Youtube Semua Orang Berhak Percaya Atau Tidak Jangan Dipaksakan

Soal Maraknya Konten Horor Di Youtube Semua Orang Berhak Percaya Atau Tidak Jangan Dipaksakan

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 258 hits
Bagi yang percaya nggak perlu maksa yang nggak percaya begitu pun sebaliknya Ayolah biarkan hiburan tetap menghibur dan bukannya jadi penyebab pertikaian
Najib Razak Fenomena Mampan Atau Bebanan

Najib Razak Fenomena Mampan Atau Bebanan

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 641 hits
Oleh Ab Jalil Backer Sejak beberapa bulan lalu negara ini dilanda satu fenomena luar biasa yang tidak pernah terjadi dalam sejarah politik negara FENOMENA NAJIB RAZAK Dalam masa sekitar sembilan bulan Perdana Menteri Keenam Malaysia ini Dat...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet