Najib Razak Fenomena Mampan Atau Bebanan


Oleh Ab Jalil Backer
Sejak beberapa bulan lalu negara ini dilanda satu fenomena luar biasa yang tidak pernah terjadi dalam sejarah politik negara – FENOMENA NAJIB RAZAK. Dalam masa sekitar sembilan bulan,
Perdana Menteri Keenam Malaysia ini, Dato’ Sri Mohd Najib Razak, telah merubah lanskap politik negara.
Selepas kalah dan hilang jawatan, dalam sebuah negara yang hampir 70% penduduknya “gila” media sosial, Mohd Najib umpama kain buruk yang sedang dilenyek-lenyek. Tidak ramai yang simpati dengan beliau apabila menjadi sasaran siasatan dan pendakwaan menggila.
Namun Mohd Najib tampak tidak menyerah kalah. Dibebankan dengan ikat jamin RM3.5 juta mungkin merupakan satu rekod baru kehakiman negara, beliau bangkit mengkritik dan mendedahkan pembohongan demi pembohongan yang dibuat oleh kerajaan.
Daripada “kain buruk” tiba-tiba Mohd Najib menjadi “superhero” rakyat terutama di kalangan masyarakat pendapatan rendah dan sederhana, Melayu dan Bumiputera serta anak muda.
Hari ini jika ada sesiapa yang cuba menghina dan mencemuh Mohd Najib maka bersedialah mereka menjadi bahan serangan pengguna media sosial seperti mana berlaku kepada personaliti seperti Chef Wan.
Di kalangan masyarakat biasa, usaha Mohd Najib mendedahkan pembohongan kerajaan dengan fakta dan data serta mendesak pelaksanaan manifesto yang semakin dilupakan merupakan tonik kepada kekecewaan mereka terhadap pentadbiran baru.
Malah perbezaan ketara pelaksanaan rancangan kebajikan rakyat antara kerajaan pimpinan Mohd Najib dulu berbanding kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang, adalah faktor utama peningkatan rating jenama Najib Razak.
Selama 9 tahun Mohd Najib membawa agenda tranformasi ekonomi negara yang gagal difahami sebahagian rakyat, akhirnya beliau melakukan transformasi diri.
Dari pemimpin aristokrat berjiwa rakyat, kini menjadi pemimpin yang berbahasa rakyat biasa. Mohd Najib kini seorang politik yang penuh sindiran tajam, bahasa yang mudah dan jenaka yang menusuk hati nurani rakyat.
Pakatan Harapan (PH) mendakwa tulisan dan serangan Mohd Najib sebagai mencurahkan air ke daun keladi. Kata-kata Mohd Najib tidak lagi dipercayai rakyat berikutan pendakwaan kes di mahkamah dan tuduhan-tuduhan penyelewengan.
Namun dalam masa yang sama hampir kesemua Menteri dan Timbalan Menteri berlumba-lumba menyerang beliau.
PH mengambil kesempatan mengejek dan merendah-rendahkan tindakan Mohd Najib bergaul dengan penunggang motosikal dan membawa slogan-slogan seperti “malu apa bossku” dan “bukan biase, biase”.
Mereka mendakwa Mohd Najib terlalu terdesak dan tertekan sehingga membawa budaya mat rempit dalam hidupnya.
Sebutan “bossku” ini merupakan slanga yang popular di kalangan anak negeri Sabah kemudiannya berkembang ke semenanjung Malaysia di kalangan anak-anak muda dan pelanggan restoran mamak. Di kedai mamak, ramai antara kita pernah mengungkap ayat “kira boss, berapa”, kepada pelayan sahaja.
Ungkapan-ungkapan ini dilihat remeh oleh sebahagian orang, namun ia merupakan satu projeksi luar biasa mengubah kebolehterimaan orang biasa terhadap Mohd Najib. Ia mempengaruhi pemikiran bawah sedar (subconscious mind) masyarakat untuk menilai semula watak Mohd Najib.
Mohd Najib popular di kalangan penduduk luar bandar, namun beliau tiada sokongan besar di kalangan anak muda. Mereka melihat Mohd Najib sebagai sosok aristokrat yang jauh berbeza dengan diri mereka.
Justeru selain mempamerkan kebolehan ekonomi beliau yang tiada tandingan di kalangan Menteri hari ini, Mohd Najib juga telah berjaya “transform” dirinya kepada satu figura politik yang menjadi trendsetter di media sosial.
Hari ini apa yang Mohd Najib buat dan lakukan di akaun media sosial menjadi ikutan dan gaya terkini. Jika sebelum pilihan raya membawa nama Najib Razak di media sosial akan menjadi satu “kehinaan”, hari ini Najib Razak adalah satu watak “cool”.
Marshall McLuhan dalam teori komunikasinya menyatakan “The medium is the message”. McLuhan telah merumuskan dalam zaman internet, medium itu sendiri adalah sebahgaian mesej. Mesej hanya akan mendapat sambutan jika mediumnya diterima baik oleh khalayak.
Apa yang Mohd Najib cakap sebelum pilihan raya sama sahaja dengan selepas pilihan raya, namun ketika itu watak Mohd Najib tidak diterima warganet (netizen), maka mesej-mesej beliau walau sehebat mana tidak mendapat sambutan seperti hari ini.
Hari ini dalam politik Malaysia, “Najib Razak” adalah medium yang berpadu dengan mesej. Fenomena Najib Razak ini membolehkan maklumat dan idea beliau meresap kepada rakyat tanpa banyak persoalan dan bantahan.
Hantaran Facebook gambar beliau memakai jubah konvokesyen sahaja mencecah 125 ribu likes dalam masa beberapa jam sahaja. Manakala gambar beliau bersama Sharul dan Shiro mencecah 65 ribu likes.
PH mendakwa populariti media sosial bukan ukuran sebenar. Inilah juga yang dilaungkan oleh Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya umum lalu bila mengulas populariti Dr Mahathir di media sosial.
Namun sejarah telah tercatat apa yang dianggap sebagai “sokongan palsu” di media sosial rupanya diterjemahkan dalam pilihan raya.
Populariti Mohd Najib bukan sahaja dilema kepada Kerajaan tetapi juga kepada BN. Bagaimana hendak menggunakan populariti Mohd Najib dan dalam masa yang sama cuba mengelak membawa beban politik besar iaitu pertuduhan-pertuduhan yang akan dibicarakan kelak?
Mohd Najib bukan calon yang bertanding maka kehadiran beliau tidak seharusnya menjadi bebanan kepada BN dalam mana-mana Pilihan Raya Kecil (PRK).
Sebaliknya momentum sokongan kepada beliau boleh menjadi satu faktor penambah sokongan kepada calon BN.
Dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda, pengarangnya ada melontarkan idea pengurusan politik yang sangat cantik.
Tulisnya,
Yang capik datang bertongkat,
Yang buta meraba-raba,
Yang tuli leka bertanya,
Yang kecil terambin lintang,
Yang jarak tolak-tolakan,
Yang pendek tinjau-meninjau,
yang kurap mengekor angin.
Masing-masing dengan gunanya :
Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta penghembus lesung,
Yang lumpuh penghalau ayam,
Yang pekung penjemuran,
Yang kurap pemikul tabuh.
Beban Mohd Najib juga cukup besar. Kes beliau disebut di seluruh dunia. Justeru tidak mustahil populariti Mohd Najib akan berakhir apabila perbicaraan kes beliau bermula. Namun ini sekadar andaian.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melalui dua kes liwat, terpenjara bertahun lamanya, namun sampai hari ini beliau masih merupakan figura popular dan bakal menjadi Perdana Menteri kelapan.
Percayalah dalam politik tiada apa yang mustahil. Sepuluh tahun lalu mustahil ada orang akan percaya bahawa Mahathir dan Anwar akan kembali bergabung dalam satu pasukan.
Justeru jangan terlalu awal mengenepikan sosok Najib Razak dalam politik Malaysia. Baik atau buruk Mohd Najib, beliau akan terus menghantui kerajaan sekurang-kurangnya dalam tempoh empat tahun ini.
Sinar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/02/18/najib-razak-fenomena-mampan-atau-bebanan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayah Saya Najib Razak Vs Kerajaan

Ayah Saya Najib Razak Vs Kerajaan

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 378 hits
Nooryana Najib Saya tidak boleh lupa hari hari yang berlalu selepas 9 Mei 2018 hari BN kalah pilihanraya umum ke 14 Pada pagi keesokan harinya ayah saya membaca surat khabar seperti biasa namun tajuk tajuk utama muka depan akhbar akhbar yan...
Malu Apa Bossku Popularkan Datuk Seri Najib Tun Razak

Malu Apa Bossku Popularkan Datuk Seri Najib Tun Razak

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 2243 hits
Poster gambar Najib menunggang motor dengan ayat malu apa bosku Malu apa bossku Najib Malu apa bossku itu tiga perkataan yang ditulis pada sebuah poster dengan gambar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunggang sebuah motosi...
Satu Kumpulan Dari Ph Cuba Membuat Provokasi Semasa Saya Melawat Ke Pekan Rabu Ds Najib Razak

Satu Kumpulan Dari Ph Cuba Membuat Provokasi Semasa Saya Melawat Ke Pekan Rabu Ds Najib Razak

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 406 hits
DS Najib Razak Saya diberitahu bahawa satu kumpulan dari PH cuba membuat provokasi semasa saya melawat ke Pekan RabuBeranang pagi tadi Mereka tidak puas hati bahawa saya berjalan jalan di sana dan telah minta saya keluar untuk berhadapan de...
Tun Razak Kalau Boleh Bangun Dia Cekik Najib Azmin

Tun Razak Kalau Boleh Bangun Dia Cekik Najib Azmin

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 431 hits
KAJANG Datang anak dia pergi swastakan Felda Kalau Almarhum Tun Razak boleh bangun dia cekik anak dia Itu gambaran Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membidas dakwaan Datuk Seri Najib yang Pakatan Harapan gagal menjaga legas...
Video The Real Najib Razak Tumpu Fakta Bukan Serang Peribadi Najib Beritahu Pemimpin Ph

Video The Real Najib Razak Tumpu Fakta Bukan Serang Peribadi Najib Beritahu Pemimpin Ph

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 405 hits
Sewaktu beliau tiba Datuk Seri Najib Razak memperlihatkan watak bersahaja berseorangan dengan berbaju serta berseluar slack putih imej yang tidak mungkin dibayangkan beberapa tahun lepas sewaktu beliau berpakaian formal dengan diiringi peng...
Melawan Fenomena Malu Apa Bossku Yang Dibawa Najib Rasanya Tun M Perlu Turun Sama Berkempen Di Semenyih

Melawan Fenomena Malu Apa Bossku Yang Dibawa Najib Rasanya Tun M Perlu Turun Sama Berkempen Di Semenyih

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 452 hits
Tiada siapa dapat menafikan populariti Najib Razak begitu melonjak tinggi ketika ini Beliau yang dulunya dibenci sehingga dijatuhkan pengundi kini lebih popular berbanding dulunya Ke mana saja beliau pergi sekurang kurangnya ratusan malah a...
Projek 1mdb Mula Jana Keuntungan Kerajaan Baru Boleh Ambil Kredit Kata Najib Razak

Projek 1mdb Mula Jana Keuntungan Kerajaan Baru Boleh Ambil Kredit Kata Najib Razak

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 390 hits
Alhamdulillah Fasa 1 Projek TRX bernilai RM40 bilion dari 1MDB sudah hampir siap walaupun telah tertunggak setahun selepas PH menang PRU14 Apabila semua fasa fasa projek ini siap sebanyak 250 syarikat dan firma antarabangsa akan beroperasi ...
Selepas Tagline Malu Apa Bossku Sekarang Najib Razak Tampil Dengan Tagline Baru Bukan Bisher Bisher

Selepas Tagline Malu Apa Bossku Sekarang Najib Razak Tampil Dengan Tagline Baru Bukan Bisher Bisher

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 504 hits
Makin famous dan digemari golongan marhaen tagline Malu Aper Bossku oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ini menjadi titik kebangkitan bekas PM tersebut selepas mendapat cemuhan akibat terlibat dengan skandal 1MDB Pun begitu Na...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


6 Ciri Harimau Jadian

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia