Rancang Cuti Sekolah Menakjubkan Di Gl Play Funpark Gamuda Luge Gardens
GL Play adalah cabang Rekreasi dan Hospitaliti Gamuda Land yang ditubuhkan pada Februari 2019. Sejak penubuhannya, GL Play telah menjadi tempat di mana keluarga dan orang ramai berkumpul untuk membentuk ikatan yang lebih rapat dalam komuniti. GL Play berpegang kepada prinsip “Di Mana Keseronokan Dibawakan Terus Kepada Anda!”
Menampilkan banyak aktiviti dan tarikan menarik di sekitar Gamuda Land Townships! Daripada Paya Indah Discovery Wetlands seluas 1,111 ekar yang gah di Gamuda Cove kepada Big Bucket Splash dan FunPark yang mesra keluarga di Gamuda Luge Gardens kepada Waterfront Superfly yang mendebarkan di Quayside di Twentyfive7, di mana terdapat sesuatu yang luar biasa dan istimewa di setiap lokasi kerana ia dirancang dengan teliti dan sangat teratur khusus buat umum.
Tahniah! GL Play by Gamuda Land merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah Percutian Keluarga ‘One Stop Centre’ Pilihan Pa&Ma.
Gamuda Luge Gardens Cipta Kegembiraan Keluarga
Cuti sekolah bakal tiba, tak tahu nak bawa anak ke mana nanti? Jom singgah bersama keluarga ke Gamuda Luge Gardens, sebuah taman hiburan yang direka dengan menawarkan nilai keseronokan dan kegembiraan untuk anda seisi keluarga. FunPark mempunyai enam tarikan yang sangat menakjubkan, termasuklah pelbagai ride mesra keluarga seperti Jelly Cup Twist, Fruity Frenzy, Jumpshot, dan Carousel yang menanti keriangan setiap pengunjung.
Akan datang Eye of Gardens dan Vroomerang pula bakal dibuka pada suku pertama 2024. Mesti ramai yang tidak sabar untuk datang dan cuba sendiri!
Serendah RM8 Boleh Bermain Di FunPark!
Bagi yang datang bersama keluarga, anda boleh memilih untuk hanya membayar perjalanan yang ingin anda cuba sahaja dan pastinya ia amat menjimatkan. Dengan cara ini, perjalanan anda ke FunPark bukanlah menjadi lawatan sepenuhnya sepanjang sehari, anda boleh meluangkan masa dan terus kembali untuk menikmati tarikan yang berbeza mengikut kehendak anda sendiri.
Anda juga boleh memilih dari enam tarikan yang hebat, setiap satunya tampil dengan tema dan keseronokan yang tersendiri, antaranya yang wajib anda cuba ialah:
Jellycup Twist (RM8 setiap perjalanan): Sesuai untuk kanak-kanak dan keluarga yang ingin merasai pengembaraan bersama-sama di dalam cawan ubur-ubur gergasi! Dihiasi rekaan yang berwarna-warni, ia membuatkan sesiapa sahaja akan teruja apabila ia berputar.
Fruity Frenzy (RM8 setiap perjalanan): Adakah anda bersedia untuk berputar di sekitar cawan buah raksasa? Ikat ketat diri anda ke tempat duduk berbentuk tembikai dan tunggu untuk diangkat ke udara sebelum berputar di sambil dikelilingi buah-buahan berwarna-warni. Mesti anak anda tidak mahu lepaskan peluang ini!
Jumpshot (RM8 setiap perjalanan): Khas untuk anak-anak yang mahukan suatu yang ekstrem, enam kanak-kanak akan dibawa ke dalam perjalanan bertemakan katak comel dan diangkat tujuh meter ke udara. Sangat selamat, namun mendebarkan, pengembaraan untuk anak-anak yang tak gentar suatu yang baru.
Carousel (RM8 setiap perjalanan): Carousel karnival berwarna-warni adalah pintu masuk ajaib ke alam ria penuh menyeronokkan untuk si anak-anak kecil, sangat luar biasa dan menghiburkan.
* Vroomerang (RM12 setiap perjalanan): Adakah anda bersedia untuk berputar, berpusing, dan meluncur ke trek setinggi 10 meter dan kemudian kembali semula dengan jeritan? Inilah masanya untuk kongsi kegembiraan bersama keluarga tersayang!
* Eye of Gardens (RM12 setiap perjalanan): Ketinggian 50 meter, ini adalah roda ferris terbesar dan tertinggi di Malaysia! Ia sangat sesuai untuk keluarga, rakan, atau pasangan yang ingin menikmati pemandangan persekitaran Gamuda Gardens yang indah dan menenangkan.
* Ditetapkan untuk dibuka pada Q1 2024
Waktu operasi FunPark:
Isnin, Selasa, Khamis : 12.00 malam hingga 9.00 malam
Jumaat, Sabtu, Ahad, dan Cuti umum: 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Ditutup pada hari Rabu kecuali cuti umum dan cuti sekolah Malaysia.
Sekiranya anda ingin menjimatkan lebih banyak masa, FunPark menawarkan dua pakej untuk pengunjung yang ingin menikmati setiap tarikan utama mereka. Pakej pertama memberi anda Lima perjalanan penuh menarik dengan harga RM35, sementara pakej kedua berharga RM65 untuk 10 tarikan.
Big Bucket Splash
Meliputi 10,000 kaki persegi, Big Bucket Splash mempunyai pelbagai gelongsor air yang menarik untuk anda cuba. Dari kolam cetek, baldi besar yang mencurahkan air dan banyak lagi adalah satu pengalaman hebat yang wajib anda rasai di sini. Terletak di Gamuda Luge Gardens dan hanya bersebelahan dengan FunPark dan Skyline Luge KL, Big Bucket Splash, sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi aktiviti kekeluargaan seperti sambutan hari jadi, lawatan dan banyak lagi.
Harga untuk bermain aktiviti air di Big Bucket Splash adalah RM20 setiap tiga jam untuk orang dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak setiap sesi tiga jam.
Waktu operasi untuk Big Bucket Splash:
Hari minggu (Isnin, Selasa, Khamis, dan Jumaat)
Sesi 1: 12 petang hingga 3 petang
Sesi 2: 3.30 petang hingga 6.30 petang
Sesi 3: 7 petang hingga 10 malam
Hujung minggu (Sabtu, Ahad, dan Cuti umum)
Sesi 1: 8.30 pagi hingga 11.30 pagi
Sesi 2: 12 petang hingga 3 petang
Sesi 3: 3.30 petang hingga 6.30 petang
Sesi 4: 7 petang hingga 10 malam
Ditutup pada hari Rabu kecuali cuti umum dan cuti sekolah Malaysia.
Cabar Adrenalin di Skyline Luge Kuala Lumpur
Skyline Luge Kuala Lumpur adalah taman Luge pertama di Malaysia dengan tapak Luge ke-8 terbesar di dunia, selepas berjaya sebagai destinasi pelancongan terkemuka di New Zealand, Kanada, Singapura dan Korea Selatan, kini ia tiba di Malaysia.
Anda akan dibawa menyelusuri cerun bukit dengan graviti memang suatu yang mencabar, di sini anda perlu bijak mengawal kereta luge sebaiknya untuk sampai ke penamat.
Selain dapat melakukan pelbagai aktiviti lasak di sini, keunikan terbaru di sini pastinya adalah Skyride (chairlift) yang mampu membawa empat orang ke terminal sambil menyaksikan pemandangan yang menakjubkan.
Waktu operasi untuk Skyline Luge KL:
Isnin, Selasa, dan Khamis: 10 pagi hingga 6 petang
Jumaat, Sabtu, dan Ahad : 10 pagi hingga 10 malam
Ditutup pada hari Rabu kecuali cuti umum dan cuti sekolah Malaysia.
The post Rancang Cuti Sekolah Menakjubkan Di GL Play FunPark @ Gamuda Luge Gardens appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/rancang-cuti-sekolah-menakjubkan-di-gl-play-funpark-gamuda-luge-gardens/