Rampasan Tahfiz Darul Anuar Kakitangan Dipaksa Keluar



Kenyataan Media Isu Pencerobohan Darul Anuar pada awal pagi 16 Disember 2018

Saya sangat berdukacita dengan kejadian pagi tadi.

1. Tindakan pihak tidak bertanggung jawab menceroboh secara tidak berakhlak dan beretika ke kawasan sekolah Darul Anuar amat dikesalkan.

2. Awal pagi tadi, berlaku dua kejadian yang sangat mendukacitakan pihak Lembaga pengarah Darul Anuar sebagai pihak  bertanggung jawab dan diberikan hak untuk mengendalikan sekolah ini.

3. Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 6.00 pagi tadi, terdapat suspek yang memecah pintu sekolah dan menceroboh kawasan bangunan dan pejabat pentadbiran Darul Anuar.

4. Tindakan ini satu jenayah kerana kawasan ini masih ditadbir Lembaga Pengarah Darul Anuar.

5. Selain menceroboh, pelaku jenayah ini turut memecah masuk ruang pejabat mengeledah peralatan milik Darul Anuar.

6. Pihak Lembaga Pengarah sedang menyiasat sekiranya berlaku kecurian atau kemusnahan terhadap dokumen-dokumen penting milik Darul Anuar.

7. Saya mengulangi, bahawa sesuai dengan amanat arwah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (ATGNA), status Darul Anuar adalah jelas; ia diamanahkan untuk dikendalikan pihak Lembaga Pengarah.

8. Tidak pernah dalam apa juga keadaan atau apa juga kenyataan atau bukti bertulis, bahawa Darul Anuar diserahkan kepada mana-mana pihak selain Lembaga Pengarah yang telah dan sedang menjalankan semua tadbir urus Darul Anuar sejak sekian lama.

9. Pihak Lembaga Pengarah akan membuat laporan polis berikutan perlakuan pencerobohan awal pagi tadi.

10. Ini satu jenayah serius terhadap kepentingan hartanah dan sekolah yang diamanahkan kepada Lembaga Pengarah untuk dijaga dan diselia dengan cara yang wajar dan berhemah.

11. Kami juga akan mengambil tindakan perundangan terhadap pihak luar yang muncul pada 8.00 pagi tadi dan mengambil alih secara tidak berperundangan.

12. Adalah tidak wajar pihak luar merampas pentadbiran Darul Anuar dengan menghalau kakitangan yang diamanahkan Lembaga Pengarah untuk menjaga sekolah ini.

13. Tindakan pencerobohan, kerosakan harta-benda, penggelidahan dan pengambil alihan tanpa etika dan bersifat jenayah ini adalah tidak sepatutnya berlaku.

14. Semua pihak patut berhemah dan mengutamakan akhlak agama dengan membiarkan undang-undang menyelesaikan krisis ini tanpa sebarang perlakuan kasar dan tidak bermoral.

15. Saya amat kesal dengan perbuatan ini dan meminta pihak polis segera menjalankan siasatan. Tindakan ini satu ancaman keselamatan kepada Lembaga Pengarah dan penjawat bertugas di Darul Anuar.

Sekian. Terima kasih.

Ustaz Nik Omar Nik Ab. Aziz
Pengerusi
Lembaga Pengarah
Maahad Darul Anuar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/12/rampasan-tahfiz-darul-anuar-kakitangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Ceroboh Maahad Darul Anuar Tidak Berakhlak Dan Beretika Kata Nik Omar

Tindakan Ceroboh Maahad Darul Anuar Tidak Berakhlak Dan Beretika Kata Nik Omar

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 501 hits
MALAYSIA DATELINE Pengerusi Lembaga Pengarah Maahad Darul Anuar Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz amat dukacita dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menceroboh maahad berkenaan secara tidak beretika dan berakhlak awal pagi tadi Kata beliau...
Tindakan Keji Pas Kelantan Kucar Kacir Maahad Darul Anuar

Tindakan Keji Pas Kelantan Kucar Kacir Maahad Darul Anuar

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 512 hits
Pengetua Maahad Darul Anuar Nik Omar Nik Abdul Aziz menyifatkan usaha pihak tertentu untuk mengucar kacirkan sekolah tersebut sebagai berniat jahat Katanya ketika segala persiapan untuk menghadapi sesi persekolahan 2019 berjalan tidak dinaf...
Shamsul Anuar Sahkan Enam Lagi Ahli Parlimen Keluar Umno

Shamsul Anuar Sahkan Enam Lagi Ahli Parlimen Keluar Umno

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 525 hits
KUALA LUMPUR Ketua Penerangan UMNO Datuk Shamsul Anuar Nasarah mengesahkan enam lagi ahli Parlimen UMNO keluar daripada parti itu hari ini termasuk ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainuddin Shamsul Anuar yang juga ahli Parlimen Lenggo...
Ceroboh Darul Anuar Nik Omar Ambil Tindakan Perundangan

Ceroboh Darul Anuar Nik Omar Ambil Tindakan Perundangan

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 428 hits
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANINik Omar Nik Abd Aziz SHAH ALAM Pengerusi Lembaga Pengarah Maahad Darul Anuar Nik Omar Nik Abd Aziz melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggung jawab menceroboh secara tidak berakhlak dan beretika...
Usaha Kucar Kacirkan Maahad Darul Anuar Berniat Jahat Ustaz Nik Omar

Usaha Kucar Kacirkan Maahad Darul Anuar Berniat Jahat Ustaz Nik Omar

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 486 hits
Pengetua Maahad Darul Anuar Nik Omar Nik Abdul Aziz menyifatkan usaha pihak tertentu untuk mengucar kacirkan sekolah tersebut sebagai berniat jahat Katanya ketika segala persiapan untuk menghadapi sesi persekolahan 2019 berjalan tidak dinaf...
Ceroboh Darul Anuar Polis Dipohon Bertindak Sebelum Pergaduhan Berlaku

Ceroboh Darul Anuar Polis Dipohon Bertindak Sebelum Pergaduhan Berlaku

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 519 hits
Hazmi HassanPemuda AMANAH Kelantan menggesa pihak polis mengambil tindakan wajar dalam menangani pencerobohan Maahad Darul Anuar di Pulau Melaka semalam Menurut ketuanya Hazmi Hassan pihaknya memohon pihak polis memberi penjelasan yang muna...
Seluruh Kepimpinan Umno Sabah Isytihar Keluar Umno Sokong Pm Dr Mahathir Pakatan Harapan

Seluruh Kepimpinan Umno Sabah Isytihar Keluar Umno Sokong Pm Dr Mahathir Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 420 hits
Seluruh kepimpinan UMNO Sabah sebentar tadi mengumumkan peletakan jawatan serta bertindak keluar parti serta merta Pengerusi UMNO Negeri Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu sidang media khas memaklumkan UMNO Sabah kini bergerak sebagai perger...
Wakil Rakyat Umno Sabah Keluar Parti Sokong Dr M

Wakil Rakyat Umno Sabah Keluar Parti Sokong Dr M

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 573 hits
Sekumpulan besar Anggota Parlimen Umno Sabah dan anggota Dewan Undangan Negeri keluar parti dan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Mereka termasuk Anggota Parlimen Beluran Ronald Kiandee Anggota Parlimen Kudat...
Ada Golongan Bangsawan Yang Mendorong Ahli Keluar Umno

Ada Golongan Bangsawan Yang Mendorong Ahli Keluar Umno

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 775 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa ada golongan bangsawan yang menjadi pendorong hampir kesemua pemimpin utama Umno Sabah bertindak keluar parti Dakwaan Khairy itu dibuat bagi menjawab soalan pengikutn...
Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah

Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 Kpm

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Best Recipetin Beef Ribs

4fingers For Lunch

Cindy Prado S Legs And Feet In Tights


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hantar Borang Pencen

Itinerari Malam Sabtu Tahun Baharu 2026 Membeli Belah Dan Santai Di Pj Night Car Boot Sale

Kotak Kurma Eksklusif Tarikan Utama Jualan Ramadan 2026

Jalan Jalan Cari Makan

Skandal Bekas Wanita Pertama Korea Selatan Menggoncang Landskap Politik Negara

Semangat Muda Di Usia Emas Inspirasi Perjalanan Seorang Warga Emas Berusia 68 Tahun