Ceroboh Darul Anuar Polis Dipohon Bertindak Sebelum Pergaduhan Berlaku


Hazmi HassanPemuda AMANAH Kelantan menggesa pihak polis mengambil tindakan wajar dalam menangani pencerobohan Maahad Darul Anuar (Mada) di Pulau Melaka semalam
Menurut ketuanya,  Hazmi Hassan, pihaknya memohon pihak polis memberi penjelasan yang munasabah, mengapakah mereka tidak mengambil tindakan yang sewajarnya, iaitu membuat siasatan yang mendalam berkenaan isu ini
“Adakah pihak polis hanya menunggu satu pergaduhan berlaku terlebih dahulu baru hendak mengambil tindakan
“Adakah perlu kejadian sehingga berlaku rusuhan sebagaimana kes kuil di seafield berulang, baru pihak polis hendak bertindak?” soalnya dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini
Menuritnya pada 16 Disember 2018, satu laporan polis telah dibuat oleh pekerja Mada berkenaan satu pencerobohan yg telah dan sedang berlaku di Mada dan memohon bantuan pihak polis
“Berdasarkan dari rakaman cctv, terdapat ramai orang telah berkumpul di ruangan luar pejabat Mada, dan kemudiannya telah menceroboh ruangan Pejabat Mada
“Pejabat Mada sentiasa berkunci, dan disyaki pihak tersebut telah memecah masuk pejabat Mada
“Tidak cukup dengan tindakan pencerobohan tersebut, pekerja Mada juga dihalau keluar malah menyebabkan timbul perasaan takut kepada beberapa orang pekerja Mada sehinggakan tidak dapat bertugas,” katanya
Sebahagian barang bukti menunjukkan tombol pintu yang telah dipecahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab memasuki Maahad Darul Anuar
Setelah laporan tersebut dibuat katanya. pihak polis memaklumkan kepada pengadu, bahawa polis pihak tidak boleh mengambil tindakan kerana alasan perkara ini hanyalah melibatkan perbalahan keluarga sahaja kecuali berlakunya pergaduhan
“Polis juga memaklumkan pihak penceroboh telah membuat laporan polis, yang mana di dalam laporan tersebut telah menyatakan pihak penceroboh telah mempunyai surat kebenaran dan mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan Mada walaupun laporan polis tersebut tidak ditunjukkan oleh pihak polis,” katanya
Beliau terkejut dengan alasan perkara ini melibatkan perbalahan keluarga dan pihak polis hanya akan bertindak sekiranya berlaku pergaduhan
“Adakah kejadian jenayah dilakukan terhadap ahli keluarga sendiri kecuali pergaduhan, tidak dikira atau dianggap kes jenayah?,” soalnya
“Dalam kes Madakatanya, ia bukan hanya sekadar perbalahan ahli keluarga, yang mana hari ini berbalah, esok boleh  berbaik semula
“Ianya juga melibatkan pekerja Mada dan punca perbalahan ini adalah kerana perbezaan politik
“Lebih-lebih lagi ianya melibatkan tokoh-tokoh di dalam parti,” katanya
Isu kedua katanya, pihak penceroboh telah membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum menceroboh Mada
“Penceroboh mendakwa pihak mereka mempunyai surat kebenaran dan telah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Mada
“Adalah suatu yang pelik, bila pihak yang menceroboh membuat laporan polis sedangkan pihak menceroboh menyatakan telah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Mada
“Kalau benar pihak menceroboh telah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Mada, apakah keperluan pihak menceroboh membuat laporan polis
“Jelas sekali pihak penceroboh telah membuat satu laporan polis yang palsu,” katanya
Berita penuh https://malaysiadateline.com/ceroboh-mada-pemuda-amanah-mahu-polis-ambil-tindakan-wajar/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://agendsai.blogspot.com/2018/12/ceroboh-darul-anuar-polis-dipohon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Ceroboh Maahad Darul Anuar Tidak Berakhlak Dan Beretika Kata Nik Omar

Tindakan Ceroboh Maahad Darul Anuar Tidak Berakhlak Dan Beretika Kata Nik Omar

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 363 hits
MALAYSIA DATELINE Pengerusi Lembaga Pengarah Maahad Darul Anuar Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz amat dukacita dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menceroboh maahad berkenaan secara tidak beretika dan berakhlak awal pagi tadi Kata beliau...
Ceroboh Darul Anuar Nik Omar Ambil Tindakan Perundangan

Ceroboh Darul Anuar Nik Omar Ambil Tindakan Perundangan

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 295 hits
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANINik Omar Nik Abd Aziz SHAH ALAM Pengerusi Lembaga Pengarah Maahad Darul Anuar Nik Omar Nik Abd Aziz melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggung jawab menceroboh secara tidak berakhlak dan beretika...
Usaha Kucar Kacirkan Maahad Darul Anuar Berniat Jahat Ustaz Nik Omar

Usaha Kucar Kacirkan Maahad Darul Anuar Berniat Jahat Ustaz Nik Omar

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 304 hits
Pengetua Maahad Darul Anuar Nik Omar Nik Abdul Aziz menyifatkan usaha pihak tertentu untuk mengucar kacirkan sekolah tersebut sebagai berniat jahat Katanya ketika segala persiapan untuk menghadapi sesi persekolahan 2019 berjalan tidak dinaf...
Tindakan Keji Pas Kelantan Kucar Kacir Maahad Darul Anuar

Tindakan Keji Pas Kelantan Kucar Kacir Maahad Darul Anuar

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 350 hits
Pengetua Maahad Darul Anuar Nik Omar Nik Abdul Aziz menyifatkan usaha pihak tertentu untuk mengucar kacirkan sekolah tersebut sebagai berniat jahat Katanya ketika segala persiapan untuk menghadapi sesi persekolahan 2019 berjalan tidak dinaf...
Polis Rasa Tak Puas Hati Punca Pergaduhan Di R R Gambang

Polis Rasa Tak Puas Hati Punca Pergaduhan Di R R Gambang

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 497 hits
KUANTAN Polis hari ini mengesahkan rasa tidak puas hati sebagai punca pergaduhan antara kakitangan gerai di Kawasan Rehat dan Rawat Gambang di sini dengan pemandu bas ekspres yang videonya tular di laman sosial Ketua Polis Daerah Kuantan AC...
Rampasan Tahfiz Darul Anuar Kakitangan Dipaksa Keluar

Rampasan Tahfiz Darul Anuar Kakitangan Dipaksa Keluar

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 310 hits
Kenyataan Media Isu Pencerobohan Darul Anuar pada awal pagi 16 Disember 2018Saya sangat berdukacita dengan kejadian pagi tadi 1 Tindakan pihak tidak bertanggung jawab menceroboh secara tidak berakhlak dan beretika ke kawasan sekolah Darul A...
Cuba Pecah Masuk Rumah Walaupun Perbuatannya Dirakam Lelaki Ini Sempat Senyum Sinis Sebelum Dibawa Ke Balai Polis

Cuba Pecah Masuk Rumah Walaupun Perbuatannya Dirakam Lelaki Ini Sempat Senyum Sinis Sebelum Dibawa Ke Balai Polis

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 282 hits
Seorang lelaki melakukan tindakan di luar jangkaan apabila tetap mengambil keputusan untuk memecah masuk sebuah rumah meskipun dia menyedari rumah tersebut berpenghuni Insiden yang mengejutkan ini dilaporkan berlaku pada 5 Disember lalu di ...
Anwar Berunding Sebelum Lantik Pengerusi Pkr Negeri Saifuddin

Anwar Berunding Sebelum Lantik Pengerusi Pkr Negeri Saifuddin

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 300 hits
THE MALAYSIAN TIMES PUTRAJAYA Keputusan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelantikan pengerusi negeri parti itu bukan dibuat secara peribadi sebaliknya ia dilakukan selepas rundingan dengan ketua ketua cabang selama sebulan ka...
Mahu Anak Tinggalkan Tabiat Hisap Puting Sebelum Setahun Dah Kena Slow Slow Buat

Mahu Anak Tinggalkan Tabiat Hisap Puting Sebelum Setahun Dah Kena Slow Slow Buat

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 267 hits
Bayi mempunyai refleks semulajadi untuk menghisap Oleh itu penyusuan badan botol dan puting adalah satu perkara yang amat menenangkan mereka Walau bagaimanapun adalah baik jika anda menghadkan penggunaan puting kosong oleh bayi anda apabila...
Adapting To Consumer Behavior

Kfc Malaysia Tutup Lebih 100 Restoran Francais Kesan Boikot

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Keluarga Berang Terima Kiriman Jenazah Individu Lain

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech

There Is An Awakening

App Inarah

Netizen Mohon Maaf Asyik Mengutuk Ruhainies Beri Respon Saya Dah Tak Fikir Sekarang Nak Fokus On Being Happy



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Bagaimana Arab Saudi Menjadi Semakin Hijau

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Cik Piah Nak Suami Raya Chord

Dap Sudah Perangai Sama Sakau Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Nga Kor Ming Azmin Ali