Ramona Tidak Sabar Kembali Aktif






Hampir dua tahun memberi fokus terhadap keluarga, pelakon, Ramona ZamZam mengakui tidak sabar untuk kembali ke set penggambaran dan bekerja seperti biasa memandangkan anaknya, Ivanna Alashkar yang berusia setahun enam bulan, sudah mula dihantar ke taska.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu produk bayi jenama Nuna di The Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, pemilik nama Ros Ramona Qadira Mohd. ZamZam memberitahu, keputusan untuk aktif semula turut disokong oleh suaminya, Rami Alashkar.

Biarpun terbit sedikit rasa bersalah kerana perlu berjauhan dengan anaknya, namun Ramona, 29, akur dengan cabaran yang perlu ditempuhinya apabila bekerja semula.

Sudah terbiasa bekerja sejak usia remaja, Ramona mengakui, perasaan rindu pada dunia lakonan begitu menebal sekali gus mendorongnya untuk kembali aktif sebagai pelakon.

Bagaimanakah kehidupan anda selepas bergelar ibu?

RAMONA: Alhamulillah, sangat hebat dan tidak terasa sebenarnya sudah setahun enam bulan saya membesarkan Ivanna. Sejak hamil hingga sekarang, memang perhatian dan masa diberi kepadanya kerana dia cahaya mata pertama, jadi saya memerlukan ruang untuk belajar tentang dunia keibubapaan. Ivanna sudah pun berhenti menyusu badan sejak dia melepasi umur setahun, jadi saya akan berlakon semula.

Siapakah yang akan menjaga anak apabila anda keluar bekerja?

Saya sudah mula menghantarnya ke pusat asuhan atau taska sejak tiga minggu lalu bagi membiasakan Ivanna dengan persekitaran baharu. Pada mulanya, dia menangis apabila dihantar ke taska, tetapi sekarang sudah okey. Mungkin dia juga sudah seronok berkawan di sana.

Apakah perasaan anda saat pertama kali menghantar anak ke taska?

Sangat gelisah, bimbang dan pelbagai perasaan bercampur aduk. Namun, saya perlu kuatkan diri kerana mahu bekerja semula. Mungkin ada yang berpendapat saya mementingkan diri kerana sibuk mahu bekerja semula, tetapi bagi saya bekerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa tidak menjadikan nilai seorang ibu itu berkurangan.

Adakah suami anda menyokong keputusan untuk kembali aktif berlakon?

Ya, suami saya bukan seorang yang suka mengongkong atau menentukan apa yang perlu saya lakukan dalam hidup. Dia tahu saya sayangkan kerjaya dan tidak pernah menghalang saya bekerja meskipun selepas mempunyai anak. Saya berehat setahun lebih sebelum ini atas pilihan sendiri, jadi apabila saya beritahu ingin bekerja semula, suami tiada bantahan, sebaliknya menyokong apa yang boleh menggembirakan saya.

Sudahkah anda menerima tawaran untuk projek baharu?

Saya baru sahaja hendak menghubungi semula rakan-rakan pengarah dan penerbit untuk memaklumkan saya kini sudah bersedia dan mahu berlakon semula. Saya rindu untuk berada di set penggambaran terutama bagi projek drama bersiri.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/06/ramona-tidak-sabar-kembali-aktif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Enam Bulan Pasca Kejadian Tsunami Ifan Seventeen Kembali Aktif Manggung

Enam Bulan Pasca Kejadian Tsunami Ifan Seventeen Kembali Aktif Manggung

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 373 hits
Peristiwa tsunami yang melanda Banten pada akhir tahun lalu menjadi peristiwa yang tidak akan pernah dilupakan oleh Riefian Fajarsyah atau yang lebih dikenal dengan nama Ifan Seventeen Enam bulan pasca peristiwa tersebut Ifan kembali aktif ...
Tok Mat Sambut Baik Ahmad Zahid Kembali Aktif Alu Alukan Presiden Umno

Tok Mat Sambut Baik Ahmad Zahid Kembali Aktif Alu Alukan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 349 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan menyambut baik pengumuman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa beliau kembali aktif memimpin UMNO Katanya sememangnya Presiden UMNO itu patut kembali bertugas kerana UMNO perlu di...
Airlangga Dinilai Pantas Kembali Jadi Ketum Golkar Dan Maju Capres 2024

Airlangga Dinilai Pantas Kembali Jadi Ketum Golkar Dan Maju Capres 2024

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 237 hits
Kinerja Ketua Umum Golkar Airlangga Hartarto kini tengah diuji Salah satunya mempertahankan kursi kepemimpinannya untuk kali kedua Kemudian bisa menatap menjadi salah satu kandidat Capres 2024 seperti yang diutarakan putra Agung Laksono Dav...
Bidang Pengurusan Risiko Siber Peluang Wanita Kembali Bekerja

Bidang Pengurusan Risiko Siber Peluang Wanita Kembali Bekerja

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 270 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Durian Yang Kembali Menghantui Para Peminatnya

Durian Yang Kembali Menghantui Para Peminatnya

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 733 hits
Durian Yang Kembali Menghantui Para PeminatnyaAssalamualaikum w b tMaka bermualah episod harri hari terpandang durian di merata tempat Tidak mengira apa jenis durian yang pasti semuanya membuatkan hatiku meronta ronta bagaikan orang yag men...
Apple Memanggil Kembali Sebahagian Macbook Pro 15 Inci Dengan Paparan Retina Disebabkan Masalah Bateri

Apple Memanggil Kembali Sebahagian Macbook Pro 15 Inci Dengan Paparan Retina Disebabkan Masalah Bateri

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 217 hits
Apple hari ini mengumumkan panggilan kembali untuk komputer riba MacBook Pro dengan paparan Retina bersaiz 15 inci yang dijual bermula pertengahan 2015 lepas mengatakan komputer riba berkenaan mempunyai masalah bateri yang membawa risiko ke...
Black Manta Sah Akan Kembali Dalam Filem Aquaman 2

Black Manta Sah Akan Kembali Dalam Filem Aquaman 2

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 266 hits
Pelakon filem Aquaman Yahya Abdul Mateen II yang membawakan watak pejahat Black Manta mengesahkan bahawa karakternya itu akan kembali dalam filem kedua adiwira DC itu Beliau mendedahkan berita tersebut kepada tetamu yang menghadiri panel Aq...
Drama Hilang Yang Kembali

Drama Hilang Yang Kembali

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 989 hits
Nantikan drama bersiri Hilang Yang Kembali yang dibintangi oleh Aqasha Emelda Rosemila Azhan Rani Zamarul Hisham Nafiz Muaz dan ramai lagi Drama terbitan Padi Pictures arahan Amor Rizan Akan menghiasi slot Samarinda TV3 pada bulan Ogos nant...
Pergi Tak Kembali Lagi Menggamit Memori Indah Ustaz Asri Ibrahim

Pergi Tak Kembali Lagi Menggamit Memori Indah Ustaz Asri Ibrahim

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 645 hits
Selamat malam semua malam ini nak share kembali nasyid lama iaitu Pergi Tak Kembali dari kumpulan Rabbani Di nyanyi oleh Almarhum Ustaz Asri Ibrahim Siapa tak kenal mereka pernah hebat sekitar awal 90 an sehingga awal 2000 an Dengan kelunak...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai