Pergi Tak Kembali Lagi Menggamit Memori Indah Ustaz Asri Ibrahim
Selamat malam semua, malam ini nak share kembali nasyid lama iaitu Pergi Tak Kembali dari kumpulan Rabbani. Di nyanyi oleh Almarhum Ustaz Asri Ibrahim. Siapa tak kenal mereka pernah hebat sekitar awal 90-an sehingga awal 2000-an. Dengan kelunakan suara almarhum Ustaz Asri Ibrahim sudah memukau para peminat nasyid amnya. Naim cerita kembali penglibatan awal Almarhum Ustaz Asri Ibrahim di dalam arena nasyid tanah air ini. Insha Allah dalam seringkas mungkin.
Penglibatan awal Ustaz Asri Ibrahim bermula di dalam kumpulan Nadamurni. Nadamurni hadir pada awal 80-an macam itu. Pada waktu Naim tak hadir di dunia fana lagi. Nadamurni daripada Jemaah Ar-Aqram. Selepas ada masalah di dalam negara amnya berkisar Jemaah Ar Aqram. Nadamurni mula berpecah menjadi Hijjaz dan Rabbani. Manakala Raihan daripada The Zikr, sezaman dengan Nadamurni.
Itu sahaja yang dapat Naim coretkan dalam entri kali ini, Nak cerita pun ramai rakan-rakan blogger mengemuka sejarah kumpulan Nadamurni ini. Kehebatan nasyid dahulu terletak pada lirik dan bagaimana penyanyi membawa irama dan penghayatan nasyid ini tensendiri. Berbalik pada lagu Pergi Tak Kembali membawa kita frasa terakhir di dunia akan ketemu Sang Pencipta kita pada alam yang lain iaitu Alam Baqa. Jom hayati kembali nasyid lama ini.
LIRIK
Setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa
Jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim (Amalan di dunia)
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula (Bicara pun bermula)
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi (Di alam barzakh)
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan airmata
Yang pergi…
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2019/06/pergi-tak-kembali-lagi-menggamit-memori.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)