Durian Yang Kembali Menghantui Para Peminatnya
Durian Yang Kembali Menghantui Para PeminatnyaAssalamualaikum w.b.tMaka bermualah episod harri-hari terpandang durian di merata tempat. Tidak mengira apa jenis durian, yang pasti semuanya membuatkan hatiku meronta-ronta bagaikan orang yag mengidam. Belum jumpa lagi yang betul-betul 'ummphh' ni. Sukarnya nak mengikut demand lidah, tapi kalau tak dapat tak senang duduk.
Masa kecil tahu 2 jenis durian sahaja. Durian kampung dan juga durian kahwin. Banyak beza yang nampak pada masa dahulu. Durian kampung kecil dan sederhana, isinya nampak putih dan baunya macam pahit-pahit manis. Kulit nampak segar sebab durian kampung selalunya durian kampung pokok tinggi. Jadi cahaya matahari dan terlebih dari cukup. Nampak tak imaginasi kanak-kanak- masa tu.
Durian kawin memang jarang makan sebab, harga nya mahal. Masa dulu kalau durian kahwin, sebiji durian kahwin boleh dapat sampai 5-6 biji durian kampung. Mestilah pilih yang banyak. Isi durian kahwin sangat lah tebal dan rasa dia sangat lemak berkrim. Makan satu ulas pun dan muak. Jadi kurang sikit perasaan tamak nak makan durian. Susah nak dapat sebab kena pergi pekan baru jumpa.
Bubur Durian.
Ini memang menjadi kemestian bila musim duria. Tapi bubur paling sedap adalah dari durian kampung. Sebab ada rasa pahit dan mahis. Kuah nampak putih sedap saja. Durian kahwin pul agak kurang sesuai pada masa dulu sebab terlalu lemak berkrim. Memang pernah buat bubur rasanya dimenangi oleh durian kampung.
Semua itu sudah berubah sekarang. Lambakan durian dan harganya juga telah begitu banyak mempengaruhi buah durian itu sendiri. Bagi khaty senang sahaja. Ada keinginan cari terus. Tetapi lihat lah pada isi poket masing-masing. Durian sekarang bukan setakat kena duri tajam tu sakit, kadang-kadang harga tu masyaAllah mahalnya memang tak boleh bawa bincang. Mahal ya Rabbi. Sakit hati tengok. Mahalnya setarafnya gelarannya. Raja buah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.khatyaiman.com/2019/06/durian-yang-kembali-menghantui-para.html