Rambut Sihat Menawan Dengan Asmak Hair Care


Greetings and Assalamualaikum to all.

Rambut Sihat Menawan dengan Asmak Hair Care. Rambut ibarat mahkota baik bagi wanita mahupun lelaki. Tak hairanlah bila kita semua mendambakan rambut yang sihat, hitam, lebat, dan beralun. Sekiranya jarang dicuci, kesihatan rambut akan mula terjejas. Kegatalan kulit kepala, kelumumur, kulit berminyak, rambut gugur dan rambut kering merupakan antara masalah yang sering dihadapi individu tak terkecuali wanita bertudung. Oleh itu, penjagaan kulit kepala dan rambut tidak boleh diabaikan


Tahukah anda bahawa rambut berfungsi untuk mencegah hilangnya panas dari kepala seseorang. Selain itu rambut merupakan tisu paling cepat tumbuh pada tubuh seseorang manusia. Penjagaan dari segi pemakanan, mendapat rehat yang cukup serta penggunaan produk boleh membantu kita mendapat kulit kepala dan rambut yang sihat. Penggunaan produk yang baik serta bebas bahan kimia merbahaya menjadi pilihan Shad dan sekeluarga. Produk rambut yang Shad cuba kali ini dari MHAM Sdn Bhd.

MHAM Sdn Bhd (Minyak Herba Asmak Mujarab) ialah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan berasaskan herba dan bahan semulajadi sebagai pilihan alternatif yang selamat dan berkualiti. MHAM mengeluarkan lebih 40 produk termasuklah produk penjagaan diri (badan & rambut), Minyak Herba Asmak, Bedak Asmak, Asmak Baby Care, produk makanan seperti Jus Asmak Gold, Asmak Herbs, Madu Asli dan juga produk penjagaan wajah, Kaisa Skincare.

Set penjagaan rambut Asmak Hair Care dari MHAM yang terdiri daripada shampoo rambut iaitu Bunga Raya Plus Shampoo, moisturizer rambut Hair Moisturizer And Serum dan juga minyak rambut, Sevenis Hair Oil. 
Shampoo Bunga Raya Plus
Shampoo Bunga Raya Plus 6-in-1, 500ml - RM49
Shampoo Bunga Raya Plus sesuai untuk semua peringkat umur, dari kanak-kanak hinggalah warga emas. Ia mampu untuk memberi kelembapan pada kulit kepala, disamping mempunyai fungsi anti-kelumumur dan anti-gatal. Bahan utama Shampoo Bunga Raya Plus termasuklah Ekstrak Bunga Raya, Coconut Oil, Babassu Oil, Tea Tree Oil, Jojoba Oil dan Acerola


Kebaikan Shampoo Bunga Raya Plus:> Bunga Raya – Merawat rambut yang keguguran dan kulit kepala yang gatal. Melebatkan, menghitamkan dan melembutkan rambut. > Coconut Oil – Melindungi rambut dari kerosakan akibat sinar matahari, menyuburkan rambut, sebagai conditioner, mengurangkan kelumumur, mangatasi rambut bercabang, menyihatkan kulit kepala, memberi protein pada rambut, melembap dan melembutkan rambut, mencegah uban. > Babassu Oil – Menyegarkan kulit kepala. > Tea Tree Oil – Melembapkan kulit kepala dan mengurangkan kelemumur dan rambut gugur > Jojoba Oil – Mengurangkan masalah rambut kusut dan gugur, membuat rambut lebih lembut dan bersinar dan mengelakkan rambut bercabang. > Acerola – Menguatkan rambut hingga ke akar, mengurangkan masalah rambut gugur dan berpotensi memberi vitamin pada rambut untuk kekal sihat

Cara Guna: Tuangkan sedikit Shampoo Bunga Raya Plus ke tapak tangan dan urut secara rata pada rambut basah dalam 1 - 2 minit. Bilas dengan air sehingga bersih


Mempunyai tekstur cecair pekat warna milky-like dan ada bau yang sangat wangi, bau flowery macam tu. Kalau anda dah terbiasa dengan shampoo sebelum ini yang menghasilkan banyak buih, memakai Shampoo Bunga Raya Plus ni mungkin akan rasa sedikit janggal sebab ia tak ada buih bila diguna. Jangan risau, walaupun antara bahan utama shampoo ni terdiri daripada minyak dari tumbuhan, masa apply shampoo ni mungkin rasa pelik sikit (sebab biasanya kita shampoo banyak buih kan), tapi selepas bilas, ia tak tinggalkan rasa berminyak pun.

Kulit kepala rasa bersih dan lebih segar selepas setiap kali penggunaan. Lepas rambut dah kering, memang terasa rambut sangat lembut dan wangi. Selepas 2 minggu penggunaan, dapat rasa perbezaan ketara, kulit kepala lebih sihat, gatal-gatal kulit kepala hilang dan rambut nampak lebih bermaya. Shad suka sangat dengan bau shampoo ni. Wangi dia tahan sampai 2 hari. Untuk 500ml shampoo, memang berbaloi untuk kegunaan seisi keluarga. 4/5 stars


Hair Moisturizer with Serum
Hair Moisturizer with Serum, 300ml - RM80
Hair Moisturizer with Serum (HMS) ini merupakan pelembap rambut dengan serum pertama di Malaysia yang dirumus untuk golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak. Dicipta dengan teknologi penjagaan rambut terkini untuk keberkesanan 2 kali ganda untuk memberi kelembutan kepada setiap helai rambut. Ia juga membantu untuk meluruskan rambut, membolehkan ia kelihatan berkilau dan mudah diurus. Bahan utama yang digunakan termasuklah Hibiscus, Argan Oil, Olive Oil, Rose Canina Fruit Oil dan Coconut Oil.


Keunikan Hair Moisturizer with Serum:
> Vitamin untuk rambut
> Melembap dan merapikan rambut
> Tidak berminyak, tidak melekit, mudah digunakan
> Menjadikan rambut lebih sihat dan kuat
> Membaiki rambut yang rosak
> Rambut lebih mudah diurus bila-bila masa, dimana jua
> 2x lebih cepat mengatasi masalah rambut gugur 
Cara Guna: Selepas guna shampoo Bunga Raya Plus, keringkan rambut kemudian picit sedikit Hair Moisturizer wit Serum (HMS) kemudian urut dari akar rambut hingga ke hujung rambut.
Tips: Guna serum 3 kali seminggu jika anda menggunakan kesemua produk Set Penjagaan Rambut Asmak.

(Thanks model - adik sekolah rendah)
Waktu malam memang sesuai untuk belai rambut dengan minyak perapi mahupun serum. Sebaiknya setiap kali selepas mandi. Ini akan membantu rambut dan kulit kepala menyerap nutrien agar kesihatannya terjamin untuk jangka masa berterusan. Hair Moisturizer with Serum dari Asmak ni mempunyai tekstur berbentuk cecair sederhana pekat warna jernih. Bau lembut wangi


Shad suka sangat dengan Hair Moisturizer with Serum dari Asmak ni sebab lepas apply, dia tak ada rasa melekit langsung, lembut soft je dekat tangan. Paling best sekali rambut nampak lebih bermaya, bersinar, tak kering dan tak mengerbang. Lembut je rambut bila sikat. Bau pun best, wangi. Pakai hair moisturizer dengan serum ni pagi-pagi, lepastu pakai tudung, seharian di pejabat, rambut tak bau kepam, bau wangi je. Penggunaan konsisten, rambut nampak makin gelap, mudah diurus dan rambut gugur makin kurang. 5/5 stars. 
Sevenis Hair Oil
Sevenis Hair Oil, 150ml - RM29Sevenis Hair Oil 7-dalam-1 merupakan minyak rambut yang dihasilkan dengan khasiat dari 7 ramuan iaitu Light Mineral Oil, Tea Tree Oil, Babassu Oil, Virgin Coconut Oil, Castor Oil, Olive Oil dan Argan Oil untuk rambut dan kulit kepala yang lebih sihat. 


Kebaikan Sevenis Hair Oil:
> Mengekalkan kelembapan dan mencegah rambut daripada kusut > Membuat rambut tampak lebih bersinar.
> Melembapkan kulit kepala
> Melembutkan rambut
> Mengurangkan kelumumur dan rambut gugur
> Menyegarkan kulit kepala
> Merawat rambut rosak dan munguatkan rambut hingga ke akar

Cara Guna: Gunakan selepas rambut separa kering/sudah kering, picit Sevenis Hair Oil ke tapak tangan dan gunakan hujung jari urut serta ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut. Sesuai untuk semua peringkat umur
Tips: Sapukan Sevenis Hair Oil pada rambut anda secara rata sebelum tidur, dan balut sepanjang malam. Keesokan paginya terus cuci rambut meggunakan Shampoo Bunga Raya Plus.

Sevenis Hair Oil first try bau dia best macam bau chewing gum pun ada. Bau agak strong dari shampoo dan moisturizer. Terksturnya jenis cecair minyak. Bila rasa rambut agak kering, memang terus pakai Sevenis Hair Oil. Rambut jadi lebih terurus, mudah sikat dan lembut. 4/5 stars


Overall, set penjagaan rambut Asmak dari MHAM ni memang Shad suka. Dari segi ingredients herba dan semulajadi yang diguna yang mempunyai banyak khasiat dan kebaikan untuk kulit kepala dan rambut sesuai untuk kegunaan semua lapisan umur. Dengan penggunaan yang konsisten, rambut tampak lebih sihat, menawan, terurus disamping menyelesaikan masalah rambut gugur, kegatalan kulit kepala serta kelumumur. Bau pun best! Jom belai dan manjakan rambut anda dengan penjagaan rambut dari Asmak Hair Care. Untuk maklumat lanjut, pertanyaan dan pembelian, boleh terus layari pautan tertera di bawah

Asmak Hair CareWebsite – https://mham.com.myhttps://asmak.comFB page – Shampoo Bunga Raya HQIG – asmak.haircareHotline – 019-9708897www.wasap.my/60199708897

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.byshadhira.com/2019/03/rambut-sihat-menawan-dengan-asmak-hair.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syampu Zen Garden Dengan Minyak Argan Untuk Rambut Sihat

Syampu Zen Garden Dengan Minyak Argan Untuk Rambut Sihat

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 781 hits
Syampu Zen Garden Bantu Merawat Rambut dan Kulit KepalaZen Garden adalah satu jenama yang tidak asing lagi dalam bahagian mandian di pasar raya atau kedai runcit berdekatan Mai suka dengan krim mandiannya yang wangi dengan pelbagai pilihan ...
Membina Hubungan Sihat Sesama Youtuber Malaysia

Membina Hubungan Sihat Sesama Youtuber Malaysia

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 340 hits
1 Sejak aku mulakan channel Youtube Buasir Otak TV aku join banyak group Youtube Malaysia kat Facebook untuk promote channel 2 Ahli group ni boleh dikatakan semuanya memang ada Youtube channel dan tujuan masuk group ni pun memang semata mat...
8 Makanan Rahsia Kekal Sihat Dan Awet Muda

8 Makanan Rahsia Kekal Sihat Dan Awet Muda

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 287 hits
Setiap manusia inginkan kesihatan yang berpanjangan Ingin kekal awet muda walaupun di mamah usia Agak mustahil untuk menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang masalah Kadang kala masalah kesihatan itu timbul sejak kita baru dilahirkan lag...
Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 1153 hits
Tips kekal Sihat Di Musim Panas Hi Korang Seminggu ni memang terasa panas dan kering Tambah tambah lagi apabila keluar dari rumah Pokok bunga yang sebelum ni menghijau pun dah jadi layu dan kuning daunnya Kiranya memang panas sungguh Jadiny...
Resepi Ayam Bakar Sihat Guna Air Fryer

Resepi Ayam Bakar Sihat Guna Air Fryer

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 2487 hits
RESEPI AYAM BAKAR SIHAT GUNA AIR FRYER Hai korang Semangat ni semangat nak share resepi ayam bakar versi sihat Yang mana rasa nak diet tu sangatlah disarankan untuk follow Siapa cakap makanan macam ni tak sedap Sumpah sedap Korang wajib try...
Syukur Dapat Bini Membebel Tanda Dia Sihat Dia Sonyap Lagi Kita Risau Ustaz Syamsul Debat

Syukur Dapat Bini Membebel Tanda Dia Sihat Dia Sonyap Lagi Kita Risau Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 659 hits
Syukur Dapat Bini Membebel Tanda Dia Sihat Dia Sonyap Lagi Kita Risau Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Kjee Dah Hampir Sihat

Kjee Dah Hampir Sihat

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 458 hits
Alhamdulillah syukur setelah terbaring hampir 20 hari Kjee dan Uncle Pali hampir hampir kembali sihat Lagi 20 peratus okay rasanya Lima belas hari pertama kami sakit kami mengalami demam panas Diikuti dengan batuk yang sekarang masih belum ...
Hamil Kali Ni Tiada Alahan Teruk Soal Jantina Mia Ahmad Serah Pada Allah Janji Sihat

Hamil Kali Ni Tiada Alahan Teruk Soal Jantina Mia Ahmad Serah Pada Allah Janji Sihat

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 528 hits
Pelakon Mia Ahmad yang sedang hamil anak kedua mendedahkan dia tidak mengalami alahan yang teruk Menurut laporan pemilik nama sebenar Samihah Ahmad Baderi ini pernah mengharungi suasana berbeza ketika hamil anak pertama Alhamdulillah kandun...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator