Ubat Sakit Gigi Dan Cara Atasi Sakit Gigi Dari Rumah


Adakah anda mengalami sakit gigi dan ingin menghilangkan rasa sakit sehingga ke tarikh temu janji dengan doktor?
Di sini kami ingin kongsikan beberapa jenis ubat sakit gigi yang anda boleh dapatkan tanpa preskripsi dan kaedah untuk meredakan sakit gigi dari rumah.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Punca Sakit Gigi 1. Kaviti / Kerosakan Gigi
Bakteria di dalam mulut akibat makanan termasuk yang mengandungi gula boleh menyebabkan pembentukan asid dan seterusnya menyerang enamel gigi.
Lama-kelamaan serangan asid ini boleh menyebabkan kaviti atau kerosakan gigi.   
2. Jangkitan Dalam Mulut
Sekiranya anda mengalami sakit yang berdenyut pada tempoh yang lama, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan atau abses (nanah akibat jangkitan bakteria) pada gigi atau gusi.
3. Penyakit Gusi
Berdasarkan Journal of Dental Research, kira-kira separuh daripada orang dewasa berumur 30 tahun ke atas akan cenderung untuk mengalami penyakit gusi.
Sekiranya tidak dicegah dari awal (gingivitis), ia boleh menjadi lebih teruk (periodontitis).
Kedua-dua penyakit gusi ini boleh mengakibatkan sakit gigi dan periodontitis pula boleh mengakibatkan gigi longgar atau tercabut.
4. Keretakan Gigi
Disebabkan tekanan seperti tabiat menggesel gigi, mengunyah atau menggigit makan yang keras, gigi anda boleh menjadi retak dan seterusnya mengakibatkan sakit gigi.
3 Jenis Ubat Sakit Gigi Tanpa Preskripsi Bergantung kepada simptom, ubat sakit gigi tanpa preskripsi boleh membantu meredakan sakit gigi sementara anda mendapatkan rawatan daripada doktor. Antara ubat-ubatan yang anda boleh dapati adalah :
1. Benzocaine
Ubat anestetik topikal ini akan menyebabkan rasa kebas dan mengurangkan sakit gigi atau gusi apabila disapu ke kawasan bermasalah. Namun, ia tidak disyorkan untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah.
2. Asetaminofen
Asetaminofen adalah ubat penghilang rasa sakit yang anda boleh ambil sebelum anda mendapatkan diagnosis serta rawatan daripada doktor.
Meskipun begitu, ia tidak dapat merawat keradangan. Jika anda mengalami simptom seperti kemerahan, bengkak dan sensasi panas, anda perulah mengambil ubat antiradang bukan steriod (NSAID).
3. NSAID
Ubat antiradang seperti aspirin, naproksen dan ibuprofen dapat membantu anda mengatas rasa sakit yang mencucuk akibat kaviti.
Pada masa yang sama, ubat ini juga dapat membantu anda mengurangkan simptom keradangan akibat penyakit gusi, gigi bernanah dan sinusitis.
Namun, anda harus ingat bahawa NSAID tidak boleh diambil lebih daripada 10 hari tanpa preskripsi daripada doktor.
Cara Atasi Sakit Gigi Dari Rumah Selain pengambilan ubat, anda juga boleh cuba atasi masalah sakit gigi dengan rawatan dari rumah.
Berkumur Dengan Air Garam
Air garam terkenal dengan sifat antiseptik semulajadi. Ia sering digunakan untuk meredakan kesakitan, melawan bakteria dalam mulut dan mengurangkan keradangan.
Apa yang anda perlu lakukan adalah tambahkan dua sudu kecil garam ke dalam secawan air suam. Kumurlah dengan air garam tadi dan ludahkan keluar.
Berkumur Dengan Hidrogen Peroksida
Selain air garam, anda juga boleh cuba kumuran hidrogen peroksida bagi mengatasi rasa sakit serta bengkak dalam mulut.
Di samping itu, ia juga boleh membunuh bakteria, memulihkan gusi berdarah serta mengurangkan pembentukan plak.
Cara untuk menyediakan larutan adalah gunakan 3 peratus hidrogen peroksida dan campurkan dengan jumlah air yang sama.
Kumur mulut dengan larutan tadi tetap jangan ditelan.
Minyak Bunga Cengkih
Cengkih telah digunakan secara tradisional bagi mengatasi masalah sakit gigi. Anda boleh gunakan minyak bunga cengkih bagi memberikan kelegaan sementara untuk sakit gigi berlubang.
Caranya ialah dengan meletakkan dua atau tiga titis minyak bunga cengkih pada tisu bersih, putik kapas atau bebola kapas.
Kemudian, letakkan kapas tadi pada bahagian kaviti dan biarkan sehingga rasa sakit berkurang.
Sekiranya minyak bunga cengkih tulen terlalu kuat, anda boleh cairkannya menggunakan minyak zaitun.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan kelegaan sementara sehinggalah anda dapat berjumpa dengan pakar gigi.
Semasa janji temu, doktor akan memberikan diagnosis yang lebih tepat bagi mengatasi masalah yang anda hadapi.
Sumber : Colgate


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ubat-sakit-gigi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ubat-sakit-gigi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risau Duit Booking Rumah Lesap Ini 4 Cara Elak Duit Booking Rumah Hilang Macam Tu Je

Risau Duit Booking Rumah Lesap Ini 4 Cara Elak Duit Booking Rumah Hilang Macam Tu Je

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 245 hits
Siapa yang tak penat bekerja teruk pagi petang siang dan malam kumpulkan duit untuk membeli rumah idaman kan Apabila duit booking beli rumah hilang macam tu je rasa marah pun ada Tetapi orang kepercayaan pun hilang sama dengan duit booking ...
10 Tanda Anxiety Dan Cara Atasi Anxiety Secara Alami

10 Tanda Anxiety Dan Cara Atasi Anxiety Secara Alami

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 304 hits
10 Tanda Anxiety dan Cara Atasi Anxiety Secara Alami 15 Tahukah anda rasa takut yang melampau merupakan tanda awal anxiety Rasa takut bagi pesakit anxiety bukanlah takut hantu atau sebaliknya tanda umum bagi ini ialah rasa takut nak mati se...
Tips Cara Hilangkan Lenguh Kaki Berdiri Lama Sakit Pinggang

Tips Cara Hilangkan Lenguh Kaki Berdiri Lama Sakit Pinggang

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 275 hits
Tips Cara Hilangkan Lenguh Kaki Berdiri Lama Sakit PinggangTips Cara Hilangkan Lenguh Kaki Berdiri Lama Sakit Pinggang Saya mula cari supplemen bila dapat tahu bacaan kandungan kalsium kurang daripada 8 8 10 4 mg dL Patutlah kaki cepat legu...
Rumah Sakit Jiwa Siap Tampung Caleg Gagal Stres Usai Pemilu 2024 Ada Kelas 1 Hingga Vip

Rumah Sakit Jiwa Siap Tampung Caleg Gagal Stres Usai Pemilu 2024 Ada Kelas 1 Hingga Vip

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 235 hits
Pada dasarnya rumah sakit ini siap menerima pasien dari latarbelakang apapun Termasuk para politisi stres
Terima 6 Aspirasi Kspn Prabowo Diminta Buatkan Rumah Sakit Untuk Buruh

Terima 6 Aspirasi Kspn Prabowo Diminta Buatkan Rumah Sakit Untuk Buruh

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 280 hits
Rosan mengatakan KSPN menyampaikan aspirasi kepada Prabowo terkait masalah industri dan ketenagakerjaan
5 Cara Hilangkan Batuk Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah

5 Cara Hilangkan Batuk Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 401 hits
Akibat cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini ramai di antara kita yang mudah alami batuk dan kegatalan pada tekak Pelbagai cara sudah dilakukan namun ia masih belum berkurangan sehingga menggangu aktiviti harian Apa kata anda cuba bebe...
Cara Tradisional Halau Serangga Dari Bersarang Dalam Rumah Dijamin Berkesan Dan Selamat

Cara Tradisional Halau Serangga Dari Bersarang Dalam Rumah Dijamin Berkesan Dan Selamat

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 177 hits
Kewujudan haiwan serangga yang bersarang dalam rumah sering menjadi masalah yang mengganggu Mereka boleh merosakkan harta benda menyebabkan keselamatan dan keselesaan terganggu Dalam artikel ini kami akan berkongsi beberapa tips berguna ten...
4 Cara Claim Insurans Rumah Banjir Dan Bencana Pembiayaan Rumah Lppsa

4 Cara Claim Insurans Rumah Banjir Dan Bencana Pembiayaan Rumah Lppsa

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 513 hits
Ketika hujan turun dengan lebat ramai mencari cara claim insurans rumah banjir sebagai persediaan dan langkah berjaga jaga seandainya terjadi perkara yang tidak diingini Ramai di antara kita yang tidak mempunyai kesedaran atau tidak tahu ba...
Kek Selalu Menjadi Bentat Ini 4 Punca Dan Cara Untuk Atasi Masalah Itu

Kek Selalu Menjadi Bentat Ini 4 Punca Dan Cara Untuk Atasi Masalah Itu

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 165 hits
Bagi mereka yang baru berjinak untuk membuat kek perlu ingat ia mengambil masa yang lama untuk pastikan resipi tersebut menjadi Kadangkala buat pertama kali elok sahaja kejadian dan rupa kek tapi bila masuk kali kedua kek jadi bantat dan pa...
Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199

Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta

Cycling 9 Februari 2025

15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna Untuk Sahabat

Ikiru Hotel A Harmonious Fusion Of Architecture And Nature

Johor Princes Switch To Corvette For Gt Races


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Nenek Siapa Asyik Melompat Be Like

Startups Vs Established Industries

Nasi Lemak Lobster Jb

Salam Rmadhan Kareem 1446 Hijrah

Selamat Pagi 1 Ramadan Melayan Taman Kecilku

Jadual Perbandingan Berapa Langkah Perlu Berjalan Untuk Bakar Kalori Makanan Yang Anda Makan