Khasiat Bunga Cengkih Yang Ramai Orang Tak Tahu


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Khasiat bunga cengkih yang ramai orang tak tahu | Bunga cengkih makin popular sejak covid melanda. Sebabnya, bunga cengkih antara “natural remedy” yang digunakan untuk meredakan gejala covid-19. 
Sejarah bunga cengkihBunga cengkih ialah putik bunga daripada pokok cengkih yang juga dikenali sebagai Syzygium aromaticum. Tu nama saintifik dia lah... 
Cengkih boleh didapati dalam serbuk mahupun biji. Tapi kat Malaysia banyak jenis biji... Serbuk ada juga tapi macam tak banyak jual kat kedai-kedai biasa. 
Cengkih berasal daripada negara Indonesia. Tapi sekarang mula ditanam secara komersial di Malaysia. 
Pernah tengok pokok cengkih? 
Nah!... Ini rupa pokok cengkih... hasil carian MF di google images... haha..



Kegunaan Bunga CengkihCengkih kebiasaannya digunakan sebagai bahan perasa untuk membakar, di tambah sebagai perisa ke dalam minuman panas, mahupun digunakan di dalam biskut dan kek. Kebanyakan masakan orang berketurunan India menggunakan cengkih sebagai bahan wajib dalam masakan mereka

Cengkih sangat terkenal sebagai rasa yang manis dan rempah yang beraroma, namun begitu cengkih juga telah digunakan di dalam perubatan tradisional. 
Biasanya kat Malaysia ni salah satu bahan rempah ratus dalam masakan Melayu. 
Kandungan Nutrisi bunga cengkihSatu sudu teh atau bersamaan dengan 5 biji bunga cengkih mengandungi:Kalori: 1kcalKarbohidrat: 0.1gManganese: 55% daripada Nilai Harian (Daily Value)Vitamin K: 3mgKalsium: 2mgKarotena: 1μg
Kandungan Berkhasiat Dalam Bunga CengkihKandungan berkhasiat bagi cengkih ialah Eugenol sebagai antioksidan. Selain itu, terdapat juga kandungan Nigericin yang penting dalam pengawalan gula dalam darah. Manganese penting dalam pembuatan tulang dan ketumpatan tulang, serta kandungan oleanolic acid (OA) sebagai komponen yang bertanggungjawab di dalam antikanser

10 Khasiat Bunga Cengkih Pada Kesihatan1. Kaya dengan antioksidanBunga cengkih mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan tubuh badan, malah cengkih juga kaya dengan antioksidan. Antioksidan dapat mengurangkan tekanan oksidatif
 Tekanan oksidatif ini berpunca daripada radikal bebas seperti proses metabolik tubuh badan (penjanaan tenaga), asap rokok, melakukan senaman, pencemaran udara, penggunaan dadah dan racun perosak serta terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari

Antioksidan akan mengurangkan tekanan oksidatif dengan menstabilkan radikal bebas tersebut. Setelah menjadi stabil, radikal bebas dapat menghalang pembentukan penyakit-penyakit kronik. 
Di dalam bunga cengkih, terdapat antioksidan semulajadi iaitu eugenol, di mana terdapat kajian  mengatakan tindakan eugenol sebagai antioksidan untuk menghentikan kerosakan radikal bebas adalah 5 kali ganda berkesan berbanding vitamin E yang merupakan antioksidan penting. 
Dengan menggunakan bunga cengkih di dalam diet bersama dengan makanan yang tinggi antioksidan mampu meningkatkan kesihatan diri kita. 
Power tak power khasiat bunga cengkih ni kan... Hebat Allah yang Maha Kaya Menciptakan

2. Membantu mencegah penyakit kanserKajian mendapati bunga cengkih dapat membantu melawan penyakit kanser. Didalam satu kajian tabung uji mendapati ekstrak bunga cengkih dapat menghentikan pertumbuhan ketumbuhan dan mampu merangsang kematian sel kanser. 
Didalam kajian lain, minyak cengkih yang pekat dan banyak mampu menyebabkan sel mati sebanyak 80% terhadap sel kanser esofagus

Eugenol dan oleanolic acid yang ditemui di dalam cengkih mempunyai ciri-ciri antikanser. Namun begitu, kajian yang dilakukan adalah kajian tabung uji dan bukan merupakan kajian ke atas manusia. Ianya menggunakan ekstrak cengkih, minyak cengkih dan eugenol yang sangat pekat dan jumlah yang banyak

Jadi, bukanlah kata mampu merawat kanser, Cuma mencegah dan mungkin juga mengurangkan risiko kanser jika amalkannya. Kita usaha je la kan... Allah Maha Menentukan. 
3. Dapat mencegah keracunan makananCengkih didapati mempunyai ciri-ciri antimikroorganisma, dimana ianya mampu menghentikan pembiakan mikroorganisma seperti bakteria. Kajian tabung uji menunjukkan minyak cengkih mampu membunuh bakteria yang seperti E.Coli. iaitu sejenis bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan keracunan makanan.  
Jadi, bagus kalau masak memasak masukkan dua tiga ketul bunga cengkih ni dalam masakan. Bau pun wangi... khasiat pun dapat. 
4. Membantu kesihatan mulutCengkih juga mampu menjaga kesihatan gusi. Dalam kajian menyatakan ekstrak cengkih mampu membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit gusi. Hal ini juga disokong oleh kajian lain yang menyatakan cucian mulut yang mengandungi cengkih, minyak pokok teh dan selasih mampu memberikan perubahan positif kepada kesihatan gusi selepas 21 hari penggunaannya

Ianya termasuk juga pengawalan plak dan bakteria di dalam mulut.  Dengan gabungan memberus gigi secara kerap dan mengamalkan kebersihan mulut yang betul, kesan aktibakteria daripada cengkih mampu memberikan kebaikan kepada kesihatan mulut

Ha... info baru juga ni... MF nak la beli ubat gigi cengkih lepas ni... Korang pun kena cuba juga... Ada jual kat shopee jenama Olive House lagi... 
Beli kat shopee di sini: https://shp.ee/qy53i97

5. Boleh membantu mengawal gula di dalam darahPengambilan cengkih juga mampu menjaga paras gula dalam darah agar dalam keadaan terkawal. Kajian mendapati cengkih dan komponen nigericin yang terdapat di dalam cengkih mampu meningkatkan penggambilan gula dari darah kepada sel. Ianya juga dapat meningkatkan rembesan insulin dan membaiki fungsi sel untuk membuat insulin

Insulin ialah sejenis hormon yang bertanggungjawab di dalam membawa gula daripada darah kepada sel. Fungsi insulin yang baik akan membantu mengawal kenaikan paras gula.  Namun begitu, dengan gabungan diet yang seimbang, pengambilan cengkih mampu mengawal paras gula di dalam darah

6. Boleh menggalakkan kesihatan tulang.Kekurangan jisim tulang ini akan menyebabkan kepada osteoporosis dan akan meningkatkan risiko tulang retak dan patah

Cengkih di dapati mampu memelihara jisim tulang di dalam kajian haiwan dengan meningkatkan ketumpatan dan kekuatan tulang. Manganese yang terdapat di dalam cengkih adalah mineral yang terlibat dalam pembuatan tulang dan ianya amat penting dalam kesihatan tulang

Bagus ni bagi yang tak suka susu kan... atau alah kepada hasil tenusu... Boleh la mula amalkan air cengkih atau kerap gunakan cengkih dalam masakan

7. Boleh membantu meredakan ulser di perutKesakitan ulser perut dapat dikurangkan dengan mengambil cengkih. Ulser perut ialah kesakitan atau luka yang terjadi pada dinding perut, duodenum dan esofagus. Ianya terjadi apabila lapisan perlindungan di perut semakin menipis disebabkan stress, jangkitan dan genetik

Di dalam kajian, pengambilan minyak pati cengkih mampu meningkatkan pengeluaran cecair gastrik.  Di mana, cecair gastrik ini bertindak sebagai penghalang dan membantu mencegah hakisan dinding perut daripada asid pencernaan di dalam perut. 
8. Digunakan sebagai ubat penahan sakitCengkih telah digunakan sebagai ubat penahan sakit sejak abad ke-13 lagi. Ianya digunakan di dalam sakit gigi, mahupun sakit pada bahagian sendi. Komp0nen yang terlibat sebagai penahan sakit ini ialah eugenol, yang menyebabkan rangsangan kalsium dan klorida di dalam sistem saraf yang mampu memberikan kesan analgesik. Namun begitu, dos yang digunakan ialah tinggi untuk dijadikan ubat penahan sakit iaitu 50, 70 dan 100mg/kg berat badan

9. Membantu melegakan penyakit pernafasanPerubatan tradisional menggunakan cengkih sebagai bantuan pernafasan. Cengih sering digunakan di dalam the di Asia untuk membantu dan merawat batuk. Selain itu, terdapat juga aroma terapi yang menggunakan cengkih yang dipanaskan sebagai satu cara merawat masalah pernafasan seperti batuk, asma, bronchitis dan resdung

Tambahan lagi, menjadi kebiasaan bagi orang Asia mengunyah cengkih untuk mengubati sakit tekak dan keradangan pada saluran pernafasan. Dengan campuran bersama madu, ianya mampu meredakan kesesakan nafas

10. Mempunyai sifat antithrombotikCengkih mempunyai sifat anti-trombotik. Dimana, ianya mampu membuat pembekuan darah menjadi lambat kerana mempunyai eugenol. Pengambilan cengkih mempunyai kesan positif pada individu yang mempunyai masalah pendarahan seperti yang mempunyai masalah darah membeku dengan cepat.
Namun, bagi yang mempunyai masalah darah ini perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil cengkih

Petua tradisional guna bunga cengkihSelain khasiat dari kesihatan, sebenarnya cengkih sudah lama digunakan untuk menyelesaikan beberapa masalah manusia. 
Jom tengok apa petua tradisional guna bunga cengkih
1. Kawalan seranggaBunga cengkih ini adalah pembunuh serangga perosak tanaman secara organik tanpa menggunakan tambahan bahan kimia. 
Cara-caranya adalah:Renihkan 2 sudu besar bunga cengkih ke dalam 1L air Biarkan air rebusan tadi mendidih dan matikan api selepas air tersebut mendidih Masukkan air rebusan tersebut ke dalam botol semburan dan sembur seluruh permukaan tanaman terutamanya di bahagian bawah daun dan pangkal pokok.2. Halau semutPernah tak kita tanam pokok, nanti ada semut berderet kat sekitar tanaman kita. Semut ni kadang boleh jadi serangga perosak pada akar pokok yang kita tanaman. 
Jadi, cara untuk mengelakkan kehadiran semut di kawasan tanaman adalah menggunakan bunga cengkih, kisar bunga cengkih secukupnya dan taburkan kisaran tadi di kawasan yang kelihatan kehadiran semut.
3. Mencegah kehadiran lalatBunga cengkih disifatkan sebagai alat untuk mencegah kehadiran lalat. Hal ini disebabkan, lalat gemar kepada bau-bauan makanan, mereka akan datang beramai-ramai untuk menghinggap pada makanan. 
Jadi, bunga cengkih ini mampu menghalang kehadiran lalat. Caranya adalah ambil buah epal atau limau dan cucukkan bunga cengkih pada buah tersebut. Dengan kewujudan bauan bunga cengkih, ianya mampu menukar bau haruman makanan kepada bau haruman bunga cengkih. 
4. Mencegah nyamukBunga cengkih berfungsi sebagai pencegah nyamuk secara semula jadi. Cara menghalau nyamuk secara tradisional adalah campurkan lemon dan bunga cengkih selepas itu biarkan ia. 
Nyamuk akan hilang dan ni juga bergantung kepada jenis nyamuk la.. Sebab ada nyamuk kebal dengan petua-petua ni, jadi ridsect je lah jawabnya... haha
5. Mengawal rumpaiRumpai akan menghalang pertumbuhan tanaman, jadi kita buat racun rumpai guna cengkih. Bagi menyediakan racun rumpai secara organik, cara-caranya:
Sediakan pati minyak bunga cengkih Campurkan sedikit garam bersama 20 titik minyak pati bunga cengkih bersama 20oz cuka dalam botol penyembur Goncang campuran tadi sehingga sebati dan semburkan pada rumpai yang hendak dimusnahkan. 
6. Membantu menghilangkan bau mulut dan sakit gigiBunga cengkih bagus untuk sakit gigi. Ramai yang masukkan bunga cengkih pada gigi yang berlubang untuk redakan sakit. Petua lain untuk sakit gigi dengan menggiling halus bunga cengkih, balutkan dengan kapas dan sumbatkan ke dalam gigi yang lubang atau titiskan minyak bunga cengkih sahaja ke dalam lubang gigi tersebut. 
Dengan haruman bunga cengkih yang semula jadi ini, ianya juga mampu membantu menghilangkan bau pada mulut. Terdapat 2 cara untuk menghilangkan bau mulut iaitu : Ambil bunga cengkih yang masih segar atau yang sudah kering, kunyah sehingga lumat. Manfaat mengunyah cengkeh ini sangat elok untuk bau mulut. 

Tumbuk 10 biji bunga cengkih sehingga lumat beserta 3 ulas bawang putih kemudian gosokan ke gigi dan berkumur-kumur sehingga bersih lakukannya 3 hari sekali. 7.  Menghilangkan bau peti sejukPeti sejuk akan mengeluarkan pelbagai bau-bauan disebabkan oleh percampuran pelbagai barangan di dalamnya
 Jadi terdapat satu tip untuk menghilangkan bau peti sejuk iaitu masukkan segelas kecil bunga cengkih ke dalam peti sejuk. Ianya mampu mehilangkan bau dalam peti sejuk. 
8. Jadikan sebagai wangian rumah Bunga cengkih boleh dijadikan wangian semula jadi di dalam rumah. Campurkan beberapa bunga cengkih dengan beberapa batang kayu manis dah percikkan sedikit vanilla. Ianya dapat menjadi wangian semula jadi di dalam rumah. 
Bagi menaikkan lagi kewangiannya pastikan kawasan yang diletakkan wangian ini tidak terlalu besar kerana ditakuti wangian tersebut hilang ditutupi oleh keluasan kawasan. 
Balik nak try buat tengok..

9. Melawan sakit kepalaSakit kepala boleh dikurangkan dengan menggunakan beberapa ulas bunga cengkih dan campuran lain. Cara-caranya:Jadikan bunga cengkih  paste(tumbuk sehingga lumat)Campurkan ia dengan garam batu. Setelah selesai mencampurkan kedua-dua bahan ini masukkan ia ke dalam segelas susu. (campuran ini dapat megurangkan rasa sakit kepala). MF nak cuba buat juga sebab suami MF selalu diserang migrain dan vertigo.



10. Membantu mengurangkan stress Stress mampu membuat semua manusia hilang kewarasan. Dengan terapi semula jadi ini ianya mampu megurangkan stress. 
Didihkan bunga cengkih, daun pudina dan daun kemangi (boleh cari kat shopee). Kemudian ambil air rebusannya untuk diminum tetapi disarankan campurkan sedikit dengan madu untuk menambahkan rasa kemanisannya. 
Ini ialah salah satu cara tradisional yang mampu mengurangkan stress secara alami. Kenyatan ini belum dibuktikan secara saintifik lagi tetapi boleh diamalkan jika tidak memudaratkan. 
11. Dijadikan sebagai perapi rambut Jika seseorang mempunyai masalah dengan rambut keriting dan tidak terurus, campuran beberapa ulas bunga cengkih bersama minyak zaitun boleh digunakan sebagai perapi rambut secara semula jadi. 
Ia membantu dalam meningkatkan aroma dan mengekalkan warna rambut bagi yang mewarnakan rambut.  Memang menarik petua guna bunga cengkih ni... Boleh dicuba

12. Membantu melancarkan penghadaman Cengkih melancarkan pencernaan dengan merangsang rembesan enzim pencernaan. Cengkih boleh dipanggang, dibakar, dan diambil bersama dengan madu untuk melegakan masalah pencernaan.
Petua untuk yang alami sembelit atau masalah perut

13. Menghilangkan kesan kulit hitam di wajahBunga cengkih boleh membantu di dalam mehilangkan kesan kulit hitam di muka. 
Caranya:
Tumbuk bunga cengkih, kulit kayu manis dan pucuk jambu batu sehingga lumat dan campurkan ia dengan minyak zaiton. Sapukan pada kulit 2 kali seminggu. Adunan ini adalah skrub muka semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia

14. Mengawal muntahPengambilan serbuk cengkih goreng dengan madu dapat mengawal muntah secara berkesan. 
Cengkih didakwa secara turun-temurun membantu menghentikan muntah-muntah. Rendaman air bunga cengkeh juga bagus untuk dicium bagi menghilangkan mual. 
Bagi yang amali mabuk perjalanan boleh juga amalkan bau cengkih... 
15. Pembasmi kuman secara semula jadiBunga cengkih mempunyai beberapa ciri-ciri anti bakteria. Jadi, ianya boleh menjadi pembasmi kuman secara semula jadi. 
Jadikan bunga cengkih dalam bentuk minyak setelah itu tambahkan beberapa titisan ke dalam air bersama bauan lain contohnya lemon atau lavender. Ianya boleh digunakan untuk membasmi kuman di rumah.
16. Merawat batuk Walaupun tiada kajian yang mendalam mengenai bunga cengkih mampu merawat batuk, tetapi cengkih ialah salah satu cara tradisional untuk merawat batuk. 
Caranya adalah campurkan bahan-bahan seperti sireh, buah pelaga, gula batu dan bunga cengkih. Setelah dicampur semua bahan ini rebuskan ia sehingga mendidik. Tapis air rebusan dan minum dua kali sehari untuk mehilangkan batuk

Batuk dan sakit tekak adalah salah satu simptom covid-19. Dan pengalaman dari ramai bekas pesakit covid-19 amalkan minum air cengkih + lemon + madu untuk redakan sakit tekak dan batuk ni untuk meredakan simptom covid. Dan ramai gunakan bunga cengkih untuk covid ni. 
Jadi, boleh diikhtiarkan... Allah yang Menyembuhkan

Kesan pengambilan cengkihPengambilan cengkih dalam masakan tidak mempunyai kesan ketara kepada tubuh badan. Namun, pati minyak dikira selamat penggunaannya jika diambil dalam kuantiti yang rendah dari 1500mg/kg berat badan. 
Sekiranya diambil dalam kuantiti yang lebih akan memberikan kesan kepada hati. Manakala, WHO menyarankan kuantiti sehari yang boleh diterima ialah 2.5mg/kg berat badan manusia. Pengambilan cengkih dalam sederhana tidak memudaratkan

Jadi, jangan berlebihan lah walaupun cengkih ni banyak khasiat kan. Sederhana itu lebih baik.
. Apa pun memang terbaik guna cengkih ni.. Bau pun wangi dan khasiat nya pun banyak. MF sendiri pun baru tahu juga beberapa khasiat bunga cengkih ni. 

_________________Rujukan:rootofscience.combidadari.my
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2022/03/khasiat-bunga-cengkih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rambut Ibu Selalu Gugur Cuba Guna Syampu Baby Campur Sekali Bunga Cengkih

Rambut Ibu Selalu Gugur Cuba Guna Syampu Baby Campur Sekali Bunga Cengkih

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 129 hits
Masalah rambut gugur antara yang sangat dirisaukan oleh semua orang Keadaan ini lagi ketara bagi ibu selepas bersalin Keadaan ini dianggap proses normal yang berlaku kerana tahap oestrogen yang menurun dalam badan wanita selepas melahirkan ...
3 Resipi Mudah Sedap Kuih Biru Guna Pewarna Dari Bunga Telang

3 Resipi Mudah Sedap Kuih Biru Guna Pewarna Dari Bunga Telang

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 175 hits
Inginkan kelainan dalam menyajikan hidangan menu minum petang tanpa mengubah rasa Boleh cuba 3 resipi kuih biru yang menggunakan bunga telang Apa lagi korang boleh cuba idea dengan memanfaatkan bunya telang yang cantik warnanya tu ke dalam ...
Hiburan Ada Timun Bendi Dah Bosan Dengan Bunga Telur Pengantin Bagi Sayur Segar Sebagai Doorgift Untuk Tetamu

Hiburan Ada Timun Bendi Dah Bosan Dengan Bunga Telur Pengantin Bagi Sayur Segar Sebagai Doorgift Untuk Tetamu

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 132 hits
Kebiasaannya jika kita berkunjung ke majlis perkahwinan pastinya akan mendapat cenderamata atau doorgift berupa bunga telur jajan atau perhiasan perhiasan kecil Namun bagi pasangan pengantin yang tidak dapat dipastikan identitinya ini merer...
Bunga Bunga Berwarna Biru

Bunga Bunga Berwarna Biru

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 124 hits
Sebenarnya tak banyak yang pernah kak ana jumpa bunga bungaan ciptaan Allah swt yang berwarna biru Agak ekzotik pada pandangan bila adanya bunga bunga berwarna biru di laman Pernah kak ana lihat bunga kekwa berwarna biru rupanya ia bukanlah...
The Fed Diperkirakan Turunkan Suku Bunga Hingga 2 Kali Di 2023

The Fed Diperkirakan Turunkan Suku Bunga Hingga 2 Kali Di 2023

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 121 hits
Bank Indonesia memperkirakan bank sentral Amerika Serikat Federal Reserve atau The Fed akan kembali menurunkan suku bunga acuan sebanyak dua kali pada tahun 2023
Seludup Mercun Bunga Api Hampir Rm4 17 Juta Menjelang Aidilfitri 5 Lelaki Ditahan

Seludup Mercun Bunga Api Hampir Rm4 17 Juta Menjelang Aidilfitri 5 Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 108 hits
Modus operandi mereka adalah menyeludup masuk mercun melalui laluan laut di Pelabuhan Klang sebelum stok disimpan di dua premis berkenaan kata Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai PETALING JAYA Pelbagai jenis mercun dan bunga api terlarang...
Enam Destinasi Terbaik Pilihan Agoda Untuk Melihat Bunga Sakura Mekar

Enam Destinasi Terbaik Pilihan Agoda Untuk Melihat Bunga Sakura Mekar

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 138 hits
Nikmatilah aktiviti tradisi hanami di Asia Amerika dan EropahMusim bunga bakal menjelang lagi dan ini bermakna tibalah masanya untuk pokok pokok sakura berbunga Ambil peluang ini untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama orang tersayang...
What Happened To The Promised Tanjung Bunga Coastal Park

What Happened To The Promised Tanjung Bunga Coastal Park

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 181 hits
About 50 people gathered in Tanjung Bunga this morning to remind the state government about its pledge for a seafront public park The residents say the 2 2 acre coastal park was promised by the state government in April 2018 Half a million ...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

Staycation Di Flemington Hotel Taiping

Rumah Terbuka Di Rumah Baru Cyra

The Houston Hemp Flower Community Connecting With Like Minded Users

Sanggup Bawa Asid Dari Johor Ke Kelantan Simbah Rakan



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Police Arrest 5 Men Seize 32kg Of Drugs Worth About Rm800k

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Drama Khun Sa Beri Kesedaran Kepada Rakyat

Harum Mewangi

Websitepgslot 4 May 67 Pgslot Top 36 By Joy Temmax69 Temmax69 Me