Ramai Yang Layak Jadi Peguam Negara Kata Zaid Kepada Thomas


PETALING JAYA: Bekas menteri Zaid Ibrahim membidas bekas Peguam Negara Tommy Thomas berhubung kenyataannya yang mendakwa Malaysia akan menyaksikan pelantikan orang bukan Melayu sebagai Peguam Negara pada masa akan datang

Beliau berkata, ia mungkin boleh berlaku tetapi menjadi lebih sukar selepas apa yang terjadi kepada Thomas, Peguam Negara bukan Melayu pertama di negara ini.

Dalam wawancara bersama Astro Awani baru-baru ini, Thomas berkata tidak ada sebab mengapa orang bukan Melayu tidak boleh dilantik sebagai Peguam Negara jika Perdana Menteri hari ini ingin memilih orang yang terbaik dan paling layak menggalas peranan itu.

Zaid berkata, terdapat ramai peguam yang berwibawa di Jabatan Peguam Negara yang layak dan mampu menjadi Peguam Negara.

“Orang itu seharusnya tidak memihak dan tidak menganggap dirinya sebagai Peguam Negara bagi mana-mana parti memerintah. Dia sama ada lelaki atau perempuan mesti selalu ingat bahawa tanggungjawab berat menjadi seorang pendakwa raya.

“Ia akan membantu jika orang ini mempunyai kerendahan hati dan dapat bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, individu itu juga seharusnya menerima sebarang arahan daripada Perdana Menteri, jika perlu.

“Sentiasa mengutamakan Malaysia dan kepentingan rakyat sebagai satu perkara penting adalah sukar untuk dipatuhi oleh peguam yang mementingkan diri mereka sendiri.

“Sekiranya ini berlaku, saya harap orang itu tidak akan menunjukkan sifat kurang ajar dan sombong seperti Tommy,” katanya.

Zaid berkata, kata-kata Thomas menunjukkan penghinaan dan tidak sensitif terhadap orang Melayu.

“Kualiti yang paling sukar dicari dalam AG (Peguam Negara) yang baik adalah sikap tidak memihak, integriti, kejujuran dan tidak takut untuk mengatakan tidak kepada ‘arahan’ daripada Perdana Menteri. Adakah kita melihat sifat ini pada Tommy Thomas?,” soalnya.

Katanya, Thomas dipilih untuk jawatan itu kerana DAP menginginkan beliau sebagai Peguam Negara, bukan kerana dia yang terbaik.

Menurutnya, Thomas melobi untuk mendapatkan jawatan itu dengan menjalinkan persahabatan dengan pemimpin tertinggi DAP.

“Beliau malah menelefon saya dan membelikan saya thosai untuk sarapan di Dave’s Corner, Bangsar. Dia mahu bercakap dengan Dr Mahathir (Mohamad) untuk melantiknya sebagai AG. Saya katakan kepada beliau bahawa saya tidak rapat dengan Dr Mahathir,” katanya.

Zaid juga mendesak Thomas bersikap telus sepenuhnya mengenai apa yang berlaku semasa menjadi Peguam Negara.

“Menggugurkan tuduhan terhadap Lim Guan Eng dan tidak melakukan tindakan lebih lanjut pada video yang popular di Sandakan untuk melindungi menteri kanan sekarang adalah peristiwa bawah pengawasannya,” katanya.

Thomas berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 20 bulan mulai Jun 2018. Beliau meletak jawatan sebelum tamat kontrak dua tahunnya. - freemalaysiatoday

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/ramai-yang-layak-jadi-peguam-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Neelofa Dan Suami Tidak Dikenakan Tuduhan Rentas Negeri Pejabat Peguam Negara

Neelofa Dan Suami Tidak Dikenakan Tuduhan Rentas Negeri Pejabat Peguam Negara

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 442 hits
Rasanya ramai yang tertanya tanya mengapa kehadiran Neelofa dan Muhamad Haris ke mahkamah kelmarin hanyalah kerana kesalahan tidak mengimbas MySejahtera selain tidak memakai pelitup muka dan bukannya kerana isu yang lebih penting iaitu mere...
Serupa Negara Polis Peguam Kecam Keperluan Permit Polis Untuk Wakili Anak Guam

Serupa Negara Polis Peguam Kecam Keperluan Permit Polis Untuk Wakili Anak Guam

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 500 hits
LFL berkata akses kepada badan kehakiman tidak sepatutnya bergantung kepada kebenaran badan penguatkuasaan yang mungkin memiliki kepentingan terhadap mereka yang ditahan Orang ramai yang perlu melakukan perjalanan memerlukan kebenaran darip...
Negara Anggota G7 Capai Kata Sepakat Kenakan Cukai Terhadap Mnc Gergasi

Negara Anggota G7 Capai Kata Sepakat Kenakan Cukai Terhadap Mnc Gergasi

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 272 hits
KONGSI ARTIKEL LONDON Perkumpulan negara paling mewah di dunia mencapai satu perjanjian bersejarah pada Sabtu untuk mengetatkan sebarang kelemahan cukai rentas sempadan yang sesetengah syarikat terbesar di dunia cuba mengelakkan bayara
Kes Rentas Negeri Neelofa Suami Dirujuk Ke Jabatan Peguam Negara

Kes Rentas Negeri Neelofa Suami Dirujuk Ke Jabatan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 331 hits
Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA KES Neelofa dan Muhammad Haris merentas negeri dirujuk ke Jabatan Peguam Negara semalam UTUSAN MOHD SHAHJEHAN MAAMINSEREMBAN Kertas siasatan berkenaan isu pergerakan rentas negeri yang melibatkan selebriti popula...
Rosmah Kata Tommy Thomas Sri Ram Aniaya Beliau

Rosmah Kata Tommy Thomas Sri Ram Aniaya Beliau

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 256 hits
May 28 2021 Rosmah Mansor mendakwa bahawa bekas peguam negara Tommy Thomas dan Timbalan Pendakwa Raya Gopal Sri Ram bersekongkol untuk menganiayainya dengan cara yang sama terhadap suaminya bekas perdana menteri Najib Abdul Razak Rosmah mem...
Hiburan Netizen Setuju Heliza Helmi Layak Dijadikan Ikon Wanita Dan Belia Negara

Hiburan Netizen Setuju Heliza Helmi Layak Dijadikan Ikon Wanita Dan Belia Negara

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 577 hits
Pelakon dan penyanyi Heliza Hilmi menarik perhatian orang ramai apabila terdapat seorang warga Twitter ingin menjadikan dia sebagai ikon wanita dan belia negara Menerusi laman media sosial Twitter ciapan itu telah tular selepas pengguna Twi...
Tak Boleh Paksa Penjawat Awam Potong Elaun Kata Ahli Parlimen Kapar

Tak Boleh Paksa Penjawat Awam Potong Elaun Kata Ahli Parlimen Kapar

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 443 hits
June 1 2021 Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid berkata kerajaan tidak boleh membuat pemotongan elaun selama tiga bulan pada satu kadar kerana tanggungan bagi penjawat awam berbeza PETALING JAYA Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani A...
Semua Kilang Minuman Keras Ditutup Serta Merta Kata Ismail Sabri

Semua Kilang Minuman Keras Ditutup Serta Merta Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 291 hits
Semua kilang minuman keras ditutup serta merta kata Ismail Sabri Dikemas kini 22 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Jun 2021
Plaza Tol Jalan Duta Sesak Bukan Sebab Balik Kampung Kata Polis

Plaza Tol Jalan Duta Sesak Bukan Sebab Balik Kampung Kata Polis

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 322 hits
KUALA LUMPUR Polis menafikan kesesakan jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta pada 31 Mei lalu berpunca daripada orang ramai yang dalam perjalanan pulang ke kampung seperti tular di media sosial semalam Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee